"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label PRASARANA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRASARANA. Papar semua catatan

Khamis, 31 Disember 2020

Tajuddin didakwa tahan bayaran RM700 juta, firma LRT3 minta k'jaan bantu

 

Pengurusan tertinggi 17 kontraktor dan firma perunding yang terlibat dalam projek LRT3 telah meminta bantuan kerajaan kerana mereka berhutang lebih RM700 juta untuk kerja yang dilakukan sejak bulan Julai dan jumlah ini dijangka mencecah RM1 bilion bulan ini.

Menurut surat bersama yang dihantar syarikat-syarikat itu kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini, mereka berkata Prasarana belum membayar mereka untuk kerja yang dilakukan bagi projek LRT3 dari bulan Julai hingga Disember dan kini menghadapi kesulitan untuk meneruskan kerja pembinaan rel tersebut.

"Datuk Seri, demi untuk menentukan kelansungan projek ini pada tahap kemajuan yang telah ditetapkan oleh Prasarana, pihak kami telah berusaha sebaik mungkin untuk membiayai kerja-kerja tersebut dengan menggunakan dana dalaman kami.

"Walau bagaimanapun pihak kami tidak lagi mampu memandangkan jumlah terkumpul ini agak besar. Keadaan ini benar-benar memberi tekanan besar kepada tahap kewangan kami dan telah menjejaskan tahap kemajuan projek ini," menurut surat-surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

Difahamkan, surat yang sama juga akan dikirimkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin.

Sumber yang mahir mengenai perkara itu mendakwa Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman dikatakan 'telah memberi tekanan' kerana dia mahu terlibat dalam keputusan pelantikan subkontraktor untuk projek LRT3.

Pemimpin Umno itu dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada bulan Mei dan dua bulan kemudian, pembayaran kepada kontraktor atas kerja mereka untuk projek LRT3 telah berhenti masuk.

Salah satu sumber memberitahu Malaysiakini kelewatan itu berlaku walaupun Prasarana mempunyai dana untuk membuat pembayaran kepada syarikat MRCB-George Kent sebagai kontraktor utama projek tersebut.
"Kemajuan projek oleh 17 syarikat itu telah mencapai 43.4 peratus pada akhir November.

"Apa alasan menahan pembayaran kepada MRCB-George Kent ketika syarikat itu telah bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan melangkaui sasaran," soal sumber itu.

Kemajuan 43.4 peratus pada laluan LRT3 sepanjang 37.6km tu mendahului sasaran 40 peratus pada akhir tahun.

Sumber itu berkata sejumlah RM280 juta yang diterima pada 3 Oktober hanya untuk kerja yang dilakukan antara Februari hingga Jun.

"Pembayaran terakhir yang kami terima pada 3 Oktober untuk kerja yang dilakukan dari Februari hingga Jun 2020.

"Keseluruhannya adalah RM280 juta," kata sumber itu lagi.

Prasarana, unit milik penuh Kementerian Kewangan, adalah pemilik projek LRT3. Sementara itu, MRCB-George Kent, adalah usaha sama 50-50 antara Malaysian Resources Corp Bhd dan George Kent (M) Bhd.

MRCB sebagai kontraktor siap guna (turnkey) sejak itu telah melakukan subkontrak bahagian projek dalam pelbagai pakej kepada 16 syarikat lain yang menandatangani surat tersebut.

Menurut surat-surat tersebut, pembayaran yang ditahan ini menyebabkan rangkaian pembayaran tertunda tidak hanya kepada pembekal dan pihak berkepentingan lainnya, tetapi juga komitmen dengan institusi kewangan.

Situasi ini juga diburukkan lagi oleh kesan keseluruhan wabak Covid-19 kepada perniagaan tempatan dengan keseluruhan operasi melibatkan lebih 10,000 pekerja, kata mereka.

Dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini menyatakan pembayaran daripada Prasarana kepada MRCB-George Kent dijelaskan pada hari kelapan setiap bulan untuk pelepasan segera kepada subkontraktor.

Malaysiakini telah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas daripada Tajuddin mengenai dakwaan peranannya dalam menahan pembayaran, dan juga dakwaan yang dilaporkan sebelumnya bahawa dia menggunakan kuasanya dengan cuba melakukan perubahan yang signifikan terhadap pengendali pengangkutan kereta api dan bas.
Prasarana sebelum ini menolak untuk mengulas laporan The Edge yang menyoal kepemimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak perlantikan Tajuddin sebagai pengerusinya.

Awal bulan ini, The Malaysian Reserve melaporkan Prasarana telah menuntut lebih banyak suara dalam pelantikan subkontraktor, tetapi permintaan mereka ditolak oleh MRCB-George Kent, yang mengakibatkan pembayaran itu ditangguhkan.

Pada masa itu, harian kewangan tersebut memetik sumber, mendakwa individu berjawatan tinggi dalam Prasarana telah meminta MRCB-George Kent untuk memberikan pakej kerja bernilai sekitar RM300 juta kepada syarikat tertentu berkaitan dengan individu tersebut.

Projek LRT3 dimulakan pada bulan Ogos 2015 dengan peruntukan awal RM10 bilion untuk berkhidmat kepada kira-kira dua juta orang di sepanjang laluan Bandar Utama-Johan Setia, sebelum kosnya meningkat menjadi RM31.65 bilion.

Ia antara beberapa projek infrastruktur mega yang dikaji semula oleh kerajaan pusat selepas Pakatan Harapan berkuasa pada Mei 2018.

Pada bulan Julai 2018, projek LRT3 disambung semula dengan jumlah kos terakhir yang dilaporkan berkurang 47 peratus kepada RM16.63 bilion, menggantikan model rakan penyampaian projek dengan model kontraktor siap guna.

Tarikh siap landasan rel sejauh 37.6km juga dilanjutkan dari tahun 2020 hingga 2024.

[Baca laporan asal]

-waklabufarm

Rabu, 30 Disember 2020

Prasarana enggan ulas dakwaan Tajuddin cuba pengaruhi keputusan syarikat


 Prasarana Malaysia Bhd enggan mengulas laporan yang mempersoalkan kepimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak pelantikan pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusinya pada Mei lalu.

"Kami tiada komen berkenaan hal ini," kata pegawai Prasarana menerusi pesanan teks.

Malaysiakini juga telah cuba menghubungi ahli Parlimen Pasir Salak itu dan masih menunggu maklum balasnya.

Ia susulan laporan The Edge yang mendakwa Tajuddin menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signigfikan dalam syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan ini. Beberapa perubahan dikatakan menimbulkan persoalan tentang kepimpinan dan hala tuju syarikat.

Dia didakwa berusaha menamatkan kontrak Latitud 8 bernilai RM1.2 bilion, yang merupakan projek pembinaan komersial pelbagai guna dekat stesen LRT Dang Wangi di Kuala Lumpur, untuk membolehkan Prasarana memainkan peranan lebih besar dalam projek itu dan akhirnya memindahkan pejabatnya di situ.

Laporan The Edge turut menyatakan dokumen yang menunjukkan Prasarana boleh menanggung kos RM80 juta untuk menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah (JLDA) itu.

Tajuddin bersama barisan kepimpinan kanan Prasarana

Dokumen itu juga didakwa membayangkan Kementerian Kewangan telah memberi "persetujuan lisan" kepada Prasarana untuk berpindah ke bangunan baru daripada pejabatnya sekarang di Bangsar, atas sebab kawasan yang strategik iaitu dalam segi tiga emas Kuala Lumpur.

Syarikat terlibat dalam pembinaan Latitud 8 adalah Crest Builder Holdings Bhd dan Intan Sekitar Sdn Bhd (51 peratus pegangan dimiliki Crest Builder). Sebanyak 49 peratus lagi dipegang Detik Utuh Sdn Bhd.

Anak Tajuddin, Sri Rahayu merupakan ahli lembaga pengarah Detik Utuh.

Pemegang saham Detik Utuh ialah Tindakan Juara Sdn Bhd (40 peratus), Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (35 peratus) and Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu (25 peratus).

Tindakan Juara dimiliki ahli keluarga Tajuddin. 35 peratus pegangan dalam syarikat itu dimiliki anak perempuannya, isterinya Rohkiah Abd Samat (35 peratus) dan anak lelakinya Firdaus (30 peratus).

Rohkiah dan Firdaus dilantik sebagai pengarah Tindakan Juara pada awal 2007, kira-kira empat bulan selepas syarikat itu didaftarkan. Sri Rahayu pula dilantik pada Feb 2010.

Pada Mac 2012, Crest Builder dan Detik Utuh dianugerahkan projek pembangunan di Dang Wangi itu.

Prasarana, pemilik 2.72 ekar tanah di mana projek itu dibina, akan menerima RM46.64 juta atau 21.2 peratus daripada anggaran nilai pembangunan kasar (GDV), iaitu kira-kira RM220 juta.

Pada mulanya, Latitud 8 dijadual dilancarkan pada 2016 tetapi ia tidak terlaksana. Bagaimanapun, Crest Builder dalam laporan tahunan pada 2019 menyatakan kerja-kerja utama telah pun bermula.

Projek itu melibatkan sebuah bangunan 43 tingkat, dengan 17 tingkat untuk ruang pejabat dan 418 unit SoHo (small office, home office), selain kawasan perniagaan.

Bagaimanapun, kerja pembinaan dilaporkan tergendala dan dijadual dilancarkan semula pada tahun ini. Tetapi ia sekali lagi tidak terjadi. Pejabat Latitud 8 berkata pelancaran hanya akan dibuat dalam masa satu atau dua tahun susulan sentimen pasaran.

CEO dapat surat tunjuk sebab

The Edge turut memetik salinan surat tunjuk sebab kepada CEO Prasarana Muhammad Nizam Alias yang antara lain berkenaan tindakan disiplin kerana ingkar arahan pengerusi dan lembaga pengarah untuk menyiasat MRCB George Kent Sdn Bhd, sebuah usaha sama dalam projek LRT3.

Nizam dikatakan membuat dakwaan terhadap Tajuddin berkenaan penganugerahan kontrak.

Dia dilantik ke jawatan itu pada Julai lalu bagi menggantikan Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

Pada 16 Disember, laporan akhbar kewangan Malaysian Reserve memetik sumber yang mendakwa Prasarana masuk campur dalam pelantikan subkontraktor untuk projek yang dikendalikan MRCB-George Kent Sdn Bhd sebagai kontraktor utama.

Syarikat itu enggan akur kepada permintaan Prasarana untuk diberi "lebih suara". Menurut laporan, ia menyebabkan Prasarana "menyukarkan" proses pembayaran kepada MRCB-George Kent.

Sumber mendakwa, individu berpangkat tinggi dalam Prasarana meminta MRCB-George Kent memberikan pakej kerja yang bernilai agak besar kepada sebuah syarikat.

Dakwanya lagi, syarikat itu mempunyai kaitan politik dengan seorang tokoh kanan Prasarana, maka menimbulkan isu konflik kepentingan.

Prasarana adalah pengendali perkhidmatan kereta api di Lembah Klang, termasuk jaringan MRT, tiga jaringan MRT dan Monorel.

Ia juga pemilik dan pengedali perkhidmatan bas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang, memberi khidmat perundingan pengurusan dan kejuruteraan di dalam dan luar negara, serta mengendalikan projek infrastruktur pengangkutan awam negara.

Setakat Disember 2019, Prasarana memiliki aset keseluruhan bernilai RM1.3 bilion dengan liabiliti keseluruhan sebanyak RM35.38 bilion. Ia juga menanggung kerugian RM42.41 bilion.-mKini

Artikel Berkaitan: Laporan The Edge:Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan...

Laporan The Edge:Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan...

 


Semalam The Edge Malaysia melaporkan mengenai mereka mendapat beberapa dokumen termasuk minit mesyuarar PRASARANA yang dipengerusikan oleh DS Tajuddin Rahman. Beberapa keputusan dilihat sangat drastik dan boleh mengundang pertikaian ialah antaranya Prasarana harus mengeluarkan RM80juta bagi tujuan menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah Bersama (JLDA). Lebih menarik ialah ia turut melibatkan syarikat yang mana isteri dan anak pengerusi Prasarana itu terbabit sebagai lembaga pengarah.

Persoalan timbul jika syarikat gagal kenapa bayar pampasan ... ambil alih sahajalah atas alasan GAGAL ! Prasarana nak ambil alih tanah milik Prasarana yang gagal dibangunkan oleh kontraktor terpaksa bayar ?!?!?!

Selain itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana juga dikatakan digantung kerana ada kaitan mengenai ketidak persetujuan dia mengenainagihan projek. Juga untuk makluman semua selepas lantikan Pengarah Pilihanraya Umno itu sebagai Pengerusi Prasarana beberapa tender terbuka yang telah diperingkat akhir proses telah dibatalkan prosesnya, dan ditender semula oleh syarikat baru secara tiba tiba.

Sebelum ini keluarga Tajuddin pernah didedahkan dan dikaitkan dengan projek mewah berkaitan UiTM Tapah sebelum PRU lepas.

Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan... dan jika ia fitnah wajib saman The Edge Malaysia jika tidak dia wajar berundur ... dan SPRM wajib buka siasatan.

Che'GuBard Original

-mindarakyat