"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2020

Empat Dara 2020: Faizal Tahir, Zizi Kirana sahut cabaran Kak Lina Pom Pom


 LAGU Empat Dara terus menjadi siulan ramai dengan penghasilan versi baharu lagu itu yang dinyanyikan kembali oleh Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana dengan gaya tersendiri.

Versi baharu yang menggunakan judul Empat Dara 2020 itu tampil dalam nafas segar  dan sentuhan berbeza tanpa menghilangkan elemen tradisional daripada versi asal ciptaan Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh.

Terdahulu lagu nyanyian asal Datuk Sharifah Aini itu menjadi tular setelah penyanyi dan pelakon Elly Mazlein atau kini mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom memuat naik rakaman video ketika menyanyikan lagu tersebut di laman Instagramnya dan mencabar warganet untuk melakukan hal sama mengikut versinya.

Cabaran itu mendapat reaksi luar biasa daripada orang ramai termasuk rakan selebriti yang turut menyanyikan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri sehinggakan jumlah tontonan video tersebut hampir mencecah dua juta.

Antara yang turut menyahut cabaran tersebut ialah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan daripada persembahannya di salah sebuah rancangan TV.

Klip tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mahukan Elly dan Faizal menyanyikan semula lagu itu.

Tidak menunggu lama, syarikat rakaman Faithful Music merealisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula lagu Empat Dara 2020.

Bukan sahaja Elly dan Faizal, tetapi penyanyi versatil, Zizi Kirana turut sama tampil bagi menambah rencah lagu kegemaran itu.

Menurut Zizi, dia tidak menyangka dipelawa untuk turut serta dalam projek istimewa itu daripada Faizal.

“Tak sangka Faizal melayangkan tawaran untuk saya turut bekerjasama dengan Elly dalam projek tersebut.

“Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini.” kata Zizi.

Sementara Faizal pula berkata, kolaboratif itu terjadi kerana cabaran yang diberikan Elly.

“Dia (Elly) minta masuk, kita masuklah!,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Elly mengakui tidak menyangka klip video Empat Dara itu menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular.

“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali. Niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira.

“Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” katanya.

Empat Dara 2020 yag dilancarkan pada 11 November lalu diberi nafas baharu dan sesuatu yang segar kepada pendengar menerusi sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Menariknya muzik videonya yang berkonsepkan komedi ringan itu menjadi trending nombor satu di saluran YouTube dalam masa sehari selepas dilancarkan dan kini meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.

Empat Dara 2020 merupakan karya terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar dan kini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes. Manakala video muzik rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

 

(FOTO: Universal Music Malaysia)

-Sinar Plus