malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 12, 2024Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah-lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu.
Mengulas kenyataan Johari bahawa dia "bukan posmen", Zaid berkata seorang posmen "lebih bermaruah" berbanding speaker itu.
Johari Abdul
"Seorang posmen tidak akan sesekali buka surat dan baca kandungannya. Dia tahu tugasnya: menghantar surat."Kamu pula tidak tahu tugas kamu. Tugas kamu ialah beritahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Itu tugas kamu, bukan untuk mendapatkan sokongan maksimum kepada PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim)," tulis Zaid di laman X pagi ini .
Apabila parti politik mengesahkan wujudnya kekosongan, tugas speaker ialah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu, katanya.
Semalam, Johari memberitahu Parlimen selepas
ahli parlimen PN bertindak keluar dewan bahawa
keputusan mengekalkan kerusi enam wakil rakyat
Bersatu itu dibuat dengan berhati-hati.
"Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya
"Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya
menerima apa juga diberikan kepada
saya...saya akan memastikan saya kaji
semua sekali.
“Saya baca kenyataan-kenyataan dalam
“Saya baca kenyataan-kenyataan dalam
pembinaan pindaan yang dibuat tentang
Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu.
Saya ambil keputusan, keputusannya kekal
seperti yang telah saya maklumkan kepada
Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku,"
katanya.
Taktik melengahkan masa
Mengulas lanjut Zaid mendakwa Johari
Taktik melengahkan masa
Mengulas lanjut Zaid mendakwa Johari
menggunakan taktik melengah-lengahkan
masa dengan memberitahu mahkamah
untuk mentafsir peruntukan berkaitan.
“Seluruh proses akan membawanya kepada pilihan
“Seluruh proses akan membawanya kepada pilihan
raya akan datang. Begitulah pemimpin yang
tidak bermaruah memanjangkan hayat politik
mereka.
"Speaker Dewan perlu ada kualiti tertentu, salah
"Speaker Dewan perlu ada kualiti tertentu, salah
satunya adalah berkecuali. Tidak mungkin untuk
melaksanakan tugas dengan baik jika speaker
berat sebelah dan kepentingan parti/kerajaan
sebagai keutamaan," kata Zaid.
-Wak Labu Farm
0 ulasan:
Catat Ulasan