"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Cukai Pendapatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cukai Pendapatan. Papar semua catatan

Jumaat, 24 September 2021

Cukai LHDN: Tunggakan cukai Sandro, Liridon tertinggi

 

ALOR SETAR: Tunggakan cukai gandingan Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi adalah yang tertinggi daripada keseluruhan RM10.4 juta dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor, tunggakan cukai Sandro berjumlah RM2.3 juta, manakala Liridon pula RM1.78 juta.

Katanya, pengurusan KFA terdahulu didapati memotong gaji pemain serta jurulatih terlibat, namun gagal melunaskan bayaran cukai kepada LHDN.

“Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan RM935,000, Ken Ilso Larson (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000)

“Tuntutan tunggakan cukai itu turut melibatkan barisan jurulatih import antaranya Ian Gillan dan Stefano Impagliazzo,” katanya selepas berakhir Sidang DUN Kedah di sini semalam.

Terdahulu ketika membuat penggulungan di Sidang DUN tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad mendedahkan KFA berdepan tuntutan cukai lebih RM10 juta setelah LHDN me­lakukan semakan semula.

Menurut Mohd. Firdaus, berbanding tuntutan untuk tempoh 2016 hingga 2019 dikemukakan LHDN yang berjumlah RM3.4 juta sebelum ini, badan berkanun itu kemudian menghantar satu lagi notis tuntutan selepas me­lakukan semakan semula yang mengambil kira dari 2014 hingga 2019 bernilai lebih RM10 juta.

Muhammad Sanusi menambah, LHDN sepatutnya membuat tuntutan pada tahun sama.

“Sepatutnya kalau ada tunggakan pada 2018 atau 2017, tuntutlah pada tahun itu juga tetapi mereka kata pada masa itu pengurusan KFA lama tidak memberi kerjasama.

“Sekarang bila pengurusan baharu beri kerjasama, maka mereka datang longgok semua atas ‘kepala’ kita. Kalau macam itu, teruklah kita kerana KFA bukan badan membuat keuntungan sebaliknya bergerak memajukan sukan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat,” kata­nya.

Katanya, perbincangan akan terus dibuat bersama LHDN supaya tunggakan itu dihapus kira berikutan kegagalan badan berkanun tersebut membuat kutipan pada tahun sepatutnya.

“Tunggakan ini berlaku pada masa lalu, tak bolehlah kutip sekarang. Justeru saya berunding dengan LHDN untuk memohon hapus kira di atas kegagalan mereka membuat kutipan pada masa lalu,” katanya.

-Utusan Online

Isnin, 14 Jun 2021

Gagal Batal Notis Kebankrapan LHDN, Akan Bankrapkah Najib?

 

Bekas perdana menteri, Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadapnya.

Keputusan itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan mahkamah yang disampaikan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.

Sebelum ini Najib mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari sebagai berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah dan mendakwa notis itu merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.

Najib sebelum itu berkata notis muflis LHDN yang diserahkan kepadanya bagai “menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah”, dan beliau menjadi “mangsa ketidakadilan”.

LHDN memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan ~ MN

Credit:Anak Sungai Derhaka

Khamis, 19 November 2020

Mahkamah arah Nizar Najib bayar tunggakan cukai RM13 juta

ANAK kedua Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diarah menjelaskan hutang cukai berjumlah RM13.16 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) oleh Mahakamah Shah Alam lapor The Edge.

Cukai itu tertunggak sejak tahun 2011. Nizar Najib, 42 telah membawa perkara itu ke mahkamah kerana mahu LHDN mengetepikan arahan itu dengan alasan bahawa bar masa telah luput.

Nizar Najib

Dalam kes saman sivil, suatu tuntutan mempunyai bar masa dan perlu difailkan dalam masa enam hingga tujuh tahun selepas kejadian.

Portal perniagaan itu memetik penghakiman bertulis oleh pesuruhjaya kehakiman Julie Lack Abdullah yang bertarikh 25 September, mengatakan bahawa tuntutan lembaga itu tiada bar masa.

Tambahnya, seseorang yang mempunyai tunggakan hutang mesti membayar terlebih dahulu sebelum merayu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Nizar pada 27 Oktober lalu dilaporkan membuat rayuan terhadap penghakiman mahkamah persekutuan.

Seorang lagi saudaranya, Mohamad Nazifuddin turut diarahkan bayar tunggakan cukai kepada LHDN sebanyak RM37.6 juta.


-milosuam.net


ps:Cukai pun dah berjuta..agaknya pendapatan berapa banyak ya?Pandai dia cari income..

Rabu, 26 Ogos 2020

Permohonan penghakiman terus LHDN tuntutan cukai anak Najib ditolak


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10.3 juta cukai tertunggak daripada anak bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa.

Ia selepas hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN, dengan memutuskan bahawa pegawai LHDN yang mengemukakan afidavit bagi menyokong permohonan kerajaan, tidak menyatakan dalam afidavit bahawa dia percaya defendan (Nooryana Najwa) 'tidak mempunyai pembelaan' terhadap tuntutan kerajaan untuk cukai yang perlu dibayar.

Hakim juga mendapati sijil yang dikemukakan oleh kerajaan sebagai bukti amaun cukai tertunggak dan perlu dibayar itu, tidak ditandatangani oleh ketua pengarah LHDN, yang diperlukan di bawah Seksyen 142 Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Tidak ada bukti di hadapan mahkamah ini bahawa orang yang menandatangani sijil itu adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan sebarang tugas ketua pengarah dalam bentuk tulisan tangan' selaras dengan Seksyen 136 (5) Akta berkenaan, bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya.

"Sijil yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah LHDN, Cawangan Guaman Kuala Lumpur, tanpa sebarang bukti bahawa dia dilantik bagi melaksanakan sebarang tanggungjawab ketua pengarah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, atau diberi kuasa dalam bentuk tulisan tangan bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya, adalah bukti yang tidak mencukupi mengenai amaun cukai tertunggak. Sijil itu juga tidak cukup bagi mahkamah ini untuk memberi penghakiman mengenai cukai tertunggak dan perlu dibayar defendan,” katanya.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Hakim Faizah bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk penghakiman terus bukanlah satu keputusan mengenai merit tuntutan plaintif terhadap cukai tertunggak yang perlu dibayar oleh defendan pada tahun 2011 hingga 2017.

“Ia juga bukan satu keputusan terhadap merit tuntutan defendan bahawa taksiran cukai adalah tidak berasas dan/atau taksiran yang tidak betul.

"Ketepatan taksiran cukai dan merit pembelaan defendan adalah persoalan mengenai fakta yang akan ditentukan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada pendengaran rayuan defendan terhadap taksiran itu," katanya.

Mahkamah menetapkan 8 Sept untuk pengurusan kes bagi LHDN mengemas kini mahkamah, sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu atau sebaliknya.

Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN manakala Nooryana Najwa diwakili oleh Wee Yeong Kang dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

Pada 24 Julai lepas kerajaan sebagai plaintif memfailkan saman dan pernyataan tuntutan menerusi LHDN, dengan menamakan Nooryana Najwa, 32, sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan, plaintif mendakwa Nooryana Najwa gagal menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu kepada LHDN di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.

LHDN menegaskan bahawa sehingga hari ini, defendan tidak membayar amaun cukai pendapatan yang perlu dibayar, termasuk peningkatan, yang menjangkau jumlah RM10,335,292.36.

Plaintif menuntut defendan sejumlah RM10,335,292.36, faedah berjumlah RM10,335,292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman kepada tarikh pelaksanaan, kos, dan lain-lain bayaran yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-Bernama