Khamis, 27 Ogos 2026

Tsunami Banjir Lumpur Berlaku Di Tibet Sempadan China-Nepal:Apakah Satu Teguran Allah Kepada Manusia Sekarang?

(Berdasarkan kepada gambar)

 Sebelah kanan tu, asalnya sebuah tamadun yang hidup. Ada bangunan yang gagah, jalan raya yang elok, jambatan yang teguh dan sebatang sungai yang mengalir tenang.

Tapi tengok sebelah kiri. 

Dalam sekelip mata... semuanya lenyap.

Bukan sekadar hancur, tapi terus hilang dari peta. 

Tertimbus di bawah jutaan tan tanah, lumpur dan batu batan. Jambatan runtuh, bangunan rata, sungai pun terus tertimbus jadi daratan mati.

Sebab selalu bila kita baca Al-Quran, kita dihidangkan dengan kisah-kisah umat terdahulu. 

Kisah kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Lut dan keangkuhan Firaun.

Tiap kali baca macam mana Allah timpakan bala, hancurkan tamadun mereka dari akar umbi dan gantikan dengan umat yang baru... kadang-kadang fikiran kita susah nak bayangkan.

Kita selalu rasa, "Ah, itu zaman dulu... Zaman sekarang kita dah ada satelit, ada teknologi kejuruteraan canggih, ada bangunan kalis gempa bumi."

Tapi hakikatnya bila kita mula leka...

Bila kita mula lalai dengan pangkat dan kemewahan dunia...

Bila ego kita melangit sampai rasa kita boleh kawal segalanya...

Allah datangkan PERINGATAN sebegini. 

Supaya kita sedar, setinggi mana pun kita bina tamadun, kita hanyalah menumpang di bumi milik Allah.

Teringat Abang pada satu ayat yang sangat menakutkan, tapi inilah realiti yang sedang kita tengok dalam gambar ni. 

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 24. Kau baca pelan-pelan. Hadamkan.

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit... sehingga apabila bumi itu lengkap dengan perhiasannya dan menjadi indah dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat menguasainya... tiba-tiba datanglah perintah Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan semuanya hancur-lebur, seolah-olah ia belum pernah wujud kelmarin..."

Allahuakhbar.

Rupa-rupanya, tak payah tunggu hari Kiamat, dik.

Bila Allah beri satu sahaja arahan pada bumi, pada gunung atau pada air... runtuh habis segala kemegahan manusia.

Masa lumpur dan batu tu menghentam, duit jutaan ringgit dalam akaun bank dah tak ada nilai. 

Pangkat dan darjat tak boleh buat perisai. 

Kereta mewah yang dibanggakan hancur jadi besi buruk.

Tinggal kita dan amalan kita je menghadap Allah.

Abang nak ucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas tragedi tanah runtuh dahsyat yang berlaku di sempadan Nepal-China ni. Moga keluarga mangsa yang terlibat diberi ketabahan luar biasa untuk hadapi ujian seberat ini.

Tapi untuk kita yang masih hidup, yang masih diberi nikmat bernafas dan bernaung di bawah bumbung yang selamat hari ni...

Sama-sama kita ambil peringatan dan pelajaran. 

Gambar ni bukan sekadar berita bencana alam di luar negara. Ini adalah TEGURAN LANGSUNG dari Allah untuk mematikan ego kita.

Jangan kita sombongkan sangat hari ni dik, sebab apa yang kita rasa kita akan PEGANG selamanya, walhal Allah boleh tarik sekelip mata.

Bawa bertenang. 

Turunkan ego. 

Kembalilah pada Allah.

Salam malam Jumaat.

.

.

Shauqi Hasan

Doa selamat buat kita semua.

0 ulasan:

Catat Ulasan