"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label CUEPACS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUEPACS. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2024

Beri elaun khas dahulu kalau sukar naikkan gaji penjawat awam-Cuepacs

 

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji dalam bentuk elaun khas sementara menunggu pelarasan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan sekiranya isu kewangan menjadi kekangan dalam menyegerakan SSPA.

“Selepas SSPA dimuktamadkan kelak dan berlakunya kenaikkan gaji, maka kerajaan boleh memansuhkan bayaran elaun khas tersebut.

“Usaha ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan gaji bersih (take home pay) penjawat awam meningkat sementara menunggu pelarasan gaji dilaksanakan.

“Adalah menjadi harapan warga penjawat awam untuk menikmati skim upah yang lebih adil dan munasabah supaya mereka mampu berhadapan dengan situasi yang sukar ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Adnan memberitahu pihaknya turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dalam membangunkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan semalam.

Jelasnya, usaha yang digembleng oleh kakitangan daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia jelas membuktikan kemampuan penjawat awam dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, walaupun masa yang diberikan oleh kerajaan adalah amat singkat, kekangan tersebut bukanlah menjadi halangan untuk penjawat awam memberikan hasil terbaik setanding dengan perunding antarabangsa.

“Syabas diucapkan kepada penjawat awam kerana mampu menghasilkan sistem yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Cuepacs mencadangkan agar suatu bentuk insentif khas kepada penjawat awam yang terlibat dalam membangunkan projek-projek besar kerajaan pada masa hadapan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan galakan untuk mereka berusaha dengan lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Khamis, 28 Julai 2022

CUEPACS akan piket jika gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU

 Foto hiasan.

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Adnan berkata, cadangan lain termasuk:

• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;

 . dua kenaikan setiap tahun;

• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;

• elaun pelbagai tugas;

• elaun batik dan pakaian kebangsaan;

• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;

• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan

• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.

-BH Online 

Sabtu, 26 Februari 2022

Segera kaji semula pekeliling elaun penjawat awam - CUEPACS

 (Gambar fail) Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL ADRI SAALI

(Gambar fail) Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL ADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Pekeliling berhubung pemberian beberapa elaun bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah antara perkara perlu dikaji semula oleh kerajaan dengan secepat mungkin, bersesuaian situasi semasa yang dihadapi penjawat awam.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata pemberian elaun seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Elaun Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Bomba bawah sistem itu ketika ini, dibuat pada kadar kecil serta tidak setimpal dengan risiko tugasan dihadapi sesetengah penjawat awam.

Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (IKTA) pula sudah lama tidak ditingkatkan. Begitu juga Elaun Risiko Penguat Kuasa yang kini kita dapati hanya sebahagian skim perkhidmatan (sektor) dapat menikmatinya, manakala petugas dalam sektor lain tidak diberikan kemudahan serupa.

"Justeru, inilah yang kita maksudkan perlu dibuat kajian menyeluruh agar ia lebih seragam (pemberian elaun), teratur dan saksama kepada seluruh skim yang ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Khamis lalu, yang mahu semua pekeliling perkhidmatan awam sedia ada dikaji semula bagi memastikan sama ada ia masih boleh dilaksanakan dalam perspektif semasa.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pihaknya juga berharap kerajaan dapat memantau pelaksanaan beberapa pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata, ini kerana berdasarkan aduan diterima, ada sebahagian ketua jabatan atau ketua perkhidmatan tidak mengambil berat ataupun memandang enteng pelaksanaan yang ditekankan dalam pekeliling.

"Contohnya, pekeliling perkhidmatan berkenaan kenaikan pangkat secara 'Time-Based' Berasaskan Kecemerlangan yang perlu dilaksanakan selepas genap tempoh 13 tahun untuk kali pertama dan kali kedua juga 13 tahun, namun ia tidak diguna pakai secara sistematik.

CUEPACS mendapat banyak aduan mengenai perkara ini dan ia memberi kesan motivasi tidak baik kepada penjawat awam, sedangkan pekeliling itu wujud untuk memberi ruang mereka naik pangkat sepanjang tempoh berada dalam perkhidmatan," katanya. – BERNAMA

Rabu, 23 Februari 2022

Gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam - Cuepacs

 GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada Perdana Menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan kerana berpendapat angka berkenaan adalah munasabah untuk dinilai kerajaan.

"Pada masa sama, Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 November lalu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan mensasarkan (status sebagai) negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dengan meletakkan pendapatan isi rumah kepada RM10,000.

Namun sasaran di bawah RMK12 ini sudah tentu tidak akan tercapai sekiranya gaji minimum yang baharu ini tidak diubah oleh kerajaan sendiri," katanya ketika menjadi tetamu secara maya dalam program Koresponden terbitan Bernama TV bertajuk 'Penentuan Nasib Penjawat Awam' hari ini.

Beliau juga berkata sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan kali terakhir sistem saraan perkhidmatan awam disemak ialah pada 2002.

"Cuepacs melihat apabila kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan kerajaan untuk menyemaknya semula.

"Sistem saraan yang baharu ini hendaklah boleh menampung keperluan penjawat awam supaya menerima gaji yang selesa, yang setimpal dengan kos perbelanjaan harian minimum yang juga telah berubah dengan (harga) barangan meningkat berkali-kali sejak tahun lalu," katanya.

-myMetro

Rabu, 19 Januari 2022

Gaji 800,000 penjawat awam lebih rendah daripada PGK -Presiden CUEPACS

 

PETALING JAYA: Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan sistem penggajian dan saraan tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penjawat awam dengan gred lantikan 19 masih memperoleh pendapatan di bawah RM2,000 meskipun selepas menerima Bantuan Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun Khidmat Awam.

Berikutan itu, Adnan menggesa kerajaan untuk menyegerakan kajian semula terhadap sistem penggajian dan saraan kerana ia disifatkan sudah tidak relevan dengan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung kini.

"Daripada 1.62 juta penjawat awam, lebih 800,000 daripadanya terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka dengan gred 19 yang jika terlantik, gaji permulaan diterima hanyalah RM1,208.

"Jika ditambah COLA dan pelbagai elaun lagi, pendapatan mereka hanya mencecah RM1,950 dan ia masih di bawah PGK ditetapkan iaitu RM2,208 jadi kerajaan perlu segera ubah sistem penggajian dan saraan yang tidak relevan sekarang kerana sudah berlangsung selama 20 tahun.

"Gaji tidak naik menyebabkan kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil sedangkan harga barang terus meningkat. Ini sememangnya memberi kesan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah di Wisma Ungku A Aziz, di sini.

Antara agenda yang dibincangkan CUEPACS dan ANGKASA dalam mesyuarat itu termasuk kaedah yang boleh dimainkan koperasi bagi membantu penjawat awam untuk menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup yang berlaku kini.

Adnan berkata, ANGKASA melalui pelbagai koperasi di bawahnya akan membekalkan lebih 100 barangan harian kepada penjawat awam di negara ini pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Pada masa sama, beliau juga menggesa supaya semua ketua perkhidmatan awam mengaktifkan koperasi dalaman dengan menyediakan ruang di setiap kementerian bagi membekalkan barangan keperluan asas kepada penjawat awam pada harga yang lebih murah.

Langkah itu katanya, selain sebagai tanda sokongan kepada penjawat awam, ia juga dapat memastikan harga barangan harian dapat dikawal sekali gus mengelak daripada golongan yang gemar mengambil kesempatan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, setakat ini sambutan yang diterima koperasi di bawah ANGKASA dalam pembekalan pelbagai jenis barangan harian kepada penjawat awam sangat menggalakkan.

Setakat ini katanya, terdapat 3,000 koperasi yang sudah dikenal pasti ANGKASA dan 2,000 daripadanya sudah mendaftar untuk Program Barang Asas 100 (BA100) membabitkan penjualan barangan keperluan harian termasuk secara dalam talian.

"Daripada 2,000 yang berdaftar, 500 daripadanya kini aktif dalam membekalkan barangan manakala baki 1,500 koperasi lagi kini dalam proses untuk lebih aktif

"Program ini sudah bermula sejak tahun 2000. Ia turut menyediakan platform dalam talian bagi memudahkan pesanan dan penghantaran barangan.

"Fasa keduanya nanti akan membabitkan penjualan barangan basah pula," katanya. (BH)

Ahad, 1 November 2020

Penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

 


KUALA LUMPUR:
 Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menyelar pihak yang berpandangan penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana tidak terjejas oleh penularan wabak Covid-19.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai “pandangan sempit”, Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, pemberian BPN ialah untuk isi rumah dalam kategori B40 dan M40 tanpa mengambil kira mereka bekerja di sektor kerajaan atau swasta.

“Jika pendapatan isi rumah mereka lebih daripada yang ditetapkan, maka ia tetap tidak layak walaupun bergelar penjawat awam.

“Begitu juga di sektor swasta, jika pendapatan isi rumah lebih daripada syarat ditetapkan mereka juga tidak layak untuk menerima BPN,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan seorang perunding kewangan menerusi program Sinar Live semalam yang menyatakan penjawat awam tidak sepatutnya menerima BPN kerana tidak terkesan atau tidak dipotong gaji sepanjang penularan Covid-19 serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Adnan Mat.

Adnan juga menegaskan adalah tidak adil untuk mengatakan penjawat awam tidak layak menerima BPN hanya disebabkan mereka masih menerima gaji seperti biasa sepanjang PKP dan penularan Covid-19.

“Harus diingatkan sekali lagi, tidak semua pasangan penjawat awam turut sama-sama bekerja di sektor kerajaan.

“Ada dalam kalangan pasangan yang merupakan suri rumah sepenuh masa, bekerja sendiri seperti penjaja kecil serta bekerja di sektor swasta,” tegasnya.

Katanya, ada juga dalam kalangan pasangan terbabit dibuang kerja, tidak dapat berniaga dan terjejas pendapatan.

“Dalam hal ini, tidak kira sektor mana mereka bekerja, jika isi rumah itu mempunyai pasangan terjejas pendapatan, sewajarnya mereka dibantu, apatah lagi dapatan kerajaan mengelaskan isi rumah tersebut sebagai B40 atau M40.

“Justeru, adalah tidak adil jika kita melabelkan atau membuat keputusan dengan hanya melihat konteks yang sempit.

“Cuepacs percaya keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah adil dan memikirkan keseluruhan rakyat yang terkesan oleh Covid-19,” katanya.-FMT

Ahad, 18 Oktober 2020

Cuepacs mohon kerajaan naikkan gaji, bonus penjawat awam

 


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.

Presidennya Adnan Mat berkata permohonan tersebut berdasarkan situasi semasa negara dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Jika kita lihat pada ketika ini harga barangan dan perkhidmatan asas yang lain seperti makanan, minuman, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan komunikasi telah menunjukkan sedikit peningkatan.

"Ini bermakna gaji juga perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos keperluan asas ini khususnya untuk seluruh penjawat awam dan mereka yang berada di luar sana," katanya ketika dihubungi Bernama TV, di sini, hari ini. Katanya, CUEPACS juga berharap kerajaan mengumumkan bonus dalam bentuk gaji bulanan kepada penjawat awam dan bukannya bantuan khas kewangan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

''Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu penjawat awam tidak lagi menerima bonus.

"Sebaliknya bantuan khas kewangan yang diterima tahun-tahun sebelum ini adalah sebanyak RM500 menjelang perayaan dan RM500 menjelang pembukaan sesi persekolahan awal tahun," katanya.

- Bernama

Rabu, 30 September 2020

Cuepacs tolak cadangan bonus berdasarkan merit

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata sektor perkhidmatan awam bergerak sebagai 1 pasukan yang saling melengkapi. 

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan pemberian bonus kepada penjawat awam dilaksanakan mengikut merit dan sektor perkhidmatan. 

 Presidennya Adnan Mat berkata, cadangan dibuat Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) tidak wajar dilaksanakan mengambil kira peranan penjawat awam yang bertugas secara berpasukan dan saling melengkapi antara 1 sama lain. 

 Katanya, tiada sektor lebih penting berbanding sektor lain kerana semuanya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara dan kaedah itu hanya akan memberi gambaran sektor tertentu tidak begitu penting berbanding pihak mendapat bonus tinggi.

 “Perkara ini akan menjadi perdebatan dan berkemungkinan menjadikan penjawat awam di sektor tertentu menjadi tidak bermotivasi kerana beranggapan mereka tidak penting.

 “Begitu juga sekiranya pemberian bonus diberikan berdasarkan merit, setiap penjawat awam telah memainkan peranan masing-masing dan wajar diberikan kredit atas keterlibatan mereka sepajang perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan Mat. 

Mengulas lanjut, Adnan berkata, penetapan merit adalah terlalu subjektif dan sekiranya penetapan itu diambil kira, penjawat awam yang baik sebenarnya disokong rakan sekerja dan majikan. 

 “Jika penjawat awam itu dinilai kurang baik, sudah tentu ketua jabatan juga boleh dipersoalkan kerana sektor perkhidmatan awam bergerak dalam 1 pasukan yang besar dan bukannya ‘one man show’,” katanya. 

 Beliau berkata, seluruh penjawat awam kini dikerahkan menjadi pemudah cara kepada kerajaan untuk menjayakan agenda dan program pemulihan semula ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. 

 “Semua sektor seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan bersama bekerja keras dan berganding bahu untuk memastikan negara berada di landasan terbaik keluar daripada kemelut ketidaktentuan ekonomi ketika ini. 

 “Justeru, Cuepacs berpandangan pemberian bonus perlu diberikan secara sama kepada setiap penjawat awam tanpa mengambil kira penetapan merit atau sektor tertentu. 

 “Tiada yang kurang atau tiada yang lebih kerana sektor perkhidmatan awam bergerak sebagai 1 pasukan yang saling melengkapi,” katanya. 

 Cuepacs bagaimanapun bersetuju dengan MAAC bahawa penjawat awam berkhidmat dengan cemerlang ketika negara berdepan pelbagai cabaran dan pemberian bonus mampu menjadi pemangkin untuk menjalankan tugas bagi kesejahteraan rakyat.-FMT

Jumaat, 11 September 2020

Kenaikan gaji penjawat awam ada mekanisme lebih sesuai

Gambar dari atas: Ahmed Razman Abdul Latiff, Shazali Abu Mansor

KUALA LUMPUR - Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan bagi pelaksanaan segera kenaikan gaji penjawat awam disifatkan sebagai satu keperluan, namun tindakan itu tidak sesuai dilakukan sekarang.

Penganalisis ekonomi yang juga Profesor Kanan Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, tidak dinafikan kenaikan gaji ketika ini adalah satu keperluan namun dalam keadaan dunia masih berdepan pandemik Covid-19, hal itu wajar diketepikan sementara waktu.

Menurutnya, ketika ini tumpuan kerajaan tidak hanya membantu kelangsungan ekonomi penjawat awam sebaliknya seluruh rakyat Malaysia perlu diberi perhatian.

“Kita tidak mahu sampai terjadi keadaan gaji sedia ada pun tidak mampu dibayar kerajaan seperti yang terjadi di Kuwait, negara Teluk yang kaya dengan hasil minyak itu dilaporkan mungkin menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November ini.

“Kita tahu ada penjawat awam yang berdepan kesukaran hidup, jadi dalam hal ini Cuepacs mungkin boleh mencari mekanisme lain untuk membantu golongan penjawat awam terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuntutan kenaikan gaji oleh Cuepacs sebagai salah satu daripada lima tuntutan yang dibuat kepada kerajaan.

Lima tuntutan itu termasuk kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan tempoh kenaikan pangkat kali kedua dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat dilaporkan berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas permohonan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuat sejak Mac lalu berhubung tuntutan itu.

Sementara itu, penganalisis ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan sepatutnya bersedia duduk semeja berbincang bersama Cuepacs.

Katanya, dengan keperitan hidup disebabkan wabak Covid-19, mungkin ada antara lima tuntutan itu yang boleh dipenuhi kerajaan.

“Bagaimanapun, kita tidak mahu kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji atau pangkat tanpa berdasarkan prestasi.

"Pada zaman IR 4.0 ini, apabila banyak urusan kerajaan dapat dilaksanakan secara digital, kakitangan kerajaan harus mampu menaik taraf kemahiran.

“Jika mereka mampu berbuat demikian, wajarlah mereka menerima kenaikan gaji dan pangkat,” katanya.

-SH Online

Rabu, 9 September 2020

Jumpa PM bincang kenaikan gaji, pangkat - CUEPACS

Presiden CUEPACS, Adnan Mat (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud pada Majlis Penghargaan kepada Barisan Hadapan Menangani Pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: CUEPACS berharap dapat bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat untuk membincangkan lima tuntutan termasuk kenaikan gaji dan pemendekan kenaikan pangkat 'time based' yang belum dilaksanakan walaupun sudah diumumkan kerajaan.

Presidennya, Adnan Mat, berkata surat untuk mengadakan pertemuan itu sudah dihantar pada Mac lalu, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

"Lima tuntutan ini sudah diumumkan kerajaan namun sehingga kini ia belum dapat dilaksanakan. Justeru kita merasakan ia tidak adil kepada kakitangan kerajaan.

"CUEPACS memohon lima tuntutan berkenaan dilaksanakan dengan segera. Disebabkan itu kita mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penghargaan kepada barisan hadapan menangani pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.

Lima tuntutan itu termasuk kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan kenaikan pangkat 'time based' kali kedua yang dikurangkan daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.

Terdahulu, mengenai program berkenaan, Adnan berkata majlis penghargaan kepada pasukan hadapan itu adalah siri program di setiap negeri.

"Kita bertemu dengan semua pasukan hadapan dan berterima kasih atas khidmat bakti mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.-BH Online

Ahad, 26 Julai 2020

(VIDEO)- CUEPACS sifatkan Kerajaan Malaysia flip flop dalam laksanakan janji


Pihak CUEPACS melalui presidennya Adnan Mat mempersoalkan segala keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia belum dilaksanakan kepada penjawat awam kerana berunsur politik dan bersifat flip flop lapor Malaysia Gazette.

Katanya Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan janji seperti apa yang telah diumumkan kerana bagi CUEPACS siapa saja jadi kerajaan Malaysia perlu kotakan janji seperti yang di katakan.

Disebabkan terlalu cepat ahli politik bertukar menjadi kerajaan menyebabkan segala janji tidak dilaksanakan.