"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Rabu, 31 Mac 2021

Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..

KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS ini sekaligus telah menjawab desakan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman yang meminta PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama Umno atau Bersatu pada PRU ke-15 nanti.
Pada 29 Mac lalu, Tajuddin berkata sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama dengan Umno ataupun Bersatu pada PRU akan datang.

Ini kerana menurutnya UMNO telah menyatakan pendirian untuk bersama PAS dalam PRU nanti dan akan bersendirian sekiranya PAS memilih untuk bersama Bersatu.


Setelah mengikuti senario politik negara, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS, diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah mengadakan suatu pertemuan pada 30 Mac 2021 bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi menangani wabak Covid-19, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS telah bersetuju dengan ketetapan seperti berikut:

1. Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Bersatu dan PAS, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

3. Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

4. Bersatu dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep tersebut, sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

Bersatu dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.


DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN 
Setiausaha Agung Bersatu 

DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS

Ha.. ha.. ha... Kesiannya kat UMNO.. 

UMNO nak bekerjasama dengan PAS.. tapi PAS pula pilih nak bekerjasama dengan Bersatu.. dah jadi 'Hidung tak mancung.. pipi tersorong-sorong..'

Mungkin PAS tidak lupa yang mereka pernah dipermainkan UMNO suatu masa dulu..

 ... Lebih dari Lima puluh tahun lalu, selepas peristiwa 13 Mei dan kekalahan besar pada pilihan raya 1969, UMNO di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Hussein memujuk PAS supaya bersama dengan parti berkenaan. 


Ketika itu, agendanya adalah untuk menjaga kepentingan Melayu selepas apa yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei.

Lalu PAS di bawah pimpinan Datuk Mohamad Asri Muda memanggil satu Muktamar Khas untuk menentukan sikap, apakah PAS sedia atau tidak menyertai UMNO.

Lalu majoriti ahli muktamar khas itu mengambil keputusan menyokong menyertai UMNO dan membentuk Barisan Nasional (BN) kemudiannya. 

Sebahagian ahli PAS tidak bersetuju dengan langkah itu, termasuk Allahyarham Amaluddin Darus yang terus meninggalkan PAS.

Selepas menyertai BN, beberapa pimpinan kanan PAS, termasuk Asri dilantik menjadi menteri. Asri sendiri menjaga hal ehwal tanah.

Namun, selepas UMNO stabil dan PAS mula kuat dalam BN, UMNO mula mencari pasal. Ia berakhir dengan tindakan PAS ditendang keluar daripada BN pada 1977 selepas Undang-Undang Darurat diisytiharkan di Kelantan.

PAS kehilangan segala-galanya selepas itu, termasuk Kelantan. Mulai 1978 PAS dibina semula dengan re-branding, kepemimpinan ulama yang dipelopori Tuan Guru Nik Aziz, Yusof Rawa, Datuk Fadzil Mohd Nor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini, melalui putaran waktu, apabila UMNO lemah, PAS sekali lagi dicari....

-Anak Sungai Derhaka

Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?

 

Pada Ahad lalu, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diluluskan sebulat suara.

Mandat diberikan kepada Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tarikh menarik diri daripada kerajaan PN.

Zahid dengan gahnya berkata, apabila tarikh itu diputuskan, semua ahli parlimen yang dilantik sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meletak jawatan bersama.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam syarikat bekaitan kerajaan (GLC) diminta menarik diri bermula Ahad.

Antara Menteri UMNO yang memegang portfolio penting dalam Kabinet PN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Turut tersenarai ialah Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan).

Muhyiddin turut melantik Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Timbalan Menteri yang dilantik dalam kalangan pemimpin UMNO ialah Mastura Yazid(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I) dan Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Meskipun Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan itu sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi... ada mereka kesah??

Lagipun mana ada orang yang bodoh untuk melepaskan puluhan ribu RM yang diperolehi sebulan hanya kerana nak buktikan kesetiaan kepada parti?

Memang jawatan itu yang mereka kejar selama ini kan?.. takkanlah mereka sertai politik hanya sebab nak jadi Ketua Cawangan saja kot.. apa kelas?


PUTRAJAYA: Semua anggota Jemaah Menteri kerajaan semasa dari Umno tidak akan meletakkan jawatan masing-masing dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, persepakatan itu dicapai selepas menteri-menteri dari Umno bertemu beliau pada Isnin.

“Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam (Jemaah Menteri) berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan (PPBM) dalam PRU15.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam (Jemaah Menteri). Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam (Jemaah Menteri).”

Kata Muhyiddin, pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk “memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara”.

Sehubungan itu, tambah beliau, langkah berkenaan penting kerana beberapa orang menteri Umno memegang portfolio penting yang secara langsung menyumbang kepada matlamat tersebut ~ FMT

Lagi satu.. yang sembang kononnya perjuangan politik mereka itu adalah demi rakyat.. cuba jangan diberikan sebarang jawatan dalam Parti atau Kerajaan..

Kalau nak diberikan Jawatan pun jangan dibayar elaun atau apa saja imbuhan.. kita tengok adakah mereka sanggup memegang jawatan itu?

Kesimpulannya.. jangan diperbodohkan oleh Ahli Politik..

-Anak Sungai Derhaka

2 Datuk Seri, 6 Datuk Antara 118 Ahli Geng Nicky Ditahan

 


Kuala Lumpur: Seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Soon Hee, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah itu, 42 lelaki membabitkan 27 warga tempatan serta 15 warga China serta enam wanita termasuk tiga warga China ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Dua belas lagi individu membabitkan 11 warga China termasuk seorang wanita serta seorang wanita Myanmar ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/69, manakala lapan lagi lelaki tempatan ditahan kerana didapati positif dadah.

"Dua puluh lima lelaki dan 25 wanita warga tempatan pula dibebaskan selepas proses dokumentasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Abdul Hamid berkata, pihaknya merampas wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta dalam serbuan berkenaan.

"Selain itu, kami juga merampas pelbagai barangan lain seperti jam tangan berjenama yang akan dinilai semula oleh pakar bagi mendapatkan nilaian sebenar.

"Kami juga sudah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta dan 35 kenderaan bernilai RM8.86 juta membabitkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia serta Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

"Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan susulan maklumat risikan yang diperoleh pada pertengahan Januari lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor selepas Operasi Pelican 2.0 membabitkan kegiatan Macau Scam.

Katanya, hasil siasatan dilakukan mendedahkan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian menggunakan 'akaun keldai' dan mempunyai transaksi kewangan dengan syarikat milik Winner Dynasty Group.

Hasil daripada dapatan itu, pihak task force mengembangkan lagi siasatan dan mendapati terdapat sejumlah 'keldai akaun' yang mempunyai kaitan dengan syarikat dan individu bersekutu dengan Syarikat Winner Dynasty Group.

"Keldai akaun berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti jenayah komersial seperti along, pelaburan tidak wujud dan tipu jual beli dalam talian," katanya.

Katanya, semakan mendapati terdapat lima syarikat yang bersekutu dengan Winner Dynasty Group berserta pengarahnya dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis Johor mengesan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersil.

Ayob Khan dipetik berkata, Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Menurutnya, Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang bergelar Datuk Seri.

Selain itu, polis Johor juga mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Md Azar Izwam Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berhubung kes sama berkaitan Soon Hee ~ MyMetro

Harian Metro juga melaporkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah mendedahkan Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai melarikan diri dengan membawa 'bekalan' lapan beg yang dipenuhi wang tunai.

"Maklumat diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati Nicky mempunyai wang berjumlah RM40 juta di dalam akaun milik peribadinya," katanya.

Beliau berkata, Nicky Liow mempunyai hubungan rapat dengan dua adiknya yang bergelar Datuk Seri serta Datuk masing-masing berusia 28 dan 30 tahun.

"Semakan juga mendapati Nicky mempunyai 12 rekod berkaitan kesalahan jenayah termasuk mendatangkan kecederaan, ugutan dan dadah. 


Juga dilaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Beliau berkata, ada 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan individu dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket ini adalah pegawai dan anggota polis selain agensi penguat kuasa lain.

"Mereka ini (anggota penguat kuasa) bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan daripada sindiket berkenaan.

"Saya akan memperhalusi dan menyiasat akaun bank bagi menyiasat kaedah pembayaran dibuat dan lain-lain perkara untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Saya akan ambil tindakan kerana tiada isu mahu cover (lindung) dan tiada apa mahu dimalukan. Ini hakikatnya.

"Betapa teruknya keadaan ini. Sampai bila? Saya tidak akan jemu dengan perkara ini. Teruskan bersihkan elemen ini di mana penjenayah masuk dalam PDRM, atur tindakan dapat perlindungan. 

Polis bocor maklumat, ambil duit perbuatan jijik 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nicky Liow diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan V Prakash di talian 0125209767 atau mana-mana balai polis berdekatan... terima kasih..

-Anak Sungai Derhaka

(Video) 'Allahu seramnya! Camne dia masuk?!' - Aircond Man terjatuh, terkejut gara-gara terjumpa 7 ekor ular dalam aircond di rumah pelanggan

"Macam mana dia boleh masuk sana?!" demikian reaksi netizen yang terkejut dengan perkongsian dari penyelenggara penyaman udara mengenai penemuan beberapa ekor ular yang menjadikan penyaman udara pelanggannya sebagai sarang. 


Video dan gambar yang dikongsikan itu di Facebook Group Geng Aircond 1 Malaysia, mengundang banyak respon netizen di media sosial. 


Menurut sumber, sebanyak tujuh ekor ular ditemui dalam alat penyaman udara itu yang juga telah membuatkan kakitanganya terjatuh akibat terkejut. 


"Nak service aircond, jumpa pula ular beranak pinak dalam aircond. Tujuh ekor, tetapi dua ekor je mati. Yang lain pakat lari naik ke atas atap. 


"Berat lagi ujian yang ini, aircond man kita pula jatuh tangga. Kena rest dulu buat masa ini, pinggang masih sakit lagi.


"Inilah risiko kerja aircond man, bukan saja-saja kenakan caj mahal. tetap inilah risiko yang kami perlu tanggung. Kalau tak jatuh tangga, aircond buat problem seperti terkena renjatan elektrik. 


"Tetapi memang adat ini salah satu cabaran dalam sesuatu pekerjaan. Lain kerja, lain ujiannya," kata sumber. 


Video berdurasi 2.29 saat itu menunjukkan seekor ular sedang menjalar di penyaman udara itu sebelum datangnya seorang lelaki membawa parang lalu dilibas pada haiwan berbisa itu yang menyebabkannya mati serta-merta. 


Penyaman udara itu juga dibuka dan pemeriksaan mendapati ada beberapa ekor ular yang masih bersembunyi di dalamnya. 



Tidak diketahui bagaimana haiwan berbisa itu masuk ke dalam penyaman udara itu, tetapi orang ramai dinasihatkan sentiasa memeriksa keadaan penyaman udara masing-masing bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. 


Sumber: Geng Aircond 1 Malaysia K.A.E


credit:thereporter.my

Selasa, 30 Mac 2021

Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'

 


Menteri Kabinet dari Umno semalam menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Difahamkan, pertemuan itu dihadiri hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya dengan kebanyakan daripada mereka mengakui tidak mempunyai “penjelasan yang logik” berhubung siri ucapan yang menyerang Bersatu dan PN.

“Mereka berkata, mereka sendiri tidak faham mengapa sasaran ucapan Perhimpunan Agung Umno kepada parti yang sama memberikan mereka jawatan dan kuasa ketika menjadi pembangkang,” kata sumber, beberapa jam selepas pertemuan tamat tanpa sebarang keputusan jelas.

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Pemimpin tertinggi parti turut menggesa Umno menjadi dominan semula, mengatakan tidak mahu menjadi pemain kedua dalam mana-mana kerajaan.

Terdahulu, terdapat spekulasi tentang pertemuan semalam, mengatakan menteri dan timbalan menteri dari Umno menawarkan peletakan jawatan mereka secara serta merta daripada Kabinet kepada Muhyiddin.

Sumber bagaimanapun menafikan perkara itu dibincangkan.

“Satu-satunya perkara diberitahu kepada perdana menteri ialah apa yang mereka katakan sebagai punca utama kepada serangan itu. Mereka mengatakan ia merupakan rancangan jahat kumpulan kluster mahkamah dalam kepimpinan Umno,” tambahnya.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan bekas pemimpin kerajaan dari Umno yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak, jika dicampurkan kedua-duanya mempunyai lebih daripada 80 pendakwaan, mengetuai kempen menyerang Muhyiddin, menuduh bekas timbalan presiden Umno itu mengenepikan parti Melayu itu dalam jawatan penting kerajaan.

Kritikan mereka dipertingkatkan selepas Najib disabitkan bersalah atas tujuh pendakwaan rasuah Julai tahun lepas, lima bulan selepas beliau dan ahli-ahli Parlimen Umno menyokong Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Pada Oktober, kedua-dua Zahid dan Najib menulis surat kepada Agong, menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui pembelotan ahli-ahli Parlimen.

Tidak berapa lama selepas itu Anwar mengakui terdapat perbincangan dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama.

Sementara itu, satu sumber berkata, semasa perbincangan tidak formal selepas pertemuan, perbandingan dilakukan antara serangan dilakukan Zahid terhadap menteri-menteri daripada partinya dengan kritikan Anwar terhadap menteri-menteri PKR semasa berasa dalam kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Kelihatan Zahid meniru cara yang dilakukan Anwar,” kata sumber itu.

Lebih kurang dua minggu lepas, Barisan Nasional terpaksa menarik balik kenyataan dikeluarkan Zahid selepas didapati hampir sama dengan kenyataan berasingan dikeluarkan Anwar.

Sumber: MalaysiaNow

Polis siasat Neelofa, PU Riz 'bulan madu' di Langkawi

 Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular, semalam.

Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pasangan pengantin baharu, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz yang kini didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar Neelofa dan PU Riz dipercayai berada di pulau peranginan berkenaan.

"Kita akan siasat perkara ini sama ada benar atau tidak.

"Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan menjalankan siasatan," katanya kepada BH Online.

Ini kerana katanya, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

"Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. - NSTP/Aizuddin Saad
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. - NSTP/Aizuddin Saad

Semalam, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Selain itu, Mohamad Zainal juga mengesahkan pengurus majlis perkahwinan dan pembantu peribadi Neelofa hadir memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Mengulas ketiadaan Neelofa dan PU Riz yang sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP, Mohamad Zainal berkata, pasangan itu akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kami tetap akan memanggil Neelofa dan PU Riz dalam masa terdekat ini," katanya.

Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.
Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.

Terdahulu, Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan disoal siasat selama dua jam, hari ini.

Bagaimanapun, Faiz enggan mengulas siasatan dijalankan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap," katanya yang kelihatan meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemani peguam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang.

-BH Online