BPR Fasa 2 bila masuk? Ni nak bagitau tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 2 akan mula diberikan pada 7 Mei 2021 (Jumaat) ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran fasa 2 BPR 2021 memperuntukan RM2.75 bilion akan diberikan secara berperingkat seperti sebelum ini. Jumlah bayaran BPR 2021 Fasa 2 juga katanya ada penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.
Pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)
Tarikh pembayaran BPR 2021 fasa 2
Penerima yang mempunyai akaun bank akan mula terima pada 7 Mei sehingga 12 Mei. Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh diambil melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Mei 2021.Permohonan baru BPR 2021
Tempoh permohonan baru BPR 2021 untuk rayuan boleh dibuat bermula 15 sehingga 30 Jun 2021. Pemohon perlu mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)Pemohon boleh membuat semakan status kelulusan dan jumlah bayaran BPR 2021 mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my
Pagi ni saya baru check, DALAM PROSES PENGKREDITAN untuk pembayaran fasa 2 BPR 2021. Ada juga yang dah masuk dalam akaun masing-masing bergantung pada bank.












