"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Annuar Musa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Annuar Musa. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2024

Annuar: PRK Nenggiri medan kedua referendum lawan k'jaan

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 14, 2024
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa menggesa rakyat Malaysia bersuara menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui undi mereka pada pilihan raya kecil Nenggiri akan datang.

Dia berkata dua isu semasa yang penting, penyalahgunaan undang-undang antilompat oleh kerajaan serta keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meninggalkan parti Melayu lain dan bekerjasama dengan DAP.

"Saya nak ajak rakyat Malaysia beramai-ramai menyertai gerakan rakyat, kebangkitan rakyat melalui referendum Nenggiri.

"Kalau Sungai Bakap waktu isu diesel dan juga isu kebobrokan kerajaan Anwar Ibrahim kita sambung referendum ini di Nenggiri," katanya.
Annuar berkata demikian ketika berceramah pada majlis Gelombang Selamatkan Malaysia di hadapan kira-kira 200 hadirin di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Gombak, Selangor malam tadi.

Dia merujuk kemenangan PN pada PRK Sungai Bakap dengan peningkatan majoriti dan bahagian undi apabila peratusan keluar mengundi yang lebih rendah mengalahkan PH.

Kerajaan perpaduan kini berdepan satu lagi pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri di Kelantan yang dikuasai PAS, yang akan bertanding pada 17 Ogos.

Annuar seterusnya menyeru penyatuan antara Umno dan PAS untuk memperbetulkan kestabilan politik negara.
Gambar fail, kerjasama Muafakat Nasional.
Selepas kerajaan PH tumbang pada 2020, Umno meramalkan kunci untuk memulihkan negara adalah melalui kepimpinan Melayu menyatukan rakyat Malaysia, katanya.

"Dalam formula politik ini rumusan kita ialah orang Melayu terutamanya harus memimpin penyatuan dan perpaduan seperti mana mula kita bentuk bangsa dan negara ini adalah bermula dengan penyatuan dan kesatuan orang Melayu dan umat Islam.

"Kemudian kita melebarkan sayap perpaduan itu untuk memberi perlindungan dan tempat kepada semua kaum minoriti dalam negara kita tanpa ada sentimen perkauman ataupun nilai-nilai politik negatif, apa lagi yang tidak dibenarkan oleh Islam itu sendiri," katanya.

-Wak Labu Farm 

Selasa, 13 Julai 2021

Buktikan bila gambar diambil, Saifuddin beritahu Annuar berhubung dakwaan langgar SOP

  


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, meminta Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, membuktikan gambar mendakwa beliau bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Lewat malam tadi, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkongsi beberapa gambar di Twitter menunjukkan Saifuddin, Ahmad Zahid dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, sedang menikmati hidangan bersama tanpa menjelaskan secara terperinci tarikh serta lokasi restoran berkenaan.

Saifuddin berkata, beliau dan bekas timbalan perdana menteri itu sudah lama mengenali dan mengakui mempunyai banyak koleksi gambar bersama Ahmad Zahid dan keluarganya.

“Saya bersahabat dengan beliau (Zahid) dah lama, dekat 30 tahun. Banyak koleksi gambar bersama beliau dan keluarganya saya ada.

“Lebih elok minta tukang sebar jelaskan terperinci di mana dia dapat gambar itu. Gambar lama atau baru, elok dia jelaskan. Dia mesti tahu gambar itu dari mana dan bila, baru saya boleh jawab semula,” katanya kepada FMT.

FMT sudah menghubungi Annuar dan sedang menunggu maklum balasnya untuk penjelasan lanjut.

Annuar dalam catatannya, dengan sinis mengulas pertemuan ketiga-tiga ahli politik berkenaan.

“Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat ‘dining’ di restoran musim PKP,” katanya di Twitter.

Semalam, Annuar dikompaun RM2,000 selepas beliau didapati melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/13/tukang-sebar-perlu-buktikan-bila-gambar-itu-diambil-saifuddin-beritahu-annuar-dakwaan-langgar-sop/

Annuar Musa sila buktikan - Saifuddin — MYKMU.NET

Isnin, 12 Julai 2021

Ingkar SOP ziarah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000

 Pengeluaran kompaun itu disahkan Ketua Polis Dang Wangi Mohammad Zainal Abdullah.


Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa melambai kepada media dalam sebuah sidang media.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dikompaun RM2,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana mengunjungi kediaman bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lalu.

Pengeluaran kompaun itu disahkan Ketua Polis Dang Wangi Mohammad Zainal Abdullah.

Menurut Zainal, Annuar diambil tindakan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

“Kompaun dikenakan sebanyak RM2,000,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan menerima kompaun dikeluarkan pihak polis.

Pejabatnya berkata “beliau menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.”

Sabtu lalu, tular ciapan Twitter Annuar menziarahi kediaman Abdullah.

Annuar berkata beliau dan isteri mengambil peluang menziarahi Abdullah dan isteri bekas perdana menteri itu, Jeanne Abdullah.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dikecam pengguna internet kerana melakukan ziarah ketika perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilaksanakan.

-Malaysia Now

Sabtu, 10 Julai 2021

Lockdown Covid19: 'Boleh tak kami nak ziarah ibu bapa' - Soal netizen lepas Annuar Musa ke rumah Pak Lah


 Netizen bertanya sekiranya mereka boleh berbuat perkara sama selepas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengunjungi bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya di Kuala Lumpur walaupun lawatan ke rumah dilarang semasa PKPD Covid-19.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendedahkan lawatannya di Twitter tetapi memadamkan ciapan itu setelah menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.

Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane.

"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga," katanya.

Susulan hantaran tersebut, netizen membalas dengan tangkap layar SOP 'total lockdown' yang menyatakan lawatan ke rumah tidak dibenarkan.

"Walaupun anda tidak pandai, sekurang-kurangnya jadilah teladan yang baik," kata seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, pengguna lain pula mengeluh mereka sudah lama tidak bertemu keluarga dan bertanya adakah mereka juga boleh mengunjungi ibu bapa.

"Sudah hampir dua tahun. Anda dapat bergambar raya bersama keluarga manakala yang lain tidak dapat. Ini tidak adil," kata pengguna Twitter lain.

Seorang pengguna Twitter lain berkata: "Anda bernasib baik kerana dapat berkunjung. Bagi yang lain, mereka tidak dapat mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara mereka.

"Oleh kerana anda bercakap tentang makan tengah hari, adakah anda sudah melawat kawasan (parlimen) anda? Adakah orang di sana cukup makan?".

Pada bulan Januari, Annuar juga menimbulkan kontroversi ketika dia dilihat berjoging dengan dua orang lain dari isi rumah yang berbeza.

Dia kemudian mengaku telah bertemu dengan dua yang lain itu secara kebetulan di jalan.

Pada bulan Februari, dia juga dilihat makan bersama sekumpulan orang walaupun acara jamuan makan dilarang semasa penutupan.

Negara ini mencatatkan 9,353 kes Covid-19 baru hari ini, rekod tertinggi baru untuk hari kedua berturut-turut.

-Malaysiakini

Jumaat, 2 April 2021

Annuar cadang tubuh Muafakat Nasional 2.0

 

Annuar Musa berkata, Muafakat Nasional 2.0 boleh dibuka kepada semua gabungan politik yang berpaksikan penyatuan pemikiran pemimpin Melayu sealiran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mencadangkan Muafakat Nasional 2.0 ditubuhkan untuk disertai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“PAS boleh mengurusetiakan Muafakat Nasional 2.0,” tulisnya di Twitter sambil menambah gerakan itu boleh dibuka kepada semua gabungan politik yang berpaksikan penyatuan pemikiran pemimpin Melayu sealiran.

“Kami bersedia mendokongnya,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu.

Semalam, PAS dan PPBM dalam kenyataan bersama mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 serta menolak sebarang cubaan membentuk kerajaan baharu melibatkan Pakatan Harapan.

Kedua-dua parti itu turut bersetuju menubuhkan mekanisme di peringkat pusat bagi memutuskan pengagihan kerusi menjelang PRU15.

Kenyataan itu menyusul mesyuarat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin semalam, berikutan keputusan Umno pada perhimpunan agungnya hujung minggu lalu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Malah, beberapa pemimpin kanannya turut menggesa PAS memilih antara Umno atau PPBM sebagai sekutunya pada PRU15.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di bawah panji Barisan Nasional pada PRU15 serta mahu menentukan “parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita”.-FMT

Jumaat, 26 Mac 2021

PAU pentas terbaik Zahid perjelas pada ahli isu kerjasama dengan PKR, kata Annuar

 

Annuar Musa berkata kesamaran mengenai isu kerjasama Umno dengan PKR boleh diperjelaskan oleh Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti itu.

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini adalah pentas terbaik buat presiden Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan hala tuju parti, susulan masih timbul kesamaran dalam kalangan ahli selepas parti itu dikaitkan akan bekerjasama dengan PKR.

“Saya fikir presiden Umno mempunyai peluang yang terbaik sewaktu PAU diadakan kerana akan ada ucapan dasar presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya dan berita yang bercanggah. Ada yang kata Zahid berbincang dengan PKR, ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar (Ibrahim).

“PKR sendiri melalui Anwar berkata, ada jumpa tetapi tidak ada pakatan. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan hanya biasa-biasa sahaja. Jadi, banyak versi, pada PAU kali ini adalah peluang terbaik dan eloklah perkara itu dijelaskan,” kata Ketua Umno Ketereh Annuar Musa.

Media sebelum ini melaporkan Zahid berkata, Umno tidak akan bekerjasama dengan PKR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, sebaliknya hanya akan menjalinkan kerjasama dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Zahid berkata, Umno juga tidak mempunyai sebarang perbincangan bersama PKR mengenai kerjasama pilihan raya dan sebarang perjanjian hanya akan diterokai selepas PRU15.

Perkembangan itu menyusul selepas Anwar berkata wujud usaha menjalin kerjasama antara kedua parti itu.

Pada 16 Mac, Anwar mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan bersama pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temu bual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan itu berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.-FMT

Rabu, 3 Mac 2021

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyiddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU-15, dan penglibatan Umno dalam kerajaan sekarang “hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan”.

“Kami difahamkan pada 26 Feb lalu, presiden Umno menulis surat kepada presiden PPBM memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat pada 19 Feb di Janda Baik,” katanya di Facebook.

 “Jika benar, kenapa ahli tidak diberitahu mengenai tindakan tersebut?” katanya, yang juga menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau juga meminta pimpinan parti mengesahkan adakah benar MKT memutuskan tiada kerjasama dengan PPBM pada PRU-15 dan kebersamaan Umno dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

Perkembangan ini sebelum Umno mengadangan perhimpunan agung tahunan pada hujung bulan ini, yang dikatakan akan menentukan nasib kerjasama dengan PPBM.

“Jika benar tentu ahli mahu tahu rasional keputusan itu dibuat sekarang, sedangkan pilihan raya tak tahu bila,” katanya.

Bagi Annuar, sekiranya benar dakwaan itu, Umno tidak patut memutuskan kerjasama itu sekarang, sebelum usul berkaitan dibawa ke PAU yang akan bersidang pada 27 dan 28 Mac.

“Mengapa mendahului PAU?” katanya.

Annuar juga percaya keputusan yang menetapkan keberadaan Umno dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan akan merugikan parti, sekiranya ia tidak berada dalam kerajaan sementara selepas Parlimen dibubarkan.

“Kerana sudah tentu pihak kerajaan, khususnya PPBM, mungkin tidak lagi memberi kerjasama kepada pemimpin Umno, yang sudah mengambil pendirian menentang atau menolak PPBM,” katanya.

Annuar juga mahu tahu apakah keputusan Umno itu, yang akan menyertai pilihan raya atas nama Barisan Nasional, diterima Dewan Tertinggi BN.-FMT

Ahad, 14 Februari 2021

Dakwaan langgar SOP: Polis siasat Annuar Musa

 


Polis akan memanggil Annuar Musa untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini selepas gambar Menteri Wilayah Persekutuan itu bersama enam yang lain duduk dalam satu majlis jamuan tular di media sosial.

“Kertas siasatan sudah dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Saiful Azly Kamaruddin seperti dilapor Free Malaysia Today.

Pada hantaran di media sosial semalam yang dipercayai merujuk kejadian itu, Annuar berkata dia cuma duduk sebentar semasa program Pertanian Bandar itu sebelum beredar.

"Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP.

"Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut SOP. Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung," katanya.

Penganjur program berkenaan hari ini memohon maaf kerana gagal mematuhi SOP.

Saiful berkata, laporan itu dibuat di Cheras di mana kejadian berkenaan berlaku.

Ketika ditanya FMT adakah Annuar akan dipanggil untuk disoal siasat, Saiful berkata “Ya sudah tentu".

Bawah peraturan PKP, hanya dua individu dibenarkan duduk di setiap meja dalam satu-satu premis ketika makan.

Sebelum ini, Annuar didakwa melanggar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.

Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dengan dua lagi individu ketika PKP dikuatkuasakan.

Annuar bagaimanapun mendakwa mereka melalui jalan berbeza sebelum bertembung secara kebetulan.-mKini

Selasa, 19 Januari 2021

Annuar Musa bidas Ahmad Maslan dalam isu minta persetujuan MP gesa sidang parlimen khas

 


Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi darurat.

Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang mahukan Ahmad merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli Parlimen Umno menyatakan persetujuan.

"SUA Umno menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan.

"Elok SUA Umno itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang," ciap Annuar di Twitternya, pagi ini.

Annuar turut memuat naik surat maklum balasnya kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Dalam surat balasnya kepada Ahmad, Annuar, yang juga bekas setiausaha agung BN, menyifatkan langkah itu sebagai "usaha jelas" untuk bersekongkol dengan pembangkang dan "menghina keputusan parti" serta "menderhaka kepada Agong".

"Dukacita dinyatakan bahawa surat YB Dato Sri (Ahmad) tersebut adalah satu kesilapan besar dalam mentafsirkan perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara 150 (3) yang dirujuk, bermaksud untuk mengesahkan apa-apa undang-udang yang dibuat secara pengistiharan (promulgation) semasa darurat, iaitu undang-undang/ordinan yang dibuat tanpa persidangan Parlimen.

"Ia bermaksud perlu dibentang setelah darurat tamat, tetapi bukan di panggil untuk bincang keabsahan proklamasi darurat yang telah diisytihar mengikut perlembagaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"YB Dato Sri seharusnya faham, setelah proklamasi di buat di bawah perkara 150 PerlembagaanPersekutuan, parlimen tidak lagi bersidang. Parliamen hanya boleh bersidang selepas tamat tempuh darurat (1hb Ogos 2021)," tulis Annuar.

Justeru, Annuar menggesa agar Ahmad menarik balik surat berkenaan.

Surat yang dihantar Ahmad itu dikatakan bertarikh 18 Jan meminta persetujuan ahli Parlimen Umno agar menggesa supaya sidang khas Parlimen diadakan.

Perkembangan itu hadir selepas pada 14 Januari lalu, Anwar menggesa wakil rakyat pembangkang menghantar warkah rayuan kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin.

Pakatan Harapan (PH) berpendapat darurat tidak perlu, antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk “melakukan apa saja” selain didakwa menjejaskan proses semak dan imbang dalam negara.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata dia akan turut menulis surat kepada Agong untuk meminta agar darurat yang berkuat kuasa ketika ini dipertimbangkan semula.

Jelas Nazri, ini kerana dia berpendapat darurat yang dilaksanakan ketika ini menutup suara ahli parlimen.

"Saya akan tulis (surat) kepada Agong, menyokong supaya difikirkan semula perancangan darurat ini yang memang menutup suara ahli parlimen dan tidak perlu pun sebenarnya," katanya.

-mindarakyat

Isnin, 18 Januari 2021

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal

 Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal

Tan Sri Annuar Musa berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh penggal berakhir pada 2021. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh penggal berakhir pada 2021.

Meskipun ada pandangan yang mahukan Ahmad Zahid “berehat”, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Parti.
“Apapun tahun 2021 ini tahun pemilihan MKT (Majlis Kerja Tertinggi). Biarlah proses biasa dalam parti berjalan. Sementara itu, sama-sama berusaha perbaiki keadaan parti,” katanya dalam kemas kini di entri Twitternya, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Ia termasuk menyarankan agar Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Helmi Buang berkata pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa beberapa tokoh besar dalam UMNO cuba menarik anggota MKT supaya menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Annuar menegaskan, tiada sebab untuk menyokong parti lain.
“Yang perlu difikirkan ialah siapa pilihan paling strategik untuk bekerjasama bagi mempastikan agenda membela rakyat terlaksana.
“UMNO terima hakikat perlunya kita bergabung tenaga, cuma dengan siapa?,” soalnya.
Memetik laporan portal FMT, “tokoh besar” UMNO turut didakwa merancang untuk mendapatkan sokongan penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Ahmad Zahid “mengundur diri”.
-AstroAwani

Selasa, 12 Januari 2021

Annuar ulangi dakwaan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno jumpa Loke dari DAP

 


Annuar Musa berkata, jika Umno mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan DAP, ia sepatutnya dibincangkan dalam parti.

PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar Musa mengulangi dakwaannya beberapa pemimpun Umno menemui Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Dalam wawancara dengan TV Pertiwi, Annuar berkata, pemimpin itu termasuk ahli MKT, badan tertinggi pembuat keputusan parti itu, tetapi beliau tidak menamakan pemimpin terbabit.

“Memadai saya menyatakan saya mendapat maklumat sahih… bahawasanya di luar keputusan parti ada pimpinan tertinggi parti yang terlibat dalam pertemuan dengan Anthony Loke dari DAP,” katanya ketika diminta untuk menjelaskan dakwaannya baru-baru ini yang Umno sedia bekerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau berkata, jika ada rancangan untuk bekerjasama dengan DAP, ia sepatutnya dibincangkan dalam parti.

“Saya tak kata salah atau tidak salah perbuatan itu, terpulang kepada penilaian.

“Saya hanya menyatakan perisitwa yang berlaku dan sebagai setiausaha agung parti yang menjalankan keputusan parti, perkara-perkara tersebut (kerjasama dengan DAP) tidak pernah diputuskan oleh parti.”

Mengenai rancangan yang dikatakan itu ada kaitan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi perbicaraan rasuah, Annuar berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan.

“Kami masih kawan. Saya hanya mahu bercakap mengenai fakta dan kebenaran saja,” katanya sambil menambah beliau tidak berdendam atas penyingkirannya daripada jawatan setiausaha agung.

Minggu lalu, Annuar mendakwa dasar Umno “no DAP-no Anwar” dan sokongan “en-bloc”untuk kerajaan Perikatan Nasional tidak dihormati sesetengah individu yang mahu bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baru.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya membidas Annuar dengan mendakwa beliau mereka cerita berhubung kerjasama Umno-DAP.-FMT

Sabtu, 9 Januari 2021

Annuar bukan nak selamatkan Malaysia tetapi Bersatu, bidas Puad Zarkashi

 

Annuar bukan nak selamatkan Malaysia tetapi Bersatu, bidas Puad Zarkashi

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Tan Sri Annuar Musa kini sudah menjadi jurucakap kepada Bersatu setelah dianugerahkan jawatan menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Puad berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pernah merayu supaya Anwar Ibrahim selamatkan Malaysia pada tahun 2018 setelah Umno hilang kuasa.

Susulan itu, katanya Annuar mengeluarkan kenyataan Umno boleh berkawan dengan DAP di mana ketika itu Annuar bukan seorang menteri.

“Baru hilang jawatan Menteri. Mungkin tak sabar sabar nak jadi Menteri semula. Sekarang dah jadi Menteri semula.

“Tiba tiba “No Anwar No DAP”. Kenapa? Bukan nak selamatkan Malaysia tapi nak selamatkan PPBM yang bagi dia jawatan Menteri,” bidas Puad Zarkashi melalui Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Annuar Musa terlalu lantang mempertahankan kedudukan Muhyiddin Yaasin selaku Perdana Menteri dan dilihat mengenepikan partinya sendiri, Umno.

Kelantangan Annuar membela Bersatu menyebabkan beliau disingkirkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN.

Dalam pada itu, Annuar menyifatkan pemecatan dirinya selaku Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN) pada sebagai tidak sah dan mencabar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat dirinya sekali lagi.

-malaysiadateline

Rabu, 6 Januari 2021

Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim


Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
"Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.
"Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media khas berikutan pengguguran jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).-AstroAwani

Selasa, 5 Januari 2021

Annuar Musa dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN

 

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN berkuatkuasa hari ini, menurut sumber. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2021.

ANNUAR Musa dipecat daripada jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN), susulan pandangan beliau didapati tidak selari dengan kepimpinan gabungan itu, kata sumber Umno.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan berkenaan kepada menteri Wilayah Persekutuan itu hari ini.

-malaysianinsight.com

Selasa, 29 Disember 2020

Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi kata Annuar Musa

 


KUALA LUMPUR –
 Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan tidak wajar untuk ahli politik khususnya daripada UMNO mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyelar Pas.

Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak manis sekiranya seolah-olah ada yang memberi kata dua kepada Pas yang merupakan rakan dalam Muafakat Nasional (MN).

Tambah beliau kerjasama di antara UMNO dan Pas sepatutnya lebih diperkasa menerusi MN.

“Dari sudut politik, adalah tidak manis dan tidak bijak untuk kita bertanya seolah memberi ultimatum (kata dua) pada Pas sama ada mahu PN atau MN.

“Bagi yang terlibat dalam menyiapkan Piagam MN akan faham Pas berhak buat ketentuan. Kerjasama UMNO-Pas terus diperkasa kerana ia teras muafakat ummah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sejak kebelakangan ini banyak yang bersuara namun ianya dalam kalangan ‘tin kosong’.

“Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi… Usah dinilai dari volume suaranya, tetapi tengok tengoklah isinya, latar belakangnya dan track record,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menunaikan tuntutan berkaitan Belanjawan 2021.

Puad berkata, tiga atau lima Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cukup untuk membuktikan protes kepada tuntutan yang gagal ditunaikan.

Kemudian Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi respon kepada kenyataan itu dengan berkata, seorang pemimpin sepatutnya mempertahankan sebuah penyatuan yang dibina.

Jelasnya, perpaduan dan kesatuan yang dibina menerusi sebuah kerajaan sepatutnya dipertahankan.

Puad kemudian semalam membalas kembali kenyataan Takiyuddin dengan berkata sepatutnya kenyataannya itu diulas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan Pas.- MalaysiaGazette

Isnin, 14 Disember 2020

Pemimpin BN Sokong Anwar Ibrahim Perlu Keluar Parti-Annuar Musa

 


(Astro Awani) – Dasar ‘No DAP, No Anwar’ merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas mengenai dakwaan terdapat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap Anwar.

“Saya boleh mengesahkan sebagai Setiausaha Agung BN, soal SD ini bukan merupakan keputusan parti dan tidak dibincangkan di peringkat parti.

“Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MN adalah kerajaan Perak dan PN (Perikatan Nasional) dipertahankan dan dasar ‘No Anwar, No DAP’ tidak dikompromikan.

“Dasar itu masih (terpakai) sehingga saat ini dan perkara yang lain itu melanggar keputusan parti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) dan BN tidak pernah membincangkan cadangan atau perkara mengenai menandatangani SD sedemikian.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, jika dakwaan mengenai sokongan kepada Anwar tidak berasas, ahli Parlimen BN yang dikaitkan itu perlu membuat laporan.

Beliau turut menjelaskan tidak mempunyai maklumat dakwaan Anwar memperolehi 113 tanda tangan SD daripada ahli Parlimen termasuk daripada BN.

Annuar berkata, jika ada yang ingin melanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.