"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan

Isnin, 19 Februari 2024

ALFATIHAH:KEMBARA AKHIR SEORANG PEMIMPIN.........

 KEMBARA AKHIR SEORANG PEMIMPIN.........

Hari ini, UPSI kehilangan Naib Canselornya yang Kelima. Allahyarham Prof Dato Dr Zakaria Kasa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak pada jam 12.30 tengahari.

Dua hari sebelumnya, beliau telah dibebas dari tuduhan mahkamah. Dalam perjalanan pulang ke Kedah, kesihatan beliau merosot lalu singgah di Tanjong Malim. 

Rupa-rupanya, itulah persinggahan beliau yang terakhir di Tanjong Malim, bumi letaknya UPSI yang beliau sayangi.

Persinggahan singkat melampias rindu,

Persinggahan mulia mengingat tika bertamu,

Persinggahan kasih ke menara ilmu,

Persinggahan akhir untuk kembara abadimu.

Sayangnya beliau pada universiti ini, hingga akhir hayatnya pun Allah suratkan untuk dijemput di UPSI....

Mengenali Allahyarham, bukan cecalang jasanya pada UPSI dan negara. Berkat usaha, jasa dan kepimpinan beliaulah tertubuhnya:

1. UPSI Sports City

2. UPSI Adventure Park

3. Scholar Suites (Hotel UPSI)

4. Kompleks Bowling UPSI

5. Driving Range UPSI

6. Kompleks Akademik UPSI

7. Fakulti Teknikal & Vokasional UPSI

8. Kampus Teluk Intan UPSI

9. CAPEU (Consortium of Asia Pasific Education University)

10. KIESTA dan banyak lagi....

Dipenghujung kepimpinan, beliau diduga dengan musibah yang amat hebat. Dikhianat dan didengki oleh individu yang tak berhati perasaan.

Cabaran yang tak cencalang orang boleh menghadapinya. 

Walau beliau tabah, gigih dan istiqomah dalam menghadapinya, musibah ini sedikit sebanyak memakan dirinya. 

Inilah dunia akhir zaman. Yang hasad asyik mengadu domba, dek yang gigih berkerja mendiamkan diri tak bersuara.

Prof Z, damailah Prof di sana..... 

Disetiap inci kompleks akademik yang Prof bina, mengalir pahala membawa ke syurga

Di setiap sudut Scholar Suites yang Prof ilhamkan, mencurah barakah untuk keluarga kesayangan.

Disetiap gelanggang Sports City yang Prof laksana, berjurai pahala dan juga jasa.

Disetiap ilmu anak anak FTV yang berkelana, mengalir cahaya iman dari Yang Maha Esa.

Disetiap senyum, mesra dan kegigihanmu, terselit rindu dari kami yang satu hari nanti bakal dijemput Dia Yang Satu.

Bagi yang hasad & dengki, semoga pemergian kalian kelak dipermudahkan Allah swt........

sumber

Isnin, 5 Oktober 2020

Tegur Ebit Lew Tak Follow SOP, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Teruk Dikecam

 

Trending #UPSI di laman Twitter menyaksikan rata-rata pengguna media sosial ‘back-up’ tindakan yang telah dilakukan Ebit Lew. Di mana, pendakwah bebas itu telah menyediakan beberapa buah bas sebagai perkhidmatan menghantar pulang pelajar yang terkandas di universiti.
Sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan Ebit Lew tidak mematuhi SOP dan tidak mendapatkan kebenaran pihak berwajib.

Ebit Lew hero Malaysia

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan Ebit Lew adalah sesuatu yang sewajarnya sehingga layak diberi gelaran ‘Hero Malaysia’ atas bantuan dihulurkan.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi berkenaan turut ‘dipetik’ netizen yang dilihat tindakan mereka terhadap Ebit Lew itu tidak seharusnya berlaku. Tambahan, mereka telah menyuruh pendakwah bebas itu sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka dengan bantuan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar untuk dibawa pulang ke Pantai Timur.

Terharu dengan tindakan ustaz

Malah, ada juga segelintir pengguna media sosial kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan MPP institusi berkenaan terhadap Ebit Lew. MPP institusi pengajian tinggi berkenaan turut disifatkan ‘angkuh dan bodoh’, itulah bayangan yang digambarkan oleh netizen terhadap MPP.
Sumber: Twitter