"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ramalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramalan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2022

Apa akan berlaku pada 11 Mac, 19 April dan 17 September 2022?.Peramal masa depan buat ramalan

 

TANGKAP layar menunjukkan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok. - TikTok

LONDON – Seorang pengguna media sosial mendakwa mempunyai pengetahuan psikik telah membuat ramalan berkenaan kejadian luar biasa bagi 2022, lapor akhbar Daily Star semalam.

Video itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @aesthetictimewarper. 

Dia yang menggelarkan dirinya pengembara masa tidak berpuas hati apabila kebolehannya diragui telah  menyatakan tarikh baharu berkenaan ramalan masa depan.

“Saya dikatakan pengembara masa yang palsu, jadi ingat tiga tarikh penting pada awal 2022 ini. 11 Mac- anak kacukan manusia cimpanzi pertama akan dilahirkan. Ia boleh bercakap dan mempunyai ciri-ciri campuran.

“19 April- Varian baharu Covid-19 bernama ‘Omega’ akan muncul, lima kali lebih teruk daripada kesemu varian lain. Akhir sekali, pada 17 September, makhluk terbesar ditemui di lautan dipanggil ‘Cerine Croin’, empat kali ganda saiz ikan paus biru,’’ jelas pengguna itu.

Video itu mendapat lebih daripada 10 juta tontonan dan setengah daripadanya memberikan tanda suka dengan beribu-ribu komen ditinggalkan. – Agensi

Khamis, 30 Disember 2021

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini - MetMalaysia

 

Keadaan air banjir yang mula naik di Taman SBJ Bandar Baru Pasir Pekan ekoran hujan berterusan dan lebat di negeri Kelantan bulan lalu. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan buah negeri sehingga 2 Januari nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan bagi negeri Kelantan iaitu melibatkan daerah Jeli sehingga esok.

“Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka melanda daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 1 Januari.

“Keadaan sama juga diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Manakala di Pahang, daerah Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan turut dikenakan amaran sama,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku 1 Januari 2022 di seluruh negeri Perlis.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

“Manakala cuaca sama juga boleh melanda daerah Hulu Perak di Perak,” ujarnya.

Sementara itu, keadaan tersebut juga diramalkan melanda beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Manakala cuaca sama juga dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).

“Di Pahang juga, kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin turut diberikan amaran tersebut. Amaran sama juga diberikan kepada keseluruhan negeri Johor,” tambahnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 2 Januari 2022. – K! ONLINE.

Rabu, 29 Disember 2021

Banjir diramal di 4 negeri bermula Jumaat ini - PRABN

 

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meminta semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula 31 Dis manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Jan.

PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.

Menurut pemakluman yang disiarkan di laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah di Pahang yang diramal banjir adalah Maran, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar, Kuantan (Sungai Lembing) serta Rompin manakala di Johor, Mersing serta kawasan sekitarnya.

Di Kelantan, kawasan diramal banjir adalah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan kawasan sekitar; Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan sekitar.

Selain itu, banjir juga diramal berlaku di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun serta kawasan sekitar daerah berkenaan.

“Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.

Maklumat dan amaran semasa boleh diakses menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, media sosial Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.-FMT

Khamis, 16 Disember 2021

Covid 19: Omicron bakal jadi varian dominan di Eropah pertengahan Januari

 

Varian Delta dan Omicron Covid-19 membayangi sambutan Krismas dan Tahun Baharu di negara-negara Kesatuan Eropah. - Viacheslav Peretiatko/GettyImaees

Omicron dijangka menjadi varian Covid-19 yang dominan di 27 negara Kesatuan Eropah (EU) menjelang pertengahan Januari depan, sambil pegawai tertinggi blok itu berkata peningkatan mendadak dalam jangkitan akan menyebabkan Eropah diselubungi kesuraman ketika musim cuti.

Namun, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata EU bersedia melawan Omicron dengan 66.6 peratus penduduknya telah diberi vaksin sepenuhnya.

Beliau turut menyatakan kekecewaan apabila pandemik itu akan sekali lagi mengganggu musim perayaan akhir tahun tetapi berkata beliau yakin EU mempunyai ‘kekuatan’ dan ‘cara’ untuk menangani Covid-19.

“Seperti anda semua, saya berasa sedih sambutan Krismas tahun ini dibayangi pandemik Covid-19,” katanya.

Angka vaksinasi di EU menutup fakta bahawa sesetengah negara blok itu seperti Portugal dan Sepanyol mempunyai kadar vaksinasi yang sangat tinggi manakala yang lain agak ketinggalan, seperti Bulgaria di mana hanya 26.6 peratus daripada penduduknya lengkap divaksin, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Benua Eropah boleh melihat Britain untuk mengetahui apa yang akan berlaku ketika Omicron merebak, setelah pegawai kesihatan United Kingdom (UK) mengatakan Omicron akan menjadi varian dominan dalam hanya beberapa hari. Ketua Agensi Keselamatan Kesihatan UK, Dr Jenny Harries, sebelum ini berkata Omicron menunjukkan kadar penularan yang mengejutkan berbanding varian lain.

“Angka-angka yang kita lihat pada data dalam beberapa hari akan datang akan agak mengejutkan berbanding dengan kadar peningkatan yang dilihat dalam kes untuk varian sebelumnya,” kata Harries kepada jawatankuasa Parlimen.

Sebanyak 78,610 lagi jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, kira-kira 10,000 lebih tinggi daripada paras tertinggi sebelumnya yang dilaporkan pada Januari. Lebih 11 juta orang kini diuji positif Covid-19 di UK, yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 67 juta.

“Ketika jangkitan Omicron bermula kami menjangkakan penularannya antara empat atau lima hari, sebaliknya di beberapa tempat di UK ianya hanya mengambil masa dua hari,” kata Harries.

Loceng amaran yang dibunyikan susulan peningkatan jangkitan yang membimbangkan tatkala musim sejuk menghampiri dan varian Delta pula kekal bebas, mendorong banyak kerajaan Eropah untuk melaksanakan langkah kesihatan awam setelah kematian meningkat ketika musim gugur.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata 77 negara telah melaporkan kes omicron, tetapi varian itu mungkin telah ada di kebanyakan negara sekarang, namun belum dikesan.

Menurut analisis data pada Selasa dari Afrika Selatan, di mana Omicron memacu lonjakan jangkitan, varian itu nampaknya lebih mudah merebak tetapi jangkitannya adalah ringan dan sederhana.

“Omicron merebak pada kadar yang tidak pernah kita lihat dalam mana-mana kes varian sebelumnya. Kami bimbang orang ramai menganggap Omicron tidak memberi ancaman.

“Sudah tentu kita telah belajar sekarang ini untuk tidak memandang rendah terhadap bahaya virus berkenaan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus

Dengan Omicron yang semakin menular, lebih banyak negara mengambil langkah memperketatkan kawalan, termasuk melaksanakan perintah sekatan.
Itali minggu ini mewajibkan pengembara menunjukkan keputusan negatif ujian saringan Covid-19 walaupun telah diberi vaksin, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa langkah serupa di tempat lain akan mengehadkan keupayaan warga EU untuk melakukan perjalanan pada musim cuti.

Portugal mengambil langkah yang sama pada 1 Disember, mewajibkan ujian negatif untuk semua penumpang ketika ketibaan menerusi penerbangan, tanpa mengira status vaksinasi, tempat asal atau kewarganegaraan mereka.

Von der Leyen berkata EU kini berdepan dua cabaran dengan peningkatan mendadak kes disebabkan varian Delta dan kini perlu berdepan varian Omicron.

“Kita kini melihat peningkatan bilangan individu yang jatuh sakit, beban yang lebih besar ke atas hospital dan malangnya, peningkatan dalam jumlah kematian,” katanya kepada Parlimen Eropah. – Agensi

Isnin, 8 November 2021

Saintis ramal ribut Matahari dahsyat pada 2025

Apabila Matahari meledakkan magnet-magnet ke angkasa lepas, ia akan dipindahkan ke Bumi. – Getty

 WASHINGTON – Saintis meramalkan  fenomena ribut geomagnetik yang berlaku awal minggu lepas merupakan satu amaran kepada kejadian ribut Matahari lebih dahsyat yang dijangka berlaku pada 2025, lapor akhbar Daily Star semalam.

Fenomena ribut Matahari pada minggu lepas berlaku akibat beberapa siri ledakan pada permukaannya yang menunjukkan bahawa aktiviti solar boleh menjejaskan bukan sekadar Matahari.

Ini kerana apabila letusan tersebut sampai ke Bumi, ia boleh mewujudkan fenomena digelar cuaca angkasa lepas, yang boleh merosakkan satelit serta menghasilkan kejadian cahaya aurora.

“Dalam tempoh beberapa tahun lepas, hanya terdapat beberapa aktiviti solar yang minimum, namun kini fenomena tersebut semakin kerap berlaku.

“Ini telah mempercepatkan kitaran solar yang seterusnya, di mana kami meramalkan ia akan berlaku pada 2025,” kata Penyelaras Program Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Bill Murtagh.

Tambah Murtagh, kejadian ribut geomagnetik pada minggu lepas berasal daripada Lontaran Jisim  Korona (CME), yang merupakan gelombang-gelombang bahan daripada Matahari yang kadangkala meledak.

“CME merupakan awan gas plasma seberat berbilion-bilion tan yang mempunyai medan magnetik. Apabila Matahari meledakkan magnet-magnet tersebut ke angkasa lepas, ia akan dipindahkan ke Bumi.

“Bagaimanapun, Bumi mempunyai medan magnetiknya yang tersendiri dan sekiranya magnetik-magnetik ini bercampur, ia akan mengakibatkan kejadian ribut geomagnetik yang besar dan dahsyat,” jelasnya. – Agensi 

Jumaat, 5 November 2021

50% penduduk dunia terdedah ancaman banjir, tsunami menjelang 2030, kata PBB

 

PBB menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya. (Gambar AP)

ISTANBUL: Menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.

Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.

Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang terbunuh akibat 58 tsunami yang melanda dalam tempoh 100 tahun lepas.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi UNESCO (IOC) menjalankan kajian untuk menyelaraskan perkhidmatan amaran awal tsunami. Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan telah ditubuhkan untuk kawasan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Atlantik Utara-Timur, Mediterranean dan di kawasan laut yang lain.

Dengan itu, UNESCO mahu meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksana untuk meminimumkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.

IOC turut menganjurkan latihan komunikasi dan pemindahan penduduk di negara anggota, di bawah program kesedaran mengenai tsunami.-FMT

Jumaat, 11 Jun 2021

Bolasepak: Peminat Britain pilih Perancis juara Euro 2020


LONDON: Hampir separuh peminat bola sepak Britain di seluruh Eropah memilih Perancis akan menjulang trofi Euro 2020, menurut firma pertaruhan, Entain.

Menurut Entain, mereka menerima lebih tiga juta pertaruhan sepanjang kejohanan itu dan kebanyakan pertaruh memilih Perancis bakal muncul juara, diikuti England dan Belgium.

Bagaimanapun Entain, pemilik platform pertaruhan terkenal Ladbrokes, Bwin, Coral dan Eurobet tidak menyatakan secara terperinci berapa ramaikah pelanggan dari Britain yang bertaruh untuk Les Bleus.

“Sebilangan besar pertaruhan akan dilakukan setelah kejohanan bermula. Kami berharap untuk melihat sekurang-kurangnya kenaikan pertaruhan dua kali ganda sepanjang Euro seperti yang berlaku pada Piala Dunia 2018,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Entain, Jette Nygaard-Andersen dalam satu kenyataan hari ini.

Entain sebelum ini telah mengumpul 1.5 juta pertaruhan sejak awal tahun ini, dengan lebih separuh daripada pelanggan mereka datang dari Britain.

Entain PLC yang disenaraikan di London berkata, platform mereka telah siap untuk menangani jumlah trafik yang tinggi sepanjang Euro 2020.

Peminat juga memilih Harry Kane akan muncul penjaring terbanyak kejohanan selepas kapten England itu menerima 23 pertaruhan, diikuti penyerang Belgium, Romelu Lukaku (22 peratus). – AGENSI

Rabu, 16 Disember 2020

Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis

 Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis

Profesor Dr Sivamurugan berkata, desakan parti politik terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional dijangka berterusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gelombang desakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka berterusan, kata Profesor Dr Sivamurugan Pandian.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia itu, desakan tersebut akan terus kedengaran susulan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Parlimen pada Selasa.
Beliau berkata, pemimpin dan parti politik dijangka menggunakan platform lain untuk menterjemahkan rasa tidak yakin itu selepas gagal berbuat demikian di Dewan Rakyat.
"Masing-masing tahu bahawa Parlimen adalah tempat terbaik menyoal tahap kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri dan itu tidak berjaya apabila kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan sokongan walaupun tiga majoriti.
"Sudah pasti mereka (pembangkang) akan mencari ruang-ruang yang lain barangkali secara berterusan akan mempengaruhi persepsi dan juga melahirkan ketidakyakinan ke atas kepimpinan Perdana Menteri kerana masing-masing (mempunyai) pendirian yang sama melihat bahawa membuka ruang persoalan ke atas kedudukan kepimpinan Perdana Menteri," kata Sivamurugan .
Dalam perkembangan sama, Sivamurugan berkata, desakan itu juga dilihat seperti memberi tekanan agar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dipercepatkan meskipun ketika negara berdepan pandemik COVID-19.
"Saya pasti ruang baharu akan diterokai mungkin akan membawa kepada kerjasama dengan pihak yang lain dan ketiga mungkin juga akan mendesak dipercepatkan PRU walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19,” kata beliau lagi.