"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2024

Kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol bila subsidi pukal dimansuhkan tahun depan.-Menteri Ekonomi


Oleh:Lim Sian See 

 Menteri kata kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol bila subsidi pukal dimansuh tahun depan.

Dia kata akan ada harga yang tidak bersubsidi untuk golongan T15 manakala baki 85% Rakyat masih akan membayar harga bersubsidi.

Kerajaan akan kenal pasti siapa dalam golongan T15 kelak.

Sekiranya mahu letak dua harga bagi RON95 maka kena ada satu mekanisme atau cara di stesen petrol untuk kenal pasti siapa T15 dan siapa lagi baki 85% - sama ada melalui MyKad atau cara atay sistem pengenalan lain.

Pada pendapat saya, ini adalah idea kurang bijak yang akan merumitkan stesen petrol dan pengguna ketika isi minyak serta menambah kos kepada proses menjual petrol.

Kenapa pula 85% Rakyat dan stesen petrol dirumitkan hanya sebab mahu kenakan 15%?

Sekiranya kerajaan sudah kenal pasti siapa dalam golongan T15, kenapa pula kerajaan tidak kenakan sahaja levi petrol ke atas golongan ini ketika mereka memperbaharui road tax?

Selain mengenal pasti golongan T15, kerajaan juga boleh kenakan levi petrol ke atas kenderaan petrol baharu yang bernilai RM300k ke atas.

Katakan setiap kendaraan golongan T15 akan isi minyak 50 liter seminggu atau sekitar 2,500 litter setahun manakala kos subsidi ialah RM1 satu liter, kerajaan boleh pula kenakan levi petrol RM2,500 setahun ke atas lesen kenderaan golongan T15.

Sekiranya mereka benar-benar dari golongan T15 atau mampu membeli kereta melebihi RM300k, saya rasa ianya bukan masalah untuk mereka membayar RM2,500 setahun bagi setiap kenderaan milik mereka.

Dengan cara ini, kita hanya perlu ada satu harga petrol bersubsidi di stesen minyak dan kerajaan masih akan mengutip wang sebagai kos subsidi bagi golongan T15.

Satu lagi kaedah ialah kaedah yang sedang digunakan untuk Budi Madani bagi harga diesel di mana harga diesel diapungkan tetapi 85% Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran bulanan.

Source 

Rabu, 2 Oktober 2024

Rafizi Ramli “Terbak@r” Dalam Podkas Bersama Lim Sian See

 Rafizi Ramli “Terbak@r” Dalam Podkas Bersama Lim Sian See

Korang dah tengok tak podkas "Yang Bakar Menteri" diantara Rafizi Ramli dan Lim Sian See?

Aku baru lepas tengok. Jujurnya aku dah lama mengenali individu dibelakang Lim Sian See (LSS) iaitu Dato Eric See To. Aku juga tahu LSS ada kelemahan dalam bercakap Bahasa Melayu. 

Tapi menariknya dalam kelemahan dia berbahasa melayu dengan baik, dia dapat berhujah dan sampaikan point dia dengan jelas. Pada aku memang "terba.kar" sungguh Rafizi Ramli dalam episod kali ni.

Sebagai contoh, LSS tanya Rafizi pasal isu Lynas. LSS persoal kenapa masa PH pembangkang, pernah tandatangan aku janji nak tutup kilang Lynas. PH buat macam-macam propaganda pasal Lynas untuk buru.kkan Najib Razak.

Kalau korang ingat siap ada video mengarut pasal mutant yang dilakonkan oleh pimpinan PH termasuk Fuziah Salleh SUA PKR untuk menghasut rakyat. 

Tapi bila PH berkuasa lesen Lynas diperbaharui dan dibenarkan terus beroperasi dalam negara. 

Okey apa Rafizi jawab? Dia pusing dan bercakap pasal konteks. Dia cakap ketika itu, takde pemetaan mineral yang menunjukkan potensi REE dan juga permintaan untuk pembuatan barangan seperti bateri kereta. Sebab tu selepas Kerajaan PH ambil alih pada 2018, berlaku perubahan pada sikap kerajaan. 

Aku konfius. Dulu kau bantah dengan mengambarkan betapa bahayanya REE ni. Mutant lah, ayam berkepala dua lah, sotong berkepala ikan lah, carrot warna biru lah, kambing bertanduk brocolli lah. 

Tapi bila dia dah jadi kerajaan, segala propaganda yang korang main dulu hilang. 

kalau adanya pemetaan mineral, bahaya REE yang kau canang dulu boleh hilang?

kalau adanya potensi baru REE, bahaya REE yang kau canang dulu boleh hilang?

Apa punya hujah macam ni? Nampak sangat dulu korang kelentong rakyat dan menakutkan rakyat demi undi politik. 

Sebenarnya potensi dan peluang REE sangat besar. PH sengaja mengelirukan rakyat untuk menghasut rakyat benci Najib Razak. Dorang peduli apa pada potensi kepada negara dan rakyat. Janji boleh politikkan isu tu.

Rakyat Malaysia perlu sedar nilah perangai sebenar PH dan jangan percaya sikit habuk pun yang keluar dari mulut pimpinan PH. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Jumaat, 25 Ogos 2023

'Ada negeri diberi keutamaan dalam belanjawan Persekutuan, tapi tiada perancangan ekonomi yang baik' - Rafizi

 Rafizi bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama Program Kepimpinan Digital Eksekutif antara MyDIGITAL Corporation dengan Asia School of Business, hari ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Rafizi bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama Program Kepimpinan Digital Eksekutif antara MyDIGITAL Corporation dengan Asia School of Business, hari ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik agihan peruntukan kepada negeri, dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan ia lebih adil, terutama untuk negeri yang tidak mendapat peruntukan tinggi sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan ketika ini, terdapat enam negeri diberikan keutamaan pada setiap kali belanjawan, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, yang mendapat lebih 50 peratus daripada peruntukan pembangunan.

Namun, katanya, sebahagian negeri berkenaan tidak mempunyai perancangan ekonomi yang baik.

Pada masa sama, beliau berkata, negeri yang berada pada tahap ekonomi sederhana, terutama Negeri Sembilan, Melaka dan Perak, tidak mendapat peruntukan tinggi sedangkan ia tidak begitu kaya dan tidak juga begitu miskin.

"Sarawak memang mendapat peruntukan tinggi tetapi ia turut disertai dengan perancangan ekonomi yang baik pada peringkat negeri, jadi pertumbuhan ekonominya adalah baik.

"Bagaimanapun, kita tidak mendapat perkara sama di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis contohnya. Jadi, ia hanya satu hala yang mana tiap-tiap tahun, (meminta) tolong beri peruntukan yang lebih, sedangkan mereka memang sudah dapat (peruntukan) antara yang paling tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama Program Kepimpinan Digital Eksekutif antara MyDIGITAL Corporation dengan Asia School of Business (ASB), di sini, hari ini.

Justeru, Rafizi berkata, keseimbangan perlu dilakukan dalam agihan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu.

Ia bagi mempercepat pertumbuhan (negeri) dan pada masa sama, seluruh kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dengan peruntukan berkenaan. Jika tidak, kita tidak bersikap adil kepada negeri lain dengan membuat dasar yang menghukum negeri yang mempunyai pengurusan lebih baik. Itu tidak betul.

"Ini adalah cabaran dan beberapa perubahan yang perlu kita perhalusi. Kita perlu turut berlaku adil kepada negeri seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, selain memberi tumpuan kepada negeri yang sebelum ini sudah diberi tumpuan. Itu yang kita kena bezakan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata perhatian khusus amat perlu diberikan kepada sembilan negeri yang merekodkan pertumbuhan dan tahap pendapatan lebih rendah daripada purata penengah isi rumah nasional, memandangkan data semasa menunjukkan jurang dengan lima negeri lain semakin melebar serta membimbangkan.

Noor Azlan dipetik berkata, kira-kira 49 peratus rakyat Malaysia tinggal di sembilan negeri berkenaan, iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Pahang, Perlis, Sabah, Perak, Kedah dan Kelantan.

-BH Online

#Berkaitan artikel ini...ini respon MB Terengganu memalui fb beliau.

Respon ringkas terhadap kenyataan Menteri Ekonomi

1. Saya jadi malas nak melayan suara yang siang malam nak berpolitik, walau atas urusan Negeri/Negara yang perlu komitmen serius dan menjangkaui politik. Lama kelamaan rakyat akan muak dan benci species ahli politik yang hanya mementingkan diri semata. 

2. Ya ada perkara berpolitik, dan ada perkara yang kena keluar dari politik. Jiwa besarlah sikit kawan. Kita perlu jiwa besar, bukan merasa diri besar atau merasa "superiority complex". Pandangan kita walau hebat macamana pun, ada kalanya kena berpijak di alam nyata. Tidak rugi untuk duduk mendengar pandangan rakyat di bawah.

3. Isu yang dibangkitkan oleh YB Menteri Ekonomi, adalah umpama "mengail ikan tetapi mata kail di kaki sendiri" atau disebut sebagai "shooting your own foot" dalam bahasa yang lain.

4. Semua kena ingat, hasil yang diperolehi dan dikumpulkan oleh Negara adalah diperolehi dari semua rakyat dan semua Negeri. Saya ulang : semua rakyat dan negeri. 

5. Setiap rakyat ada bayar cukai, tak kira apa nama atau jenis cukainya. Hasil dari negeri diangkut ke Persekutuan, dalam bentuk yang dipersetujui bersama dan bukannya rampasan. Maka semua Negeri-Negeri ada harga diri dan peranannya, kerana yang bernama Malaysia adalah dibina dari semua Negeri-Negeri ini.

6. Semua bidang kuasa kerja kerajaan adalah termaktub dalam Perlembagaan dalam Jadual Kesembilan Senarai Perundangan, dengan tiga kaedah pembahagian kuasa. Zaman dahulu, perkara ini adalah satu ilmu pelajaran Kertas Pengetahuan Am Tingkatan Enam. Tak perlu mengaji di Amerika atau Perancis untuk tahu perkara ini.

7. Semua yang ada dalam senarai projek pembangunan di Negeri-Negeri, iaitu semua Negeri, adalah melalui proses bincang dan penilaian puluhan pakar, agensi dan kementerian sebelum menjadi senarai dalam RMk-12 yang ada sekarang ini. Itu belum termasuk Rolling -Plan. 

8. Bila kata bincang, bermakna kementerian-kementerian termasuk Kementerian Ekonomi telah berbincang sebelum ini dengan semua Kerajaan Negeri. Bukan bincang tepi jalan. Itu tanggungjawab bersama  dan bukan Negeri seorang diri. Kenapa Negeri yang nak diperlekehkan ? Politik lah tu.

9. Saya tidak ingin menyebut angka-angka, atau peratusan nombor semua perkara ini, kerana pihak Menteri sepatutnya membaca angka-angka ini dan melihat nama fail sebelum membuat kenyataan sedemikian.

10. Tidak bolehkah kita membina hubungan yang lebih harmoni, dengan duduk berbincang, samada di negeri-negeri atau Putrajaya, kerana itulah sebab ada Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan, dengan semangat Federalisme yang mengukuh terutama selepas Pilihanraya dijalankan ?

11. Kalau itu pun tidak boleh, negara kita tidak akan bergerak ke hadapan. Bye-bye keharmonian dan kesejahteraan yang diimpikan oleh rakyat semua.

12. Jika ada YB Menteri yang marahkan rakyat Negeri Terengganu kerana memilih kami dalam pilihan raya baru ini, biarlah saya jadi galang ganti untuk dimarahi. Jangan dera rakyat kerana pilihan mereka.

13. YB Menteri, kalau apa yang saya nukilkan ini salah, mohon banyak kemaafan, saya hanya mahu kita semua bergerak pantas ke hadapan.

Ahad, 29 Mei 2022

Rafizi Ramli mendahului Timbalan Presiden, Pemilihan KEADILAN 2022

 

Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini.

Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6.00 petang tadi, calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.

Rafizi sehingga kini mengumul 52,978 undi manakala Saifuddin sebanyak 40,256 undi dalam keputusan tidak rasmi yang disenaraikan di laman web Pemilihan KEADILAN 2022.

Rafizi didapati mendahului di 7 negeri dan Saifuddin 1 negeri. Di Pahang Rafizi mendapat 1,863 undi, Saifuddin 425 undi.

Di Johor Rafizi 3,967 undi manakala Saifuddin 1,117 undi. Sabah Saifuddin mendahului dengan 8,585 undi, Rafizi 6,814 undi.

Kedah Rafizi mendahului 4,847 undi berbanding Saifuddin 2,724 undi. Kelantan Rafizi mendapat 1,720 berbanding Saifuddin 1,075 undi

Selangor yang mana Rafizi kurang popular namun beliau mendapat 25,449 undi dan Saifuddin 22,101 undi

Negeri sembilan Rafizi mendahului dengan 5,556 undi berbanding Saifuddin 2,905 undi. Di Melaka Rafizi mengungguli dengan 2,762 undi berbanding Saifuddin 1,324 undi.

Dalam perkiraan 147,334 ahli KEADILAN yang membuang undi dalam pemilihan kali ini, mana mana calon yang melepasi angka 73,000 undi boleh dikira sebagai pemenang.

-wrlr

Isnin, 21 Jun 2021

PANAS!! RAFIZI DEDAH ‘BUDAYA BUSUK’ DALAM PKR LIBATKAN ORANG KANAN ANWAR


Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut.

Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.


“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.

Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.

“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.

Dalam balasan komennya di Twitter juga, Rafizi menyamakan Farhash dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.

“Pada pandangan saya politiknya sama dengan Azmin – pakai duit, ugutan, jual nama Anwar untuk naik dalam politik,” katanya balas kepada pertanyaan seorang rakan Twitternya yang bertanya mengapa tidak bergandingan dengan Farhash.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.

-Asam Boi

Ahad, 13 Disember 2020

Saya sudah lama nasihat Anwar, kata Rafizi


Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau sudah lama menasihatkn Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang individu-individu tertentu dalam parti itu yang digelar “sangat kuat membodek”.

“Ini permainan budak-budak keliling Anwar Ibrahim yang hanya muncul lepas beliau dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal PM; yang sangat kuat membodek demi tempat kalau beliau jadi PM.

“Kalau Anwar Ibrahim tidak segera bertindak, beliau akan pikul biawak hidup. Saya dah nasihat lama,” kata Rafizi di Twitter pagi ini.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai reaksi beliau terhadap laporan berita sebuah portal berkenaan desakan Pemuda PKR agar ketua mereka, Akmal Nasir meletak jawatan.

Terdahulu, tersebar tangkap layar perbualan antara Akmal selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama beberapa Exco sayap parti itu yang mempertikaikan kegagalan Anwar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Berikut dikatakan komentar terperinci Rafizi berhubung isu tersebut yang tersebar di media sosial:

“Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti. Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain.

Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim

Ini pandangan saya.

Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti.

Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Saudara Anwar ini adalah oportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji.

Saya pernah tegur Saudara Anwar sejak dua tahun lalu.

 Jadi teguran Saudara Akmal ada asasnya.

Saudara Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.

Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.

Yang ada sekarang ni pun dua kali lima. Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun.

Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel.

Tiba-tiba menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar Ibrahim.

Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini.

Orang tanya saya kenapa saya tak berminat. Tak kasihankan dengan Anwar Ibrahim?

Saya jenis yang tak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Saudara Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis oportunis dikeliling beliau.

Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini demi kekayaan dan kedudukan peribadi – lebih baik jangan kacau saya.

Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta; tapi saya masih benci jenis-jenis politikus yang banyak merosakkan nama baik politik. Dalam mana-mana parti, ada saja species ini.

Kalau spesies ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.”

Rafizi Ramli

-malaysiadateline