"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Surat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surat. Papar semua catatan

Selasa, 5 Januari 2021

LUAHAN HATI SEORANG DOKTOR:SEKEPING SURAT DARI FRONTLINER

 From Dr Alzamani 👇🏻

SEKEPING SURAT DARI FRONTLINER 

Gambar Hiasan

Yang dikasihi Tuan-tuan,Puan-puan dan Cik-cik Puan masyarakat Malaysia

1. Sungguh kami berharap, anda dan semua keluarga berada dalam keadaan yang baik, sihat dan bahagia. Ramai yang bercuti dan ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan kenduri di sana sini. Kami doakan perkahwinan yang bahagia ke anak cucu.

2. Sebelum bermulanya musim cuti, kami telah cuba berpesan yang wabak Covid19 masih bermaharajalela. Pesan kami mudah : pakai mask, jarakkan sekurang-kurangnya 1 meter di tempat makan dan jangan bersalam atau bersentuh dengan sesiapa. Basuhlah tangan atau guna sanitizer jika bersentuh dengan objek yang disentuh orang.

3. Ketua Pengarah kami nampak keletihan dan semua di KKM bertungkus lumus untuk menangani kes yang tidak turun bahkan meningkat naik. Kelmarin 2,295 kes baru dicatatkan. Anda dapat lihat keletihan yang terukir di wajahnya. Namun dia gagahkan sebagai isyarat semangat untuk kami semua terus memberikan yang terbaik di lapangan, klinik, hospital dan bilik-bilik gerakan.

4. Pada ketika ini, di hospital, kami melihat lebih banyak kes yang mulanya masuk dengan jangkitan paru-paru tetapi menjadi positif kemudiannya. Ada juga staf yang dijangkiti Covid dalam bekerja menangani kes-kes ini. 

5. Jumlah katil di hospital juga kerap penuh menyebabkan lambakan kes di Jabatan Kecemasan seluruh negara. Kami amat bimbang dengan adanya ledakan kes, kes-kes yang mungkin di antaranya ibu, bapa atau saudara anda semua akan tersadai kerana melebihi kapasiti yang ada. Jangan lupa, dalam keadaan pandemik ini, kecemasan lain seperti trauma, serangan jantung, strok dan sebagainya masih berlaku dan juga perlu ditangani.

6. Dalam keadaan kami berterusan berpesan, menjadi mimpi ngeri kepada kami melihat kedai-kedai dipenuhi dengan orang yang makan dengan jarak kurang 1 meter. Tentulah mask dibuka. Meja-meja berhampiran pula dicantumkan. Tentulah virus dengan mudah dapat melompat di meja.

7. Luluh hati kami melihat di kenduri-kendara, tanpa sekuman pun rasa bersalah, mask dibuka dan gambar kenangan diambil dengan semua berdiri dekat (dan tanpa segan silu dikongsi pula di media sosial). Bila mask dibuka dan berada kurang 1 meter, tentulah virus mudah melompat. 

8. Bukan setakat itu, kerusi di meja makan kenduri juga diatur kurang 1 meter antara satu sama lain. Kenduri menjadi 'kedai makan besar' dengan 'pengecualian' dari syarat yang disyorkan di kedai makan (2 orang satu meja). 

Setidak-tidaknya jarakkanlah kerusi supaya lebih 1 meter antara entah siapa di meja yang sama. 

9. Luluh hati juga melihat orang masih bersentuh, bersalam, berpeluk dan cium. Mereka ini adalah 'saudara jauh' yang malah mungkin datang dari 'zon merah'. Covid tidak kenal saudara. Jika seorang saudara bawa Covid, habis yang lain kena.

10. Luluh hati juga melihat rakan-rakan yang 'bersentuh genggaman tangan'. Bukankah itu masih 'sentuhan'? Apalah salahnya untuk salam dari dada. Bila bersentuh, kalau ada Covid maka berpindahlah kuman.

11. Luluh hati juga melihat di tempat membeli belah, orangramai tidak lagi peduli untuk 'menjauhkan' diri supaya jarak lebih dari 1 meter. Beratur pun semakin hari semakin dekat.

12. Luluh hati melihat di tempat berjogging, rakan-rakan yang tidak memakai mask berjalan dalam satu kumpulan kurang dari 1 meter. Yang berjogging atau beriadah bila bertembung bukannya menjauhkan haluan supaya lebih 1 meter, malah datang hingga hampir bersentuh bahu.

13. Luluh hati juga mendengar ada yang berkata pandemik ini satu ‘pembohongan’. Namun bila ditanya, kalau bukan kerana Covid, bagaimana lebih 1.7 juta orang di dunia sudah mati dan semua mereka positif Covid (bersamaan jumlah seluruh penduduk Kedah lenyap) ? Mereka diam, gagal menjawab dan sudahnya cuba menjual ‘produk’ tertentu maka terserlah akhirnya agenda bohong mereka.

14. Luluh hati juga yang berkata dapat Covid ini macam selesema sahaja. 80 % orang mendapaf gejala ringan manakala 20 % lagi teruk, perlu ICU dan bertarung nyawa. Bagi yang 80 % ini pula, jika tidak diasingkan akan menyebarkan Covid kepada keluarga sendiri, rakan-rakan dan orang ramai. Apabila sampai kepada orang tua atau ada risiko lain seperti kencing manis, mereka akan mendapat gejala teruk. Berbilion habis untuk skrin mereka yang lain, berbilion habis untuk wujudkan dan beri ubat dan makanan di pusat rawatan.  Ranaplah ekonomi macam ni.

15. Kita sudah ada perlindungan yang berkesan dan ianya murah dan BOLEH dilakukan oleh anda semua. Pakai mask dan jarakkan 1 meter dalam keadaan tidak pakai mask - di tempat makan, kenduri, beriadah dan sebagainya. Bila berjumpa dengan orang di majlis, tunduklah sedikit dan letakkan tangan di dada. Ia satu penghormatan kepada orang dengan cara yang selamat. Ia juga peringatan kepada orang yang anda orang yang patuh SOP dan isyarat untuk orang lain juga patuh SOP. Kenapa ia terlalu sukar kepada anda ?

16. Tuan-tuan, Puan-puan dan Cik-cik Puan. Perang virus ini masih jauh dari selesai. Walaupun ada berita tentang vaksin tetapi sudah ada mutasi baru yang mungkin memerlukan vaksin yang lain pula. 'Mask dan jarak 1 meter bila mask dibuka' adalah 'vaksin' yang sudah sedia ada. Gunalah ‘vaksin’ yang ada ini sebaiknya sementara belum ada vaksin yang berkesan sepenuhnya.

17. Mainkanlah peranan anda untuk pecahkan rantaian vaksin. Berikan peringatan patuh SOP dengan tunduk dan salam dari dada. Jika demikian dilakukan, anda orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam memenangi perang ini. 

18. Janganlah pula orang yang cuba mengikut SOP dilekehkan atau dikatakan ‘poyo’. Mereka adalah pahlawan yang cuba melakukan apa yang wajar untuk menangkan perang. Malah mereka ini sayangkan anda dan mahu pastikan tiada virus yang merebak.

19. Tidak ada gunanya jika kita hanya ditanya adakah kita ada cukup katil untuk kes yang sedang meledak tetapi anda sedikitpun tidak memainkan peranan menghentikan rantaian Covid ini dengan mask dan menjarakkan diri lebih 1 meter. 

20. Perang ini tidak dimenangi di hospital atau pusat rawatan. Ia dimenangi apabila ANDA semua 100%  bergandingan memecahkan rantaian Covid dengan mask dan penjarakan 1 meter ini. TIADA PENGECUALIAN. 

21. Kita menang kerana ANDA. Kita gagal dan hancur juga kerana ANDA.

Semoga anda semua selamat, dirahmati Tuhan dan bahagia bersama keluarga.

Yang benar,

Dr Alzamani Mohammad Idrose

Frontliner

Khamis, 19 November 2020

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Surat Ditulis Sehari Sebelum Berlepas Ke Angkasa Pada 2007


Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada semalam berkongsikan sepucuk surat yang pernah ditulis beliau sebelum meninggalkan bumi pada 2007 melalui satu hantaran di akaun Instagram-nya.

Surat bertarikh 9 Oktober 2007 itu difahamkan ditulis buat kedua-dua ibu bapanya ketika itu sebelum beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama roket Soyuz dalam misinya sebelum ini.

“Saya menemui kembali surat yang saya tulis kepada ibu bapa saya pada 2007, sehari sebelum saya berlepas ke angkasa.

“Ketika itu saya berada di Baikonaur Kazakhstan, dikuarantin berseorangan selama dua minggu tanpa orang yang tersayang,” tulis beliau di hantaran berkenaan.


Surat bertulis tangan itu antaranya mengandungi luahan perasaan beliau kepada kedua ibu-bapanya, hasrat untuk membuat perubahan yang lebih baik kepada dunia serta bagaimana impiannya untuk ke angkasa menjadi realiti.

Mula bercita-cita untuk ke angkasa sejak berusia 10 tahun, Dr Sheikh Muszaphar dalam surat berkenaan menjelaskan tiada siapa yang dapat menjangkakan cita-citanya itu akan tercapai sekaligus menjadi angakasawan pertama di Malaysia.

Bercerita lanjut mengenai surat berkenaan, ia jelasnya ditulis kepada kedua ibu-bapa kerana beliau terpaksa menjalani kuarantin untuk tujuan kesihatan dirinya “kerana selsema saja boleh menghalang dirinya untuk berlepas ke angkasa”.

Beliau bagaimanapun memberitahu ada berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya sehari sebelum itu dan sempat berbual melalui penghadang kaca yang telah ditetapkan.

“Itulah kenangan lalu… Saya tidak pernah berkongsikan surat ini dengan sesiapa pun sebelum ini. Malah saya sudah terlupa mengenainya.

“Cuma hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana perjalanan ke angkasa mengubah kehidupan saya secara keseluruhannya,” kongsi beliau.

Pada 10 Oktober 2007, Dr Sheikh Muszapahar menjadi warga Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa bersama dua lagi kru dengan menaiki Soyuz TMA-11.

Selepas 10 hari di Stesen Angakasa Antarabangsa, beliau kemudiannya kembali ke bumi pada 21 Oktober dan kemudiannya diumumkan sebagai angkasawan pertama negara pada tahun sama oleh perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.-Vocket


Ahad, 30 Ogos 2020

Tular surat Tun M dalam cubaan mengeluarkan LTTE dari senarai pengganas.

Bila 12 individu, termasuk 2 ADUN DAP, ditahan di bawah SOSMA bermula pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah bermula pada 29 Oktober 2019 kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti LTTE, maka berdebatlah suara para pemimpin DAP mendesak Peguam Negara menarik balik pendakwaan ini dengan alasan bahawa LTTE bukanlah sebuah kumpulan pengganas.

Serentak itu, para pemimpin DAP juga mendesak kerajaan supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas walaupun Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman (waktu itu), iaitu Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh mengenainya.

Akhirnya, setelah kira-kira empat bulan penahanan dan pendakwaan ini berlaku, iaitu 21 Februari 2020, maka Peguam Negara (waktu itu), Tan Sri Tommy Thomas, pun mengeluarkan satu kenyataan media bagi membatalkan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE ini dengan penjelasan yang mempersoalkan kedudukan LTTE sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Tahukah anda apa yang berlaku antara tarikh penahanan 12 tertuduh LTTE pada 10 Oktober 2019, tarikh pendakwaan 12 tertuduh LTTE pada 29 Oktober 2019 dan tarikh pembatalan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE oleh Peguam Negara pada 21 Februari 2020?


Faktanya ialah, pada 12 Februari 2020, Perdana Menteri (waktu itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berbunyi: “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”

Lihatlah pula kenyataan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Februari 2020 mengenainya sebagai menjawab kenyataan media Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Februari 2020 (dan secara tersiratnya surat rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari 2020) yang berbunyi:

(1) “Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

(2) “Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.”

Oleh itu, berdasarkan fakta ini, eloklah kita berfikir: Siapakah sebenarnya pejuang dan siapakah sebenarnya petualang?

– Dr Kamarul Yusoff