malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 25, 2024 4:33 PMSemalam, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Menteri Pendidikan Fadlina Sidek akan menjawab berkaitan keputusan itu.
Fahmi Fadzil
Sebelum ini, akhbar harian Cina yang memetik sumber mendakwa jemaah menteri memutuskan bahawa garis panduan Kementerian Pendidikan yang melarang penerimaan dana daripada syarikat produk tembakau atau alkohol tidak terpakai ke atas sekolah bukan Islam dan Cina.Kedua-dua pemimpin DAP dan MCA kemudiannya mengambil kredit berhubung keputusan itu, yang sekali gus memberi kredibiliti terhadap laporan berita itu.
Presiden MCA Wee Ka Siong berkata keputusan itu adalah sama seperti ketika partinya berada dalam kabinet.
Teresa Kok (kiri) bersama Wee Ka Siong
"Bagus, tetapi kamu secara paksa menjadikan sekolah Cina sebagai sasaran.“Sekarang kabinet telah mengembalikan dasar semasa MCA berada dalam kabinet, dan kamu mengharapkan orang ramai supaya berterima kasih?"
"Ia seperti majikan yang menahan gaji tanpa sebab, dan selepas membuat kecoh, akhirnya gaji dibayar. Adakah majikan perlu dipuji kerana itu?" soalnya dalam satu catatan Facebook.
Sebelum ini, pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, menegaskan bahawa garis panduan KPM itu dikeluarkan pada Mac 2018 ketika MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan BN.
Sementara itu, Naib Presiden DAP Teresa Kok, sebagai respons kepada keputusan kabinet yang dilaporkan, memuji Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan kerana menghormati tradisi masyarakat Cina.
Ahli Parlimen Seputeh itu turut memuji Loke kerana "berani mempertahankan kepentingan masyarakat Cina" pada mesyuarat kabinet.
Fadlina Sidek
Pada Selasa lalu, Fadhlina menolak mengecualikan sekolah Cina daripada garis panduan itu mahupun kemungkinan ia disemak semula.Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata dia akan memohon jemaah menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan. Namun, ini mendapat bidasan daripada Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh.
Isu itu menjadi kontroversi selepas PAS menyasarkan Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu yang dirakam memegang cek replika di sebuah sekolah Cina di Selangor yang memaparkan logo bir jenama Tiger.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh kemudiannya menjelaskan bahawa Tiger, yang dimiliki oleh Heineken Malaysia Bhd, telah menjalankan kutipan derma untuk sekolah vernakular Cina selama tiga dekad.
Ini menyaksikan cetusan kecaman dan saling tuduh-menuduh antara pemimpin kerajaan dan pembangkang, dengan Aiman, yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menggelar pemimpin PAS sebagai "hipokrit".
Aiman membidas, pemimpin PAS yang menurutnya, sebelum ini tidak pula mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.
Perbalahan menjadi semakin hangat apabila dua kumpulan pendidikan Cina turut menuduh PAS cuba mencetuskan ketegangan kaum dengan menjadikan isu itu sebagai modal politik.
-Wak Labu Farm
0 ulasan:
Catat Ulasan