"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pendirian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendirian. Papar semua catatan

Ahad, 22 November 2020

PAS:Demi agama,bangsa dan negara.PAS diam..

 

~ Pas dulu pernah berpuas hati dgn penjelasan CEO 1MDB ketika DSNR jadi PM. teruk Pas kena kecam dgn pemimpin Pakatan, tiada siapa backup. PAS diam.

~ Pas dulu dituduh ambil duit Umno Rm90Juta sblm PRU 14, pemimpin Umno diam biarkan Pas terkontang kanting  buat kes saman kt luar negeri pertahankan diri sendiri. Pas diam.

~ Pas bela DS Najib Razak walau sudah dijatuhkan bersalah oleh mahkamah, kerana masih ada peluang bela diri di mahkamah tertinggi, kami di kutuk sbb bersama penjenayah. PAS diam.

~ Pas dikecam kerana Tak boleh selesaikan kes Adib, sedang bukan Pas yg pegang Menteri Dalam Negeri, PPBM tak nak tolong jawab. Pas bersabar dan hanya diam.

~ Pas dah pernah bwk RUU355 diparlimen.  Menteri Agama juga berjanji ia akan dilaksanakan sebelum dia mati. Masih juga Pas dituduh Tak buat kerja. Tunggang agama. Tiada sapa nak bela. Pas diam.

~ Pas hantar wakil bertanding di Parlimen Port Dickson, Umno umum Tak hantar Jentera. Kami sabar. Pas cuma diam.

~ Pas hantar Jentera Bantu jugak Umno dlm setiap PRK walau apa pun yg berlaku di PD. Pas dituduh tukang pacak bendera. Tiada siapa pertahankan Pas. Pas diam.

~ Pas Tak hantar (1) pun calon dlm PRN Sabah, tetap jugak ada kwn2 yg tuduh Pas Gila kuasa. Tapi Pas cuma diam.

~ Pas dikecam kerana bersama Azmin yg dituduh semburit. Dlm pd masa yg sama ada juga pihak yg ingin bersama BangNon utk jadi Pm9, sedangkan dia sudah jelas bersalah dan (2) kali dipenjarakan, tetap jugak Pas yg dituduh Mandi (2) kolam. Pas cuma diam.

Tapi bila Pas hanya ingin semua pihak jgn ada politiking sgt ketika belanjawan dan patuh pd Titah YDPA Agong... Pas dikecam kawan dan lawan. Tetiba semua pihak bising tak nak duduk diam. Seolah2 kami ni takde perasaan.

Mohon "PASU BUNGA" yg sentiasa dikecam itu tdk pecah dan mampu utk pertahankan tanah  yg mengandungi benih pohon yg rendang utk dinaungi org ramai.

PAS BERGABUNG DENGAN UMNO

AGAR NEGARA TIDAK JATUH KPD 

PUAK LIBERIAL & BANGSA BIADAP.

MENYATUKAN UMMAH DGN ISLAM.

PAS bergabung dan bekerjasama dengan UMNO semata-mata adalah untuk Penyatuan Ummah iaitu mahu melihat umat Islam bersatu demi mengelakkan Pakatan Harapan dan DAP berkuasa semula. PAS tidak mahu negara dikuasai dan jatuh kepada puak liberal dan bangsa biaDAP.. Musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Penyatuan Ummah..

PUAK2 PENGKIANAT TERTEKAN 

JIWA SEJAK JADI PEMBANGKANG. 

Khalid Samad berhujah:

Bila lompat parti, bawa sekali dengan kerusi (Parlimen), itu adalah satu Pengkianatan.

Tujuh PRK sebelum ini adalah pertandingan antara BN lawan PH. Yang hairannya puak-puak pengkianat hanya dok gasak PAS setiap hari sepanjang PRK PRK tersebut. Bila tewas, mereka salahkan PAS pula. Sebab itulah PH kalah 7 kali street PRK. Masa PH jadi kerajaan pulak tu. Tak pernah lagi terjadi trajedi seperti ini sebelum sebelum ini. 

Sama seperti tumbangnya PH kerana perebutan kuasa diantara mereka, untuk jadi PM. Takada siapa suruh TUN M letak jawatan PM?? Sendiri tumbangkan kerajaan sendiri.

Pun tiba-tiba PAS yang disalahkan. PAS juga yg bersalah. 

Sejak PH tumbang, ramai puak puak pengkianat tertekan jiwa dan perasaan. PAS UMNO bergabung. Tahu mereka akan kalah PRU15. Siang, malam dok memaki hamun, menghina dan sentiasa malaga-lagakan ahli PAS dengan pucuk pimpinan. Berusaha sedaya upaya memecah belahkan pakatan PAS UMNO. Itu saja modal tali hayat, tempat mereka bergantung yang ada.

Kukuhkan UKHWAH PAS UMNO. Tingkatkan TARBIYAH Jauhi Fitnah.. TERUS ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN SIRU ALA BARAKATILLAH.

#IslamMemimpin

#DemiIslam

#AirMataGembiraBilaBersama

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1070159586767431&id=100013201993622

Selasa, 27 Oktober 2020

UMNO kekal sokong kerajaan PN, tolak kerjasama PKR, DAP

KUALA LUMPUR - Setelah hampir empat jam bermesyuarat, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Hasil mesyuarat itu juga mengekalkan pendirian parti untuk menolak kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.

 "Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.

"UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang haris berpaksikan nilai kehormatan dan political consensus," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat kira-kira jam 12 tengah malam.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO berlangsung sejak jam 8.30 malam.

Ahmad Zahid berkata, antara lain yang diputuskan, UMNO menyarankan agar inisiatif Rekonsoliasi Nasional atau Agenda Pendamaian Nasional segera dilaksanakan dengan mengembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.

"Mesyuarat juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,"katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata UMNO turut menjunjung kasih di atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

"UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan," katanya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dibangkitkan ketika mesyuarat melibatkan

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang semalam.

Antara cadangan yang dibangkitkan adalah memberi sokongan kepada Anwar tanpa melibatkan kerjasama DAP.

Kenyataan Ahmad Zahid

-SH Online

Isnin, 7 September 2020

Cadangan tidak label LTTE sebagai pengganas konsisten dengan pendirian PH


BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan cadangan yang dibuat oleh beliau agar Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dikeluarkan dari senarai kumpulan pengganas selaras dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Jelas Dr. Mahathir, Pakatan Harapan menentang penggunaan beberapa peruntukan undang-undang yang didakwa telah disalahgunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, sekiranya LTTE terus dilabel sebagai pengganas mereka yang ditahan tidak boleh diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

“Langkah ini konsisten dengan pendirian kita sebelum pilihanraya 2018 bahawa kita menentang penggunaan beberapa peruntukan undang-undang yang telah disalah guna oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menahan mereka yang menentang pencurian yang mereka lakukan menerusi 1MDB dan juga salah guna kuasa.

“Dan mereka yang menentang ini telah ditahan tanpa dibicarakan dan tidak dibenar ikat jamin. Ini satu travesty of justice ataupun satu ketidakadilan yang melampau,” kata Dr. Mahathir dalam blognya.

Sebelum ini tular di media sosial surat Dr Mahathir bertarikh 12 Februari 2020 ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri (KDN), meminta supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas.

Dalam surat itu, Dr. Mahathir berkata, beliau berpendapat tidak ada sebab Kerajaan PH meneruskan label LTTE sebagai terrorist. Justeru Dr. Mahathir berpandangan adalah lebih elok jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.

“Saya tidak tahu apa tujuan surat bertarikh 12 Februari 2020 yang saya tulis kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya masih Perdana Menteri Malaysia, dikeluarkan untuk tatapan umum melainkan untuk memperlihatkan seolah-olah saya penyokong LTTE.

“Saya mencadang supaya Tamil Tigers tidak lagi dilabel sebagai terrorists kerana Kerajaan Sri Lanka sendiri, di mana pertembungan mereka dengan Tamil Tigers berlaku, tidak lagi melabel kumpulan dan pengikutnya sebagai terrorists,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir juga berkata, beliau dimaklumkan oleh Peguam Negara pada masa itu bahawa tidak ada bukti kukuh untuk mendakwa penyokong LTTE di bawah undang-undang penganas.

Menurut Dr. Mahathir beliau hanya memberi pendapat kepada menteri yang bertanggung jawab dan ia bukan satu arahan.

“Bagi saya, jika Kerajaan dan Peguam Negara pada hari ini merasa terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka, seharusnya mereka memulakan proses perundangan yang sewajarnya.

Saya berharap tidak berlaku kezaliman apabila menegakkan keadilan dan melaksanakan undang-undang.

Sekian, terima kasih,” kata Dr. Mahathir.-SM