"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Wira Tak Didendang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wira Tak Didendang. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2026

Liku-liku kejayaan pelumba cilik Hakim Danish juarai Moto3 Grand Prix Republik Czech

 

Ada satu benda yang menarik tentang kemenangan Hakim Danish ni. Dia tidak menang dalam keadaan semuanya mudah.

Muhammad Hakim Danish Ramli, anak muda dari Terengganu, baru sahaja menang Moto3 Grand Prix Republik Czech di Litar Brno. Bukan menang biasa-biasa.

Dia sepatutnya bermula di petak hadapan, tetapi dikenakan penalti dan terpaksa mula dari petak ke-14. Dari belakang, dia kejar satu demi satu pelumba dunia, masuk kelompok depan, tunggu masa, pilih ruang, kemudian sailang pada saat paling tepat.

"Tak kosong" orang kata.

Hakim Danish bukan muncul tiba-tiba dari langit. Dia datang daripada sistem pembangunan yang panjang. Asia Talent Cup. Red Bull Rookies Cup. JuniorGP. SIC. ZK Racing. AEON Credit-MT Helmets-MSI. Terengganu Inc. Semua ini bahagian penting dalam cerita dia.

Dalam sukan permotoran, orang selalu nampak pelumba sahaja. Tapi di belakang seorang pelumba, ada satu pasukan yang hidup dalam tekanan.

Ada mekanik yang tak tidur lena. Ada jurutera yang baca data sampai pening kepala. Ada jurulatih yang tegur benda kecil. Ada pengurus pasukan yang pening cari dana. Ada penaja yang percaya sebelum budak itu jadi berita besar.

Kita jangan lupa orang-orang yang percaya ketika dia belum menang. Sebab percaya sebelum menang itu mahal. 

Sebelum ini KBS pernah sahkan tiada dana khusus untuk Hakim mengharungi Moto3 musim ini. Selepas dia naik podium, barulah disebut pintu sokongan sentiasa terbuka.

Alhamdulillah, pintu terbuka.

Sukan permotoran bukan sukan murah. Untuk bawa Jalur Gemilang ke pentas dunia, bakat sahaja tidak cukup. Perlu duit. Perlu logistik. Perlu mesin. Perlu pasukan. Perlu kalender perlumbaan. Perlu latihan luar negara. Perlu keberanian institusi untuk melabur sebelum keputusan datang.

Kalau tunggu atlet menang baru hendak nampak, itu bukan pembangunan. Itu menumpang cahaya (limelight).

Satu lagi yang saya hormat, Hakim Danish bukan sahaja bawa nama Malaysia. Dia juga bawa prinsip dirinya.

Ketika podium di Itali sebelum ini, dia dilihat meninggalkan pentas lebih awal untuk mengelak semburan champagne. Untuk seorang anak muda Muslim, itu "statement" yang besar.

Sewaktu di pentas kemenangan di Republik Czech ni pula, awal-awal lagi pengurus dia dah ketepikan botol champagne dari podium. Maknanya pasukan dia pun faham dengan prinsip itu.

Itu indah.

Hari ini kita raikan Hakim Danish. Kita raikan pasukannya. Kita raikan semua orang yang bekerja dalam senyap sampai Jalur Gemilang naik di pentas dunia.

Bakat seperti ini mungkin datang 10 tahun sekali. Jangan tunggu dia sudah sampai podium baru kita berebut mahu berdiri di sebelahnya.

Tahniah Hakim Danish.

Source 

Tambahan dari komen netizen

ADA SEPEKARA LAGI YANG KALIAN PERLU TAHU👇

Majoriti pelumba rookie (pelumba baharu) di Moto3 memang tidak dibayar gaji pokok langsung oleh pasukan mereka.

Malah, dalam kebanyakan kes, situasinya adalah terbalik. Pelumba rookie yang perlu membayar pasukan untuk mendapatkan tempat (seat) bagi berlumba dalam musim tersebut.

Mengapa Rookie Moto3 Tiada Gaji Pokok? 

Sistem Pay Rider 

Pasukan Moto3 mempunyai bajet yang sangat terhad. Kos operasi satu pasukan Moto3 je boleh mencecah RM7 juta hingga RM10 juta semusim. 

Oleh itu, kebiasaannya pasukan terpaksa menjual slot perlumbaan kedua mereka kepada pelumba rookie yang mampu membawa dana penajaan untuk membantu menampung kos operasi pasukan.

Contohnya macam kes Hakim Danish.

Beliau ialah pelumba rookie, pelumba baru yang belum ada nama.  Bermaksud beliau juga ialah pelumba kedua bagi pasukan MT Helmets – MSI.

Apabila pasukan tidak tahu keupayaan sebenar seorang pelumba, mereka tak akan mengambil risiko untuk menghabiskan jutaan ringgit setahun kepada pelumba tersebut.

Jadi untuk mendapatkan seat pelumba kedua, Hakim Danish perlu "membayar" kos operasi yang pasukan tetapkan.

Dalam situasi ini, AEON Credit Service (M) Berhad sudi masuk sebagai penaja utama untuk menyokong slot rider kedua tersebut.

Kemasukan syarikat gergasi kewangan itu telah menyelesaikan isu dana perlumbaan Hakim Danish yang mencecah RM4 juta semusim, sekali gus mengubah nama pasukan kepada AEON Credit MT Helmets - MSI.

Tetapi perkara yang bagusnya ialah..

Pelumba Kedua lebih bagus dari Pelumba Utama.

Dalam contoh kes pasukan AEON Credit MT Helmets - MSI, pelumba kedua (Hakim Danish) lebih menyerlah dan lebih hebat berbanding pelumba utama iaitu Ryusei Yamanaka.

Jika perkara ini berterusan, Hakim Danish bakal dinaikkan pangkat menjadi pelumba utama pasukan (musim hadapan) Itu bermakna pasukan MSI mungkin akan mengurangkan jumlah yuran slot (seat cost) yang perlu dibawa oleh Hakim.

Pasukan juga sanggup membayar gaji pokok peribadi yang jauh lebih lumayan. Berserta dengan bonus perlumbaan yang lebih tinggi.

Malah penaja tidak lagi perlu "dicari", sebaliknya jenama-jenama korporat besar pula yang akan beratur untuk menaja Hakim kerana nilai komersialnya yang sudah melonjak tinggi.

Perkara ini bukan berlaku ke atas pelumba Moto3 sahaja. Ia perkara sama yang perlu dilalui oleh pelumba-pelumba kelas atasan yang lain seperti Moto2 dan MotoGP.

Bilakah Pelumba Langsung Tidak Perlu Membawa Penaja?

Pelumba hanya akan bebas 100% daripada bebanan membawa penaja komersial apabila mereka berjaya melangkah masuk ke dalam pasukan kilang (factory team)

Pada tahap premium tersebut, pengeluar motosikal gergasi dunia itu yang akan membayar gaji serta bonus yang mahal kepada pelumba. Tak perlu pening fikir pasal penaja lagi.

Dan ada ura-ura mulai tahun 2027, semua pelumba MotoGP akan menerima gaji minimum tahunan berjumlah €500 ribu atau RM2.4 juta.

Angka €500,000 ini dirancang sebagai had gaji paling sedikit setahun untuk pelumba kelas utama MotoGP mulai musim 2027 bagi memastikan tiada pelumba di kelas premium tersebut yang dibayar terlalu rendah.

Berita tersebut sangat bagus untuk pelumba-pelumba masa hadapan dan kita doakan semoga prestasi Hakim Danish sentiasa cemerlang dan terbilang bagi menghadapi mana-mana perlumbaan kelak.

Supaya beban mencari dana tajaan tidak terasa dan ada gaji dan bonus yang mencukupi untuk kegunaan beliau sendiri dan keluarga.

Rabu, 19 November 2025

Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

 Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

Pada tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan majlis kenduri menikah putera Dato Laksamana Kedah dengan Dato Bendahara Paduka Sri Maharaja, dikejutkan dengan kehadiran gerombolan orang Siam yang diketuai anak Raja Ligor bernama Phya Buri Sakhmuton.

Mulanya rombongan dari Ligor itu memberitahu Dato Bendahara, kehadiran mereka sekadar untuk mendapat bekalan beras setelah mereka kekurangan makanan disebabkan perang yang berlarutan dengan Burma. Lalu Dato Bendahara mengerahkan sekalian rakyat Kedah segera mengumpul beras untuk diberikan kepada Siam. Dalam mereka berbincang, Phya Buri Sakhmuton memberi isyarat kepada orang orangnya untuk menyerang sekalian orang Kedah yang berada di dalam dan luar kota.

Tercetuslah serangan yang dahsyat dalam keadaan orang Kedah tidak bersedia. Hampir kesemua dibunuh. Kuala Kedah bermandi darah. Mayat bergelimpangan di serata ceruk dan hanya sedikit yang sempat bersembunyi menyelamatkan diri. Rupa rupanya angkatan Phya Buri sudah cukup bersedia. Mereka hampir 7,000 orang kesemuanya menyerang dari laut dan darat di sepanjang laluan ke Kuala Kedah. Selain sekitar kota, serangan paling hebat mereka lancarkan adalah di kawasan tebingan Sungai Anak Bukit, di Alor Madi dan Suka Menanti hari ini.

Kekejaman mereka tidak terlawan oleh orang Kedah yang sama sekali tidak menyangka akan diserang oleh angkatan Ligor yang pengecut itu. Betapa kejamnya tentera Siam, orang kampung dibakar hidup hidup di dalam perdu pokok mati, kemudian diratah isi mereka oleh tentera Siam. Wanita hamil dibelah perutnya, direntap keluar anak di dalam untuk dijadikan bahan judi, lelaki atau perempuan.

Begitulah betapa tidak berperikemanusiaan tentera Ligor terhadap rakyat Kedah.

Sejak itu, saki baki orang Kedah yang lari menyelamatkan diri ke Perai, cuba bangkit untuk mendapatkan kembali negeri pusaka nenek moyang ini. Pada 1831, angkatan Tunku Kudin dengan kekuatan 5,000 pahlawan Kedah berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah. Namun setelah terkepung selama lima bulan, kehabisan makanan dan ramai yang syahid, mereka tertewas juga.

Pada 1838, muncul pula Tunku Muhammad Saad untuk menuntut bela. Dengan ribuan tentera dari Rembau, Acheh, Kelantan, Terengganu, Hulu Pahang dan Sulu, mereka berjaya. Kota Kuala Kedah ditawan semula setelah mereka melalui banyak siri pertempuran hebat di darat dan di laut. Tunku Muhammad Saad dengan panglima barisan hadapan beliau diketuai Tok Moh Ris dari Kubur Panjang, Tunku Muhammad Akib, Panglima Muhammad Taib, Dato Wan Muhammad Ali, Syeikh Abdul Samad Al Falimbani berjaya mara hingga ke Singgora.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tentera Siam, malahan juga British yang telah belot, mengepung mereka di laut, menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat ubatan. Tidak cukup dengan itu, orang Melayu Kedah sendiri yang bacul, ramai memihak kepada Siam. Antara pembelot Melayu yang tersohor ialah Panglima Yu dan Panglima Barim, yang tewas dalam pertempuran dengan pahlawan Kedah di Pulau Songsong. Dalam serangan untuk mendapatkan kembali Kota Kuala Kedah, orang Siam yang berkawal di situ tidak lebih 70 orang. Hampir 300 orang lagi adalah orang Melayu yang belot.

Semasa di Singgora, Tunku Muhammad Saad melaung kepada perwira perwira Kedah: "Hari ni, kita akan mengamuk sampai ke Bangkok!" Namun takdir Allah, mereka terhalang oleh ribut monsun. Dan ketika itulah, British yang belot atas kepentingan perang dengan Burma yang bermula pada 1824, menghantar bantuan kepada Siam. Siam yang baru mendapat kekuatan semula, telah menyerang balas angkatan Kedah hingga menyebabkan mereka terpaksa berundur. Jika orang Palestin mengenang peristiwa Naqbah, orang Kedah patut mengenang tarikh ini sebagai Hari Perjuangan, mengambil ibrah atas semangat kepahlawanan datuk nenek kita dahulu, yang begitu berani dan tabah menentang penjajahan.

Seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838 menulis perbandingan pengalaman beliau berperang di India dan Kedah. Katanya: "Di sepanjang Pantai Coromandel, penduduk pribumi menjilat tangan yang menzalimi mereka seperti anjing. Di Kedah, orang Melayu melawan habis-habisan pihak yang menindas mereka. British sepatutnya menjadi bangsa yang pertama menghormati dan mengiktiraf semangat perjuangan orang Melayu Kedah."

Nah! Ramai tertanya tanya, mengapa sejak kemaren kami sebilangan anak anak Kedah menggunakan gambar profil Harimau Melompat. Ini adalah bendera Negeri Kedah pada era Sultan Ahmad Tajuddin, ketika Kedah diserang oleh Siam pada 1821.

Marilah kita menghayati kisah perjuangan datuk nenek kita untuk diadaptasi dalam kehidupan kita hari ini.

Jangan biarkan jiwa kita mati tanpa pengetahuan dan semangat ... kerana ia adalah seumpama mati sebelum mati.

Marilah kita mengenang betapa sukarnya mereka mempertahankan tanah air ini, dan isilah nikmat kebebasan ini dengan semangat untuk kita wariskan tanah pusaka ini kepada anak cucu dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Hapuskan orang seperti Panglima Yu dan Panglima Barim yang ada di sekeliling kita. Mereka ada pembelot agama, bangsa dan negara.

ALLAHUAKBAR

Kredit : kedah kini

Source 

Ahad, 31 Mac 2024

Kisah Atok:F Team dalam kes culik di Sarawak

 Kes culik Sarawak...sambungan

Kamarudin Hashim @ Kenny 

Sambungan cerita kes penculikan budak perempuan cina di Sarawak...

Ceritanya begini....pada petang kejadian saspek bersama 4 orang rakan sedang makan di kedai tempat bapa mangsa bekerja. Mereka separuh mabuk sebab sambil makan sambil minum arak.. mereka melihat anak dara sunti tukang masak itu berada di kedai...rakan2 saspek membuat cabaran kepada saspek supaya mengajak mangsa keluar pergi jalan2...

Semasa mangsa berjalan kaki  balik ke rumah, saspek telah ikut dari belakang, tahan dan ajak mangsa berbual . Sebentar lagi kawan2 saspek yang 4 orang datang menaiki kereta 4x4...mereka paksa mangsa naik kereta larikan ke jalan Oya, mereka masuk ke lorong dalam hutan, di sana ada sebuah pondok tinggal. Saspek bermotor ikut dari belakang.....di pondok itu mangsa telah dirogol bergilir2 sehingga ke pagi. Mangsa seorang anak dara banyak keluar darah, dia dirogol hingga pengsan.  Mereka semua tidur di sana....ke esokan hari, mangsa masih hidup, dia dirogol lagi bergilir2.  Akhirnya salah seorang dari mereka telah mencekik leher mangsa sampai mati...mayatnya ditinggalkan di pondok itu. 

Selepas mendapatkan maklumat dari saspek, pada awal pagi Kenny bersama pasukan D9 Sarawak pergi melaksanakan tangkapan keatas 4 orang rakan jenayah saspek. Saspek yang telinga berlubang itu kemudian membawa Polis ke pondok tempat kejadian rogol, dan menjumpai tulang2 mangsa....seterusnya tiba saat yang menyayat hati apabila Kenny terpaksa pergi berjumpa ibu bapa mangsa untuk memberitahu tentang penemuan mayat...suasana sangat sedih, Kenny tidak dapat menahan sebak ketika itu...

Bagi Kenny dan Team penyiasatnya dari Bukit Aman,  tugas mereka telah selesai....Kertas Siasatan disiapkan oleh Polis Sibu dan semua saspek dituduh kesalahan membunuh. Difahamkan semasa perbicaraan saspek yang telinga berlubang telah diambil sebagai saksi pendakwa...dan dia dibebaskan dari pertuduhan. Empat orang lagi didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati....

Kebetulan pada tahun 1994, tiga tahun selepas kejadian,  ketika itu Kenny telah pun bersara dari Polis atas pilihan sendiri,  dia  sedang berada di Sibu atas urusan syarikat tempat dia berkerja....mahkamah ketika itu sedang bersidang untuk menjatuhkan hukuman keatas 5 orang saspek....Kenny mengambil kesempatan meninjau dari belakang proses pengadilan. Dia dapat melihat ketika Hakim menjatuhkan hukuman mati keatas 4 orang pesalah dan saspek telinga berlubang dibebaskan kerana dia menjadi saksi pendakwa. Kenny masih sedih mengenangkan nasib malang yang menimpa mangsa anak tukang masak itu...namun dia tersenyum puas mendengar Hakim menjatuhkan  hukuman mati keatas 4 orang perogol tersebut.

Nukilan Zahriman Alias

Kisah Atok:F Team kendali kes culik di Sarawak

 Kes culik di Sarawak 

Hari ni atok nak buat cerita mengenai kes jenayah yang di disiasat oleh F Team.  

Sebelum 1990 F Team hanya melaksanakan operasi menentang dan membenteras kegiatan Komunis, tapi selepas negara bebas dari ancaman Komunis melalui Perjanjian Damai Hatyai Thailand pada 2 December 1989, tenaga dam kepakaran F Team di channel pula kepada menyelesaikan kes2 jenayah. Hari ni atok cerita F Team terlibat dengan kes Penculikan Budak Dari Keluarga Miskin Di Sibu.

Suatu ketika dulu atok pernah buat satu cerita mengenai kejayaan Cawangan Khas menyelesaikan satu kes rompakan bersenjata melibatkan penjenayah warga asing dan mangsanya seorang VVIP, seorang Pegawai pangkat tinggi PDRM...Ramai yang suka baca cerita tu, dan ramai yang buat komen...dalam banyak2 komen yang atok baca, ada seseorang telah secara sinis menulis, Polis mengambil tindakan kerana mangsanya seorang VVIP, kalau mangsa tu rakyat marhaen mungkin PDRM tak bertindak pun....kenyataan sebegini adalah kurang manis diucapkan.  Adalah tidak benar Polis hanya menyiasat kes melibatkan VVIP, kalau rakyat marhaen kita diabaikan...

Sebenarnya Polis mengambil tindakan keatas semua kes...hanya kadang2 kita beri keutamaan kepada kes yang lebih mendesak atau  yang ada implikasi kepada keselamatan sejagat.

 Kes2 jenayah biasanya disiasat oleh pegawai penyiasat dari CID tempatan...mereka akan cuba melakukan yang terbaik. Namun Pegawai Penyiasat tempatan ada handicap mereka...mereka kekurangan tenaga, kekurangan logistik dan mereka kekurangan kepakaran untuk menyiasat kes2 yang rumit...

Lain dengan Cawangan Khas mereka ada team tertentu dengan kepakaran tersendiri untuk menyiasat,  mereka punya pasukan dan logistik yang lengkap...pengalaman mereka juga amat luas, apatah lagi mereka pernah menyiasat kes2 rahsia dan deliket semasa memerangi Parti Komunis Malaya...Team penyiasat Cawangan Khas ini termasuk Tuan Kamaruddin Hashim @Kenny dan F Team, mereka adalah aset berharga yang pernah dimiliki oleh PDRM suatu ketika dulu...namun keadaan sekarang atok kurang pasti, atok dah bersara pun lebih 24 tahun dan tidak lagi mengikuti perkembangandalam PDRM....adalah diharap PDRM masih mengekalkan atau menambah baik pasukan penyiasat mereka dari semasa ke semasa sama saperti F Team atau lebih baik dan lebih cekap dari itu.

Berbalik kepada isu Polis menyiasat tak mengira bulu...atok akan paparkan satu lagi kes jenayah yang diambil berat oleh PDRM tanpa mengira mangsa itu kaya atau miskin. Malah dalam kes ini Kenny dan pasukannya telah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Sibu ,Sarawak semata2 untuk menyiasat kes penculikan seorang budak cina berumur 12 tahun yang ibu bapanya hanya tukang masak di sebuah kedai makan.

Ini cerita benar berkisar pada tahun 1991...ketika itu Pesuruhjaya Polis Sarawak ialah Dato Ghazali Yaakub.  Beliau orang lama dalam SB dan beliau tahu sangat kemampuan Special Branch, beliau telah menghubungi Cawangan Khas Bukit Aman meminta bantuan menyelesaikan satu kes penculikan melibatkan seorang kanak2 perempuan berusia 12 tahun. Kanak2 itu dari keluarga miskin...Bapa dan emaknya hanya tukang masak di sebuah kedai makan di Sibu. Rumah pun rumah usang yang disediakan oleh majikannya tak berapa jauh dari tempat dia bekerja.  

Suatu petang jam 7.00 kanak perempuan tersebut telah pulang ke rumah dari tempat emak ayahnya bekerja...itu perkara biasa yang dia lakukan apabila senja. Ketika emak dan ayah balik dari kerja mereka dapati anak perempuannya tiada di rumah.  Mereka mencari di merata tempat tetapi tidak ditemui...mereka tidak melapor kepada Polis. Keesokan hari mereka terus mencari tidak juga bertemu...selama 3 hari mereka mencari masih tiada jawapan. Polis masih jugak tidak dihubungi...malah mereka pergi jumpa bomoh...bomoh Budha, bomoh Kristian untuk menilik...semua bomoh kata mengikut firasat mereka anak itu selamat dan masih hidup. Mereka masih tidak buat repot Polis...inilah akibatnya jika orang percaya sangat dengan bomoh dan kurang yakin dengan keupayaan Polis.

Hari ke4 mereka buat iklan dalam akhbar cina tempatan minta orang ramai tolong carikan anaknya.... dia tidak minta tolong kepada Polis dia minta tolong orang awam. 

Beberapa hari kemudian mereka dapat satu nota mengatakan anaknya masih hidup...kalau nak dapatkan anaknya bayar rm5000.  Seterusnya mereka berunding dengan kawan2 dan sedara mara....bukan dengan Polis. Kawan2 kata bayar rm1000 saja dulu dan minta bukti yang menunjukkan anaknya masih hidup. Lojik jugak bunyi nya...Bapa minta bukti pakaian yang dipakai oleh anaknya semasa dia hilang...

Duit rm1000 diletak di belakang sebuah kedai berhampiran stesen bas ...ke esokan hari duit itu telah diambil telah oleh seseorang, dan dia meninggalkan seluar pendek yang dipakai oleh anaknya, ada kesan darah diseluar itu.

Si bapa dihubungi lagi...kali ini penculik meminta wang tebusan rm50k. Ibu bapa jadi panik, mana nak cari rm50k. Barulah mereka buat laporan Polis...Polis Sibu buka kertas siasatan, pegawai penyiasat DSP Ambrose Chung dari Jenayah Berat Sarawak. Kes ditaklimatkan  kepada Pesuruhjaya Polis  Sarawak Dato Ghazali Yaakub....dan  beliau menghubungi Cawangan Khas Bukit Aman meminta bantuan.

Kamarudin Hashim @ Kenny

Kenny telah dipanggil mengadap oleh bosnya, ACP Rahmat dan beliau mengarahkan Kenny membawa pasukan penyiasatnya pergi ke Sibu untuk melakukan siasatan. Mereka pergi serta merta....

Kenny berjumpa Ambrose Chung dan mendapatkan taklimat darinya.. mereka juga secara diam2  pergi melawat tempat2 kejadian saperti kedai tempat ibu bapa bekerja,   rumah mereka dan tempat si bapa meletak duit dan nota untuk diambil oleh penculik...selain dari itu Polis Sarawak belum ada apa2 perkembangan mengenai kes.

Kenny mulalah berurusan dengan keluarga mangsa secara sulit untuk memasang umpan bagi memerangkap penjenayah.....yang penting kerahsiaan mesti dijaga dan penjenayah mesti diyakinkan bahawa keluarga mangsa tidak buat repot Polis....

Dengan bimbingan Kenny,  bapa mangsa menulis nota kepada penjenayah merayu supaya mereka tidak mengapa2kan anaknya, dia berjanji akan memenuhi permintaan penculik tapi dia mohon bayar sikit2 kerana dia orang susah tak ada duit.  Dia akan bayar ansuran rm500 selang dua hari....penculik pun makan umpan dan bersetuju. Kenny mengaturkan tempat letak duit ditukar kepada satu tempat DLB di lorong sebelah pejabat pos...Kenny memang sengaja pilih tempat tu sebab mudah membuat pemerhatian. Kenny dan orang2 nya boleh memerhati dari tingkap bilik hotel yang berhampiran dan separuh anggotanya membuat pemerhatian dari bawah....kamera2 juga diletak di tempat2 strategik...

Sebenarnya Kenny dari awal lagi sudah mengagak bahawa mangsa colek sudah mati kena bunuh tetapi perkara itu tidak dinyatakan kepada keluarga mangsa mahu pun kepada pasukan penyiasat Sarawak...adalah lebih baik mereka tak tahu. 

Kali pertama bapa mangsa letak duit rm500 ditempat baru itu, Kenny dapat melihat ia diambil oleh seorang lelaki naik motosikal umur lebih kurang 20 tahun kira2 jam 7.00 petang. Kenny membiarkan saja tanpa membuat tangkapan...pemuda itu dilihat terus balik ke rumah....kini rumahnya, motosikal nya telah di ketahui.

Dua hari kemudian, bapa mangsa letak lagi duit rm500, duit pun duit yang dibekalkan oleh Kenny...diambil lagi oleh pemuda yang sama, dan terus balik ke rumah juga. Kali ketiga letak duit, saspek telah pergi makan di sebuah kedai...dia duduk sorang diri.  Lepas makan jam 9.00 malam dia pergi ke pusat hiburan...Kenny mengekori dari belakang dan masuk ke pusat hiburan itu, selamba tanpa disedari oleh sesiapa. Team Kenny dan D9 Sarawak  ikut serta buat pemerhatian di dalam dan di luar pusat hiburan. Kelihatan saspek  berada dalam kumpulan 4-5 kawan, muka mereka tak jelas sebab gelap.

Hampir tengah malam saspek keluar dari pusat hiburan bersendirian naik motosikal....Kenny mengarahkan team penyiasat dari D9 Sarawak membuat SPU (Secret Pick Up) dan bawa di sebuah kawasan hutan di jalan arah ke Kanowit,  kemudian masuk ke lorong gelap dalam hutan...Interrogation dimulakan di sana. Situasi macam ni akan buat saspek lebih gerun...Pegawai D9 mulakan usaha..nyata saspek itu seorang yang degil tak mahu mengaku. Sampai sakit2 tangan Ambrose Chung bagi dia penampar, tak juga mahu bercakap....Kenny hilang sabar. Dia tarik telinga budak tu, letak pistol automatik jenis Llama dekat telinga dia...bam...terbentuk  satu lubang kecil di cuping telinganya, serupa buat lubang tindik guna Llama...Berdengung2lah telinga agak kawan tu sebab pistol diletak betul dekat telinga...dan rasanya mestilah  sakit...namun darah keluar sikit saja. Budak bertindik pun tak keluar darah kan.

Kenny beritau dia kalau dia masih tak mahu bercakap tembakan kedua akan dihala ke lubang telinganya pula. Kenny pegang telinga lagi sebelah dan halakan muncung ke lubang telinga...dia acah je tu, nak bagi budak tu takut , takkan nak tembak betul. Lantas burung pun dengan cepat bernyanyi...  terbarai segala cerita....

Ceritanya begini....pada petang kejadian saspek bersama 4 orang rakan sedang makan di kedai tempat bapa mangsa berkerja....

Bersambung.....

Nukilan: Zahriman Alias 

Isnin, 11 Mac 2024

Kisah Atok:Penubuhan F Team dalam usaha membanteras kegiatan Komunis yang semakin mengganas

 Sejarah Penubuhan F Team 

Hari ni atok nak cerita sikit tentang sejarah penubuhàn F Team. Apa yang atok difahamkan F Team mula2 ditubuhkan pada 31 Mac  1971. Orang yang bertanggung jawab menubuhkànnya ialah Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pengarah Cawangan Khas.  Ketika itu beliau melihat keperluan Cawangan Khas mendapatkan risikan taktikal mengenai pengganas Komunis, iaitu maklumat mengenai kehadiran  Pengganas Komunis atau anggota underground, dan cuba tawan mereka, kemudian eksploitasikan mereka, cungkil maklumat dari mereka supaya dapat menawan lebih ramai anggota musuh.

Ketika itu juga beliau melihat peperangan conventional melawan tentera PKM di hutan kurang memberi kesan...hasil kejayaan pasukan keselamatan tak seberapa, malah jumlah kasualti di pihak kerajaan lebih ramai daŕi pihak musuh, kebanyakan kerana kena serang hendap dan terkena jerangkap samar....

Berbekalkan idea untuk mencuba sesuatu cara yang baru dan unconventional,  Tan Sri Abd Rahman Hashim membentuk satu pasukan elit untuk melaksanakannya...Ia di panggil F Team.... nama tu datang dari Cawangan E3F, lalu di singkat menjadi F Team. Di peringkat mula, Tan Sri Abd Rahman Hashim mengambil beberapa orang pègawai SB yang ada pengalaman bertugas di Selatan Thailand untuk diserap ke dalam Pasukan itu. Pegawai yanģ banyak menyumbang bakti diperingkat awal penubuhan ialah Dato Leong Chee Woh, ķetika itu dìa berpangkat DSP.  Beliaulah komañder pertama F Team...Beliau memang dikenali ramai sebagai champion membenteras Komunis.

 DSP Leong Chee Woh

DSP Leong Chee Woh telah  menyerap 4 orang Detektif kedalam F Team. Kemudian beliau mengambil beberapa orang bekas pengganas yang menyerah diri (SEP) samada yang sedang tinggal di Selatan Thailand mahu pun di Perak untuk berkerja dengan F Team secara sambilan...jumlah SEP ialah 12 orang. Dengan keanggotaan basic itu F team mulalah menjaĺankan tugasnya...

Namun di peringkat awal, tugas mereka tertumpu kepada mencari maklumat mengenai Pengganas Komunis dan underground di kawasan sempadan saja...mereka menjelajah kawasan pendalaman dengan dipandu oleh  SEP untuk mendapatkan apa jua risikan mengenai kehadiran pengganas. Kadang2 mereka mengambil tindakan menangkap sendiri, kadang2 maklumat yang diperolehi samada mengenai Pengganas bersenjata, atau anasir underground akan disalur ke pihak lain untuk tindakan ...kejayaan terbesar F Team di bawah Leong Chee Woh  adalah memperolehi intelligence mengenai penyusupan 9 orang Pengganas Komunis bersenjata dari PKM (Maxist Leninist) group dari seberang sempadan masuk ke wilayah Kedah di Gurun. Moklumat tersebut telah dikongsikan dengan pihak tentera, hasilnya tentera berjaya membunuh 8 orang pengganas.  Dengan kejayaan itu cabang PKM(ML) dapat dihapuskan, dan kumpulan underground di bawahnya juga dileburkan.

Dato Leong Chee Woh sempat bersama F Team hanya 2 tahun...sebab kemudian dia ditukar ke Sarawak untuk memulakan team risikan di Rascom pula.

Beban kerja F Team makin hari makin meningkat...mereka perlukan tambahan anggota. Namun F Team bukan ada establishment yang berdaftar...keanggotaannya semua dipinjam dari cawangan lain, jadi sukarlah untuk mendapatkan penambahan anggota. Untuk menampung defisit ini, Cawangan Khas meŕekrut beberapa orang bekas tentera yang masih muda untuk berkerja sebagai SDO (Special Duties Operatives).

SDO adalah dibayar gaji mengikùt rundingan...mereka bukan staff tetap.  Bayaran dibuat melalui tabung SS yangmana Cawangan Khas mendapat peruntukan khas dari Perbendaharaan Malaysia setiap tahun untuk tujuan projek keselamatan. SDO bekas tentera ada beberapa oranģ dari berbagai kaum termasuk Melayu,  cina dan India...mereka tidak diguna dalam kerja2 hakiki Polis, hanya sekadar pembantu dalam hal2 logistik, menjaga senjata, memandu dan mengangkut bekas pengganas untuk bertugas, dan sebagai pemberi isyarat semasa operasi dan sebagainya....

DSP Kamaruddin Hashim Kenny Yong

Semasa Kenny menyertai F Team tahun 1976, Ketua Turus Bahagian E3 ialah Dato Wan Yaakub. Beliau melantik Kenny sebagai Pegawai Operasi F Team.  Ketika itu hanya ada 20 pegawai dan anggota, dan 25 SDO termasuk bekas tentera dan SEP. Tugas dan commitment mereka terlalu banyak sampai tak kering bulu...lalu Kenny bersama bosnya Dato Sonny Tait pergi mengadap Pengarah Pengurusan Dato Borhan Kuntom ...F Team dapat pertambahan anggota yang diambil dari Battalion 21 Pasukan Polis Hutan termasuklah anggota2 keturunan India yang kemudian diguna untuk tugas penyamaran di Mentakab dan Kuala Kubu Bharu ( projek penyamaran ini dan kejayaannya akan atok tulis berasingan kelak). 

Menjelang 1978 Kenny telah punya 50 orang pegawai dan anggota...maka rancaklah mereka menjalankan berbagai projek rahsia untuk menangkap pengganas Komunis dan anggota underground.  Mengikut rekod, Cawangan Khas telah berjaya menangkap atau  menghapuskan 187 orang pengganas Komunis dan lebih kurang 1700 anasìr underground, separuh dari mereka bersenjata...hasil kejayaan ini membuatkan tentera PKM lumpuh, ketuanya Chong Chor dan pengikutnya ditangkap, hampir keseluruhan pasukan bersenjata PKM di semenanjung tandus keanggotaan mereka...Ketua rangkaian bawah tanah MNLF Robin, serta para ahlinya juga ditangkap....perjuangan bersenjata PKM ranap.

Pada 1989 PKM menanda tangani perjanjian meletak senjata...negara kita Malaysia kembali aman damai. 

Atok tidak menafikan peranan Pasukan2 lain saperti tentera, polis hutan,  komando, risik, Vat69 untuk mengalahkan musuh. Memang tiap pihak ada peranan dan ada kejayaan masing2...hanya atok ingin memapar kepada umum yang selama ini tak tau wujudnya F Team, dan F Team  sangat banyak menyumbang kepada keamanan negara. Tanpa F Team kita mungkin masih terus berperang dengan Komunìs...

Selepas ancaman dari komunis tiada, F Team masih relevan...dia banyak membantu pihak JSJ menangani jenayah² besar termasuk kes2 rompakan bersenjata berat, kes2 sensitive melibatkan kolar biru, dan kes2 melibatkan VVIP dibongkar...

Namun atas sebab yang atok sendiri kurang faham, F Team diarah bubar pada tahun 1995....menģapa agaknya. Adakah sebab ada pihak berasa panas punggung apabila F Team berjaya melondehkan bermacam jenis angkara dan perbuatan...atok pun tak tahu...

Mengenai Kenny... dia nyata  keciwa dengan beberapa perkembangan. Usaha2nya menyiasat kes2 berprofile tinggi diketepikan, segala penat lelahnya tidak dihargai....dia mengambil keputusan berundur dari Pasukan pada usia 43 tahun pada 1993.

Jika kesempatan atok akan cerita mengenai beberapa kes jenayah berat yang F Team terlibat.

Sumber:FB Zahriman Alias 

Isnin, 27 Jun 2022

Kisah Pahlawan Melayu Terulung,Mat Kilau

 Al-Fatihah Untuk Pahlawan Allahyarham Mat Kilau.



Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat. 

Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya. 

Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya". 

"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)" 

"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."

"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"

"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."

Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya. 

"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."

"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."

"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."

"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."

Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh. 

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang. Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau. 

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu. 

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Sumber :- Tengku Daeng Mawelle

Ahad, 22 Mei 2022

WIRA TAK DIDENDANG: PERGINYA DSP (B) TUAN KENNY WOODWORTH, LELAKI YANG MENEMBAK BOTAK CHIN

 PERGINYA DSP (B) TUAN KENNY WOODWORTH, LELAKI YANG MENEMBAK BOTAK CHIN

Saya sebak apabila mendapat tahu yang Tuan Kenny meninggal dunia malam tadi di PPUM.

Wira polis ini di akhir usianya dihabiskan di sebuah pusat penjagaan orang tua-tua di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Saya sempat menemubual mendiang tak lama dulu.

Inilah kisahnya.

----------------------

USIANYA sudah melewati 87 tahun.

Ketika kami tiba di sebuah rumah penjagaan warga tua persendirian di pinggir ibu kota beberapa hari lalu, lelaki tua ini sedang berehat setelah mengambil ubat akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak sekian lama.

Selepas kematian isteri yang sangat dicintainya, Joan Sylvia Maureen tiga tahun lalu, lelaki ini mengambil keputusan untuk keluar daripada kediaman mereka di Cheras dan tinggal di rumah orang tua-tua itu bagi menghabiskan sisa-sisa usianya.

Ini kerana tiada lagi tempat untuk dia bergantung harap dan berkongsi kasih sayang, apatah lagi perkahwinan yang mereka dirikan pada tahun 1956 itu tidak dikurniakan cahaya mata.

“Terima kasih kerana datang menjenguk saya di sini,” kata Kenny Woodworth, bekas pegawai polis yang bersara daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988 dengan pangkat Deputi Supritendan (DSP) ini.

Sekali imbas, tiada apa yang istimewa dengan Kenny.

Namanya tidak pernah tersenarai sebagai penerima anugerah yang membawa gelaran kehormatan. Namanya juga tidak pernah tercatat sebagai antara penerima pingat keberanian negara.

Namun di sebalik semua itu, tak ramai yang tahu Kenny adalah di antara 12 pegawai polis Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang dipilih khas untuk menganggotai sebuah kumpulan yang dinamakan ‘Magnificient 12’ – khusus untuk memburu penjenayah terkenal suatu ketika dulu, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin!

Botak Chin menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 360 sejak remaja dan berjaya ‘mencipta nama’ setelah terlibat dalam banyak insiden rompakan besar-besaran di Kuala Lumpur dan Selangor sekitar tahun 70-an.

Dia juga sangat ditakuti kerana sanggup bertindak kejam dan memiliki pelbagai koleksi senjata api, ribuan peluru hidup dan menyimpan bom tangan.

Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Meraka melakukan lapan rompakan pada bulan itu sahaja tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.

Selepas dibebaskan dari penjara, dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur namun ia langsung tidak memuaskan hatinya.

Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Mereka semakin aktif melakukan rompakan dan antara lokasi yang menjadi sasaran adalah seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur.

Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli sejumlah senjata api dan peluru di Thailand.

Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati dipercayai ditembak oleh Botak Chin di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.

Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pun begitu pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom.

CUBAAN BUNUH PEGAWAI POLIS

Pada 22 November 1975, sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori.

Sebanyak 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Bagaimanapun, tindakan itu gagal, sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi tersebut walaupun tubuhnya bermandikan darah.

MAGNIFICIENT 12

Menurut Kenny, disebabkan peristiwa tersebutlah ‘Magnificient 12’ ditubuhkan dan Kenny adalah antara pegawai polis yang dipilih khas untuk menganggotainya.

“Akhbar guna perkataan ‘Magnificient 12’ tetapi saya sendiri lebih gemar menggelarkan kumpulan kami sebagai ‘Dirty Dozen’…ini kerana selain kami ada 12 orang, kami kadang-kadang keluar sampai empat ke lima hari kumpul dan cari maklumat.

“Adakalanya tak tidur, tak mandi kerana nak ikut pergerakannya (Botak Chin).

“Banyak kali kita ‘missed’ (terlepas) kerana dia ‘pandai’ dengan masuk ke tempat yang ramai orang, banyak orang Cina…jadi kita (polis) tak boleh nak melepaskan tembakan.

“Bila kami selalu kotor, tak mandi…jadilah ‘Dirty Dozen’,” kata Kenny tersenyum.

Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bak kata pepatah Melayu, pelanduk boleh lupakan jerat tetapi jerat tak mungkin melupakan pelanduk. Begitulah apa yang menimpa Botak Chin dan konco-konconya.

Setelah sekian lama menganalisis pergerakan serta merancang tindakan, akhirnya Kenny dan rakan-rakannya dalam ‘Magnificient 12’ berjaya menjejajaki tempat persembunyian penjenayah licik dan kejam itu.

SERBUAN KILANG PAPAN

Pada 16 Februari 1976 iaitu pada pukul 8.40 malam, Kenny dan tiga rakan setugasnya iaitu Inspektor Bahwandi Hiralal, ASP M. Rajalingam dan Detektif Konstabel Lee Tet Chong telah bergegas ke lokasi sasaran dengan menaiki sebuah kereta.

Sebuah lagi pasukan yang disertai DSP Gilbert Ang, ASP Lim Meng Aw, ASP Chua Leng Kee, ASP Gui Pooh Choon, Inspektor Ong Kim Hock, Detektif Sarjan Chong Kam Hwa dan Detektif Koperal Leong See Fok turut berkejar ke sana.

Di sekeliling kilang papan tersebut, telah tersedia 120 orang anggota polis dari dua trup Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan 60 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang tiba bagi mengawal tempat berkenaan.

‘Magnificient 12’ berpecah kepada dua kumpulan di mana Kenny pergi ke bahagian belakang kilang manakala yang lain membuat serbuan di bahagian hadapan.

Sebaik sahaja sampai di kawasan belakang, beberapa orang lelaki Cina yang berada di kilang itu ternampak kelibat Kenny lalu mereka mengejarnya.

Ketika ini salah seorang daripada mereka, yang memiliki pistol di kedua-dua tangannya, telah melepaskan tembakan liar ke arah Kenny namun ia tidak kena pada sasaran.

Serentak dengan itu, Kenny yang tidak menghiraukan keselamatan dirinya terus menghalakan senjata ‘sub machine gun’ jenis Sterling yang dibawanya ke arah lelaki-lelaki Cina tadi dan membalas tembakan.

Dalam keadaan kelam-kabut dengan peluru bersimpang-siur itu, Kenny terjatuh dan ketika ini Bahwandi serta Tet Chong melepaskan tembakan bagi memberi perlindungan padanya.

Melihat Kenny terjatuh, salah seorang daripada lelaki Cina tadi melemparkan sebutir bom tangan ke arah mereka bertiga namun mereka bernasib baik kerana bom tersebut tidak meletup.

Kenny kemudian sekali lagi mengangkat senjata Sterlingnya dan terus menghamburkan tembakan ke arah lelaki-lelaki Cina tadi hingga menyebabkan dua daripadanya mati di tempat kejadian!

Menurut Kenny, kedua-dua mayat itu kemudiannya dikenal pasti sebagai orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Sakai Chai.

Namun, katanya, kedua-duanya bukan Botak Chin, sasaran utama mereka!

“Saya dapat tahu ada di antara peluru yang saya lepaskan melalui senjata saya tadi telah menembusi dinding papan dan mengenai tubuh Botak Chin.

“Tetapi Botak Chin yang berlumuran darah itu berjaya merangkak mencari tempat persembunyian hingga kita tak dapat menemuinya pada mulanya,” ujar Kenny.

Selepas itu, kata Kenny, sebuah pasukan lain masuk ke kilang tersebut untuk mencari penjenayah kejam yang licik itu.

Menurut Kenny, mereka akhirnya berjaya menemui Botak Chin yang terbaring berlumuran darah dengan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya.

Ujar Kenny, Botak Chin sempat meminta air daripada salah seorang anggota polis tadi kerana mendakwa terlalu dahaga.

TANGKAL KEBAL

Tambahnya, selain pistol, jam mewah berjenama Rolex, barang kemas, dua keping gambar wanita dan wang tunai yang dirampas dari poket seluar dan baju yang dipakai Botak Chin, turut ditemui sejenis tangkal yang dia percaya ‘kebal’ dan boleh memberikan perlindungan diri kepadanya.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Kenny mengakui yang Botak Chin memang memiliki dan memakai pelbagai ‘tangkal kebal’ sepanjang dia melakukan jenayah..

“Selepas menembaknya, saya pergi jumpa dia di hospital dan dia mengaku membeli tangkal dari Indonesia dengan harga RM50,000.

“Saya kemudian mengambil tangkal itu dan ini membuatkan dia marah!

“Tetapi saya rampas juga (tangkal itu) dan jadikannya sebagai salah satu bahan ekshibit di mahkamah,” kata Kenny.

Selepas peristiwa berbalas tembak itu jugalah baru Kenny tahu yang selain Kulasingam, Botak Chin juga pernah mahu membunuhnya.

Malah katanya, Botak Chin mengakui yang penjenayah itu hampir-hampir berjaya membunuhnya selepas insiden serangan ke atas Kulasingam.

“Botak Chin cakap kat saya, pernah satu ketika dia sudah hampir melepaskan tembakan ke arah saya tetapi saya bernasib baik kerana kereta yang saya pandu berpusing hingga dia gagal mengesan kereta tersebut,” ujar Kenny.

Dalam pada itu, Kenny menegaskan yang beliau sebenarnya tidak menyimpan sebarang perasaan benci dan dendam terhadap penjenayah tersebut.

Ujarnya, apa yang berlaku dan terjadi antara beliau dan Botak Chin adalah perkara ‘profesional’, bukan bersifat peribadi kerana sebagai pegawai polis, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa si pelakunya.

Malah menurut Kenny, ketika di mahkamah, beliau sempat menasihati Botak Chin agar tidak mengaku salah begitu sahaja sebaliknya terus berjuang untuk mendapatkan pengadilan.

Ini kerana, menurut Kenny, seseorang penjenayah perlu menggunakan haknya di mahkamah untuk mencabar tindakan yang diambil terhadap mereka dan bukannya menyerah kalah begitu sahaja.

“Saya kata kat Botak Chin…kita ni dah bermusuh agak lama tetapi nasib kamu tidak baik hingga kena tembak…kenapa awak terus nak mengaku salah dan hendak membiarkan diri untuk digantung?

“Kamu lawanlah kes kamu di mahkamah…mana tahu kamu boleh terus hidup,” kata Kenny kepada Botak Chin.

‘ROBIN HOOD’

Mengenai persepsi masyarakat yang mendakwa Botak China sebagai ‘Robin Hood’, Kenny berkata, beliau kesal kerana ada yang sanggup memberi pengiktirafan tersebut kepada penjenayah licik ini.

Tegas Kenny, Botak Chin berjaya mengaburi pandangan masyarakat dengan memberi wang kepada orang miskin sedangkan itu hanya satu taktik untuk’berlindung’ di sebalik perbuatan jenayah yang dilakukannya.

“Dia hanya bagi dalam RM20 ke RM30 seorang sahaja, bukannya dia bagi beribu-ribu… tetapi saya tak pedulilah kalau ada yang terus hendak mengagungkan penjenayah itu, yang penting saya sudah menjalankan tugas saya.

“Biarpun ramai yang lebih mengenali Botak Chin, saya tak ada alasan untuk marah atau menyesal apatah lagi jika tiada yang mengenang jasa saya, ini kerana saya sendiri yang memilih untuk memasuki polis, saya terima saja apa saja keadaannya, saya suka kerjaya ini,” kata Kenny.

Selepas bersara daripada PDRM, Kenny telah dihubungi oleh jutawan Tan Sri Lim Goh Tong yang ketika itu mahukan beliau mengetuai pasukan keselamatan di taman tema Genting Highland milik taukeh kasino itu.

Kenny bagaimanapun memberitahu beliau hanya sempat berkhidmat di situ selama dua tahun kerana ia bertentangan dengan prinsipnya yang memang daripada dahulu tidak begitu menggemari hal-hal berkaitan dengan perjudian.

Perbualan kami hampir sejam kemudiannya terhenti apabila menyentuh mengenai kehidupan ‘barunya’ di rumah orang tua-tua ini.

KEMATIAN ISTERI

Dengan nada sayu, Kenny memberitahu kehidupannya ketika ini tidak lagi ‘sama’ seperti dahulu apatah lagi bila mengenangkan kematian isterinya yang tersayang.

Tambahnya, pemergian isterinya itu benar-benar meninggalkan kesan kerana mereka berdua saling sayang menyayangi walaupun tidak dikurniakan zuriat.

“Saya tak boleh lupakan dia (isteri)…saya puas hati dengan apa yang saya lakukan pada negara tetapi saya kesian (sedih) bila mengenangkan masa saya bertugas sebagai pegawai polis dulu, dia selalu tinggal berseorangan kerana tuntutan kerja saya, tetapi apa boleh buat.

“Akhir kata saya nak bagitahu, saya lahir di sini, saya nak mati di sini…keluarga saya ada banyak di luar negeri tetapi saya tak pergi pun…mereka minta saya datang ke England, Amerika Syarikat, New Zealand tetapi saya bagitahu mereka saya tak mahu…ini saya punya negeri,” katanya dalam nada perlahan.

Setelah kira-kira sejam berada di rumah orang tua-tua persendirian itu, kami mengambil keputusan untuk beredar, apatah lagi bila melihat keadaan Kenny semakin keletihan.

Sebelum beredar, Kenny mengakui, beliau terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan menggunakan duit pencen bulanannya untuk membiayai kehidupannya di rumah orang tua-tua persendirian itu namun beliau sendiri tidak mempunyai pilihan.

Ujarnya, sekurang-kurangnya di sini makan minumnya terjaga dan pihak pengurusan rumah tersebut boleh menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

WIRA TAK DIDENDANG

Apabila melihat tubuhnya terpaksa dipimpin untuk masuk ke dalam biliknya, kami seolah-olah tidak percaya yang lelaki tua itu satu ketika pernah dianggap antara pegawai polis terbaik yang pernah ada dalam PDRM, pernah satu ketika cukup ditakuti oleh penjenayah tegar dan pernah satu ketika pernah berbalas tembak secara berhadapan dengan Botak Chin.

Sayang, tak ramai yang tahu kisah wira yang tak didendang ini, tak ramai yang tahu kisah sedih yang menyelubungi insan hebat ini, tak ramai yang tahu betapa beliau sanggup menperjudikan nyawanya demi memastikan kita tidur lena dan Malaysia terus aman serta sejahtera.

Sesungguhnya kita dan negara terhutang budi padanya…DSP (B) Kenny James Woodworth!

Video klik sini

https://youtu.be/2D8HQhnw-4s

Rabu, 16 September 2020

Andaipun di hujung senapang Garuda, Jusit tetap kibar Jalur Gemilang

Jusit Rantai, individu pertama di Sabah yang menaikkan bendera Malaysia ketika pengisytiharan pembentukan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
PETALING JAYA: “Berbagai kaum sudah berikrar, menjunjung cita-cita 1 bangsa 1 bahasa Malaysia berjaya. Dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah merdeka negara makmur rakyat mewah kita sudah berjaya.”
Begitulah bait lirik lagu “Malaysia Berjaya” yang berkumandang ketika sambutan pengisytiharan Malaysia di Padang Bandaran, Jesselton atau kini dikenali sebagai Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 Sept 1963.
Tiga beradik – George Laim Jusit, Jane Jusit, dan Juliana Jusit – menyaksikan peristiwa yang meresap jiwa ribuan orang yang hadir itu.
Kebanggaan di hati keluarga Jusit ini melebihi segala-galanya kerana individu yang diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang pada hari itu ialah bapa mereka, Sarjan Jusit Rantai.
George, Jane, dan Juliana juga mempunyai peranan masing-masing pada hari itu. Mereka mewakili sekolah masing-masing yang berbaris di Padang Merdeka bagi memeriahkan upacara pengisytiharan Malaysia.
“Walaupun masing-masing berasa teruja kerana kami anggap bapa sebagai ‘hero’ terpilih menaikkan bendera Malaysia tetapi kami masih berjaga-jaga,” kata Juliana, 65, kepada FMT.
“Bapa sudah pesan supaya jaga diri dan berhati-hati pada waktu itu berikutan khabar angin akan berlaku kekacauan.”
Jusit Rantai berdiri di belakang pentas (kiri gambar) yang menempatkan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan Ketua Menteri Muhammad Fuad Stephens ketika pengisyiharan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
Amukan Garuda
Peristiwa bersejarah di Kota Kinabalu ketika itu berlatarkan Konfrontasi (1963–1966), respon Indonesia kepada pembentukan Persekutuan Malaysia susulan pengunduran British di Asia Tenggara.
Ia melibatkan penyusupan bersenjata, serangan bomb, dan tindakan subversif lain yang bertujuan untuk menggugat kestabilan anggota persekutuan baharu itu, iaitu Sabah, Sarawak, Tanah Melayu, dan Singapura.
“Ketika itu, ada khabar angin mengatakan sesiapa yang menaikkan bendera berada dalam bahaya kerana mungkin diserang,” kata Juliana.
“Di saat melihat bapa menaikkan bendera, hati saya berdebar-debar, bangga, dan takut bercampur-baur kerana bimbang bapa mungkin diserang.”
Walaupun upacara selesai tanpa gangguan, bayangkan setiap saat yang begitu menguji perasaan 3 beradik ini yang berusia 8 hingga 11 tahun ketika itu.
“Selepas habis majlis bapa pergi kepada kami dan kami berpelukan erat kerana semuanya selamat,” kata Juliana.
Sarjan Jusit Rantai di hadapan Balai Polis Pensiangan pada 1970 ketika bertugas sebagai ketua polis balai. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
Hingga akhir hayat
Jusit Rantai, seorang pegawai polis berketurunan Murut, merupakan individu pertama di Sabah yang menaikkan Jalur Gemilang.
Dari sebelum peristiwa 16 Sept itu lagi, Jusit merupakan perantara antara pemerintah dengan suku kaumnya yang ketika itu agar berfikiran negatif tentang betapa pentingnya pembentukan Malaysia.
Di sebalik kesungguhan dan ketegasan Jusit adalah tulang belakangnya, Norah Siambing, bekas bidan di Hospital Keningau dan penjaga kewangan keluarga. Bersama mereka dikurniakan 17 anak termasuk George, Jane, dan Juliana.
Juliana Jusit
Juliana menceritakan bapanya sangat komited apabila diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang. Menurut pesara guru ini, sebenarnya ada seni tertentu dalam perbuatan yang dilihat mudah itu.
“Bapa berlatih hampir sebulan kerana baginya tugas menaikkan bendera itu tugas paling berat sepanjang kerjayanya sebagai anggota polis.”
Norah meninggal dunia pada 21 Feb 2006, dan Jusit mengikut langkahnya pada 11 Jan 2010.
Jane, 67, berkata kebanggaan yang dirasai pada 16 Sept itu tidak pernah pudar malah diingati setiap tahun menerusi upacara menaikkan bendera di Kampung Susulat di daerah Sook, yang diamalkan sejak 1978 selepas Jusit bersara pada 1976.
“Peristiwa 16 Sept amat besar maknanya kepada kami semua,” katanya kepada FMT.
Jane Jusit
“Tiap-tiap tahun pada sambutan Hari Malaysia, keluarga besar kami yang terdiri daripada 4 generasi iaitu 17 adik beradik, 59 cucu, 46 cicit, dan 3 piut akan melakukan pelbagai aktiviti sukan, jamuan, dan membersihkan tanah perkuburan bapa dan ibu.”
Ahli kelurga Jusit berharap untuk membukukan riwayat hidup bapanya, menceritakan tentang susur galur seorang tokoh Murut.
FMT diberitahu Jusit merupakan anak angkat kepada Agnes Newton Keith, penulis dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan autobiografi tentang kehidupan di Sabah sebelum, semasa, dan selepas Perang Dunia Ke-2.
Agnes dan suaminya, Harry, berada di Sandakan ketika Jepun mendarat pada 19 Jan 1942. Mereka berada dalam tawanan tentera Nippon sehingga mereka dibebaskan askar Australia pada 11 Sept 1945.
Buku pertama Agnes, “Land Below the Wind”, menjadi cogankata tidak rasmi Sabah.
Lakaran Jusit dalam buku Agnes Keith Newton, “Land Below The Wind”. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
“Bapa diserahkan kepada keluarga Keith ketika berusia 8 atau 9 tahun dalam suatu majlis keraian sempena pertabalan King George (VI) di kediaman Keith di Sandakan.
“Malah Agnes turut memasukkan lakaran Jusit sebagai seorang budak lelaki dalam bukunya itu,” katanya.-FMT

Ahad, 6 September 2020

Kisah Benar Syekh Mahmud Nasri Osmani Berhadapan Dengan Ketua Komunis Ching Peng

#ALHAMDULILLAH

"Pejuang Kemerdekaan Yang Tak Didendang"

"Kisah Benar Syekh Mahmud Nasri Osmani Berhadapan Dengan Ketua Komunis Ching Peng"

Antara Tokoh Ulamak yang mungkin tak di ketahui Orang Awam namun  dianggap banyak berjasa di Negeri Kedah khususnya di Zaman Keganasan Komunis adalah Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani..

Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Tokoh Ulamak yang telah banyak membantu Sultan Kedah ketika itu Almarhum Sultan Badlishah ketika Baginda diugut oleh Komunis ketika itu 

Ketika itu Baginda berada bersama dengan Tuan Guru Syekh Yahya Toha,Kg Pisang,Kupang.

Komunis telah bertindak menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Residennya Tuan Adams,di bawa ke Kem Komunis di Kampung Dalam Wang,Bawah Gunung Baling,menggali lubang untuk menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam hidup-hidup untuk memaksa Baginda Tuanku menyerah diri,lalu Baginda memohon pertolongan Tuan Guru HajiYahya Toha untuk menyelamatkannya.

Tuan Guru Haji Yahya Toha (Guru Agama Sultan Kedah)segera menubuhkan pasukan Penyelamat di Ketuai sendiri oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani bersama 125 Orang yang lain.

Namun dikatakan hanya 3 Orang Anggota Pasukan Penyelamat yang berjaya tiba menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.

Mengikut Riwayat sebenar 3 Orang berjaya tiba tersebut adalah :

1.Syekh Mahmud Nasri Osmani
2.Tuan Haji Ahmad Bok Bak
3.Tuan Haji Daud Bongor

Semasa tiba di Kem itu Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams telah diikat Badannya dengan Tali dan sedang diseksa didalam lubang Kubur oleh 600 Anggota Komunis yang lengkap dengan Senjata Api,manakala Pasukan Penyelamat itu tiba dengan Tangan Kosong.

Ketika sampai mereka segera mengangkat keluar dan membuka ikatan Tali pada badan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.

Mereka memaklumkan kepada Ketua Komunis iaitu Ching Peng untuk membawa pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams pulang.

Ching Peng memberi isyarat dengan mengangguk kepala lalu mereka terus beredar pulang,namun setelah mereka berjalan hingga 30 Meter pihak Komunis telah bertindak menembak mereka semua dari belakang,Tembakan itu berterusan hampir 60 minit lamanya,namun atas izin Allah Pasukan Penyelamat yang diketuai Syekh Mahmud Nasri telah terselamat malah tiada satu Peluru pun yang dapat mengenai Tubuh Badan mereka..peristiwa ini boleh dianggap sebagai satu Maunah dan Karamah yang diberikan pada Orang yang terpilih sahaja..

Peristiwa aneh tersebut menyebabkan Pasukan Komunis yang diketuai Ching Peng menjadi agak terkejut dan terpingga-pinga kerana jumlah mereka yang seramai 600 Orang tidak dapat menembak secara Tepat pun terhadap pasukan penyelamat tersebut.

Akhirnya Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams berjaya dibawa oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani mereka kemudian diserah kepada Baginda Tuanku Sultan Badlishah yang telah menunggu mereka bersama dengan Tuan Guru Haji Yahya Toha di Kampung Charok Bemban,Kupang Kedah .

Untuk tidak melupai kisah tersebut dan ditempat itu sekarang Kerajaan telah membangunkan sebuah Sekolah iaitu SMK Syed Abu Bakar,Baling sekarang ini..

Selepas peristiwa itu pihak Komunis telah mengaku kalah..Manakala Baginda Tuanku Sultan Badlishah telah menerima Talqin Syahadah dengan menjadi anak Murid kepada Syekh Mahmud Nasri Osmani..

Nota :

Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Anak Murid kepada Ulamak terkenal di Kelantan iaitu Syekh Ahmad Yusof@Tok Kenali,beliau juga adalah Pengasas kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia

ALLAH HU HAQ BISIRRI AL FATIHAH BUAT MUROBBI

Walahualam,

"Islam Melayu,Melayu Islam"

#RabitahdanWasilah
#KerambiTunggal
#Muridselamanya