"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Muafakat Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muafakat Nasional. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2022

PAS muktamadkan kerjasama selepas MKT Umno buat keputusan, kata Takiyuddin


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, PAS bebas berbincang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk pembangkang.

PETALING JAYA: Sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS-Umno akan dimuktamadkan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) membuat keputusan mengenainya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin bagaimanapun mengesahkan terdapat rundingan dan perbincangan sedang dibuat dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi kedua-dua parti berhubung perkara itu.

Kita akan tunggu keputusan MKT Umno terlebih dahulu. Lagipun, masih ada masa sebelum pembubaran Parlimen.

“Setakat ini, belum ada keputusan sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku tahun ini atau 2023,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, ditanya kesediaan kepimpinan PAS memujuk Umno untuk menghidupkan semula MN, Takiyuddin menolak untuk berbuat demikian, selain mengulangi pendirian PAS sedia berbincang dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti. Dalam politik Malaysia, kita bebas berbincang walaupun dengan parti pembangkang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjelaskan MKT Umno akan menentukan keputusan sama ada parti itu akan berunding dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, ADUN Rantau itu mengulas kenyataan Takiyuddin mengenai PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah, termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (kerjasama tolong-menolong) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang, Ahad lalu. BN setakat ini belum memuktamadkan keputusan sama ada bergerak solo pada PRU15 atau sebaliknya.

-wrlr

Rabu, 14 April 2021

MN sudah 'mati' di Terengganu? Sikap pemimpin PAS masih itiqamah... Pemimpin UMNO hampir semua tamak haloba

 


Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti itu Ahmad Said untuk berbincang.

Undangan itu dibuat selepas Ahmad menyifatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut sudah ‘mati’ dan menegaskan Umno akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, kerjasama dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu perlu dilihat menerusi aspek yang luas bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam..

“Muafakat mesti diperkukuhkan. Atas asas itu, saya rasa perundingan dan perbincangan seterusnya boleh dilakukan melainkan jika kedua-dua bersedia untuk berbincang.

“Dan saya sehingga hari ini harapkan agar pemimpin-pemimpin Umno BN khususnya dari kerajaan negeri Terengganu, terus bersedia untuk menghulurkan tangan supaya kita berdamai dan kita membina penyatuan ini di meja rundingan dan kita bersedia utk berbincang seterusnya di meja rundingan.

“Apa saja persoalan dan isu yang berkaitan untuk kita melihat perpaduan ini terus berlaku,” katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Portal The Malaysian Insight (TMI) hari ini melaporkan, Ahmad berkata, MN seakan ‘mati’ di Terengganu dan menyifatkan situasi pakatan politik itu hanya seperti pertemuan pemimpin menjamu selera tetapi tidak membincangkan perkara penting.

“Saya menitiskan air mata.

“Kita mengharapkan MN tapi sebenarnya tak berlaku hanya gimik semata-mata. Sebab itu saya kata MN tak berlaku di Terengganu,” katanya.

Ahmad yang juga merupakan bekas menteri besar Terengganu mendakwa akar umbi Umno masih tidak dapat menerima MN susulan serangan PAS sebelum ini.

Dia merujuk ucapan kontroversi Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai Amanat Hadi - yang antaranya berkata Umno dan BN mengekalkan “peraturan kafir”.

“Hal kafir-mengkafir, fatwa yang mengelirukan berlaku. Macam mana kita nak berdepan (PAS) hari ini,” katanya seperti dipetik portal terbabit.

Mengulas hal demikian, Mohd Nor menambah pemimpin Umno perlu memimpin ahlinya supaya menerima agenda kerjasama.

Tambahnya, PAS juga telah berbuat hal sama bagi memastikan ahlinya menerima MN.

“Kita bukan melihat pada ruang yang sempit di negeri Terengganu ini tapi kita mesti melihat bahawa perpaduan ini adalah perpaduan yang penting untuk negara ini,” jelasnya.

“Saya rasa apa salahnya kita teruskan rundingan ini, kita teruskan perbincangan ini, kita perkukuhkan muafakat ini, kita lupakan isu-isu yang lama ke arah permuafakatan dan perpaduan ummah di negeri Terengganu dan seluruh negara bahkan kita mahu melihat agar Melayu Islam ini kuat,” tegasnya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi tidak mengulas panjang berhubung hal tersebut.

“PAS kekal dengan prinsip memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

-mindarakyat

Jumaat, 2 April 2021

Zahid mahu Pas pertahan gagasan MN yang asli

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO berharap Pas berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang asli. 

 “Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan genuine,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Facebooknya hari ini. 

 Dalam hantarannya, beliau juga menyelitkan laporan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan muafakat politik Pas dan UMNO dijangka boleh memberikan kemenangan kepada gabungan itu dengan lebih 132 kerusi Parlimen pada PRU15. 

 Apa pun, menurut Ahmad Zahid, UMNO serius dalam memperkukuhkan MN yang ditubuhkan pada tahun 2019. 

 “Jika kita toleh sejenak ke belakang kita tidak akan terlupa betapa bukan mudah menyatukan ummah di bawah gagasan MN ketika itu. 

 “Namun syukur allhamdulillah pemeteraian Piagam Muafakat Nasional yang tulen berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 14 September 2019.

 “Pelbagai kejayaan dilakar MN sejak itu. Kemenangan banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) dan bersama memperjuangkan kepentingan rakyat,” ujarnya. 

 Momentum keyakinan rakyat pelbagai bangsa dan agama sangat positif terhadap apa yang boleh ditawarkan oleh MN yang sebenar, katanya. 

 “Mereka percaya kepada MN yang itu, bukan yang ini. Kerana sinergi yang terbentuk antara UMNO dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas,” katanya. 

 Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak memperincikan mana satu gabungan MN yang asli atau mana yang tidak dalam kenyataannya.- MalaysiaGazette

Selasa, 8 Disember 2020

UMNO Khianat Perpaduan UMMAH, UMNO cuba robek Muafakat Nasional

 


Lihat Tok Guru Di apit Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, dengan senyuman puas TokMat dan Zahid, begitu kita melihat betapa ikhlas dan tulusnya agenda perpaduan ketika itu.

Ketika kemarin Zahid tergamak buat kenyataan utk berpeluk dengan DAP dia lupa saat saat ini, atau dia dihantui masalah peribadi. Di mana NajiB ketika ini, itu tak perlu tahu, kerana dia bukan lagi pimpinan UMNO.

Perpaduan UMMAH itu bukannya UMNO dan PAS, tetapi semua tanpa kira warna. Agenda PAS jelas, perpaduan UMMAH bukan hanya UMnO. Pasti orang tanya apakah PAS sedia terima PAN.? itu biasa, sebab mereka tidak tahu sudah berduyun org PAN masuk kembali sertai PAS. Malu sertai PAS, ada juga Orang PAN masuk UMNO dan PPBM.

Kalau PAN sedia tinggalkan PH, tiada masalah utk diterima demi Perpaduan UMMAH. Tapi apakah PAN akan tinggalkan DAP?


Orang PAS ni walau marahnya berapi, bukanlah mereka taksub dengan parti bukan kerana benci berbeza ideologi tapi mahu melihat Islam diletak paling tinggi. Bukan nak sangat Berebut kuasa, tapi nak jaga Agama Negara dan Bangsa.


-mindarakyat

Rabu, 18 November 2020

Ku Li saran UMNO kaji semula hubungan dengan Bersatu, Pas

 


SHAH ALAM 
- Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, hubungan berkenaan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kerana matlamat masing-masing seakan-akan sama sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

“Jadi, apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan Pas?

“Masing-masing seakan mempunyai matlamat yang sama, akhirnya kita tak boleh nak bersatu,” katanya menerusi portal The Malaysian Insight hari ini.

Pemimpin veteran UMNO itu yang turut dikenali sebagai Ku Li menegaskan bahawa konflik yang bakal berlaku itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.

Tegasnya, UMNO perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa sebarang tindakan.

“Jangan kita nak adakan himpunan besar, nak berseronok, maka kita adakan pakatan seumpama itu sehingga di pengakhirannya kita tak boleh memberi natijah yang baik kepada rakyat.

“Jadi, saya rasa eloklah kita kaji semula hubungan ini,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti itu tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, UMNO sepatutnya menguasai kerajaan kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh milik Muhyiddin dan Parlimen Langkawi yang dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan kerana kita besar kepala atau nak jadi ketua, tetapi kita adalah golongan terbesar dan parti yang tertua.

“Selain mempunyai pengaruh di merata-rata tempat, perkara ini juga ada kaitannya dengan perjuangan dan wajar diberi pimpinan.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

-mindarakyat

Khamis, 22 Oktober 2020

Rakyat Menantikan Tawaran Baru Muafakat Nasional


Sejurus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang Dipertua Agong di Istana Negara maka kembali berkecamuklah politik Malaysia. Anwar bertekad mahu muncul sebagai Perdana Menteri dengan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi PM setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Tetapi sebaik beliau melangkah keluar, tiada perakuan dari Istana yang kuasa pentadbiran telah bertukar tangan. Sebaliknya Istana menyarankan agar Anwar akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun Anwar terus berkeras. Dalam sidang akhbarnya selepas keluar dari Istana beliau bertegas menyatakan yang Muhyiddin tidak lagi PM. Lalu terus hingarlah pentas politik dalam negara, sedang wabak Covid19 yang melanda negara dan dunia tidak berkesudahan.

Apa pun kerajaan Perikatan Nasional yang ada terus kekal, Muhyiddin dan kabinetnya terus menjalankan tugas sehinggalah sesuatu yang lebih meyakinkan terbit dari tuntutan Anwar itu.

Dalam pada itu hubungan tiga parti teras yang membentuk kerajaan iaitu Bersatu, Umno dan PAS pula kelihatan goyang, ditambah dengan serangan dan pelbagai tohmahan, berita palsu dan adu-domba yang berligar di alam maya.

Kiranya usaha untuk memperteguhkan kembali hubungan tiga parti utama ini gagal, ternyata akan semakin kukuhlah tuntutan Anwar, dan tidak mustahil dalam waktu terdekat terkabullah cita-cita Anwar sekian lama untuk menjadi PM dan yang lebih puaka, kembalilah DAP mendominasi kuasa di Putrajaya.
 
Kita yakin dan percaya kemelut politik ini tidak akan berpanjangan. Ketiga-tiga parti walaupun punya matlamat dan pendekatan berbeza, rata-rata ketiga-tiga sedar bahawa terbentuknya kerajaan PN adalah lantaran tuntuan untuk menyelamatkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam.

22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan menginsafkan ramai bahawa beberapa perkara pokok perlu diubah dan tidak diizinkan kembali muncul.
 
Jelasnya ketiga-tiga pihak enggan menerima kehadiran DAP, tidak akan memberi laluan pada Anwar mahupun Tun Dr Mahathir.

Kerajaan PN terbina atas perkara pokok ini, bagi rakyat yang mendukung dan bersama PN mengizinkan salah satu atau ketiga-tiga kembali bermakna mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang telah mereka berikan.

Ketika Muafakat Nasional, iaitu kesatuan politik bersejarah antara PAS dan Umno terbina, Bersatu masih bersama PH. Segala perbezaan dan persengketaan politik dua musuh sejak Merdeka ini terlerai dan dilupakan melalui langkah berani ini demi mengejar cita-cita membina kekuatan kesatuan politik Melayu Islam di tanahair.

Kedua parti mengakui bahawa kiranya kedua kekuatannya disatukan, MN berupaya memenangi majoriti kerusi di Parlimen, cukup membentuk kerajaan Persekutuan dalam PRU ke 15 kelak.
Maka bergeraklah kedua parti yang asalnya bermusuh membina ukhuwah dan perpaduan yang sekian lama dirindui.

Terbukti cita-cita MN bukan sekadar tercatat atas kertas dan hasil kajian semata-mata tetapi ia diterjemahkan di medan terbuka. Beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan telah memenangkan calon-calon MN menewaskan calon-calon PH atau tajaan mereka, ini membuktikan yang inisiatif kedua pihak cukup efektif.

Dalam dua PRK yang dimaksudkan iaitu di DUN Semenyih dan Parlimen Tg Piai, calon MN malah menewaskan calon PH dari Bersatu. PKR dan DAP juga tewas berhadapan MN.

Tanpa diduga, dalam kesungguhan PAS dan Umno membina kekuatan bersama melalui MN bagi menghadapi PRU 15, kerajaan PH roboh apabila PM Tun Dr Mahathir tiba-tiba letak jawatan.

Dalam kelompongan kuasa, apabila Bersatu bertindak keluar dari PH, tawaran dibuat agar PAS dan Umno bersama Bersatu dan parti-parti rakan yang lain termasuk dari Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan baru di Putrajaya atas runtuhan kerajaan PH itu.

Melihat kepada pentingnya urusan kerajaan terus berjalan, dan melihat peluang jalan pintas untuk menyelamatkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya, maka PAS dan Umno melalui MN bersetuju menyertai kerajaan dan terbentuklah kerajaan baru PN. Atas persetujuan bersama PAS dan Umno masuk menyertai kerajaan.

Hari ini kerajaan ini dicabar, dan masadepannya menjadi tidak menentu. Apakah ia dapat diselamatkan, atau keluarga besar PN ini akan berkecai, bercerai-berai dan akhirnya muncul kembali Anwar serta sekutunya DAP dan lain-lain untuk merangkul kuasa di Putrajaya dan memuaskan nafsu mereka.
Lantas semua pihak perlu kembali waras serta matang dan menyemak kembali kepentingan dan matlamat perjuangan kita, jangan sampai menang sorak kampung tergadai, jangan sampai ayam dikepok mati kelaparan itik di air mati kehausan.

Jika agenda memperkasakan Agama, bangsa dan negara kekal dan terus menjadi keutamaan kita maka berusahalah mempertahankannya kerana itu kemahuan mereka yang menyokong kita di luar sana.

Jika ego, agenda peribadi yang mahu kita kejar, maka tiada beza kita dengan PH yang telah kita runtuhkan itu. Apatah lagi jika ada yang ghairah mengejarnya sehingga rela bersekongkol pula dengan puaka yang dimusuhi perjuangan ini maka layaklah kita menjadi pengkhianat kepada perjuangan keramat ini. Pantang Melayu khianat pada perjuangan.

Kita masing-masing punya kelebihan dan kekuatan yang perlu kita pergunakan bersama untuk mengejar cita-cita dan menghadapi musuh yang sama. Gembelinglah bersama kelebihan dan kekuatan itu kerana ia tidak sekali-kali dapat menjana hasil jika ikatannya terlerai atau kita berpecah-pecah kerana termakan perangkap dan adu-domba musuh.

Realitinya Umno dan PAS punya kekuatan akar-umbi yang luar biasa. Bersatu perlu menyumbang ke arah menambah-baik lagi kekuatan yang sedia ada. Segala ketidakpuasan hati perlu dirunding dan dibawa berbincang secara cermat dan tuntas bukannya dibawa secara terbuka sehingga mengguris hati mana-mana pihak.

Tugas mencetuskan perpaduan ummah ini bukannya sesuatu yang mudah tetapi ia berjaya dipelopori Rasulullah saw dizamannya dan kita juga mampu menjejakinya jika kita ikhlas, komited dan meletakkan Agama, bangsa dan negara sebagai fokus utama.

MN hari ini dianggotai bersama PAS, Umno dan Bersatu. Marilah bersama kita memupuk dan memelihara Piagam MN yang disepakati pada tanggal 14 September 2019 itu.

Bersatu perlu menerima piagam ini dan bersama kita berjuang menegakkan agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk sebagaimana terkandung dalam piagam keramat itu.
Rakyat di luar menantikan pembinaan sebuah Malaysia yang menggariskan tawaran baharu iaitu meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

PH, Anwar dan DAP telah gagal. Kini giliran kita, dengan syarat kita bersedia berunding dan bermuafakat sebagaimana saranan Yang Dipertuan Agong. Muafakat membawa berkat insyallah.

ROSLAN SMS

-mindarakyat

Selasa, 20 Oktober 2020

Umno-PAS setuju daftar MN secara rasmi

 


 Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi Muafakat Nasional dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agung kedua-dua parti dalam kenyataan media sebentar tadi.


Ahad, 18 Oktober 2020

UMNO-PAS KEKAL MUAFAKAT!

 UMNO-PAS KEKAL MUAFAKAT!


Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. 

Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah. 

Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan MUAFAKAT UMNO-PAS  dipertahan dan diperkasakan. 

Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS TERUS KEKAL MUAFAKAT!

Antara kata-kata Tuan Guru yang begitu membekas di jiwa saya, “UMNO dan PAS adalah TUNJANG KEKUATAN orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!”


#MuafakatNasional

#KekalMuafakat

#UMNOPASKekalBermuafakat


Thanks

Isnin, 5 Oktober 2020

PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN?

 


Ada satu org post kat saya dan bertanya mengapa PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN?.

Saya tanya kat mana yg dikatakan khianat? InsyaaAllah PAS sepanjang kerjasamanya dgn siapa pun telah membuktikan setiakawan yg tinggi. Jauh sekali berkhianat. ( sila rujuk kerjasama PAS + S46. PAS+ DAP. PAS+PKR)

Muafakat PAS dan UMNO adalah muafakat yg tidak mengikat antara satu sama lain. PAS bebas dan UMNO pun bebas. Sebab itu PAS tak kesah hubungan UMNO dgn MCA dan MIC dlm BN. Namun ada satu persepakatan iaitu mana2 pihak tidak boleh bekerjasama dgn mana2 parti komponen PH atau Individu pimpinannya. atas dasar itu PAS tiada hubungan dgn PAN atau DAP atau PKR. Juga tidak menyokong LKS atau Mat Sabu atau Anwar. Adapun BERSATU dan TSMY sudah keluar dari PH. maka dimana khianatnya PAS? Kalau dalam diam2 PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai PM maka itu baru dinamakan khianat.
 
Lalu perkukuhkan MN ini sebaiknya dgn berpegang kpd piagam yg telah digariskan. Jgn layan pihak2 yg mahu pecahkan PN atau BN atau MN. Jgn ambil sebarang pendekatan politik yg boleh megembalikan PH dan DAP ke Putrajaya. Cuba belajar mengenali Aulawiyyat Politik. 
 
Kerana Aulawiyyat politik lah maka PAS sanggup tak bertanding walau satu kerusi pun di Sabah. kerana bagi PAS mengalahkan PH lebih penting dari PAS bertanding. dengan itu semua pihak mesti mempastikan PRU15 nanti semua Parlimen dan DUN hanya bertanding dua penjuru sahaja. Jika ketiga2 parti utama PAS + BERSATU + UMNO gagal memutuskan pertandingan hanya 2 penjuru, bermakna kita bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan. Dan itu merupakan malapetaka yg lebih dahsyat dari covid 19 kepada negara ini.
 
Perlu diingat..bila keputusan 2 penjuru diterima bermakna PAS perlu bersedia ada kerusi PAS yg terpaksa diserah kpd BERSATU atau UMNO. BERSATU perlu bersedia jika ada kerusi BERSATU terpaksa diserahkan kpd PAS atau UMNO. UMNO pun kena bersedia menyerahkan kerusinya kpd BERSATU atau PAS. Waktu inilah kematangan politik dan setiakawan semua pihak teruji. Ketamakan dan kesombongan diri akan menjadikan semua parti2 terbabit bakal berpindah ke kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen nanti. Biar kita tak jadi tok imam asalkan solat dipimpin oleh imam yg sah. 
 
UMS
Banjaria Court Gombak.  

-mindarakyat

Ahad, 4 Oktober 2020

Bersaing dalam muafakat sukarkan laluan PN

 


UMUM menyedari politik Malaysia didominasi Barisan Nasional (BN) sejak awal merdeka. Namun, kemenangan luar jangka Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuka lembaran baharu dalam lipatan sejarah politik negara.

Kejayaan PH juga membuka jalan kepada permuafakatan politik secara formal dan serius antara dua parti Melayu terbesar, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebelum disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebelum PRU-14, sebahagian besar penganalisis politik Malaysia berpandangan sistem demokrasi negara bersifat permuafakatan.

Justeru, wawasan dan personaliti Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selalunya banyak membentuk corak dan rupa bentuk politik Malaysia.

Gagasan BN dilihat satu formula sangat berkesan dalam membendung gejala kebencian dan persaingan politik berlatarkan isu perkauman.

Konsep perkongsian kuasa antara kaum dalam parti komponen diurus dengan baik melalui pembahagian jawatan menteri dan keanggotaan dalam Kabinet.

Dalam rangka hubungan kaum bersifat terpisah, aspek persaingan tidak dapat dielakkan. Justeru, hubungan yang wujud lebih bersifat 'memampas'.

Aspek pampasan ini mampu mengendurkan semangat persaingan berlebihan. Kuasa politik didominasi Melayu menerusi UMNO melalui instrumen paksaan negara seperti polis dan tentera berhasil membentuk kestabilan politik.

Taburan kerusi pada peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga ditentukan pucuk pimpinan tertinggi BN dikuasai UMNO.

Bagi elit politik daripada parti komponen bukan Melayu, mereka menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mengagihkan sumber bagi menaungi kaum masing-masing.

Selepas enam dekad, keputusan PRU-14 menyaksikan UMNO tidak lagi menjadi parti dominan dalam Kerajaan Persekutuan.

Hari ini, UMNO bersama beberapa parti lain sekali lagi membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan dan kali ini dengan majoriti sangat tipis di Dewan Rakyat, iaitu 113 kerusi berbanding 109 kerusi yang dikuasai PH.

Kedudukan ini mendatangkan masalah dalam soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya seterusnya.

Jika mana-mana parti komponen menarik diri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), maka negara berkemungkinan berhadapan pilihan raya dan kerajaan sekali lagi berada dalam keadaan tergantung.

Gabungan PN tidak mempunyai parti yang benar-benar dominan. Justeru, sesetengah penganalisis mengatakan pembentukan PN hanya semata-mata untuk kestabilan politik negara.

Hubungan terbentuk adalah persefahaman menstabilkan politik negara susulan kemelut politik dicetuskan kelompok elit tertentu daripada dalam dan luar PH.

UMNO turut bertegas, bahawa ia tidak mempunyai sebarang ikat janji dengan mana-mana parti lain dalam PN, termasuklah BERSATU dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun, UMNO mempunyai kerjasama teratur dengan PAS untuk membentuk gabungan mantap bagi memenangi pilihan raya. Dua parti ini mempunyai kekuatan seimbang di negeri majoriti Melayu seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Cabaran mungkin berlaku dalam soal pembahagian kerusi menjelang pilihan raya. PAS turut membuat perkiraan untuk bertanding di 40 kawasan Parlimen merangkumi negeri majoriti Melayu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tiada ruang diberikan kepada parti itu disebabkan faktor landskap politik yang dikira tidak begitu mesra kepada parti itu.

PAS turut bertegas supaya rakan komponen PN turut bertolak ansur soal pembahagian kerusi dalam PRU-15 nanti.

UMNO, PAS dan BERSATU mempunyai segmen pengundi sama, iaitu Melayu-Islam. Justeru, kemungkinan untuk berlaku bibit konflik pasti wujud.

PN masih gabungan yang rapuh. Ternyata, kejayaan mengurus ancaman pandemik COVID-19 menyelamatkan gabungan ini buat sementara waktu.

Ada kemungkinan akan berlakunya konflik antara parti gabungan selepas berakhirnya COVID-19 khususnya hal berkait perebutan kuasa.

Memandangkan setiap parti ada kekuatan hampir setara, elemen 'memampas' tidak lagi berkesan bagi meredakan persaingan sesama rakan komponen.

Sekiranya terdapat mana-mana parti memilih jalan keluar daripada gabungan, maka PN mungkin runtuh seperti runtuhnya PH.

Pembentukan kerajaan PN dirasakan masih gagal menyelesaikan krisis perebutan kuasa antara elit politik.

Lantas, perjalanan PN tidak mudah kerana terpaksa berkongsi kuasa tanpa ada suatu pun parti dominan.

Setiap parti cuba menuntut keistimewaan dan hak lebih khususnya membabitkan pelantikan menteri dalam Kabinet.

Hal ini berbeza sama sekali dengan formula BN selama enam dekad lalu yang menyaksikan bagaimana UMNO begitu dominan dalam menyusun atur pecahan kerusi dalam pilihan raya dan jawatan Kabinet secara pampasan dengan parti komponen lebih kecil, sekali gus berjaya mengelakkan persaingan.

Dr Ilyas Abdullah
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub

Khamis, 1 Oktober 2020

Tok Mat ajak Umno buat keputusan bersendirian sekarang


"Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri," kata Mat Hassan menerusi Facebooknya.


Setelah pemimpin bawah Datuk Seri Najib Razak yang bersuara kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan pula bersuara agar Umno bersendirian walaupun tidak menyebut secara jelas tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Mohamad mengajak Umno “Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya.

“Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, keputusan pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang Umno meterai, tidak menguntungkan parti itu, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

“Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, Umno waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS,” katanya.

Apa yang berlaku di Sabah, katanya, memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang,” katanya.

Bagi beliau, pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan Umno secara signifikan.

“Lebih menyedihkan, Umno terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno.

“Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri,” kata beliau lagi.

Umno, katanya, tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

“Justeru, telah tiba masanya Presiden Umno memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRU Sabah,” katanya lagi.

Menuju masa depan, katanya, Umno mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir.

“Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Jumaat, 25 September 2020

Umno pun ada yang nak tanya PAS jawab Asyraf Wajdi kepada Takiyuddin

 


PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu depan.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ini kerana perikatan itu akan mengadakan mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, minggu depan.

"Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah,” katanya.

Asyraf juga berkata Umno juga memerlukan penjelasan PAS antaranya susulan tindakan politik parti itu.

"Sama-sama perlukan penjelasan termasuk kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional," tulis Asyraf di Twitter, sebentar tadi.

Asyraf mengulas tuntutan PAS supaya Umno memberi “penjelasan sejelas-jelasnya” berhubung sokongan ramai pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Anwar.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata jika benar berlaku, bermakna Umno melanggar piagam Muafakat Nasional yang dipersetujui kedua-dua parti tahun lalu.

Takiyuddin Hassan 

Kelmarin Anwar mengumumkan dia memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pula selepas itu berkata dia difahamkan ramai ahli parlimen parti itu dan BN menyokong Anwar.

Dia malah berkata menghormati pendirian itu dan tidak dapat menghalangnya.

Bagaimanapun seorang demi seorang ahli parlimen Umno sudah menafikan mereka menyertai kumpulan Anwar setakat ini.

Anwar belum mendedahkan jumlah sokongan diperolehnya kerana ia perlu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.