Turut menjadi panelis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Tugas-tugas Khas dan Parlimen) Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Farah Adura Hamidi dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Profesor Dr Edmund Terence Gomez.
Sementara itu, Akhbar menjelaskan, usaha mengubah mentaliti terhadap wakil rakyat itu merupakan langkah jangka panjang yang perlu dilakukan oleh rakyat negara ini selain daripada tindakan jangka pendek melalui penguatkuasaan undang-undang.
Sehubungan itu, beliau berkata, ia perlu dimulakan melalui penerapan nilai yang dibuat melalui pendidikan sejak kecil dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk sekolah dan ibu bapa di rumah lapor
Sinar***** Jika semasa berkempen dalam Pilihanraya kalau dikata kepada Pengundi-pengundi semua semasa berkempen "Wakil Rakyat bukan Pegawai Kebajikan".. rasanyalah Calon itu berkemungkinan hilang deposit.. atau 'bungkus awal' orang kata..
Tapi.. apa boleh buat kerana selama ini, ramai antara kita kurang memahami mengenai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN).
Apabila persoalan ini diajukan kepada kalangan masyarakat, jawapan mereka adalah spontan, iaitu peranan MP dan Adun adalah hampir sama, yakni:
- Melawat dan memeriksa longkang dan parit tersumbat
- Menerima aduan mengenai jalanraya yang rosak
- Kekurangan tempat letak kereta
- Sampah yang tidak dikutip
- Melawat seseorang yang telah dimasukkan ke dalam hospital
- Meziarahi keluarga simati menghadiri upacara perkahwinan
- Menghadiri acara dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan masyarakat
- Membantu penduduk memperolehi lesen-lesen perniagaan ataupun penjaja
- Membantu dalam rayuan meringankan kadar kompaun
- Menerima aduan mengenai keperluan infrastruktur yang berkurangan seperti tiang lampu, lampu isyarat, bekalan elektrik terputus, talian telefon dan jalan-jalan yang tidak diturap
- Dan berbagai-bagai lagi kegiatan masyarakat setempat.
Kesemua bentuk kegiatan yang terpaksa dilayan oleh MP dan Adun ini telah banyak menghabiskan masa para wakil rakyat yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya.
Hakikatnya adalah, kesemua bentuk kegiatan di atas bukannya suatu tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap MP dan Adun
Tugas dan tanggungjawab utama MP dan Adun adalah:
- Melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan atau exco negeri
- Menyertai atau mengambil bahagian di dalam jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen atau dewan di dalam merangka dasar dan undang-undang
- Memantau dan memerhati segala bentuk belanjawan kerajaan
- Membentang dan membahas rang undang-undang atau enakmen negeri
- Membentang dan membahaskan dasar-dasar yang sedang atau bakal dilaksanakan oleh kerajaan
- Menerima dan mengkaji peruntukan dan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan
- Memerhati segala perlaksanaan kerajaan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada rakyat dengan sepenuhnya.
Kesemua bentuk tugas dan tanggungjawab MP dan Adun pada keseluruhannya hendaklah berdasarkan kepentingan rakyat jelata dan bukannya parti-parti politik yang dianggotai oleh mereka.
Tapi.. perkara yang dah ditanam dalam kepala masyarakat selama berpuluh tahun dah.. boleh ke kita nak ubah?