"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Januari 2022

Durian Musang king, IOI, D24 tak laku

 


Durian Musang king, IOI, D24 tak laku. Sebut sahaja durian musang king, IOI, D24, tok litok dan durian kampung Ulu Cheka mesti raja buah tersebut akan menjadi buruan penggemarnya.

Namun, berbeza pula kali ini apabila durian yang berbuah di luar musim itu tidak laku dijual sehingga mengakibatkan peniaga menanggung kerugian.

Seorang peniaga di Kampung Damak, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila buah du­rian di luar musim tidak mendapat perhatian pelanggan termasuk melalui jualan dalam talian.

Durian Musang king, IOI, D24 tak laku

Banyak baka durian kampung yang kami pasarkan di tepi jalan Jerantut ke Benta langsung tidak diendahkan pemandu kenderaan berbanding sebelum ini.

“Selalunya, ketika musim durian kawasan Damak mendapat perhatian dan dipenuhi penggemar durian dari seluruh pelosok negeri,” ujarnya semalam.

Zainuddin Omar, 62, yang menjual durian di Bandar Baru Jerantut berkata, dia berasa pelik apabila pelbagal jenis durian termasuklah musang king yang dijualnya tidak mendapat sam­butan penggemar.

“Hanya saya menjual durian di sini, orang ramai yang berkunjung ke pekan sehari bandar ini tidak menoleh atau bertanya harganya seperti kebiasaan.

“Hanya dua orang sahaja ­datang membeli buah durian hari ini,” ujarnya kecewa.

Katanya, pelbagai jenis durian diborong dari Damak dan Ulu Cheka di sini seperti durian kampung, durian kahwin, I0I, D24, tok litok dan pelbagai lagi durian berkualiti baik tidak terjual

Harganya berpatutan seper­ti durian kahwin dijual antara RM20 hingga RM25 sekilogram, musang king gred B (RM30-RM35), musang king gred A (RM60-RM80), manakala durian kampung adalah antara RM10 hingga RM15 bagi sekilogram.

“Durian kahwin tidak tahan jika tak dijual dalam tempoh tiga hari, ia dibuang begitu sahaja berban­ding durian kampung yang boleh dibuat tempoyak,” katanya.

-Utama Daily

Rabu, 21 Julai 2021

Lelaki jual durian kampung RM500 sebiji, sekali menteri ni call cakap nak beli

 

JAYA – Jangan terkejut bila anda melihat seorang lelaki menjual durian kampung sehingga RM500 sebiji di laman sosial.

Ini kerana klip video dikongsi di laman Tiktok milik @juneysbakery itu tidak menggambarkan harga sebenar buah tersebut.

Tetapi, ia adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipecah gara-gara ditimpa raja buah yang gugur.

Menurutnya durian kampung tersebut ‘mahal’ harganya kerana ia tidak jatuh atas tanah sebaliknya jatuh di atas cermin belakang sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan tular video berdurasi 53 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Kau tahu kan yang durian bila-bila masa je dia boleh terjun, kalau dia nak terjun dia dah tak bagi warning dah dia terjun je,

“Yang kau gi park keta bawah pokok tu dah kenapa, kan dah mendapat,” tulis Ain Hamid.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlina Nabila.

“Ni mesti parking kereta kat bawah pokok durian tu kan? bukan salah durian, salah kamu,” katanya.

Selain menyalahkan pemilik kereta itu yang cuai orang ramai turut mendoakan agar lelaki berkenaan digantikan dengan rezeki yang baharu.

“Mungkin ini takdir buat kamu, bertabahla nanti Allah ganti dengan rezeki lain, semoga dipermudahkan urusan bro,” tulis Mat Jaki Kepong,” katanya.

Tular durian dijual RM500 sebiji, menteri bantu kos baiki cermin kereta lelaki ini

Seorang lelaki terkejut apabila durian kampung yang dijualnya sehingga RM500 sebiji mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang tadi.

Menerusi laman Facebook, Wan Mahussin Wan Zain memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan bersama menteri itu di aplikasi WhatsApp yang berminat untuk membeli raja buah tersebut.

Durian runtuh!

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak rupa-rupanya YB Datuk Seri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini,” tulis Wan Mahussin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan berkongsi sebuah video di group ‘Berkebun D Rumah’ sehingga tular di media sosial dengan menjelaskan bahawa durian itu ‘mahal’ kerana ia tidak jatuh di atas tanah.

Sebaliknya buah kegemaran ramai itu jatuh menghempap atas cermin belakang kereta jenis Nissan Almera miliknya sekali gus menyebabkan kerugian besar buat Wan Mahussin.

 

Berikutan itu, rata-rata warganet pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut. Ada yang mengusik, malah ada juga mendoakan supaya lelaki tersebut menerima rezeki yang lebih baik.

Namun siapa sangka selepas menjadi tular, terdapat insan yang bermurah hati untuk membantu walaupun durian itu telah dimakan oleh pemiliknya.

Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain & group Berkebun D Rumah

Credit: Apple Hijau

Jumaat, 9 Julai 2021

Durian: Tak patutlah label 'harga Yahudi' -Mila Jirin

 Mila Jirin

Mila Jirin

Kuala Lumpur: Penyanyi, Mila Jirin, 34, yang kini menjual durian terguris dengan kata-kata segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya sebagai 'harga Yahudi' kerana mahal.

Mila berkata, mereka perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun.

Janganlah mudah sangat melontarkan kata-kata 'harga Yahudi' kepada peniaga durian sedangkan anda tidak tahu pun realiti kos ditolak oleh pekebun.

"Sebenarnya, harga diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.

"Saya pula jual isi durian saja yang siap dikopek. Jadi, jumlah isi dalam durian itu memang kita tak tahu berapa banyak yang ada. Kadang-kadang buahnya saja yang besar dan berat, tapi isi tak banyak. Malah, saya juga tak pasti durian mana isinya tebal dan mana pula isi nipis. Semuanya kita akan tahu bila sudah dikopek," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mila menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa harga durian dijual Mila mahal, tapi isi pula sedikit dan nipis.

Menurut Mila, perkongsian dibuatnya di Instagram itu juga tidak bertujuan mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa.

Katanya, dia pun tidak mendedahkan identiti individu yang mengirim mesej berkenaan.

"Saya sekadar nak beri penjelasan kepada orang ramai kerana saya dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram, kebanyakan netizen menulis hantaran kepada peniaga durian dengan dikaitkan 'harga Yahudi'.

"Saya jadi terasa juga dengan kata-kata itu kerana baru pertama kali jual, terus dilabel begini," katanya.

Katanya, mungkin juga perkataan 'harga Yahudi' sudah sebati dengan cara bertutur. Jadi, satu kenyataan perlu dibuat untuk memberi input kepada ramai orang supaya dengan pencerahan berkenaan mereka faham kenapa harga durian dijual tinggi.

Mila berkata, jika hanya menjual isi durian, sebanyak dua biji durian diperlukan untuk isi seberat 500 gram.

Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus.

Mila berkata, dia menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana.

Selain durian, Mila juga menjual nasi Arab, kek dan menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.

-myMetro

Komen Admin:

Alasan harga durian mahal di luahkan penjual adalah kerana pekebun menjual dengan harga kos yang mahal..... kenapa penjual tak hentikan sementara mengambil dari pekebun... kalau tak ada pemborong adakah pihak pekebun dapat jual barangan mereka?

Jadi nak dapatkan harga menjadi rendah perlulah 'paksa' pekebun jual dengan harga rendah dengan cara stop dulu.Dah tak laku pasti akan jatuh harga.

Jadi...alasan penjual tak boleh digunakan sebagai alasan durian sekarang dijual dengan 'harga yahudi' kerana dapat dari pekebun juga 'harga yahudi'.

Khamis, 1 Julai 2021

Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin COVID-19?

SAYA terima beberapa soalan bolehkah makan durian selepas ambil vaksin? Durian sebagai raja buah sudah sinonim di negara kita dan vaksin bukanlah perkara baru juga.

Ya kenapa timbul isu ini?

1) Durian ada dikaitkan dengan badan menjadi panas. Adakah orang makan durian mendapat ‘demam’? Sekiranya ‘ya’ berapa juta penduduk di Malaysia yang sering makan durian dikaitkan dengan demam?

2) Pemanasan badan dikaitkan dengan durian disebabkan oleh bahan kimia semulaj adi dari kumpulan ester dan sulfur seperti thioester, thioacetal, thiolanes dan juga alkohol. Bahan-bahan kimia bersulfur dan ester ini senang meruap. Inilah sebabnya kita mudah rasa sendawa dan bau durian yang agak kuat dihasilkan.

3) Bahan kimia dalam durian menyebabkan ‘panas’ ini sangat bergantung kepada sistem penghadaman individu, apabila dimakan dalam kuantiti yang agak banyak. Bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan protein (TRPA1) pada sistem penghadaman tertentu yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation). Mekanisma ini membuatkan kita berasa panas.

 Jadi apa kaitan dengan larangan kepada penerima vaksin?


1) Tiada larangan khusus kepada mereka yang menerima vaksin tidak boleh memakan durian. Tetapi sebahagian penerima vaksin terutama dalam tempoh 12-48 jam terdedah kepada kesan sampingan vaksin iaitu demam (systemic side effect).

2) Jika memakan durian, ada kemungkinan besar menyebabkan badan menjadi ‘panas’ (Durian tidak menyebabkan systemic fever), dan pada waktu yang sama baru mengambil vaksin, akan berlaku ‘co-founding’ sama ada berlaku demam akibat vaksin atau ‘panas’ akibat durian. Dan kedua-dua ‘local effect’ dan ‘systemic effect’ terjadi pada waktu yang sama menyebabkan badan lebih mudah menjadi panas.

Pandangan Peribadi:


1) Elakkan sementara waktu mengambil durian sekiranya baru menerima vaksin dalam tempoh 12-48 jam. Perlu ditekankan tidak semua penerima vaksin COVID-19 akan mengalami demam.

2) Mengambil durian pada kadar yang sedikit dan sederhana lebih baik untuk kesihatan semua pihak.


Prof Dr Azizi Ayob 
Presiden Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) 

Kredit: Anak Sungai Derhaka

Rabu, 30 Jun 2021

Jual durian kampung 6kg hanya RM10

Shahmi Azani (kiri) dan isteri, Shaidatul Fatini menunjukkan buah durian kampung bersaiz besar yang dijual pada harga RM10 di Kampung Smat Jal, Tumpat.

TUMPAT – Niat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati durian ketika ini, seorang penjual di Kampung Semat Jal di sini menjual raja durian kampung pada harga RM10 untuk enam kilogram.

Jualan durian yang boleh dimuatkan dalam satu plastik besar itu dilakukan oleh Shahmi Azani Mohd. Tanazi, 27, untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi menikmati buah itu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, jualan durian semurah RM10 itu dilakukan dalam tempoh lima hari bermula kelmarin sehingga Jumaat ini.

“Pendekatan ini dilakukan selepas saya turut menerima rungutan orang ramai yang tidak mampu membeli, namun teringin makan durian.

“Disebabkan simpati dengan nasib mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka saya ambil keputusan untuk menjual durian pada harga yang murah agar semua orang dapat menikmatinya,” katanya ketika ditemui semalam.

Shahmi Azani berkata, dia yang merupakan pemborong durian di kawasan itu akan menjual sebanyak 12 tan buah setiap hari bemula pukul 8 pagi sehingga pukul 7 petang.

Katanya, bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah bekalan durian, malah ada ketika buah durian akan habis seawal pukul 2 petang.

 “Bekalan pelbagai jenis durian termasuk IOI ganja dan kunyit akan sampai setiap hari. Kebiasaannya, saya menjual durian pada harga berpatutan antara RM3 sekilogram sehingga RM35 sekilogram mengikut gred buah itu.

“Semua bekalan durian ini dibawa dari luar Kelantan iaitu kawasan ke kebun di Tangkak, Johor, Jelebu (Negeri Sembilan) dan Banting (Selangor),” katanya.

Shahmi Azani yang juga ahli kumpulan Pemburu Buah Group, berkata, dia turut mendapat sokongan isterinya, Shaidatul Fatini Shamsudin, 29, untuk terus menjalankan perniagaan itu sejak lebih 11 tahun lalu.

Katanya, dia tidak pernah berkira dengan pelanggan dan disebabkan itu juga gerainya menjual buah durian itu pada harga yang amat berpatutan.-K! ONLINE.

Jumaat, 18 Jun 2021

Hukum berjual beli buah durian secara timbangan

 


Gambar 1: timbang isi bersama kulit duyan x sampai 4 kg pun..

Gambar 2: isi telah di makan timbang kulit je 2 kg, 


Kesimpulannya: isi durian tu x sampai 2 kg pun , kulit je dah 2 kg... 🤔


SOALAN:


Assalamualaikum, tuan mufti. 

Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi? 


JAWAPAN:


Waalaikumussalam wbt,

Kaedah menyebut:

الأصل في العقود هو التراضي

Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.

Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila dijual beli mengikut timbangan, dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak redha kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi. 

Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan. Sabda Rasulullah SAW:

أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu diatas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku.

Hadis riwayat Imam Muslim (102)

Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan isi buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredhai dan hasil jualan juga diberkati.

Wallahua’lam.


Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/rBs4u4

Khamis, 17 Jun 2021

Hanya Buka Kedai 2 Jam Sehari, Durian Laris Gara-gara Timbang Isi Durian Sahaja

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Nur Hajar, beliau memuat naik seorang peniaga menjual durian secara timbangan.

Durian yang dijual tanpa kulit itu amat jarang sekali dijumpai dan dilakukan oleh peniaga lain.

Kedai itu terletak di sebuah lebuh raya, yang menghubungkan Universiti Utara Malaysia di Sintok dan Changlun.

Malah, harga durian tanpa kulit itu dijual pada harga sangat berpatutan, iaitu RM25/kg.

Malah, Hajar juga mengucapkan terima kasih kepada penjual ‘jujur’ itu.

“Semoga murah rezeki adik ni”- ujar Hajar dalam ruangan Facebooknya.

Perkongsian Hajar itu berjaya dikongsi sebanyak 6,200 kali.

Peniaga itu dikenal sebagai Mohd Izzuwan Ismail dan beliau mendapat idea untuk berniaga menggunakan teknik timbangan itu setelah beberapa kali membeli durian burμk.

“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian burμk, orang lain pun sama saja. Malah mungkin ada yang menyμmpah-nyμmpah peniaga durian.”

 

 “Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati,”ujarnya.

 Ekoran jualan ‘jujur’ itu, beliau berjaya menjual sebanyak 200 biji setiap hari dan selepas bisnes dia menjadi viral, beliau hanya menjual dalam 2 jam sehari, bermula pada jam 10 pagi.

“Alhamdulillah, walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari.”

 

“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya dan belum ada yang datang merungut,” tambahnya.

Sekadar pekongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Ruukan, Says

[2] Gambar 1, 2 dan utama, Nur HajarSays dan mStar

Credit: Info Awani

Isnin, 14 Jun 2021

Durian: Tupai King Bakal Mencabar Populariti Musang King

 

SEBERANG PERAI – Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar populariti Musang King.

Varieti yang lebih popular de­ngan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.

Pengarah Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, pendaftaran tersebut dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Su­ngai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei tahun lalu.

“Setakat ini, dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi itu ketika musim durian pada hujung bulan ini dan Julai nanti.

“Namun, kuantiti penge­lu­arannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Bukit Mertajam.

Beliau berkata, durian Tupai King dengan kulit berwana hijau keperangan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bujur se­perti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam.

“Ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg.

“Isinya berwarna jingga keku­ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kema­nisan dengan bacaan purata brix 39,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun ke­belakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).

“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama se­perti tahun lalu,” tambahnya.

Anggaran harga cecah RM100 sekilogram

Harga bagi seki­logram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.

Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan res­pons diberikan penggemarnya.

Tupai King sudah ada pe­langgan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian me­ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.

“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas.

Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).

“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.

Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.

“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.

“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya ~ K!

Rabu, 2 Jun 2021

Lambakan raja buah: Peniaga jangka rugi RM80,000


 GEORGETOWN - Penghujung Jun hingga Ogos yang lazimnya kemuncak musim raja buah tidak lagi menjadi berita gembira kepada pemilik dusun dan gerai durian di Balik Pulau susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Bahkan, tiada lagi pemandangan keterujaan para peminat durian dari seluruh pelosok negara yang datang ke Pulau Pinang untuk menikmati raja buah itu, sama ada di gerai-gerai tepi jalan atau pun menikmatinya di dusun.

Sejajar dengan penguatkuasaan total lockdown, ia merupakan tahun kedua mereka dijangka mengalami kerugian apabila sekatan daerah dan negeri dikuatkuasakan selama dua minggu.

Pemilik dusun durian, Shamsol Abdul Aziz, 34, mengakui bakal menanggung kerugian sekitar RM80,000 dengan kos pembelian baja sebanyak RM120,000.

Menurutnya, dia sanggup membuat pelaburan membeli baja berkualiti untuk semua pokok durian di dusunnya seluas 1.6 hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau dengan harapan tahun ini memperoleh hasil yang berlipat kali ganda.

Setelah mengalami kerugian tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya melabur dengan membeli baja berkualiti untuk menghasilkan lebih banyak buah.

"Bagaimanapun, apa yang dirancang pada tahun ini tidak seperti yang diharapkan. Negara sedang melaksanakan 'total lockdown' buat kali ketiga menyebabkan penjualan durian terbantut kerana sekatan merentas daerah dan negeri.

"Saya jangkakan akan mengalami kerugian sekitar RM80,000 kerana tahun ini, hasil dianggarkan sebanyak 17 tan berbanding tahun lalu, sekitar 11 tan sahaja. Selain baja, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam penghasilan buah," katanya ketika ditemui di gerainya di Tanjung Tokong, pada Selasa.

Memiliki 18 jenis durian di dusunnya, Shamsol menganggarkan perniagaannnya merosot antara 60 hingga 70 peratus tahun ini.

"Dengan peningkatan penghasilan buah tahun ini, saya jangkakan perniagaan saya mungkin merudum melebihi 50 peratus kerana masalah pemasaran. Tahun lalu, saya rugi antara RM60,000 hingga RM70,000.

"Setakat ini, saya buka dua gerai iaitu satu di sini (pulau) dan satu lagi di seberang. Sehingga hari ini, Pulau Pinang masih membenarkan penggerai beroperasi. Sebelum ini, saya buka enam gerai selain pelanggan boleh menikmati durian di dusun," ujarnya.

Lambakan durian dan pelaksanaan 'total lockdown' menyebabkan Shamsol bakal mengalami kerugian sekitar RM80,000 tahun ini.

Bagi mengurangkan kerugian pada tahun lalu, Shamsol menjual isi durian, termasuk jenis Black Thorn dan Musang King ke kilang-kilang yang menghasilkan ais krim selain pengusaha tempoyak pada harga yang murah.

"Saya berharap kerajaan negeri mengizinkan penjual durian mendirikan gerai di tepi jalan untuk berniaga tahun ini. Saya berusaha sebaik mungkin menjual durian dalam talian tetapi ia kurang memberangsangkan.

"Saya ada menyertai platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) namun hasil jualan tidak serancak berbanding menjual di gerai.

"Pelanggan lebih suka melihat sendiri buah durian daripada membeli dalam talian kerana mereka lebih puas hati dengan cara itu," jelasnya.

Menyentuh harga pula, Shamsol yang sudah sedekad berkecimpung dalam perniagaan durian memberitahu, harga durian merudum antara RM5 hingga RM10 sekilo.

"Kita terpaksa turunkan harga kerana lambakan durian. Durian jenis D604 yang sebelum ini berharga RM38 sekilogram kini hanya RM28. Jika kita tidak turunkan harga, tiada pembeli dan buah akan rosak.

"Meskipun kini adalah masanya untuk peminat durian menikmati buah kegemaran mereka, malang ia sebatas untuk penduduk Pulau Pinang sahaja," luahnya.

Di Balik Pulau, terdapat lebih 200 dusun durian yang dimiliki oleh penduduk tempatan.

-SH Online

Sabtu, 6 Februari 2021

GUNUNG INAS:PROJEK MUSANG KING TERBESAR DUNIA?

 PROJEK MUSANG KING TERBESAR DUNIA? BACA INI DULU ....

Sejak semalam, bertali arus mesej minta penjelasan mengenai video yang tular berkaitan “penerokaan kawasan hutan di Gunung Inas, Baling yang akan jadi ladang durian musang king terbesar di dunia”.

Kesemua tuntutan penjelasan itu ada elemen tuduhan bahawa kerajaan Kedah pimpinan MB Haji Muhammad Sanusi Md Nor lah yang beri kelulusan untuk hutan Gunung Inas digondolkan, diteroka untuk projek musang king.

Adakah ini projek baharu, diluluskan oleh MB Sanusi yang jadi MB berkuatkuasa 17 Mei 2020?

Lagu mana pulak dalam laporan akhbar yang boleh disemak pada link-link di bawah ini menunjukkan projek itu sebenarnya telah “meriah” sejak 2019 lagi?

Siapa MB ketika itu?

Orang Kampung Bukit Iboi, Kampung Tiak dan Bok Bak di Baling tahulah banjir lumpur setelah hutan di pinggir kampung depa digondolkan bukan baru jadi sejak Haji Sanusi naik jadi MB.

Bak kata Tun Mahathir atas pentas Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pada 22 Jun 2002: “Dah lama dah...”

Kalau anda mencari kebenaran, anti kepada fitnah... bukalah kesemua link yang saya sertakan ini, baca dan fahamkan. 

Anda akan tahu sama ada persepsi yang sedang ditebar kononnya MB Sanusi yang meluluskan hutan itu dijarah, diteroka untuk projek musang king adalah fitnah semata mata. 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587684/pantau-projek-musang-king-dan-balak

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/605171/projek-musang-king-di-gunung-inas-diarahkan-dihentikan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/624332/eksklusif-hutan-simpan-gondol

https://www.kosmo.com.my/2020/07/29/henti-projek-musang-king-elak-banjir-kilat/

https://www.kosmo.com.my/2020/07/29/henti-projek-musang-king-elak-banjir-kilat/

https://www.facebook.com/374958359261992/posts/3208058879285245/?extid=0&d=n

https://www.sinarharian.com.my/article/8007/EDISI/Utara/Kerana-Musang-King-empangan-tergadai

KRONOLOGI

Gunung Inas: 

Kelulusan asal untuk ladang hutan ganti diperolehi pada tahun 2007 seluas 5000 hektar (12,355 ekar) oleh Kedah Agro Sdn Bhd (Anak syarikat MBI Kedah) dan sebuah syarikat usahasama. 

Kerajaan bertukar pada 2008 (PRU-12). Projek itu diteruskan oleh kerajaan pimpinan TS Ust Azizan. Kayu- kayu diserah kepada Jabatan Perhutanan untuk ditander terbuka, kerja menanam diserah kepada Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan (KLPK). 

Mula ditanam getah (TLC) pada 2012 oleh Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan di fasa 1 seluas 400 ekar. Konsep projek pada masa itu adalah membangunkan Ladang Rakyat yang akan diuruskan oleh Kedah Agro. Nama-nama penduduk miskin seluruh Kedah dikumpulkan oleh Pejabat Daerah dan mereka dimasukkan sebagai peserta Ladang Rakyat yang dibayar dividen tahunan berdasarkan pendapatan daripada ladang rakyat itu.  

Konsep Ladang Rakyat dalam program ladang hutan ganti (TLC) itu akan diperluaskan ke daerah-daerah lain dari masa ke semasa.

Fasa 1 projek itu akan memanfaatkan 300 penduduk miskin dari Daerah Baling dan sekitarnya. Mereka hadir menerima dividen pertama pada hari projek itu dirasmikan oleh TS Ust Azizan Abdul Razak di Charok Rotan Emas, sebahagian tapak projek itu. Ramai lagi yang hadir ke majlis itu.

Masa berlalu: 

Selepas PRU pada 2013, kerajaan negeri bertukar. Projek Ladang Rakyat itu tidak diteruskan @ BATAL!  400 ekar itu sajalah ditanam getah. Ladang Rakyat dan penduduk miskin yang dipilih menjadi pesertanya pun berkubur tanpa nisan.

Tapak kelulusan projek TLC itu diserahkan kepada syarikat lain oleh kepimpinan kerajaan dan MBai pada masa itu. Perubahan kerajaan turut mengubah ladang hutan TLC fasa-fasa berikutnya kepada tanaman lain yang kini dikenali sebagai ladang durian musang king terbesar di dunia. Daripada kelulusan asal 12,355 ekar, tiba-tiba telah menjadi 30,000 ekar dalam tempoh 2013-2019.

Banjir dan lumpur mengancam penduduk sekitar akibat mendapan tanah di sungai sekitar kawasan itu sejak beberapa tahun lalu. Sungai menjadi cetek dan air melimpah ke kawasan kediaman. Paling kerap pada 2019. 

Saya difahamkan syarikat asal yang diberikan kawasan itu selepas perubahan kerajaan pada 2013 lalu telah menjual projek ladang itu mereka kepada sebuah syarikat lain. Exco Alam Sekitar Kerajaan PH pada 2019 juga turut membuat beberapa kenyataan media berhubung banjir lumpur dan musang king di Gunung Inas.

Kerajaan bertukar lagi:

Pada Julai tahun lalu (2020), sebulan selepas mengambil alih kerajaan daripada PH, sempena Mesyuarat Exco Kerajaan yang diadakan di Baling, saya mengarahkan projek tanaman durian yang didakwa menyebabkan banjir itu dihentikan. Dasar kita jelas, peraturan mesti dipatuhi, pelanggaran undang-undang tidak boleh dikompromi. Kepentingan rakyat mesti didahulukan.

Projek ladang hutan mesti ditanam spesis yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan, dan durian tidak termasuk spesis itu. Walaubagaimanapun, Jabatan perhutanan membenarkan 20% keluasan yang diluluskan ditanam dengan spesis buah-buahan. Pada masa itu (Julai 2020), dilaporkan 2000 ekar sudahpun ditanam durian musang king.

Arahan kerajaan jelas: Hentikan tanaman durian musang king, kembali kepada tanaman yang dibenarkan untuk ladang hutan ganti di tanah yang diluluskan. Tanah-tanah yang sudah gondol mesti ditanam dengan tanaman tutup bumi segera untuk mengelak hakisan. 

Bersabit video yang tular semalam, saya difahamkan ia video lama sebelum arahan berhenti kerja dibuat pada Julai 2020. Saya tidak kenal mereka, sama ada mereka itu syarikat yang diberi hak membangunkan ladang hutan selepas tahun 2013 ataupun syarikat yang membeli projek itu daripada syarikat asal. 

Saya tidak tahu tujuan sebenar ia ditularkan semula. Walaubagaimanapun, saya telah meminta laporan penuh keadaan semasa di kawasan terbabit daripada semua agensi yang terbabit. Tindakan berikutnya akan dibuat berdasarkan laporan-laporan itu.

Terkini: Getah yang ditanam pada 2012 itu sudahpun mula ditoreh beberapa tahun lepas. Ia masih diuruskan oleh Kedah Agro Sdn Bhd, anak syarikat MBI. Tapi ia bukan lagi berkonsepkan ladang rakyat yang dirancang pada 2012... 

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Kita tetaplah pada diri dan matlamat kita- "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua."