"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2026

Tsunami Banjir Lumpur Berlaku Di Tibet Sempadan China-Nepal:Apakah Satu Teguran Allah Kepada Manusia Sekarang?

(Berdasarkan kepada gambar)

 Sebelah kanan tu, asalnya sebuah tamadun yang hidup. Ada bangunan yang gagah, jalan raya yang elok, jambatan yang teguh dan sebatang sungai yang mengalir tenang.

Tapi tengok sebelah kiri. 

Dalam sekelip mata... semuanya lenyap.

Bukan sekadar hancur, tapi terus hilang dari peta. 

Tertimbus di bawah jutaan tan tanah, lumpur dan batu batan. Jambatan runtuh, bangunan rata, sungai pun terus tertimbus jadi daratan mati.

Sebab selalu bila kita baca Al-Quran, kita dihidangkan dengan kisah-kisah umat terdahulu. 

Kisah kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Lut dan keangkuhan Firaun.

Tiap kali baca macam mana Allah timpakan bala, hancurkan tamadun mereka dari akar umbi dan gantikan dengan umat yang baru... kadang-kadang fikiran kita susah nak bayangkan.

Kita selalu rasa, "Ah, itu zaman dulu... Zaman sekarang kita dah ada satelit, ada teknologi kejuruteraan canggih, ada bangunan kalis gempa bumi."

Tapi hakikatnya bila kita mula leka...

Bila kita mula lalai dengan pangkat dan kemewahan dunia...

Bila ego kita melangit sampai rasa kita boleh kawal segalanya...

Allah datangkan PERINGATAN sebegini. 

Supaya kita sedar, setinggi mana pun kita bina tamadun, kita hanyalah menumpang di bumi milik Allah.

Teringat Abang pada satu ayat yang sangat menakutkan, tapi inilah realiti yang sedang kita tengok dalam gambar ni. 

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 24. Kau baca pelan-pelan. Hadamkan.

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit... sehingga apabila bumi itu lengkap dengan perhiasannya dan menjadi indah dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat menguasainya... tiba-tiba datanglah perintah Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan semuanya hancur-lebur, seolah-olah ia belum pernah wujud kelmarin..."

Allahuakhbar.

Rupa-rupanya, tak payah tunggu hari Kiamat, dik.

Bila Allah beri satu sahaja arahan pada bumi, pada gunung atau pada air... runtuh habis segala kemegahan manusia.

Masa lumpur dan batu tu menghentam, duit jutaan ringgit dalam akaun bank dah tak ada nilai. 

Pangkat dan darjat tak boleh buat perisai. 

Kereta mewah yang dibanggakan hancur jadi besi buruk.

Tinggal kita dan amalan kita je menghadap Allah.

Abang nak ucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas tragedi tanah runtuh dahsyat yang berlaku di sempadan Nepal-China ni. Moga keluarga mangsa yang terlibat diberi ketabahan luar biasa untuk hadapi ujian seberat ini.

Tapi untuk kita yang masih hidup, yang masih diberi nikmat bernafas dan bernaung di bawah bumbung yang selamat hari ni...

Sama-sama kita ambil peringatan dan pelajaran. 

Gambar ni bukan sekadar berita bencana alam di luar negara. Ini adalah TEGURAN LANGSUNG dari Allah untuk mematikan ego kita.

Jangan kita sombongkan sangat hari ni dik, sebab apa yang kita rasa kita akan PEGANG selamanya, walhal Allah boleh tarik sekelip mata.

Bawa bertenang. 

Turunkan ego. 

Kembalilah pada Allah.

Salam malam Jumaat.

.

.

Shauqi Hasan

Doa selamat buat kita semua.

Ahad, 12 Januari 2025

Kebakaran Dahsyat di Los Angeles - Anggaran Kerugian AS$150 Bilion: Peringatan kepada Dunia dan Manusia"

 "Kebakaran Dahsyat di Los Angeles - Anggaran Kerugian AS$150 Bilion: Peringatan kepada Dunia dan Manusia"

Oleh: Mazlan Syafie

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, pencipta alam ini dengan segala kebesaran dan kebijaksanaan-Nya. Dunia sekali lagi diuji dengan bencana alam yang dahsyat, memberi peringatan kepada kita tentang kelemahan manusia di hadapan kuasa alam yang diciptakan oleh Allah. Kebakaran besar yang sedang melanda Los Angeles dan kawasan sekitarnya di California Selatan kini mencatatkan antara bencana paling mahal dalam sejarah moden.


Kebakaran ini telah menyebabkan kemusnahan besar, dengan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban dan lebih daripada 9,000 struktur rosak atau musnah, termasuk rumah dan bangunan bersejarah. Lebih daripada 130,000 penduduk terpaksa berpindah demi keselamatan mereka, manakala kawasan Los Angeles County dan Ventura County kekal di bawah amaran bendera merah. Menurut anggaran terkini, jumlah kerosakan ekonomi akibat kebakaran ini mencecah antara AS$135 bilion hingga AS$150 bilion (bersamaan lebih RM600 bilion hingga RM700 bilion), menjadikannya salah satu kebakaran hutan paling mahal dalam sejarah dunia.


Faktor utama yang menyemarakkan kebakaran ini ialah angin Santa Ana, fenomena cuaca khas di California Selatan yang membawa kelajuan angin sehingga 100 km/j dengan kelembapan serendah 10%. Kombinasi angin kencang, kemarau panjang, dan vegetasi kering akibat cuaca ekstrem menjadikan kawasan tersebut sangat mudah terbakar. Bara api kecil mampu diterbangkan jauh oleh angin, mencetuskan kebakaran baru dalam radius yang luas.


Punca sebenar kebakaran ini masih dalam siasatan, namun terdapat spekulasi bahawa ia mungkin berpunca daripada kerosakan talian elektrik, percikan api, atau puntung rokok yang dibuang sembarangan. Pemanasan global juga memainkan peranan besar, menyebabkan musim kemarau lebih panjang, suhu yang lebih tinggi, dan risiko bencana seperti ini semakin kerap berlaku. Keadaan ini mengingatkan kita kepada tragedi besar seperti Camp Fire pada 2018 yang mengorbankan 85 nyawa dan Thomas Fire pada 2017 yang membakar lebih 280,000 ekar tanah.


Walaupun kemusnahan ini amat dahsyat, usaha pasukan bomba harus dipuji. Lebih 2,000 anggota bomba kini bertungkus-lumus memadamkan api, dibantu oleh helikopter dan pesawat penjatuh air. Namun, cabaran mereka sangat besar, terutamanya dengan medan yang curam dan cuaca yang terus berubah-ubah. Ketabahan dan keberanian mereka adalah contoh terbaik kerjasama manusia dalam menghadapi ujian besar.

Di Malaysia pula, cabaran Monsun Timur Laut sedang melanda. Monsun yang bermula pada November 2024 dijangka berterusan hingga Mac 2025, membawa hujan lebat yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor berada dalam risiko tinggi, sementara ribut petir dan angin kencang dijangka melanda negeri lain seperti Selangor, Melaka, Sarawak, dan Sabah. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi amaran tentang kawasan rendah seperti Kuantan, Pekan, dan Rompin yang dijangka terkesan teruk jika banjir berlaku.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat, menyediakan bekalan makanan dan air bersih, serta mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah. Perancangan awal dan tindakan pantas dapat membantu mengurangkan risiko dan kerosakan akibat bencana.

MasyaAllah, betapa besar kekuasaan Allah yang mencipta fenomena alam ini untuk mengingatkan manusia tentang tanggungjawab menjaga bumi yang diamanahkan kepada kita. Kebakaran di Los Angeles dan banjir yang mungkin berlaku di Malaysia adalah bukti jelas bahawa kita perlu lebih menghargai alam sekitar, menjaga keseimbangan ekosistem, dan bertindak lebih bijak dalam menghadapi perubahan dunia. Semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini dengan penuh hikmah dan rasa syukur. MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar.

___

Source 

Jumaat, 22 September 2023

[VIDEO] Sembilan kampung termasuk Kampung Iboi dilanda banjir

 

Anggota APM melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Padang Setoi, Baling malam ini.

BALING – Sekurang-kurangnya sembilan kampung di daerah ini dilanda banjir akibat hujan lebat di kawasan tersebut pada petang ini.

Kampung yang terjejas adalah Kampung Iboi, Kampung Padang Empang, Kampung Padang Setoi, Kampung Ulu Bakai, Kampung Seputeh, Kampung Malau, Kampung Lubuk Pedati, Kampung Binjul dan Kampung Sungai Tembak.

Kebanyakan rumah penduduk yang terjejas terletak berdekatan sungai.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan penempatan penduduk berhampiran.

“Hasil tinjauan dan pemantauan anggota APM di lapangan mendapati berlakunya banjir kilat di beberapa kampung. Air sungai naik terlalu cepat mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air.

“Kita juga melakukan operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, air sungai mulai surut dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

“Keadaan cuaca masih hujan renyai di beberapa tempat dan paras air Sungai Ketil dan beberapa sungai lain juga dalam keadaan berjaga-jaga,” ujarnya.

APM menasihatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan menjaga keselamatan anak-anak serta keluarga selain bersedia untuk berpindah jika berlaku kenaikan air di kawasan rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Selasa, 5 Julai 2022

‘Alam tidak akan berkelakuan aneh jika tidak dicederakan, tiada negeri lain tanam Musang King di ketinggian 1,000 m’

 

Sesiapa pun boleh nampak punca kepala air di Kupang, Kedah petang semalam. Setakat ini, tiga individu dipercayai hilang dibawa arus.

Gambar 1 adalah dari Outdoor Map applikasi Windy pada imej satelit terkini yang menunjukkan aktiviti membalak pada muka bumi berketinggian 1,029 meter dari paras laut.

Gambar 2 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit lama Google Earth.

Gambar 3 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit baharu Outdoor Map applikasi Windy.

Gambar 4 menunjukkan saliran sungai yang turun dari kawasan pembalakan tersebut?

Mungkin akan ada penafian dari pihak yang seharusnya dipertanggungjawabkan. Paparan di sini sekadar mengajak anda melihat yang alam tidak akan berkelakuan aneh dengan kejadian biasa tanpa ia kesakitan kerana dicederakan.

Kepala air boleh terjadi di mana-mana. Tapi magnitudnya sekadar dalam lingkungan aliran maksimum sungai.

Namun, kesan pembalakan kaedah gondol, baru atau lama, adalah punca kepala air dengan banjir lumpur. Apabila sisa pembalakan ini mengempang aliran, dan runtuh, arusnya meruntuhkan tebing dan tanah runtuh itulah mewujudkan banjir lumpur.

Nasihat saya, sambil mengecam pihak yang menyebabkan kejadian, penduduk terbabit harus mengambil peluang yang mungkin anda tidak tahu. Garis kemuncak Banjaran Bintang merupakan jalur emas 1 di Semenanjung.

Itu yang menghairankan apabila pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut pi tanam Musang King? Mana ada negeri lain buat. Tadahan air tu. Dah membuat kesusahan pada orang kampung terpaksa saya habaq pi.

-malaysiadateline

Isnin, 23 November 2020

Bendang tenggelam hingga paras pinggang .

PARA pesawah menunjukkan bendang yang tenggelam sehingga paras pinggang di Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis hari ini.- UTUSAN/ MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

ARAU : Tidak sampai dua bulan mengusahakan tanaman padi, kira-kira 100 pesawah dari Kampung Oran, Mata Ayer di sini berdepan dugaan besar apabila kawasan bendang seluas 81 hektar itu tenggelam sehingga paras pinggang berikutan air dari Sungai Ngulang yang terletak berhampiran melimpah masuk ke kawasan terbabit.

Pesawah mendakwa, kerja-kerja penyelenggaraan sungai tersebut menyebabkan sisa-sisa sampah tersangkut pada pintu tandop sekali gus menyebabkan air tersekat seterusnya melimpah masuk ke kawasan bendang berhampiran.

Berikutan itu, pesawah terbabit mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM500,000 selepas hasil tanaman mereka itu berkemungkinan musnah sepenuhnya.

Seorang pesawah, Zulhairi Mat Zain,48, berkata, dia mengalami kerugian hampir RM48,000 selepas tanaman padi di kawasan seluas enam hektar miliknya itu ditenggelami air.

Lebih menyedihkan katanya, dalam musim ini sahaja sudah tiga kali kawasan sawahnya tenggelam bagaimanapun sebelum ini tanaman masih dapat diselamatkan.

“Rasa sedih sangat apabila pagi ini datang lihat kawasan sawah semuanya tenggelam. Hasil penat-lelah mengusahakan tanaman padi yang baharu masuk hari ke-45 musnah dalam sekelip mata sahaja.

“Sistem perparitan kurang memuaskan itu menyebabkan setiap kali hujan lebat padi di kawasan ini tenggelam. Pihak bertanggungjawab perlu melihat perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pesawah, Azuzin Saad,58, berkata, kerja-kerja menyelenggara yang sedang dilakukan di sungai berhampiran menyebabkan sisa-sisa sampah, kayu dan sebagainya tersangkut pada pintu tandop.

“Apabila sangkut, air tidak dapat mengalir seterusnya melimpah ke kawasan bendang. Kami berserah pada takdir sama ada padi masih boleh diselamatkan atau sebaliknya,” katanya yang mengalami kerugian lebih RM12,000.

Mohd. Asri Dali,52, pula berkata, luluh hatinya apabila melihat keseluruhan kawasan sawahnya tenggelam sewaktu datang untuk menyulam padi pada sebelah pagi ini.

“Padi ini baru diusahakan sejak 45 hari lalu dan kini semuanya tenggelam menyebabkan pesawah di sini terjejas teruk. Duit hasil padi yang diharapkan untuk membeli kelengkapan sekolah anak pada tahun depan nampaknya lenyap begitu sahaja,” kata bapa kepada empat orang anak itu. -UTUSAN ONLINE