"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Berita Palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Palsu. Papar semua catatan

Rabu, 2 Jun 2021

Padah kongsi berita palsu, suri rumah didenda RM5,000

KANGAR: Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu.

Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftakan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu oleh peguam, Siti hajar Che Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohd Nordin dalam hujahannya berkata, ini adalah kes pertama seumpama ini di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan COVID-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah itu.

Pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.

Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh disebabkan tertuduh sedang mengandung 28 minggu.

Selain itu tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan COVID-19.

Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan COVID-19 yang semakin naik di negeri Perlis.

Hakim Musyiri bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.

Pengarahnya, Naharudeen Othman, berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan setelah siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif COVID-19.

Penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.

Rabu, 20 Januari 2021

Frontliner,Dr. Ali Meninggal Bukan Sebab Terlampau Penat-KKM

 Dalam satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook lewat malam Selasa, SPJM mendakwa seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya menghembuskan nafas akhir dipercayai akibat terlampau penat dengan bebanan tugas yang dipikul. 

Menurut SPJM, Dr Ali yang juga ahli SPJM jatuh sakit setelah kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. 

"Beliau tertidur ketika bertugas dan akhirnya pengsan," katanya.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Bagaimanapun dakwaan mereka itu dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

===== 

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain. 

"Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu lapor Sinar

-------------

Memandai-mandai pulak SPJM tu... kan dah jadi berita palsu.. 

Apapun.. bersamalah kita mendoakan semoga ALLAH SWT menerima segala amal kebajikan beliau ,mengampuni segala dosanya yang lampau dan tempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman..

Salam takziah buat ahli keluarganya

-Anak Sungai Derhaka

Isnin, 4 Januari 2021

Ada Pihak Cuba Sebar Berita Palsu, Kononnya Virus Covid-19 Tidak Pernah Wujud

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan Covid-19 bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat.

Ianya berikutan dakwaan Covid-19 hanyalah ‘global scam’ di mana dikatakan tidak wujud sebagai virus dan mangsa yang meninggal dunia disebabkan Amplified Global 5G Electromagnetic Radiaton atau keracunan.

Penemuan itu kononnya didakwa susulan daripada penemuan doktor di Itali yang telah melakukan bedah siasat ke atas pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Itali sekaligus menjadi negara pertama yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu tidak boleh melakukan bedah siasat ke atas pesakit bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 tersebar.

Gambar: KKM

Jelas KKM, hasil siasatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), telah mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar di aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.

Secara umumnya, kesan daripada penyebaran berita palsu tanpa sumber yang sahih ini perlu dihentikan segera kerana boleh mengakibtakan ketakutan dan menambah kegelisahan orang ramai.

Sumber: KKM Malaysia

-siakapkeli.my

Rabu, 21 Oktober 2020

Wartawan terkejut namanya diguna untuk penyebaran berita palsu

 

Saadiah kiri, laporan berita palsu dari pihak tidak bertanggungjawab dari kanan

KUALA LUMPUR– Wartawan terkejut apabila namanya terpalit dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berita bertajuk “Larangan rentas negeri dari Melaka mulai esok” beserta nama pemberita Saadiah Ismail dan email wartawan terbabit tular di media sosial hari ini.

Saadiah Ismail yang berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian berkata, dia menerima banyak pertanyaan ramai bagi mendapatkan penjelasan berhubung berita tersebut.

"Allahu...saya dikejutkan begitu banyak whatsapp, emel dan juga panggilan dari penduduk negeri Melaka berkenaan dengan berita di bawah ini.

“Apa yang saya boleh katakan..ini adalah penyebaran berita palsu menggunakan nama saya Saadiah Ismail selaku pekerja di bawah syarikat akhbar Berita Harian,”katanya.

Bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya, Saadiah berkongsi penyebaran berita palsu berkenaan di Facebooknya.

Dia juga memuat naik siaran media kerajaan negeri Melaka yang menafikan larangan rentas negeri di Melaka seperti digembar gemburkan.

Saadiah berkata, semua pihak diharapkan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sekiranya menerima berita seperti itu.

“Jangan sembarangan sebarkan hingga mengundang panik di kalangan semua orang.

“Buat individu yang sengaja menggunakan nama saya, anda sudah mengganggu gugat ketenteraman setiap orang.

Terdahulu, berita palsu berkenaan tular di media sosial dan menimbulkan tanda tanya orang ramai akan kesahihannya.

Rentas7.com