"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Letupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Letupan. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2020

Warna asap petunjuk letupan Beirut bukan sebab ammonium nitrat


ROM - Pakar letupan terkemuka mendakwa letupan dahsyat di Beirut, Lubnan disebabkan oleh pembakaran peluru berpandu tentera dan bukan akibat bahan kimia berbahaya, ammonium nitrat seperti didakwa dalam laporan sebelum ini.

Daily Mail melaporkan Danilo Coppe, 56, dari Parmesan, Itali mengeluarkan teori bencana yang meragut 160 nyawa dan mengakibatkan 6,000 yang lain cedera itu berdasarkan warna kepulan asap yang berwarna jingga kemerah-merahan.

Coppe yang juga dikenali dengan nama samaran Mr Dynamite itu menjelaskan apabila berlaku letupan disebabkan oleh ammonium nitrat, ia akan menghasilkan kepulan asap berwarna kuning.

*_“Seharusnya ada pemangkin yang menyebabkan letupan tersebut. Anda boleh lihat dengan jelas warna kepulan asap itu yang menunjukkan terdapat litium dan jika dalam bentuk logam ia merupakan pendorong peluru berpandu tentera. Saya rasa wujud persenjataan di sana,”_* ujarnya.

Menurutnya, dia percaya letupan pertama itu bermula daripada kebakaran di tempat simpanan senjata tersebut.

*_“Ia kemudiannya merebak ke lokasi yang menempatkan bahan letupan tinggi yang terdapat pada roket atau misil,”_* tambahnya lagi.

Kelmarin, Iran menggesa negara antarabangsa supaya tidak mempolitikkan kejadian itu dan menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Lubnan.

*_“Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tujuan politik. Punca insiden itu perlu disiasat dengan teliti,”_* kata jurucakap Kementerian Luar, Abbas Mousavi selepas beberapa pihak sebelum ini menuduh Hizbullah yang disokong Teheran bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Lubnan dijangka menyaksikan peletakan jawatan beramai-ramai selepas dua menteri dan sembilan ahli Parlimen mengambil langkah sedemikian susulan insiden letupan dahsyat yang memusnahkan sebahagian besar Beirut.

Bencana itu turut memicu kemarahan awam dan siri protes baharu telah tercetus sejak akhir minggu lalu sebagai membantah korupsi, kecuaian dan ketidakcekapan pihak berkuasa. - Agensi


Sumber dari :
https://www.sinarharian.com.my/article/96064/GLOBAL/Warna-asap-petunjuk-letupan-Beirut-bukan-sebab-ammonium-nitrat