"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Albert Einstein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Albert Einstein. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2021

Tahukah anda, otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya?

 


Semalam, pada 18 April, merupakan hari ulang tahun kematian ahli fizik ulung, Albert Einstein. Tahukah anda, otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya pada umur 76 tahun. Kenapa? Mari ikuti peristiwanya.

Pada 17 April tahun 1955, Einstein telah dihantar ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya yang pecah. Beliau meninggal dunia dalam keadaan sedang meneruskan kajian atas katil.

Ketika beliau meninggal, otaknya dicuri dan hilang lebih daripada 40 tahun. Orang yang mencurinya ialah Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia. Harvey membawa otak itu ke seluruh Amerika Syarikat.

7 jam selepas mengenal pasti punca kematian Enstein, Harvey telah melakukan autopsi ke atas otak Einstein. Harvey sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun. Dia sebenarnya ahli patologi.

Ketika melakukan autopsi, Harvey telah mengeluarkan otak Einstein dari kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil gambar-gambar otak Einstein. Otak Einstein mempunyai berat yang sama dengan orang lain iaitu sekitar 1230 gram.

Selepas itu, beliau merendamnya di dalam cecair formaldehyde. Tidak cukup dengan itu, Harvey turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein, Henry Adam. Sehingga ke hari ini, mata tersebut disimpan di dalam sebuah kotak di New York.

Lebih mengejutkan, Harvey tidak mempunyai kebenaran pun daripada keluarga Einstein untuk melakukan projek-projek mengeluarkan otak dan mata Einstein. Otak Einstein dibelah sebanyak 200 bahagian. Kemudian, 200 bahagian itu dibahagikan kepada 12 set.

Apa yang dilakukan oleh Harvey benar-benar bertentangan dengan apa yang diwasiatkan oleh Einstein. Sebelum meninggal, Einstein telah memesan agar tubuhnya dibakar bersama-sama dengan otaknya sekali. Einstein berwasiat begini kerana beliau tidak mahu dirinya dijadikan pemujaan.

Apabila peristiwa ini diketahui oleh umum, Harvey cuba mendapatkan kebenaran (retroactive permission) daripada anak lelaki Albert Einstein iaitu Hans Einstein untuk meneruskan projek kajian otak. Hans membenarkannya tetapi dengan betul-betul bertujuan untuk penyelidikan.

25 tahun selepas Harvey mendapat kebenaran daripada Hans untuk melakukan kajian, tiada satu pun kertas kajian dikeluarkan dan ramai mula melupakan peristiwa tersebut.

Sepanjang peristiwa tersebut, Harvey kehilangan kerjanya di Hospital Princeton. Kad pengamalan perubatannya ditarik. Hospital Princeton pernah meminta Harvey memulangkan semula otak Einstein, tetapi Harvey tidak mahu.

Rumahtangganya runtuh. Isteri Harvey pernah mengugut Harvey supaya otak itu dibuang. Harvey buang, tetapi kutip semula, kemudian lari. Sepanjang tempoh 25 tahun itu, Harvey tidak dapat bangkit untuk kembali kepada kehidupan normal.

Namun, selepas itu, seorang jurnalis muda, Steven Levy mencari Harvey untuk mengetahui perkembangan tentang otak Einstein. Levy menulis berita tentang pertemuannya dengan Harvey dan Harvey mula mendapat perhatian kembali.

Ramai saintis telah meminta sebahagian daripada otak tersebut bagi tujuan penyelidikan. Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh manusia seperti Einstein.


Sekitar 40 tahun selepas kematian Einstein, Harvey membawa otak Einstein di dalam bekas untuk dipulangkan kepada cucu Einstein, Evelyn. Namun, Evelyn tidak mahu terima. Evelyn juga turut memarahi Harvey apabila beliau secara sengaja meninggalkan bekas otak Einstein di rumahnya.

Dalam tempoh 30 tahun otak Einstein dicuri, kajian ke atasnnya tidak ke mana². Malah, tiada satu pun kertas kajian diterbitkan berkenaannya. Harvey sendiri pernah berhubung dengan pakar otak dan neuro, tetapi tiada sambutan pada ketika itu. Yang datang kepadanya ramai jurnalis

Pada tahun 2010, pewaris kepada Harvey telah menyerahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain dari National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Einstein juga boleh dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.
Harvey mahu melakukan kajian ke atas otak Einstein kerana inspirasinya daripada Oskar Vogt yang melakukan kajian ke atas Vladimir Lenin, penguasa Soviet Union.

Berikut merupakan beberapa dapatan kajian mengenai otak Einstein; 1. Kuatnya rangkaian (connectivity) antara kedua-dua belah otak Einstein. Penyelidik mencadangkan, ketinggian intelektual Einstein berpunca daripada komunikasi tersusun antara kedua-dua belah otak.

2. Terdapat bahagian otak yang berfungsi untuk kognitif lebih berkembang berbanding orang lain. Hal ini mencadangkan Einstein mempunyai daya kognitif yang tinggi. Perkara ini dapat dilihat daripada kebolehan Einsten untuk melakukan pelbagai bentuk eksperimen khayalan.