"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kemalangan Maut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan Maut. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2026

Kemalangan sebab dari pemandu mabuk:DPMM usahakan 3 perkara dalam membantu keluarga mangsa..

 


Tadi baru sahaja menonton satu video kenyataan daripada peguam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan kes kematian akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk baru-baru ini.

3 perkara yang akan diusahakan DPPM pada keluarga mangsa pada saya adalah sangat luar biasa.

PERTAMA

Mereka sediakan khidmat guaman percuma pada keluarga mangsa. Tadi pada hari pertama prosiding, peguam DPPM hadir ke mahkamah sebagai peguam pemerhati untuk pantau perjalanan perbicaraan kes. Alhamdulillah.

KEDUA

Ini yang paling jarang kita dengar. Peguam juga akan failkan tindakan sivil untuk tuntut pampasan kepada keluarga mangsa terhadap tertuduh dan juga pihak insurans si pemandu mabuk.

Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil ‘dependency claim’.

Realitinya di Malaysia sebelum ini, ramai keluarga mangsa akibat kemalangan maut…

atau kes bunuh…

akhirnya tak dapat apa-apa.

Pesalah mungkin didenda.

Masuk penjara.

Tapi keluarga mangsa?

Terus menanggung kehilangan tanpa pampasan sewajarnya.

Sebab itu tindakan ini sangat luar biasa.

Ia seolah-olah menghidupkan semula konsep keadilan yang lebih menyeluruh dan hampir kepada konsep ‘diat’ dalam Islam di mana keluarga mangsa diberi ‘ganti rugi’ di atas kehilangan seseorang yang dibunuh.

KETIGA

Mereka turut tawarkan pengurusan harta pusaka dan hibah secara percuma agar hak pada keluarga mangsa dapat diberikan dengan sempurna.

Dan ada satu lagi perkara yang ramai tak tahu.

Jika tertuduh disabitkan kesalahan nanti, keluarga mangsa berpeluang untuk membawa “victim impact statement” di mahkamah.

Mereka boleh ceritakan sendiri bagaimana tindakan tertuduh telah meruntuhkan kehidupan mereka.

Kita difahamkan kes ini sedang dipertimbangkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Jika sabit kesalahan, hukumannya sangat berat iaitu hukuman mati atau Penjara 30 hingga 40 tahun

Pada kita sekurang-kurangnya…

ada sedikit kelegaan.

Bahawa nyawa yang hilang itu dipandang serius oleh sistem keadilan.

Tapi satu persoalan besar masih belum terjawab iaitu

Berapa ramai lagi perlu mati baru kita benar-benar tegas dalam isu pemandu mabuk?

Undang-undang mesti tegas.

Penguatkuasaan mesti konsisten.

Dan masyarakat mesti berhenti dari menganggap mabuk itu adalah dosa individu.

Kali ini kita nampak satu usaha yang betul-betul usaha untuk membela keluarga mangsa.

Bukan sekadar bercakap.

Tetapi bertindak.

Tahniah Pemuda PAS.

Semoga ini menjadi titik perubahan bukan sekadar satu kes yang kita akan lupa seperti kes-kes sebelum ini.

Source 

Rabu, 11 Jun 2025

TRAGEDI UPSI:MUHASABAH BUAT KITA SEMUA. YANG BAIK DIJADIKAN IKHTIBAR DAN PEDOMAN

 MUHASABAH BUAT KITA SEMUA. YANG BAIK DIJADIKAN IKHTIBAR DAN PEDOMAN 

Dalam ramai yang sedih dan masih terkesan dengan tragedi bas UPSI baru ni, ada satu wajah yang luar biasa tenangnya…😢

Sebenarnya ini hanya satu daripada kisah yang kita tahu, disebalik tragedi ini, ada juga kisah pemergian anak-anak UPSI lain yang menunjukkan tanda-tanda pemergian yang baik.

Pastinya, mereka semua pergi dalam keadaan menuntut ilmu, itulah jalan mulia yang diiktiraf sebagai satu bentuk Jihad. Mudahan mereka semua dikurniakan kematian yang Syahid di sisi Allah SWT.🤲🏻

Bila lalu satu video reaksi ayah kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah, salah seorang daripada 15 anak-anak yang terkorban, saat itu jasad anaknya baru sampai ke pangkuan mereka, sebaknya rasa 😢

Ayahnya berkata “Kalu tengok berderaa air mata…Sabar…Simpang dulu nanti nangis semula pulok”

Terjemahan: “Kalau tengok boleh berderai air mata…sabar..jangan nangis..simpan air mata dulu” 

Bayangkan, seorang Ayah..bila jasad anaknya tiba di depan mata. Wajahnya tenang, dalam video tersebut dia memberi isyarat lap air mata… tarik nafas...kepada sahabat-sahabat anaknya yang berdiri di sisi. 

Ucapannya ringkas, tapi cukup berat maknanya.😭😭

Allahu Akbar... berat sebenarnya untuk seorang ayah mengucap kata begitu, sedang di hadapan matanya terbujur jasad anak gadisnya sendiri yang dijaga sedari kecil, bahkan dididik sehingga menjadi seorang Hafizah menghafal al-Quran dan bakal menjadi pendidik anak bangsa😢

Paling meruntun hati, anaknya ditemui meninggal dunia dalam keadaan memeluk erat mushaf al-Quran miliknya dan unit forensik yang ditugaskan membawa mereka yang terkorban beritahu salah satu mayat bau wangi sangat 😭

Melihat reaksi Ayah kepada Nurly ini, itulah sabar yang datang dari hati yang sangat rapat dengan Allah. Sabar yang bukan sekadar dipaksa, tapi lahir dari Iman dan Reda yang sebenar-benarnya.

Kita yang menonton pun sudah tidak tertahan sebak, inikan pula dia ayah yang mengangkat anak itu sejak kecil, mengurus keperluan dan pelajaran anak itu dengan harapan besar, kini perlu menyerahkannya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang begitu cepat dan mengejutkan. 

Namun, bukankah Allah sudah berjanji bahawa setiap kehilangan keranaNya pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Firman Allah SWT 

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٥ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ١٥٦ أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَٰتٌۭ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌۭ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُهْتَدُونَ ١٥٧

Maksudnya: "Dan sungguh, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, 155–157)

Tenangnya ayah ini seolah memberitahu kita semua, jangan meratap terlalu lama, kerana anak ini telah pergi dalam keadaan paling mulia, memeluk al-Quran, dalam perjalanan menuntut ilmu dan InsyaAllah… sedang berehat di sisi TuhanNya yang dia cintai.

Sungguh, pemergian Allahyarhamah Nurly Shahirah dan kesemua yang syahid dalam tragedi ini bukan sekadar berita duk, ia adalah teguran lembut dari Allah buat kita semua. Bahawa hidup ini sementara, mati itu boleh datang bila-bila. 

Paling terindah, bukan hidup paling lama, tetapi mati dalam keadaan paling bersedia. 

Namun persoalannya, adakah kita bersedia atau kita masih lalai dalam mengejar dunia yang tak pernah cukup? 

Masih bertangguh untuk bertaubat, masih berkira untuk berbuat baik atau masih jauh dengan al-Quran? 

Adakah pemergian ini hanya menyentuh hati kita seketika atau benar-benar menggoncang jiwa dan mengubah langkah kita selepas ini?

Semoga kematian yang menghidupkan hati ini, menjadi titik mula perubahan buat kita semua, untuk kembali, sujud lebih lama, memohon ampun lebih kerap dan bersahabat dengan al-Quran lebih erat sebelum ia menjadi saksi terakhir kita kembali di hadapan Allah SWT nanti. 

Source 

#quranpelajarupsi

#hikmahkemalangan

#ujianberatbas

Selasa, 23 April 2024

Dua helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut

 Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, di Lumut, pagi ini.

Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, di Lumut, pagi ini.

LUMUT: Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.


Jumlah mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum diketahui.

Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Tangkap layar rakaman video helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut
Tangkap layar rakaman video helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

-BH Online 

Artikel Berkaitan: Helikopter terhempas: 10 dilaporkan terkorban

Selasa, 8 Disember 2020

Apakah yang cuba dielak oleh SYAFIQ AHMAD sebelom kemalangan berlaku..?

 

Sebelum menulis pandangan saya terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada Syafiq Ahmad sekeluarga diatas kehilangan ibu mertua dan anak kecil beliau dlm kemalangan tersebut. 

Dari perhatian netizen dok komen di media sosial dapat dirumuskan ada beberapa faktor kenapa kemalangan berlaku. 

Syafiq sendiri akui bahawa ada objek diatas jalan tersebut dan beliau cuba mengelak nya.. 

Jawapan Syafiq sendiri menyanggah kenyataan pihak berkuasa bahaaa beliau tertidur. 

Dari komen2 netizen pula mereka ada mengatakan micro sleep dan ada yg mengatakan bahawa laluan tersebut "keras".. Ada nampak kuda melintas.. Anjing serta benda yg tak tahu asal usul dari mana.. 

Ada juga mengatakan di laluan tersebut ada segelintir golongan yg mengambil kesempatan dimana mereka akan membuang objek atas jalan utk bagi kenderaan rosak kemudian mereka akan sampai mengambil kesempatan... 

Kesimpulan dia kita sebagai pengguna maka berhati2 lah untuk mengelakkan sesuatu perkara tak elok berlaku... 

Dibawah ini sebahagian komen netizen yg dibawa.. 









Yg Ikhlas.. 

Netizen Prihatin 

-kedahlaanie.blogspot.com

Selasa, 25 Ogos 2020

Pemandu rempuh tiga individu hingga maut direman


Sabtu lalu, tiga individu maut dalam kejadian tersebut melibatkan pasangan suami isteri K Thamotharan, 44, dan S Ramadevi, 38, dan pejalan kaki, Noraniza Mohamed Amin, 42.

SEREMBAN- Suspek lelaki berusia 27 tahun yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kemalangan maut melibatkan tiga individu di Jalan Mambau-Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau, dekat sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Mas Azmimin Ahmad ke atas suspek bagi polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, manakala bapa suspek yang berusia 61 tahun hanya diambil keterangan.

"Tangkapan tidak dibuat terhadap bapa suspek bagaimanapun, kita buka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan terhadapnya dan akan dapatkan perintah penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika di hubungi Sinar Harian hari ini.

Sabtu lalu, tiga individu maut dalam kejadian tersebut melibatkan pasangan suami isteri K Thamotharan, 44, dan S Ramadevi, 38, dan pejalan kaki, Noraniza Mohamed Amin, 42.

ARTIKEL BERKAITAN:Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk,Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil?

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada hari sama selepas bapanya mengaku bahawa anaknya yang memandu kereta berkenaan dalam kejadian itu dan bukannya dirinya sepertimana rakaman percakapan dan pengakuan awal yang dibuatnya.

Menurut Mohd Said, pengakuan itu dibuat sebaik bapanya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperolehi di lokasi kemalangan dan siasatan lanjut terhadap kes.

-SH Online

Isnin, 24 Ogos 2020

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk, Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil?


Gambar Hiasan

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Saya baru sahaja pulang dari menziarahi rakan di Kelas Pengajian Al-Quran dan Tajwid saya di Kg Mambau. Beliau diuji Allah dengan ujian kehilangan anak sulungnya di keheningan pagi sebelum masuk waktu Subuh pagi tadi.

Di sini saya bertemu ibu-ibu hebat, rakan-rakan kelas al-quran saya yang sudah lebih lima bulan tidak bertemu muka. Mereka yang sabar menunggu jenazah, masing-masing dengan mata yang merah dek kerana merasai peritnya satu kehilangan seorang permata berharga dan dek kerana kuatnya ikatan hati antara mereka.

Perginya puteri sulung beliau pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan yang tragis tetapi sangat indah dan pastinya dicemburui oleh kita yang masih bernyawa.

Arwah dilanggar oleh sebuah kereta ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat Subuh berjamaah betul-betul di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kg Mambau. Saya masih terlihat merahnya darah di tembok surau dan kesan-kesan kemalangan ngeri yang meragut nyawa.

Kereta yang dipandu oleh suspek yang juga berbangsa India dikatakan dibawah pengaruh alkohol, arwah terseret jauh beberapa meter dan pada masa suspek juga melanggar sebuah motor yang dinaiki oleh sepasang suami isteri berbangsa India. Pasangan ini turut terkorban dalam kejadian ini.

Arwah dan ibunya adalah antara jentera wanita yang banyak memberi khidmat di Surau Al-Muqarrabin Kg Mambau. Khabarnya malam tadi (malam sebelum kejadian) arwah sempat mengemas surau seperti kebiasaannya.

Arwah dan ibunya antara jemaah wanita yang sering solat berjamaah di Surau Al-Muqarrabin, surau tempat saya bertemu ibu-ibu hebat dalam bulatan gembira al quran dan tajwid setiap pagi Khamis. Jarak yang dekat antara surau dan rumahnya memanggil mereka untuk sering berjalan kaki ke surau.

Ibunya cukup tabah sempat dia berbicara dengan saya selepas saya memeluknya erat.

"Mak pergilah dulu, nanti Along menyusul kemudian." Ini antara bicara terakhir kedua beranak ini.

Selepas menunaikan solat sunat, sebelum azan subuh lagi ibunya terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat di luar surau. "Owh ada kemalangan", bisik ibunya.

Ibunya berada di surau sehingga beliau selesai solat Subuh berjamaah, namun hairan Along tidak ada di surau. Dikhabarkan beliau pulang dahulu ke rumahnya untuk mencari di mana Along dan kembali semula ke surau selepas didapati arwah tiada di rumah dan selepas itu.

Kemudian, barulah beliau mengetahui bunyi dentuman yang kuat tadi dentuman tadi adalah dentuman kereta yang meragut nyawa anaknya.

Arwah Along masih berkhidmat dengan Public Bank, berusia 42 tahun, seorang yang ringan tulang dan banyak membantu memberi khidmat di suraunya. Beliau pergi meninggalkan tiga orang puteri dan seorang putera yang masih bersekolah.

Saya betul-betul terkesan dengan kejadian ini.

Antara yang saya tidak boleh lupakan adalah tangisan anak-anak arwah sebelum jenazah dibawa ke surau. Air mata saya tumpah.

Cukup tragis juga apabila saya terlihat seorang wanita yang lemah longlai di sisi jenazah (kebetulan saya masuk ke rumah ketika itu) . Saya tidak kenal siapa, saya peluk beliau dan minta dia bertenang. Saya bacakan ucapan innalillahi wa inna ilaihiroji'un dan saya minta terus ulang bacaan itu. Saya minta dia sabar dan redha serta maafkan semua salah dan silap arwah. Alhamdulillah, dia kelihatan sedikit tenang dan dengan perlahan, dalam esak tangisnya dia sebut pada saya, "arwah menantu yang baik, arwah tiada salah pada makcik."

Terkesan dengan peribadi arwah Along dan ibunya yang dekat di hati saya. Terkesan dengan keindahan ukhuwwahfillah rakan-rakan di bulatan gembira saya.

Terkesan dan kesal lagi dan lagi kejadian kemalangan oleh pemandu mabuk yang membunuh insan yang tidak berdosa.

Saya seru kepada pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya. Haramkanlah arak yang telah membunuh sekian banyak nyawa manusia yang tidak berdosa.

Moga Allah kurniakan rahmat dan keampuanan buat allahyarham  Along, Puan Noraniza Binti Hj Amin dan tempatkan rohnya di tempat yang paling mulia. Juga diberikan kesabaran yang tinggi buat keluarga  Tuan Haji Amin dan Hajjah Normah seisi keluarga atas kehilangan ini.

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... 😭😭😭

Copy paste