"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Euro2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Euro2020. Papar semua catatan

Isnin, 12 Julai 2021

Euro2020: Cristiano Ronaldo rangkul anugerah Kasut Emas

 RONALDO ketika beraksi bersama Portugal. FOTO AFP

RONALDO ketika beraksi bersama Portugal. FOTO AFP

London: Cristiano Ronaldo sah memenangi anugerah Kasut Emas Kejuaraan Eropah dengan lima gol selepas aksi final hari ini.

Kemenangannya itu disahkan selepas Itali menewaskan England menerusi penentuan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 tamat masa tambahan di Wembley.

Bintang Juventus itu menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan sepanjang kejohanan itu sekali gus menyamai jaringan penyerang Republik Czech, Patrik Schick.

Bagaimanapun, hasil bantuan satu gol berbanding sifar dilakukan Schick, Ronaldo mengatasi bintang Bayer Leverkusen itu untuk memenangi anugerah berkenaan.

Meskipun skuad Fernando Santos tewas 0-1 pada pusingan kedua di tangan Belgium, Portugal mampu menjaringkan tujuh gol dalam Kumpulan F dengan Ronaldo meledak lima daripadanya.

Dua bintang England berpeluang memenangi anugerah itu dengan Harry Kane meledak empat gol manakala rakan penyerangnya, Raheem Sterling tiga sebelum aksi final hari ini.

Bagaimanapun, Three Lions hanya mampu seri 1-1 selepas masa tambahan dengan jaringan awal Luke Shaw dinafikan Itali menerusi gol penyamaan Leonardo Bonucci.

Azzurri kemudian memenangi penentuan penalti 3-2 sekali gus meraih gelaran Euro kedua mereka.

-myMetro

EURO2020: Itali juara kalahkan England melalui sepakan penalti


Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA
Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Keputusan:

Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)

*Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan

Senarai pemenang Euro:

2020: Itali

2016: Portugal

2012: Sepanyol

2008: Sepanyol

2004: Greece

2000: Perancis

1996: Jerman

1992: Denmark

1988: Belanda

1984: Perancis

1980: Jerman Barat

1976: Czechoslovakia

1972: Jerman Barat

1968: Itali

1964: Sepanyol

1960: Soviet Union

- AGENSI/AFP

EURO2020: Penyokong England bergasak di luar stadium sebelum final

 Penyokong England bergaduh sesama sendiri ketika menuju Stadium Wembley.

Penyokong England bergaduh sesama sendiri ketika menuju Stadium Wembley.

LONDON: Penyokong England didapati bergaduh sesama sendiri di Wembley Way hanya beberapa jam sebelum final Kejuaraan Eropah 2020 menentang Itali, pagi ini.

Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan itu, namun polis pantas menyuraikan keadaan.

Ribuan penyokong sudah pun berpusu-pusu ke Stadium Wembley dan suasana panas dapat disaksikan membabitkan satu kumpulan di luar Box Park yang berdekatan dengan venue final itu.

Beberapa penyokong Three Lions dilihat bertumbuk antara satu sama lain selain ada yang mencekak leher penyokong lain.

Difahamkan, keadaan kembali tenang susulan kehadiran polis di luar stadium itu.- Agensi

Khamis, 8 Julai 2021

Euro 2020:Siapalah yang 'bangang' suluh laser? [VIDEO]

 JELAS kelihatan cahaya berwarna hijau di muka Schmeichel ketika sepakan penalti diambil Kane. FOTO Agensi

JELAS kelihatan cahaya berwarna hijau di muka Schmeichel ketika sepakan penalti diambil Kane. FOTO Agensi

London: Kasper Schmeichel berjaya menyelamatkan sepakan penalti Harry Kane walaupun terdapat penyokong 'bodoh' menyuluh laser ke muka penjaga gol Denmark itu.

Menerusi ulang tayang jaringan yang terhasil daripada tindakan susulan Kane selepas sepakannya berjaya diselamatkan, jelas sekali kelihatan cahaya berwarna hijau diarahkan ke mata Schmeichel.

Bagaimanapun, Schmeichel tenang dan tidak mempedulikan tindakan berkenaan dan masih mampu menampan sepakan Kane, sebelum penyerang England itu melakukan tindakan susulan yang menghasilkan jaringan buat tuan rumah.


Suasana di Wembley sangat luar biasa namun tidak ada siapa yang mahu melihat insiden sedemikian dilakukan oleh penyokong.

Mereka sepatutnya tidak boleh melakukan tindakan sedemikian untuk mengganggu fokus pemain di atas padang.

-myMetro

Ahad, 4 Julai 2021

EURO2020: Pengalaman pemain bawa England ke separuh akhir

 Marcus Rashford (kanan) bersaing dengan pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko. - Foto EPA

PreviousNext

ROM: Harry Kane percaya pengalaman yang lebih baik dimiliki England di kejohanan besar membantu pasukan memperoleh kejayaan selepas meledak dua gol dalam perlawanan yang menyaksikan mereka membenam Ukraine 4-0 untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

Anak buah Gareth Southgate juga mempunyai sejarah mara ke pusingan empat terbaik di Piala Dunia 2018, namun tewas di tangan Croatia, 2-1.

Namun, Kane menjelaskan kejayaan pasukan Inggeris di kejohanan kelab teratas Eropah sejak tiga tahun lalu turut memainkan peranan bagi mengakhiri penantian 55 tahun untuk meraih kemenangan di kejohanan besar menjelang pertembungan separuh akhir dengan Denmark di Wembley, Rabu ini.

Harry Maguire (tengah) meraikan go kedua jaringannya. - Foto EPA

Harry Maguire (tengah) meraikan go kedua jaringannya. - Foto EPA

"Kami sudah bermain untuk kelab kami dalam perlawanan besar. Final Liga Juara-Juara, perebutan gelaran Liga Perdana. Tugas masih belum selesai, tetapi kami berada di landasan tepat," kata Kane.

"Kami meletakkan visi sebelum Piala Dunia di mana kami mahu menjadi sebuah pasukan.

"Piala Dunia adalah sesuatu yang hebat, tetapi kami gagal, kami meraih satu lagi separuh akhir di Liga Negara-Negara dan kami perlu terus bergerak dan itu adalah perkara yang perlu dilakukan pada Rabu."

Kane sebelum ini dikritik atas prestasinya dalam peringkat kumpulan selepas hanya mampu melakukan satu percubaan tepat.

Namun, penyerang Tottenham Hotspur itu kini sudah mempunyai tiga gol dalam dua perlawanan terbarunya selepas meledak dua gol di Rom.

Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko (kiri) diasak pemain England pada aksi suku akhir UEFA EURO 2020 di Rome. - Foto AFP
Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko (kiri) diasak pemain England pada aksi suku akhir UEFA EURO 2020 di Rome. - Foto AFP

"Banyak yang diperkatakan mengenai saya dan prestasi saya, tetapi fokus saya sentiasa terhadap perlawanan seterusnya bagi mengepalai pasukan ini menuju ke final," kata kapten England itu.

"Terdapat banyak tekanan ke atas kami. Sudah tentu kami adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, tetapi terdapat banyak tekanan dan harapan." - AFP

PEMINAT England meraikan kemenangan pasukan mereka pada penghujung perlawanan bola sepak suku akhir EURO 2020 antara England dan Ukraine, di hadapan Stadium Olimpik di Rom. Foto AFP
PEMINAT England meraikan kemenangan pasukan mereka pada penghujung perlawanan bola sepak suku akhir EURO 2020 antara England dan Ukraine, di hadapan Stadium Olimpik di Rom. Foto AFP

Pemain tengah Jordan Henderson (kanan) ledak gol keempat England. - Foto AFP
Pemain tengah Jordan Henderson (kanan) ledak gol keempat England. - Foto AFP

Sebahagian penyokong Ukraine yang menonton menerusi skrin besar di Kiev. - Foto AFP
Sebahagian penyokong Ukraine yang menonton menerusi skrin besar di Kiev. - Foto AFP
-BH Online

Sabtu, 3 Julai 2021

Euro2020: Hampir 2,000 penyokong Scotland positif COVID-19

 Gambar hiasan. - Foto AFP

Gambar hiasan. - Foto AFP

EDINBURGH: Sekurang-kurangnya 1,991 kes jangkitan COVID-19 di Scotland dikaitkan dengan peminat yang menonton perlawanan bola sepak Euro 2020.

Agensi Kesihatan Awam Scotland (PHS) memaklumkan, hampir dua pertiga atau 1,294 kes membabitkan peminat bola sepak yang berkunjung ke London untuk menyaksikan perlawanan antara Scotland menentang England 18 Jun lalu.

Seramai 397 peminat pasukan Scotland tidak dapat memasuki Stadium Wembley susulan tiada tiket, menyebabkan mereka mengunjungi beberapa bar berhampiran untuk menyaksikan perlawanan.

Kesemuanya dilaporkan tidak mematuhi peraturan sekatan COVID-19.

Selain itu, ada juga kes jangkitan COVID-19 membabitkan peminat bola sepak ketika menyaksikan perlawanan antara Scotland dan Croatia serta Scotland menentang Republik Czech.

Menurut PHS, 90 peratus kes jangkitan atau 1,470 orang membabitkan lelaki iaitu melibatkan golongan berusia 20 hingga 39 tahun.

Sehubungan itu, Scotland kini menjadi negara merekodkan kes jangkitan coronavirus tertinggi dalam United Kingdom (UK). - AGENSI


Rabu, 30 Jun 2021

EURO2020: Sterling, Kane wira England singkir Jerman ke suku akhir

 Penyerang England Raheem Sterling meraikan jaringan pembukaan ketika aksi 16 terakhir Euro 2020 menentang Jerman di Wembley. - Foto AFP

Penyerang England Raheem Sterling meraikan jaringan pembukaan ketika aksi 16 terakhir Euro 2020 menentang Jerman di Wembley. - Foto AFP

LONDON: England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley.

Kemasukan Jack Grealish menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak kedua ternyata memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.

Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.

Penyerang England, Raheem Sterling (tengah) ledak pertama. - Foto AFP

Penyerang England, Raheem Sterling (tengah) ledak pertama. - Foto AFP

England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Harry Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini.

Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.

England akan bertemu pemenang di antara Ukraine dan Sweden yang akan bertembung sebentar lagi. - AGENSI

Penyerang England, Harry Kane meledak gol kedua. - Foto AFP
Penyerang England, Harry Kane meledak gol kedua. - Foto AFP

Harry Kane meraikan gol jaringannya dihadapan penyokong. - Foto AFP
Harry Kane meraikan gol jaringannya dihadapan penyokong. - Foto AFP

Pemain England meraikan gol jaringan Raheem Sterling (kanan). - Foto AFP
Pemain England meraikan gol jaringan Raheem Sterling (kanan). - Foto AFP

Selasa, 29 Jun 2021

EURO2020: Switzerland singkir Perancis ke suku akhir

 Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer meraikan kejayaan menyelamatkan sepakan penalti penyerang Perancis, Kylian Mbappe pada sepakan penentuan penalti aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di National Arena, Bucharest. Switzerland menang 5-4 penentuan penalti ini dan mara ke suku akhir. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas masa tambahan. - Foto AFP

Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer meraikan kejayaan menyelamatkan sepakan penalti penyerang Perancis, Kylian Mbappe pada sepakan penentuan penalti aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di National Arena, Bucharest. Switzerland menang 5-4 penentuan penalti ini dan mara ke suku akhir. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas masa tambahan. - Foto AFP

BUCHAREST: Kylian Mbappe gagal menyempurnakan penalti penting ketika Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis pada saingan Euro 2020 di sini, sebentar tadi, menang 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi kelompok 16 terakhir selepas terikat 3-3 pada masa sebenar.

Penalti Mbappe yang juga bintang Perancis pada Piala Dunia 2018, diselamatkan penjaga gol Yann Sommer ketika Switzerlan d menang saingan peringkat kalah mati buat pertama kali dan mara ke kelompok lapan terakhir bertemu Sepanyol.

Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan pada masa sebenar dan dua jaringan Karim Benzema serta Paul Pogba menukar keadaan.

Bagaimanapun satu lagi gol Seferovic dan Mario Gavranovic membawa perlawanan di Bucharest ke tambahan masa. - AFP

Pemain Switzerland, Haris Seferovic menanduk bola sambil cuba dihalang pemain Perancis, Paul Pogba dalam aksi perlawanan Euro 2020 di Bucharest. - Foto AFP
Pemain Switzerland, Haris Seferovic menanduk bola sambil cuba dihalang pemain Perancis, Paul Pogba dalam aksi perlawanan Euro 2020 di Bucharest. - Foto AFP

Kylian Mbappe (kanan) menerima kata-kata semangat daripada rakan pasukan selepas gagal menyempurnakan penalti penting. - Foto AFP
Kylian Mbappe (kanan) menerima kata-kata semangat daripada rakan pasukan selepas gagal menyempurnakan penalti penting. - Foto AFP

Reaksi penjaga gol Switzerland, Yann Sommer selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Kylian Mbappe. - Foto AFP
Reaksi penjaga gol Switzerland, Yann Sommer selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Kylian Mbappe. - Foto AFP

Karim Benzema (kanan) meraikan jaringan ketika Perancis mendahului 2-1. - Foto EPA
Karim Benzema (kanan) meraikan jaringan ketika Perancis mendahului 2-1. - Foto EPA

Pemain pertahanan Switzerland, Ricardo Rodriguez cuba menghalang rembatan Paul Pogba. - Foto AFP
Pemain pertahanan Switzerland, Ricardo Rodriguez cuba menghalang rembatan Paul Pogba. - Foto AFP

Penyokong Switzerland meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto AFP
Penyokong Switzerland meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto AFP

Reaksi penyokong Perancis ketika menyaksikan Euro 2020 di Paris. - Foto EPA
Reaksi penyokong Perancis ketika menyaksikan Euro 2020 di Paris. - Foto EPA

Penyokong Perancis.
Penyokong Perancis.

Penyokong Switzerland.
Penyokong Switzerland.
-BH Online

EURO2020: Keputusan aksi 16 terbaik

 Penyerang Perancis, Karim Benzema (kiri) menjaringkan gol pasukannya pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 menentang Switzerland di National Arena, Bucharest, Romania. - Foto AFP.

Penyerang Perancis, Karim Benzema (kiri) menjaringkan gol pasukannya pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 menentang Switzerland di National Arena, Bucharest, Romania. - Foto AFP.

PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 berlangsung di Copenhagen dan Bucharest yang berakhir sebentar tadi.

Di COPENHAGEN - Croatia 3 (Pedri 20-gs, Orsic 85, Pasalic 90+2) Sepanyol 5 (Sarabia 38, Azpilicueta 57, Ferran Torres 77, Morata 100, Oyarzabal 103)

(selepas masa tambahan, apabila kedudukan terikat 3-3 masa sebenar)

Di BUCHAREST - Perancis 3 (Benzema 57, 59, Pogba 75) Switzerland 3 (Seferovic 15, 81, Gavranovic 90). (Switzerland menang 5-4 menerusi penentuan penalti)

- AFP

Isnin, 28 Jun 2021

EURO2020: Ronaldo diejek peminat selepas dimalukan Courtois

 Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan Portugal tatkala Cristiano Ronaldo (kanan) tunduk kecewa selepas aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Seville, Sepanyol. Belgium menang 1-0 an mara ke suku akhir. - Foto AFP.

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan Portugal tatkala Cristiano Ronaldo (kanan) tunduk kecewa selepas aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Seville, Sepanyol. Belgium menang 1-0 an mara ke suku akhir. - Foto AFP.

SEVILLE, Sepanyol: Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo diejek peminat selepas dia 'dimalukan' penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Penyerang Juventus itu tampil dengan misi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dunia pada pertemuan dengan Belgium dalam aksi pusingan 16 terbaik Euro 2020, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon d' Or sebanyak lima kali itu dikecewakan menerusi jaringan Thorgan Hazard bagi membantu Belgium menewaskan Portugal 1-0.

Terdesak bagi memecahkan rekod dunia, Ronaldo, 36, dilihat mengejar bola dari setiap sudut dalam perlawanan berkenaan.

Namun, usaha itu membuatkan muka Ronaldo merah padam sebelum tamat babak pertama ketika dia mahu memberi tekanan kepada Courtois. Ronaldo mengharapkan Courtois melakukan kesilapan ketika dia memberi tekanan kepada penjaga gol Real Madrid itu.

Bagaimanapun, Courtois yang kelihatan tenang berjaya menggelecek legenda Portugal itu bagi mengekalkan penguasaan bola dikakinya. Peminat seluruh dunia yang menyaksikan perlawanan berkenaan menjadikan situasi itu sebagai bahan untuk mengejek Ronaldo.

Seorang peminat berkata: "Courtois hantar Ronaldo balik ke Turin."

Seorang lagi berkata: "Courtois bikin Ronaldo malu."

Aksi tenang Courtois itu bukan sahaja bikin Ronaldo malu tetapi ia turut menjadi penggerak terhadap gol pembukaan Belgium. - AGENSI

-BH Online 

Euro2020: Roberto Manchini lebur rekod 90 tahun Vittorio Pozzo

 


Skuad Azzurri tempuhi 31 perlawanan berturut-turut tanpa tewas.
Skuad Azzurri tempuhi 31 perlawanan berturut-turut tanpa tewas.

London: Itali mencipta sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila melebarkan rekod tanpa kalah kepada 31 perlawanan berturut-turut ketika menewaskan Austria 2-1 dalam saingan 16 terakhir di Euro 2020, pagi semalam.

Itali mendominasi saingan peringkat kumpulan dan dijangka mudah menewaskan Austria namun perlu menunggu selepas lima minit masa tambahan untuk berada di depan menerusi gol Federico Chiesa.

Matteo Pessina memastikan Azzurri melangkah ke suku akhir namun Austria mencetuskan debaran apabila merapatkan jurang menerusi Sasa Kalajdzic namun sudah terlambat menafikan kemenangan Itali.

Kemenangan itu bermakna Roberto Mancini berjaya membimbing Itali mengharungi 31 perlawanan tanpa tewas sekali gus memecahkan rekod dilakar pengendali Vittorio Pozzo ketika era 1930-an.

Mereka memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menewaskan Turki, Switzerland dan Wales di Rom tanpa dibolosi sebarang gol.

Mancini melakukan tujuh perubahan untuk pasukannya yang menewaskan Wales dengan Marco Verratti menjadi pilihan dan bukannya Manuel Locatelli di bahagian tengah manakala Giorgio Chiellini sekali lagi diketepikan kerana kecederaan hamstring.

Mancini berkata, Itali berhak untuk layak ke suku akhir Kejohanan Eropah itu selepas menampilkan penguasaan sebelum perlawanan terpaksa diheret hingga ke masa tambahan.

"Kami memperoleh keputusan ini kerana memang berhak memenanginya. Pada separuh masa pertama kami berpeluang menjaringkan beberapa gol dan kemudian selepas rehat prestasi mula menurun.

"Kami menang kerana pemain yang tampil pada perlawanan ini mempunyai fokus yang tepat dan dapat menyelesaikan keadaan.

"Saya sedar ia perlawanan yang sukar malah mungkin lebih sukar aksi di suku akhir nanti." kata Mancini.

-myMetro

Rabu, 23 Jun 2021

Tajàan EURO 2020: Luke Shaw pula buat hal

 Luke Shaw dilihat minum air dalam tin yang dibaluti penuh, sekali gus menimbulkan kontroversi mengenai peraturan penajaan di Euro 2020. - Foto AGENSI

Luke Shaw dilihat minum air dalam tin yang dibaluti penuh, sekali gus menimbulkan kontroversi mengenai peraturan penajaan di Euro 2020. - Foto AGENSI

LONDON: Luke Shaw dilihat meminum air dalam tin yang dibaluti, sekali gus menimbulkan kontroversi mengenai peraturan penajaan di Euro 2020.

Tin minuman pemain bek kiri itu dibaluti penuh menutupi jenama minuman berkenaan, dengan Shaw dilihat meminum air tin terbabit sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Republik Czech di Wembley.

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba sebelum ini mendapat perhatian meluas apabila mengalihkan botol minuman tajaan daripada meja bilik sidang media.

Tindakan Shaw pula berbeza, meminum air daripada tin dibaluti itu menjelang perlawanan yang menyaksikan England meraih kemenangan 1-0, sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas mengungguli Kumpulan D.

Kedudukan itu secara tidak langsung meletakkan mereka dalam rintangan lebih getir apabila berpotensi bertemu Perancis, Jerman ataupun Portugal dalam saingan 16 terbaik nanti.

Tandukan Raheem Sterling memberikan kemenangan buat pasukan tuan rumah selepas digandingkan bersama Bukayo Saka dan Jack Grealish.

Tindakan legenda Portugal, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Pogba mengalihkan botol minuman tajaan itu dipandang serius pihak UEFA dengan badan induk bola sepak Eropah itu memberi amaran kepada pemain untuk tidak menghadang produk tajaan penaja.

Tonggak Juventus, Ronaldo memulakan trend mengalihkan botol minuman Coca-Cola dan memberitahu kamera untuk 'meminum air', berbanding minuman berkarbonat itu.

UEFA kemudian bertindak balas dengan berkata: "Pemain ditawarkan air, termasuk Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula ketika tiba di bilik sidang media."

Gambar fail, tindakan Pogba mengalihkan botol minumaan keras yang berada di depan meja bilik media.
Gambar fail, tindakan Pogba mengalihkan botol minumaan keras yang berada di depan meja bilik media.

Pogba yang beragama Islam turut mengalihkan botol minuman keras yang berada di depan meja bilik media dan tindakannya itu menerima sokongan di media sosial.

Salah seorang penyokong berkata: "Meletakkan minuman beralkohol di depan seorang Muslim adalah sesuatu yang tidak boleh dihormati... kamu tidak boleh menyalahkan Pogba."

Antara lain berkata: "Dia seorang Muslim. Kenapa meletakkan 'beer' di depannya?. Penaja harus lebih rasional." - AGENSI

Selasa, 22 Jun 2021

Euro2020: Oranje bertambah baik tapi saingan masih berliku

 

Antara aksi menarik pertemuan Belanda, Macedonia Utara di Amsterdam, awal pagi Selasa.

PENGENDALI Belanda, Frank de Boer mengakui pertahanan The Oranje agak longlai ketika melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Macedonia Utara pada aksi penutup tirai kumpulan C.

Kemenangan itu menyaksikan The Oranje melabuh tirai peringkat kumpulan dengan status juara diiringi untuk ke pusingan 16 terbaik.

"Sejujurnya secara keseluruhan persembahan Belanda semakin baik sepanjang mengharungi fasa peringkat kumpulan C.

"Terdapat kemajuan yang ketara di semua bahagian pasukan setakat ini. Saya gembira dan yakin kemampuan skuad ini untuk memberi lebih impak pada pusingan 16.

"Cumanya, bahagian pertahanan agak membimbangkan yang masih memerlukan lebih perhatian selepas ini. Tapi saya yakin bahagian ini ditambah baik kerana semua pemain fokus untuk cabaran fasa seterusnya berbanding perlawanan hari ini," katanya.

Aksi terakhir kumpulan menentang Macedonia Utara, merupakan pelengkap jadual buat anak buah De Boer selepas Oranje mengesah awal kemaraan ke pusingan 16 terbaik sebelum ini setelah mengatasi Ukraine dan Austria.

Pada perlawanan di Amsterdam itu, De Boer mengambil keputusan menurunkan beberapa pemain simpanan dalam kesebelasan utama, Ryan Gravenberch dan Donyell Malen membantu Memphis Depay di bahagian serangan.

Hasilnya Malen sering memberikan ancaman terhadap kubu lawan, selain memberi bantuan gol untuk jaringan ketiga Depay.

"Pada masa ini kombinasi Malen dengan Depay memberi impak positif seperti kita lihat dalam perlawanan ini.

"Tapi secara keseluruhan, kita perlu lihat kepada lawan seterusnya sama ada akan mengunakan pendekatan sama atau sebaliknya.

"Pada masa sama kita juga mungkin memerlukan lebih ramai pemain berperanan seperti Wout Weghorst," katanya.

Persembahan Malen juga mendapat pujian kapten Oranje

Georginio Wijnaldum, yang turut mencetak dua gol dalam perlawanan itu sekaligus menambah koleksi gol peribadi kepada tiga pada Euro kali ini.

"Kami semua tahu kualiti dimiliki Malen, yang sering menghadirkan ancaman kepada pertahanan lawan. Sekiranya ada seorang lagi pemain persis sepertinya ia adalah satu kebaikan untuk Belanda," katanya.

Biarpun melakar tiga keputusan positif dalam tiga perlawanan, namun Wijnaldum mengharapkan pemain-pemain Belanda lebih realistik pada fasa seterusnya.

"Perlawanan menentang Macedonia Utara ini, seolah-olah pemain-pemain Belanda mengambil mudah dan ini antara perkara yang perlu diambil perhatian.

"Kita sememangnya cemerlang pada fasa kumpulan, namun setiap pemain perlu berusaha lebih gigih lagi. Ini kerana lawan peringkat seterusnya bukan lawan yang mudah," katanya.

-SH Online

Pengacara seksi Euro 2020 terima gurauan lucah

 FERRARI diusik oleh peminat nakal disebabkan pakaiannya yang seksi. FOTO Agensi

FERRARI diusik oleh peminat nakal disebabkan pakaiannya yang seksi. FOTO Agensi

Rom: Pengacara televisyen, Paolo Ferrari bukan saja dibandingkan dengan pelakon Hollywood, Sharon Stone malah ada juga peminat nakal yang membuat telahan 'nakal' sama ada dia memakai seluar dalam atau tidak ketika mengendalikan program Euro 2020.

Bagaimanapun, pengacara berusia 60 tahun itu mengakui bahawa dia bukannya teruk sangat sehingga tidak memakai seluar dalam ketika ke udara.

Ferrari, yang mengenakan gaun hitam, menjadi perhatian peminat terutama ketika mengubah kedudukan kakinya ketika duduk mengendalikan rancangan berkenaan.

"Ia menjadi tular, mereka lebih banyak menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) terhadap saya bukannya di atas padang bola sepak membabitkan perlawanan Euro.

"Memang ia berlaku (gurauan lucah) tapi tidak ada apa yang serius," katanya yang turut menafikan bahawa mempunyai tatu di bahagian sulit seperti didakwa sebahagian penonton.

Mengenai perbandingannya dengan Sharon Stone, Ferrari mengakui sangat teruja dengan perkara itu dan tidak lupa adegan dalam filem Basic Instinct membabitkan pelakon berkenaan.

-myMetro

Jadual Kejohanan Euro 2020 - Astro dan RTM

  Kejohanan Euro edisi ke-16 ini akan bermula  pada 12 Jun 2021 dan selesai pada 12 Julai 2021.

Kejohanan ini akan berlangsung  di 12 kota dalam 12 negara berbeza untuk memperingati ulang tahun ke-60 Kejohanan pertama Eropah, yang berlangsung di Perancis pada tahun 1960. 

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley, England pada 12 Julai 2021.

Kota Tuan Rumah Euro 2020

Kota

Stadium

Kapasiti

Amsterdam, Belanda

Johan Cruyff Arena

56.000

Baku, Azerbaijan

Olympic Stadium

68.700

Bilbao, Sepanyol

San Mames

53.332

Bucharest, Romania

Arena Nationala

55.600

Budapest, Hungary

Ferenc Puskas Stadium

67.889

Copenhagen, Denmark

Parken Stadium

38.065

Dublin, Republik Ireland

Aviva Stadium

51.700

Glasgow, Scotland

Hampden Park

52.063

London, England

Wembley Stadium

90.000

Munich, Jerman

Allianz Arena

75.000

Roma, Itali

Stadio Olimpico

72.698

Saint Petersburg, Rusia

Krestovsky Stadium

68.134


Oleh kerana pandemik Covid19 yang berlaku, Stadium Wembley yang sepatutnya boleh memuatkan seramai 90,000 penonton hanya boleh dimasuki oleh sekitar 28,500 penonton sahaja.

Di bawah ini adalah jadual kejohanan Euro 2020 yang akan bersiaran di Astro. Bagi yang tidak melanggan Astro Super Sport, anda boleh menonton siaran langsung di Astro Arena HD 801 tetapi hanya terhad pada perlawanan tertentu sahaja.



 









Bagi saluran RTM, anda boleh menonton di Saluran TV1, Okey dan Sukan RTM. Bagi saluran Sukan RTM, ia hanya dapat dinikmati oleh Saluran MYTV.





Selepas ini akan diadakan perlawanan kalah mati iaitu 16 pasukan yang layak iaitu 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan dan 4 pasukan ketiga mata tertinggi. Insyaallah saya akan kemaskini perlawanan kalah mati tersebut.