"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Janna Nick. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Janna Nick. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2022

Janna Nick - Gatal (Official Music Video).‘Gatal’ Janna Nick mewabak di TikTok dari Indonesia sampai Turki

 



Single baharu ‘panas’, Janna Nick berjudul Gatal muncul menjadi fenomena merentas dunia menerusi platform TikTok.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu telah mendapat sejumlah 2.6 juta tontonan dalam YouTube setakat pagi ini.

Di Indonesia, Gatal mendapat sambutan hangat dan tular sehingga tersenarai sebagai Top 10 lagu paling popular dalam aplikasi TikTok di negara itu.

Pempengaruh (influencer), Asli Guler dengan 2.6 juta pengikut di TikTok turut menggunakan lagu Gatal dalam akaun miliknya.

Hanya dalam tempoh 12 jam, video itu disukai lebih 23,000 penonton.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 27, lapor Kosmo! Online, berasa gembira dan terharu dengan sambutan hangat terhadap lagu Gatal apabila tular sehingga ke Indonesia.

“Saya tidak sangka lagu Gatal mendapat sambutan baik oleh pendengar di Indonesia terutamanya pengguna TikTok.

“Terima kasih kepada pencipta lagu tersebut iaitu Aepul Roza serta Warner Music untuk lagu yang sangat menarik itu. Terima kasih juga kepada semua pengguna TikTok yang menjadikan lagu Gatal trending,” ujarnya.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu tidak menolak kekuatan yang ada pada lagu Gatal sehingga dapat diterima baik pendengar bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke negara seberang.

“Mungkin ada kekuatan dalam lagu Gatal yang membuatkan lagu ini menjadi pilihan pendengar dari luar negara.

“Saya pun ada kelompok kecil peminat di Indonesia yang bernaung bawah kelab Jannah Nicker. Terima kasih saya ucapkan,” katanya yang disahkan positif Covid-19 sejak 26 Februari lalu.

Khamis, 21 Januari 2021

“Setakat Kecam Di Media Sosial Apa Lah Sangat…”-Janna Nick


Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon dan pengacara Janna Nick. Baru-baru ini, video dirinya didukung oleh kekasihnya, Dini Schatzmann menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Seperti sudah dijangka posting tersebut mengundang kecaman ramai yang disifatkan keterlaluan dan kurang sopan oleh netizen apatah lagi kedua mereka masih belum ada hubungan yang halal.

 Terbaru, Janna dilihat ada memuat naik fotonya sedang berposing santai, namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut seolah berseloroh dengan pengikutnya.

Janna mengakui dia tidak kisah dengan segala kecaman dilemparkan terhadap dirinya. Katanya, kecaman di media sosial dia memberikan kesan kepadanya kerana banyak lagi dugaan lebih teruk berbanding dikecam.

“Awak ingat saya kisah ke awak kecam-kecam saya. Setakat kecam dekat media sosial ini apa lah sangat. Banyak lagi dugaan lagi teruk daripada kena kecam dengan ‘jin masauth’,” tulisnya.

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan kecaman yang dberikan adalah tanda sayang dalam bentuk nasihat agar pelakon itu lebih menjaga tingkah laku apatah lagi dia merupakan seorang public figure.

Tidak mudah melatah dengan komen diberikan netizen, Janna dilihat membalas komen-komen tersebut dengan tenang serta menerima dengan hati terbuka dengan nasihat diberikan. Tak mudah untuk puaskan hati netizen, apa pun diharap Janna lebih berhati-hati sebelum berkongsikan sesuatu di media sosial.

-rotikaya.com