"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Alam Haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Haiwan. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2025

Blue Whale Pancut 1,800 Liter Sekali, Tapi Cuma 200 Liter Diperlukan Untuk Bunting

 Blue Whale Pancut 1,800 Liter Sekali, Tapi Cuma 200 Liter Diperlukan Untuk Bunting

Blue whale bukan saja haiwan paling besar atas planet, tapi juga antara yang paling ekstrem dari segi biologi. Ukuran zakarnya saja mencecah 2.8 meter panjang. Tapi yang lebih mengejutkan ialah jumlah air mani yang dilepaskan setiap kali ejakulasi. Sekali pancut, ia boleh hasilkan sekitar 1,800 liter sperma.

Ya, 1,800 liter. Itu lebih kurang sama dengan kapasiti tangki minyak trak treler. Tapi untuk menghamilkan seekor betina, hanya sekitar 200 liter sahaja diperlukan. Baki 1,600 liter tu? Ia terus dilepaskan ke lautan terbuka dan bercampur dengan air laut tanpa arah.

Fakta ni jadi bahan perbualan menarik dalam dunia biologi marin. Ia menunjukkan betapa besarnya skala proses pembiakan bagi haiwan sebesar blue whale. Semuanya dalam jumlah yang luar biasa, termasuklah sistem pembiakan mereka.

Blue whale jantan akan melepaskan air mani dalam jumlah besar semasa musim mengawan. Kerana pergerakan mereka dalam air sangat laju dan kuat, sebahagian besar daripada air mani itu tak akan sampai pun ke telur betina.

Tapi dari perspektif sains, ini logik. Bila berada dalam lautan yang luas dan pergerakan berlaku dalam kelajuan tinggi, peluang untuk persenyawaan jadi rendah. Jadi sistem biologi mereka menyesuaikan diri dengan menghasilkan sperma dalam kuantiti yang besar.

Masalahnya, bila kita fikir semula pasal air laut yang kita main, minum atau tertelan masa bercuti di pantai, ia mula rasa lain macam. Lautan adalah tempat segalanya bertukar dan bercampur. Dan ya, termasuklah sperma yang melimpah ruah tu.

Kebanyakan daripada kita mungkin tak pernah terfikir air laut yang bersih tu mengandungi pelbagai sisa biologi dari haiwan laut. Antaranya termasuklah lebihan sperma dari blue whale yang tak digunakan dalam proses pembiakan.

Kalau kita bayangkan setiap tahun berapa banyak blue whale yang mengawan, dan berapa kali setiap ekor pancut, kita bercakap tentang berjuta-juta liter air mani yang terapung dalam lautan dunia. Dan tak ada penapis khas yang tapis benda tu keluar.

Lautan memang luas, dan kandungan sperma tu akan tersebar dengan cepat. Tapi secara teorinya, ia tetap ada dalam kitaran air. Jadi jangan terkejut kalau ada saintis kata jejak biologi tu masih kekal lama selepas dilepaskan.

Ia mungkin tak jejaskan kesihatan kita secara langsung, tapi bila kita tahu apa yang berlaku dalam ekosistem lautan, perspektif terhadap laut pun berubah. Air laut bukan sekadar air garam dan ombak cantik. Ia penuh dengan kisah biologi yang luar biasa dan kadang-kadang agak geli.

Sperma yang terlepas dalam air laut akan menjadi sebahagian daripada ekosistem marin. Ikan kecil, plankton dan organisma mikro lain mungkin menjadikan ia sumber nutrien. Ini sebahagian daripada kitaran hidup semula jadi yang berlaku sejak berjuta tahun.

Apa yang kita nampak sebagai fakta pelik sebenarnya ialah proses pembiakan paling hebat dalam dunia haiwan. Blue whale mampu menghamilkan pasangan dalam keadaan yang sangat mencabar, dalam persekitaran yang sentiasa bergerak dan terbuka.

Fakta ni juga buka mata kita tentang betapa kompleks dan hebatnya reka bentuk semula jadi makhluk di laut. Bila haiwan sebesar kapal kargo menghasilkan air mani dalam skala tangki minyak, ia tunjuk betapa luar biasa tubuh mereka berfungsi.

Jadi lain kali bila anda tertelan air laut masa mandi di pantai, ingatlah sikit tentang kisah biologi laut dalam ni. Tak semestinya terus jijik, tapi cukup untuk buat kita lebih hormat dengan dunia semula jadi dan semua keunikan yang ada dalamnya.

Dan kalau ada kawan tengah enjoy air laut lepas snorkelling, mungkin artikel ni cukup buat mereka termenung sekejap. Sebab lautan bukan saja luas, ia juga penuh dengan cerita yang orang tak sangka.

.

Source 

Jumaat, 9 Ogos 2024

"Persediaan Burung Belatuk Dalam Menghadapi Musim Sejuk"

 "Persediaan Burung Belatuk Dalam Menghadapi Musim Sejuk" 

Maha Suci Allah SWT yang telah mencipta alam semesta penuh keajaiban. Salah satu ciptaan-Nya yang menakjubkan ialah burung belatuk. Burung kecil ini memiliki kebijaksanaan luar biasa dalam menyediakan bekalan makanan untuk musim sejuk.

Burung belatuk memulakan persiapannya dengan mencari pokok mati yang sesuai. Dengan menggunakan paruhnya yang kuat, ia menebuk lubang-lubang kecil di batang pokok. Setiap lubang dibuat dengan teliti. Tidak terlalu besar agar burung lain tidak dapat mencuri biji oak. Tidak terlalu kecil supaya biji tersebut tidak pecah atau rosak.

Proses ini memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sepanjang musim panas, burung belatuk bekerja tanpa henti untuk menyiapkan tempat simpanan makanannya. Hasilnya sungguh mengagumkan. Satu batang pokok besar mampu menampung sehingga 50,000 biji oak. Bayangkan betapa tekunnya burung kecil ini berusaha untuk mencapai jumlah yang begitu besar.

Apabila musim luruh tiba dan biji oak matang, burung belatuk dengan cermat meletakkan setiap biji ke dalam lubang yang telah disediakan. Tindakan ini memastikan ia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk mengharungi musim sejuk yang mencabar.

Yang menariknya, aktiviti burung belatuk ini bukan sahaja membantu dirinya sendiri. Ia turut memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan. Biji oak yang tidak dimakan akan bercambah. Ini menyumbang kepada pertumbuhan pokok oak baharu. Hal ini menunjukkan bagaimana Allah SWT telah merancang setiap aspek alam semula jadi dengan sempurna. Setiap makhluk memainkan peranannya dalam keseimbangan ekosistem.

Kajian saintifik di Hastings Reservation, California, telah mendedahkan lebih banyak keajaiban tentang burung belatuk ini. Mereka hidup dalam kumpulan keluarga yang besar. Mereka bekerjasama untuk mempertahankan tempat simpanan makanan daripada ancaman luar. Tingkah laku sosial yang kompleks ini membuktikan bahawa kecerdasan burung belatuk melampaui kemahiran menyimpan makanan semata-mata.

Sesungguhnya, kisah burung belatuk ini mengajar kita tentang nilai perancangan, ketekunan, dan kerjasama. Ia mengingatkan kita akan kekuasaan Allah dalam setiap ciptaan-Nya. Marilah kita mengambil iktibar daripada burung kecil ini. Merancang dengan teliti, bekerja dengan tekun, dan sentiasa bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Source 

Khamis, 11 November 2021

Harimau Malaya dijangka pupus lima ke 10 tahun lagi

 

HARIMAU Malaya yang kini berada dalam jagaan Zoo Negara.

KUALA LUMPUR: Spesies Harimau Malaya atau harimau belang dijangka pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kepupusan itu akan berlaku jika tindakan drastik tidak diambil dengan segera.

Jelasnya, Harimau Malaya kini diancam kepupusan dengan populasinya berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

“Justeru, Jemaah Menteri pada 16 Jun lalu bersetuju dengan sembilan tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun bermula 2021 hingga 2030 melalui tiga pendekatan,” katanya bagi mewakili Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) meminta kerajaan menjelaskan mengenai usaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi memastikan Harimau Malaya menjadi spesies ikonik negara tidak pupus.

Wan Junaidi berkata, antara usaha dilakukan kementerian mengatasi kepupusan harimau adalah mengukuhkan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya.

“Adalah diharapkan tindakan strategik ini dapat memberi keberhasilan yang signifikan dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya,” katanya.

“Kerjasama dengan pihak luar pula dilaksanakan bagi pembiakan (captive breeding) Harimau Malaya dan Rusa Sambar dalam kurungan untuk tujuan pelepasan ke habitat asal,” katanya.

-Utusan Online

Selasa, 12 Oktober 2021

Kumpulan biologi temukan sotong lebih besar dari manusia di Laut Merah

LONDON: Pada 2020, kumpulan pakar biologi marin yang dikenali sebagai OceanX, media dan pembuat filem memulakan ekspedisi menjelajah kedalaman Laut Merah.

Eskpedisi tersebut dijalankan menggunakan sebuah kapal yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk alat sonar.

Hasil ekspedisi menyaksikan kumpulan tersebut menemukan bangkai kapal Pella yang karam pada 2011 dan spesies sotong gergasi yang didakwa lebih besar dari manusia.

Ketua Program Sains OceanX, Mattie Rodrigue berkata, kemunculan sotong gergasi itu dikesan ketika kenderaan bawah air kendalian jarak jauh (ROV) melakukan tinjauan di sekitar kawasan bangkai kapal Pella

“Secara tiba-tiba, kami ternampak kelibat sotong gergasi melintasi bangkai kapal tersebut.

“Sotong gergasi itu mungkin dari spesies sotong terbang ungu atau ‘purpleback flying squid‘ yang boleh membesar sehingga dua kaki atau 0.6 meter,” katanya.

 Kali terakhir sotong gergasi ditemukan adalah pada Oktober 2016 dengan ukuran 9.14 meter panjang.

Sementara itu, Rodrigue menyatakan, kapal Pella karam ketika dalam pelayaran ke pelabuhan Nuweiba di Mesir.

Kapal yang membawa 1,229 penumpang itu karam selepas terbakar di perairan Aqaba, Jordan, menyaksikan seorang maut.

-Utusan Online