"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Daging Haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging Haram. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2021

SPRM tahan empat individu syarikat pengimport daging sejuk beku

 

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat individu iaitu pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sumber berkata SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Hasil kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, telah mengenal pasti pengimport daging berkenaan,” menurut sumber itu.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.

— BERNAMA

Peniaga sudah lama tahu kegiatan kartel daging, aduan dibuat tapi tiada tindakan

 RAMAI peniaga daging ditemui dalam satu tinjauan oleh wartawan Malay Mail mengakui tidak terkejut dengan berita tergempar tentang kegiatan haram 'kartel daging' yang didedahkan oleh pihak media baru-baru ini.

Para peniaga daging yang ditinjau kebanyakkan berkata mereka sudah bertahun lamanya terseksa dalam diam mengetahui kewujudan kartel itu, dan kecewa dengan sikap sambil lewa pihak berkuasa terhadap sindiket itu.


Zambry Shahbhari

Menurut Zamry Shahbhari, seorang peniaga daging di pasar Petaling Jaya, peniaga daging tempatan sedar kewujudan syarikat yang membawa masuk daging lebih daripada yang dibenarkan, namun tiada tindakan diambil meskipun aduan telah dibuat.

"Maaf cakaplah, tapi saya rasa apa yang kerajaan buat untuk menyelesaikan masalah ini merepek. Saya tak mahu sebut Menteri mana tapi kami tahu siapa,"

"Kami sudah dengar tentang jualan daging haram ini bertahun-tahun dan penternak tempatan telah buat laporan polis namun tiada tindakan terhadap mereka," keluh Zambry.

"Sebaliknya kita dengar sebuah syarikat di Johor, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, suami dan isteri dituduh terlibat dengan perniagaan haram ini. Apa gunanya? Ini ikan bilis, pesalah sebenar masih bebas di luar sana," tambahnya.


Zambry merujuk kepada sebuah syarikat pembekal daging sejuk beku, yang mana pengarahnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru minggu lalu susulan pendedahan media berhubung sindiket yang membungkus semula daging tidak halal sebagai daging halal.

Tertuduh Rahman Sheik Abdullah, 44 dan isterinya Raihanah Kasim, 42 mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, namun mereka hanya dituduh menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf pada lori syarikat.

Ketika ditanya bagaimana para peniaga daging merasa curiga, kata Zambry pihak berkuasa hanya membenarkan syarikat asing untuk membawa masuk satu jumlah tertentu daging sejuk beku pada setiap bulan. 

Namun jumlah yang mereka bawa dikatakan sentiasa melebihi jumlah yang diluluskan oleh pihak berkuasa Islam yang menguatkuasakan pensijilan halal.

"Kemudian tiba-tiba kami dengar ada syarikat membawa 50 hingga 70 kontena setiap bulan ke Malaysia selama beberapa bulan. Jumlah itu terlalu banyak untuk sebuah syarikat. Selalunya sekitar 20 hingga 30 kontena sebulan, atau kurang dari itu," kata Zambry, sambil menjelaskan bahawa setiap kontena bersamaan dengan satu tan daging.

"Saya fikir kita perlu siasat Jabatan Kastam dan imigresen, juga agensi lain yang terlibat lebih mendalam. Ramai peniaga daging yang tak mahu bersuara, kerana takutkan kesannya, tapi saya rasa ini isu yang penting dan jika benar anda tak perlu takut," katanya.

Sulong Mohd

Seorang lagi peniaga daging, Sulong Mohd yang berniaga di pasar Seksyen 16 Shah Alam, berpendapat jika kartel berkenaan boleh beroperasi selama bertahun-tahun bermakna ramai pegawai dalam pihak berkuasa yang korup terlibat dan kemungkinan hidup selesa hasil pendapatan haram.


"Jika mereka kata isu kartel daging ini telah beroperasi selama 40 tahun, pegawai-pegawai terlibat mungkin sudah bersara dan menikmati hidup,"

"Mereka mungkin terlepas di dunia, tapi kita tak tahu apa akan jadi di akhirat," katanya.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Rabu, 30 Disember 2020

Kartel Daging Haram : Kenyataan Terbaru KPDNHEP, Hanya Satu Syarikat Jer Terlibat Pula Dah..

 SEMASA | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada mengeluarkan kenyataan baru bertarikh 29 Disember 2020 melalui Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid.


Dalam kenyataan itu, Datuk Rosol Wahid berkata;

1. Sindiket pemalsuan jenama daging yang berstatus halal hanya melibatkan sebuah syarikat.

2. Daging sejuk beku yang diedarkan syarikat tersebut juga hanya mewakili satu peratus daripada keseluruhan bekalan daging negara.

3. KPDNHEP telah melakukan operasi merampas dan menyita produk syarikat tersebut dengan nilai rampasan kira-kira RM3.5 juta.

4. KPDNHEP juga telah mengarahkan pemeriksaan di 82 premis pemborong dan 521 peruncit seluruh negara.

5. “Kita masih siasat rangkaian syarikat tersebut dari segi di mana pengedaran daging berkenaan. Kita akan pergi dan periksa setiap tempat yang disyaki mengambil barangan daripada syarikat berkenaan.

“Kalau ada barangan daripada syarikat tersebut, kita akan rampas dan sita, tidak kira apa pun nama (jenama daging) barangan daripada syarikat itu.

“Operasi ini turut melibatkan syarikat kecil dan restoran yang telah menerima produk daripada syarikat yang akan didakwa. Sekiranya ada bukti, kita akan ambil (sita),” 
kata Datuk Rosol Wahid.

6. Syarikat terbabit juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu (esok).

7. Kes tersebut akan didakwa di bawah Perenggan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal 2011) kerana memperakukan perkhidmatan pengangkutan sebagai halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

8. Rosol turut menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa sindiket daging haram itu telah beroperasi lebih 40 tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan.

9. Beliau menjelaskan, siasatan mendapati syarikat terbabit mula beroperasi pada tahun 2014 dan hanya memperoleh lesen sebagai pengimport produk sejuk beku pada tahun 2017.

10. “Saya meminta masyarakat tidak percaya dengan andaian yang yang menyatakan daging haram ini telah berlaku lebih daripada 40 tahun.

“Walhal apa yang kita dapati 40 tahun itu memang tak betul kerana syarikat yang kita siasat dan akan didakwa dalam masa terdekat itu baru berdaftar pada tahun 2014,”
 katanya.

11. Rosol berharap makluman terbaharu KPDNHEP itu dapat meredakan kebimbangan masyarakat yang merasa was-was untuk makan atau membeli daging yang dijual di dalam negara.

Sebagai rekod, portal Berita Harian dan NSTP yang membuat pendedahan kartel daging haram telah beroperasi lebih 40 tahun.

Selain itu MAQIS pernah mendedahkan nilai daging yang disita ialah RM30 juta. 

Manakala Sinar Harian berkata terdapat 30 pusat pengedar yang ada kaitan dengan gudang di Senai, Johor Bharu yang diserbu pada 2 Disember lalu. 

Bagaimanapun maklumat dari KPDNHEP ini nampaknya sangat berbeza dengan maklumat awal yang didedahkan kepada rakyat. Tidak dapat dipastikan kenapa berlakunya beberapa perubahan tersebut. - 29 Disember 2020.

-SoZChili

Selasa, 29 Disember 2020

Siasatan kartel makan masa? Harap bukan kambus ‘lubang’

40 tahun ditipu, rakyat mahu tindakan tegas diambil segera

BANGI, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa– Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mempersoalkan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mendakwa siasatan terhadap kartel daging logo halal palsu bakal mengambil masa yang lama.

Prof Zainur berkata, setelah 40 tahun ditipu, sudah tentu orang ramai berharap agar tindakan tegas diambil seberapa segera.

“Siasatan ‘kartel daging’ akan ambil masa yang panjang. Kenapa? Saya berharap kelewatan ini bukan disebabkan kerana banyak lubang yang perlu dikambus atau banyak nama yang perlu diselamatkan.

Ini adalah suara rakyat!,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui bahawa siasatan terhadap syarikat tempatan yang berkaitan dengan aktiviti kartel daging akan memakan masa yang lama.

Katanya, siasatan itu rumit kerana memerlukan penglibatan banyak agensi, seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada masa sama, Nanta Linggi berkata, kementerian tidak boleh terburu-buru dalam aspek siasatan.

Siasatan itu, katanya, mesti dilakukan dengan teliti untuk memastikan bahawa pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Semalam, dilaporkan bahawa kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dimulakan.

Isu daging seludup menjadi hangat apabila media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

-ismaweb

Isnin, 28 Disember 2020

Kartel Daging Haram, Senarai Syarikat Terlibat Penipuan Logo Halal!

 Pada 23 November 2020, portal Sinar Harian mendedahkan kegiatan syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim.


Kartel

Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada 'orang dalam' di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.

Dan pada 2 Disember 2020 beberapa portal media tempatan melaporkan serbuan Maqis yang mengemparkan negara.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis selepas ini) telah membongkar kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Kegiatan itu terbongkar selepas Maqis melakukan serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai (1 Disember 2020).

Serbuan itu turut melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Baru kumpul risikan

Maqis mengesahkan pihak mereka telah melakukan risikan dan mengumpul maklumat sebelum membongkarkan kegiatan berkenaan.

Menurut Maqis, gudang tersebut dijadikan lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula. Kartel daging seterusnya menyamar menjadi syarikat pembekal daging sejuk beku.

Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Pekerja warga asing diupah bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan diberikan kemudahan asrama penginapan di situ, dan dalam serbuan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.

Daging haram ada logo halal

Modus operandi sindiket terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, mereka (sindiket) dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai, kata Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan.

Pada 3 Disember 2020, serbuan Maqis itu mendapat perhatian serius dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ)

Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ) Muhammed Farhan Basheer berkata: "Penipuan logo halal adalah kesalahan yang sangat serius. Ia menunjukkan ada pihak yang tidak jujur dan sengaja membekalkan barangan makanan tidak halal, tetapi dilabelkan sebagai halal kepada umat Islam di negara ini semata-mata untuk mengaut keuntungan."

Rasuah 1Malaysia

Kewujudan kartel membawa masuk sejumlah kontena daging sejuk beku yang banyak juga 'kemungkinan' ada kaitan dengan ketirisan penguatkuasaan agensi tertentu.

Kerajaan wajar menggerakkan siasatan bersepadu sehingga ke akar umbi untuk mengesan di mana punca ketirisan itu berlaku dan mengenakan hukuman setimpal terhadap semua pihak terbabit.

Pada 4 Disember 2020, JAKIM tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

Malaysia menetapkan pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir atau loji pemprosesan diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, selain itu daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Juga pada 4 Disember 2020, JAIS mengesahkan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pengedaran daging haram berlogo halal di Selangor.

"Kita telah menerima laporan lengkap daripada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang isu tersebut.

"Buat masa ini, JAIS telah menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berkaitan perkara tersebut mengikut peruntukan Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Rasuah Peringkat Tertinggi?

Pada 12 Disember 2020, dua NGO iaitu Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor (PKABS), menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dalang sindiket kartel daging import yang mempunyai sijil halal palsu.

Presiden GBHM, Mohd Zulfitri Mohd Basir berkata: "Sehingga kini tiada tangkapan dan pendakwaan yang dibuat terhadap sindiket berkenaan dengan alasan pihak berkuasa sedang mengumpulkan maklumat.

"Jadinya, kami percaya wujud ketirisan dan pembabitan unsur rasuah dalam kalangan pegawai unit berkuasa sehingga daging import haram sebanyak itu dapat diseludup dan diedarkan ke seluruh negara.

"Setelah isu kartel dimainkan sejak bertahun-tahun, tiada satu pihak mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah."

Memorandum itu mengandungi 11 desakan kepada SPRM antara lainnya ialah;
  • -Mahu SPRM menyiasat identiti 'kartel'.

  • -Mengapa tiada sebarang tangkapan terhadap pemilik syarikat yang mengimport daging berkenaan?

  • -Mendesak pendedahan jenama daging haram yang digunakan oleh pihak kartel.

  • -Siapakah pemilik sebenar kebenaran import (AP) import daging berkenaan?

  • -Bagaimana daging sebanyak itu boleh lolos daripada pemeriksaan pihak berkuasa yang berkaitan?

  • -Mahu SPRM menyiasat siapakah yang menyedia dan membuat dokumen palsu bagi pihak 'kartel' seperti yang didakwa.

  • -Siapakah dalang sebenar dalam sindiket ini?

  • -Mengapakah sindiket ini seolah-olah kebal dan dilindungi oleh pihak-pihak tertentu?

  • -Kenapa daging yang sudah diedarkan tidak disita dari pasaran?

Pada 21 Disember 2020, portal Berita Harian tampil dengan laporan khas yang menyatakan;
  • -Kartel mempunyai 'orang dalam' pada semua peringkat prosedur dan pemeriksaan di pintu masuk, menyebabkan mereka kebal sehingga mampu beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu.

  • -Kartel dipercayai 'membeli' beberapa kakitangan kerajaan, termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

  • -Wang ringgit dan habuan berlibur dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan 'melepaskan' barangan yang diimport tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.

  • -Kartel dipercayai membeli bekalan daging dari loji sembelihan di Kanada, Colombia, Ukraine, United Kingdom, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China selain negara sumber yang diluluskan.

  • -Sogokan diuruskan orang perantaraan yang sudah mahir dengan birokrasi di pintu masuk negara dan mengenali orang dalam yang bertugas pada masa tertentu bagi meluluskan pergerakan keluar barangan.

  • -Apabila selesai urusan peringkat pertama iaitu pemeriksaan audit kualiti dan halal, kartel tidak akan berdepan masalah melepasi pelabuhan, khususnya di tiga pelabuhan zon bebas, iaitu Pelabuhan Kelang (PKFZ), Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara.

  • -Kegiatan itu didalangi syarikat milik bukan Bumiputera yang membentuk kartel menggunakan beberapa syarikat Bumiputera sebagai proksi.

  • -Syarikat proksi ditubuhkan kartel pembekal daging sejuk beku di negara ini, dinamakan dengan nama berunsur Islamik dan kemelayuan yang boleh meraih keyakinan pengguna Islam.
  • Kegiatan syarikat dinyatakan dalam pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula adalah mengimport bekalan daging, namun ada juga kegiatan yang dinyatakan langsung tiada kaitan dengan industri berkenaan.

  • -Industri pembekalan daging sejuk beku di negara ini dikuasai beberapa kartel membabitkan pengimport dan syarikat kargo, dengan satu daripadanya yang sudah dikenal pasti, dipercayai menubuhkan sekurang-kurangnya 12 syarikat proksi.

  • -Selain menggunakan nama ahli kartel, pembekal disyaki mencuri maklumat dan data individu Bumiputera, khususnya Melayu untuk didaftarkan sebagai pemilik syarikat proksi ditubuhkan.
  • Modus operandi kartel, dimana syarikat terbabit dipercayai diberikan penerangan mengenai operasi di pelabuhan termasuk jadual penugasan kakitangan dan bagi melepasi pemeriksaan, mereka mengemukakan dokumen palsu atau borang K8, iaitu kebenaran untuk transit bekalan sahaja.

  • -"Sebagai contoh, jika orang dalam ditugaskan di laluan nombor tiga, kontena membawa barang seludup ini akan melalui laluan itu dan melepasi pemeriksaan. Habuan diberikan secara tunai kepada kakitangan di situ," lapor Berita Harian.

'Kambing Hitam'

Walaupun syarikat proksi terbabit mempunyai kebenaran mengimport dari negara sumber yang diperakui status halalnya, kartel cenderung membawa masuk daging sejuk beku yang diragui status halal kerana memperolehnya pada harga lebih murah, sekali gus dapat meraih keuntungan lebih besar lapor Berita Harian.

Harga murah, antaranya kerana ternakan ada masalah kesihatan, selain loji penyembelihan tidak sah dan memproses daging tidak halal.

Walaupun diikrar daging lembu, bekalan yang dibawa masuk sebenarnya daripada pelbagai ternakan, termasuk kerbau dan kuda dengan kaedah sembelihan diragui.

Adakah JAKIM Masih Berfungsi?

Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), setakat ini Malayia meluluskan 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan dan Afrika Selatan, selain 11 rumah sembelih kerbau dari India dan Pakistan.

Semua rumah sembelihan itu sudah menjalani pemeriksaan audit oleh JPV dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum kelulusan diberikan. Pemeriksaan ke atas rumah sembelih di negara sumber juga dilakukan.

SOP import daging sejuk beku di Malaysia;
  • -Produk perlu direkodkan dalam borang pengakuan barang-barang diimport.

  • -Harus ada permit import, sijil kesihatan, sijil halal, sijil negara asal, invois, 'bill of landing', senarai pembungkusan.

  • -Semua dokumen import, sokongan perlu disemak rapi. Kegagalan akan menyebabkan konsainan dilarang masuk.

  • -Walaupun diluluskan pada tahap itu, konsainan masih perlu diperiksa secara fizikal/visual, termasuk maklumat komoditi, suhu, rumah sembelih, tarikh luput, keadaan fizikal barangan.

  • -Pada tahap pemeriksaan fizikal, konsainan jika dikesan tidak patuh prosedur semua prosedur, boleh dilarang masuk ke negara ini.

Tak boleh bincang di media

SPRM dalam satu kenyataan bertarikh 21 Disember mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kerjasama beberapa agensi seperti KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Kastam Diraja Malaysia akan diperolehi.

SPRM juga berkata membincangkan isu tersebut di media massa akan menyukarkan siasatan SPRM dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil.

Kartel Dah operasi 40 tahun?

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan kegiatan kartel daging halal palsu telah wujud di negara ini sejak 40 tahun lalu.

Datuk Rosol Wahid berkata, laporan yang mengatakan kewujudan kartel itu sudah lama di negara ini menyebabkan rakyat takut dan telah diperbesarkan.

"Tidak sampai berlarutan sehingga 40 tahun tetapi kita akan ambil tindakan dan tidak pernah berkompromi selama ini," katanya.

Datuk Rosol Wahid juga berkata dalang utama kartel yang membungkus semula daging import dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia di sebuah gudang di Senai, Johor akan didedahkan dalam waktu terdekat.

"Kita beri jaminan, jangan bimbang tentang isu ini. Kita telah membuat pemantauan dan terus memantau dengan agresif sekali.

"Setakat ini, kita telah buat sebanyak 29 pemeriksaan di premis borong serta 130 peruncit. Kita bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kastam dan juga peniaga-peniaga itu sendiri.

"Ramai yang curiga, kita ambil perhatian mereka yang terlibat ini dan dalam masa terdekat selepas pendakwaan kita akan dedahkan nama syarikat itu kepada umum. Kita tidak mahu ganggu siasatan ketika ini,” katanya. - 22 Disember 2020.

SENARAI JENAMA DAGING HARAM KARTEL

Geram bila kita baca berita mengenai kartel daging yang diserbu setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Lebih geram lagi bila tak ada satu pendedahan pun dibuat oleh pihak yang berkaitan mengenai apa jenama yang dipalsukan cop halalnya, siapa dalang kartel tersebut, dan apa nama syarikat yang mengedarkannya.

Lebih bertambah geram lagi bila pada awalnya ada statement pihak berkuasa kata nak dedah nama syarikat tersebut, tapi tiba-tiba Timbalan Menteri Perdagangan, Datuk Rosol Wahid mula spin pula kata tidak boleh didedahkan nama syarikat tersebut sebab akan mengganggu siasatan kononnya.

Nah, mana kita tak panas hati bila baca berita macam tu. Siap kempen lagi kata daging kat pasaran tu semua halal jangan risau boleh beli.

Siap tunjuk lagi pekerja diorang jalan-jalan dalam supermarket tunjuk ada logo halal kat packaging daging yang dijual.

Padahal, berita sebelumnya semua cakap pasal daging tak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai, atau daging berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah diseludup untuk dijual di negara kita.

Lebih memanaskan hati, bila pendedahan tersebut menyatakan bahawa operasi kartel tersebut telah berjalan selama 40 tahun dengan rasuah telah diberi kepada kakitangan pelepasan kontena, kakitangan yang check isi kontena dan pelbagai lagi kakitangan pihak berkuasa.

Hatta disebut bahawa kartel tersebut turut menawarkan habuan wanita untuk melakukan hubungan seks, zina, kepada pihak yang dirasuah.

Apalah punya bala semua ini. Berpuluh tahun kita disajikan barang yang syubhah lagi tidak jelas sumbernya, pihak berkuasa enjoy makan duit haram siap dapat habuan wanita lagi.

Ini bukan isu birokrasi susah nak apply sijil Halal, tapi ini isu rasuah, salah guna kuasa agensi berkaitan, penyeludupan, penipuan cop halal, penipuan sumber daging dan juga masalah kejar harga murah.

Kalau nak tahu, jenama yang dibawa masuk oleh kartel ni pun sebahagiannya memang dah ada sijil Halal yang sah baik dari Malaysia atau negara asalnya.

Tapi diselit dan dicampur dengan daging yang tidak halal kemudian dipack semula menggunakan jenama dan cop halal yang telah dipalsukan.

Maknanya, kartel ini memang nak buat untung full margin makan pukul keliling, sebab tu dapat jual murah sebab bangkai yang disupplynya, maka harga modal pula sudah tentu jauh lebih murah.

Siap ada laporan yang kata mereka guna bangkai kangaroo, kuda dan macam-macam lagi.

Jadi, atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, kita risau bila jenama ini tidak didedahkan.

Kalau perkara ini berterusan, maka umat Islam di negara kita ini akan terus-terusan memakan bangkai tanpa sedar. Apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging dan merosakkan kita semua.

Cukup-cukuplah dengan pemimpin melayu/Islam saja yang kemaruk makan bangkai rasuah.

Jadi, disini terpulang kepada anda sama ada mahu terus membeli daging frozen import atau tidak.

QUALIKO

GBP AUSTRALIAN

DOUX

ARARAT

AMROON

ALLANA

AL TAMAM

Setelah banyak pendedahan dibuat, kita pun belum tentu pasti akan kehalalan jenama daging frozen import lain yang tidak didedahkan disini.

Untuk mengelak termakan barang yang syubhah atau haram, maka sebaiknya kita tinggalkan terus memakan apa jua jenama daging frozen import. Dalam bisnes, bila tiada permintaan, maka tiadalah supply.

Yang jadi masalah, bila dah tahu ada yang syubhah kita tetap terus membelinya, maka sebab itulah kartel ni masih boleh bertahan walaupun dah naik turun mahkamah dan didenda.

Pasti akan ada kartel lain yang mengambil alih demand dan pasaran yang kosong tadi dimasa akan datang.

Kepada pekedai pula, kita percaya ramai yang akan terkesan dengan penjualan daging import selepas ini.

Namun, yakin dan percayalah bahawa rezeki itu telah tertulis oleh ALLAH Taala buat kita semua. Rezeki tidak akan pernah salah alamat.

Apabila kita meninggalkan sumber rezeki yang haram dan syubhah, insyaALLAH akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas.

Ingatlah kembali pesan orang tua-tua kita dahulu kala, "Jangan beli daging import, sebab kita tak tahu kesahihan barang tersebut."

Akhirnya setelah berpuluh tahun, baru hari ini kita nampak kebenaran pesanan orang tua kita dahulu.

Carilah barang yang halal, utamakan sumber yang halal dan tinggalkanlah barang yang syubhah dan diragui.

Negara kita pun belum darurat lagi, tak mati pun kalau tak makan daging frozen. Masih banyak penjual daging segar tempatan.

Sokonglah barangan buatan Malaysia, dan paling penting ingat; BUY MUSLIM AND HALAL FIRST!


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/