"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2024

'Tangis, tawa di banglo Kak Pah' - Catatan Wartawan

 Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Julai 4, 2024 @ 6:22pm

Warisan peninggalan Allahyarham Sharifah Aini hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

Warisan peninggalan Allahyarham Sharifah Aini hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

KUALA LUMPUR: Sebaik membaca kisah banglo indah di Lorong Utara, Petaling Jaya, Selangor milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dirobohkan, hati saya terasa sebak dan hilang kata-kata.

Masih terbayang mahligai bak istana tersergam indah yang sentiasa terbuka pintu menerima kunjungan tetamu setiap masa.

Banglo mewah yang didiami selama 20 tahun itu menjalani fasa ubah suai 100 peratus pada pertengahan 2000 dan Allahyarham Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan 'mahligai kayangan' mengikut cita rasanya.

Daripada konsep, mencari material hingga proses pengubahsuaian, semuanya ilham Kak Pah.

Namun, hari ini segalanya tinggal kenangan. Banglo dua tingkat itu hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial.

Sukar percaya, namun itulah hakikatnya. Warisan peninggalan Kak Pah hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

Benarlah pepatah Melayu, 'rumahku syurgaku' dan hasil titik peluh selama 40 tahun bergelumang sebagai anak seni, Kak Pah mampu mewujudkan 'syurga idaman' buatnya dan keluarga ketika itu.

Mengajak keluarga dan teman baik ke rumah dengan menjamu tetamu bukan perkara luar biasa. Daripada menu makan malam, pencuci mulut hingga buah-buahan, semuanya serba lengkap dan penuh meja. Itulah sifatnya yang tak mampu dilupakan.

Bagi penulis, banglo dua tingkat yang memiliki 14 bilik itu bukan asing lagi. Sejak mula memegang pena dan membuat sorotan mengenai kisah suka duka Kak Pah pada pertengahan 1990-an, banglo itulah menjadi saksi pertemuan, suka duka dan tangis ketawa.

Banglo mewah berkonsep Mediterranean, Inggeris dan Perancis itu begitu bernilai buat penyanyi lagu Bunga Tanjung dan Seri Dewi Malam berkenaan.

BH pernah membuat sorotan eksklusif mengenai banglo yang menelan belanja RM10 juta itu. Puas memujuk, merayu dan akhirnya, lebih setahun menunggu Kak Pah akur dengan permintaan penulis untuk membuat sesi fotografi khas di kediaman baharunya pada 2008.

Jujurnya, penulis terkedu kali pertama menjejakkan kaki ke banglo yang tak ubah seperti 'mahligai kayangan' itu.

Kediaman dilengkapi ciri kawalan keselamatan serba canggih adalah ilham Kak Pah yang memang meminati dan mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman. Cita rasa Kak Pah bertaraf 'hotel tujuh bintang'.

Bukan hanya memiliki dua ruang tamu dihiasi indah dengan pelbagai jenis sofa mewah dan klasik, malah kediaman itu turut dilengkapi surau yang boleh memuatkan 75 tetamu.

Surau di tingkat dua membuatkan kediamannya sentiasa ceria dan tidak sunyi menerima kunjungan keluarga dan rakan untuk majlis agama.

Banglo dua tingkat hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Banglo dua tingkat hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Menjadi kemestian buatnya, setiap malam Khamis, majlis Asma Al'husna diadakan di surau berkenaan.

Banglo itu juga dilengkapi bilik khas untuk pakaian, kasut, aksesori, spa, facial, salun dan dapur kecil bagi memudahkan urusannya setiap hari. Malah, setiap bilik mempunyai identiti dan konsep tersendiri.

Bilik bacaan di tingkat satu menjadi ruang melepak. Bilik itu penuh dengan ribuan kaset, cakera padat dan buku yang tersusun rapi. Ruangan itu juga menjadi tempatnya bekerja.

Mengenali Kak Pah, kebersihan menjadi keutamaannya, malah penulis terpaku melihat bilik air di biliknya dilengkapi 'bath tub' dan lampu `chandelier' umpama berada dalam bilik tidur.

Menjadi antara rakan yang bertuah, penulis masih tidak dapat melupakan kesempatan baring atas katil antiknya yang agak tinggi. Kami berbual hingga awal pagi hingga hampir terlena dibuatnya.

Meninjau bilik anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, dalam hati terdetik, bertuahnya menjadi anak Biduanita Negara ini. Biliknya berkonsep moden, namun paling buat penulis terkejut, setiap baju tergantung dalam almari disusun mengikut warna. Semuanya diletakkan dalam plastik disebabkan Aliff masih menyambung pengajian di Madinah ketika itu.

Apapun, penulis masih terkenang bagaimana sukarnya Kak Pah mahu merealisasikan impian, membina syurga idamannya ini.

Bayangkan, daripada sekecil benda hinggalah material besar, semuanya Kak Pah pilih sendiri. Kak Pah pernah bercerita, dia sanggup menaiki teksi dengan memakai baju kelawar untuk menyembunyikan identitinya ketika membeli material yang sesuai untuk kediamannya itu.

Cepatnya masa berlalu, diam tak diam, esok genap 10 tahun pemilik suara buluh perindu itu kembali ke rahmatullah.

Tanggal 5 Julai 2014 pastinya tidak pernah luput daripada ingatan setiap tahun. Detik itulah industri seni berdepan dengan kehilangan sebutir permata yang disanjung tinggi.

Allahyarham Kak Pah menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di sisi Aliff, ahli keluarga dan kenalan baik di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara, pada pagi Sabtu, iaitu pada hari ketujuh Ramadan 1435 Hijrah.

Keadaan penyanyi malar zaman bersuara lunak merdu itu kritikal selepas berdepan tiga penyakit iaitu radang paru-paru, jangkitan kuman dalam paru-paru dan virus H1N1, sebelum koma selama lima hari dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.26 pagi.

Masih terngiang kelunakan dan kemanjaan suaranya membisik `I Love U' ketika pertemuan akhir, dua minggu sebelum Kak Pah menghembuskan nafas terakhir.

Terbayang wajahnya duduk atas kerusi roda dan bernafas menerusi bantuan oksigen. Wajahnya berbeza dan kelihatan agak 'sembab'. Kami menangis dan berpelukan lama! Dalam hati terdetik, Kak Pah tidak pernah sakit seteruk ini.

Sudah tentu sikap suka bergurau, celoteh, rajuk dan ketawa manjanya dirindui. Al-Fatihah untuk Biduanita Negara kesayangan ramai.

-BH Online 

Selasa, 2 Julai 2024

Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini

 Faida Rahim

Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PETALING JAYA:
Wakil pemaju terkejut rumah dirobohkan milik Sharifah AiniKediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini di sini, kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Ambia Sdn Bhd pada bulan lalu.
Menurut wakil syarikat pemaju, CT Tang, mereka pada awalnya tidak mengetahui tapak dan kediaman yang dibeli itu merupakan milik penyanyi terkenal terbabit.
Tambah Tang, syarikat Al-Ambia membeli kediaman itu dengan harga sekitar RM4 juta dan dia terkejut apabila masuk ke salah satu ruangan di dalam banglo itu dan mendapati banyak koleksi kaset dan cakera padat (CD) milik Allahyarham.
“Saya masuk ke salah satu bilik, saya nampak banyak kaset, CD lama milik Sharifah Aini. Saya terkejut. Sebelum proses robohkan rumah dijalankan, saya tidak tahu itu rumah dia (Allahyarham Sharifah Aini).
"Saya tertanya-tanya ini siapa punya rumah. Rumah ini datang dengan reka bentuk dan kayu mahal yang lama. Semua kaset disusun rapi dalam bilik tersebut," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Menurut Tang, projek yang sedang dibangunkan di atas tapak rumah itu merupakan sebuah bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa sekitar tiga bulan.
Tambah Tang, dia turut kagum dan memuji reka bentuk asal banglo besar bernombor 42 yang berkeluasan 20,000 kaki persegi itu.
"Memang sangat cantik reka bentuk rumah asal ini," jawabnya ringkas.
Sementara itu, seorang buruh yang ditemui di tapak itu, berkata sebuah lori membawa keluar semua kaset dan CD milik Allahyarham sekitar bulan lalu.
Seorang kenalan terdekat Allahyarham yang enggan dinamakan dalam pada itu, menyatakan barangan peribadi Allahyarham terutama yang berkaitan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Tapak kediaman itu sedang dibangunkan dengan bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa tiga bulan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Beliau berkata, tujuan anak Allahyarham, Aliff Omar Ali, menjual banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu adalah disebabkan terlalu besar untuknya empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.
"Rumah itu terlalu besar untuk didiami empat beranak. Itu tidak termasuk kos selenggara yang mahal. Saya difahamkan bil elektrik sahaja mencecah RM2,000 sebulan. Aliff tiada pilihan lain selain menjual rumah tersebut.
Difahamkan juga, perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga lain selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook.
Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Kediaman gah itu juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Dilengkapi perpustakaan dan dua dapur, banglo tersebut juga mempunyai sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah.
-AstroAwani 

Ahad, 23 Jun 2024

(1957) Filem ‘Pontianak’ merupakan filem seram Melayu pertama dalam bentuk hitam putih yang dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu


 (1957) Filem ‘Pontianak’ merupakan filem seram Melayu pertama dalam bentuk hitam putih yang dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu dan diarahkan oleh B. N Rao pada tahun 1957. 

Selepas ditayangkan di 2 Negara; Singapura dan Malaysia, filem ini telah mendapat sambutan luar biasa peminat-peminat filem Melayu yang menonton kisah mengenai wanita yang terlanggar sumpahan dan menjelma menjadi Pontianak. 

Disebabkan mendapat sambutan luar biasa, filem tersebut mendapat tayangan  selama 3 bulan. 

Setelah itu, filem ‘Pontianak’ kemudian disambung untuk 2 lagi filem baru yang seterusnya; ‘Dendam Pontianak’ (1957) dan ‘Sumpah Pontianak’ (1958). 

2 filem sekuel Pontianak ini masih diarahkan oleh B. N Rao. Namun sayangnya, diceritakan bahawa filem-filem Pontianak tersebut dikategorikan sebagai HILANG kerana reel filemnya telah dibuang oleh seorang pemilik studio atas beberapa sebab. Atas sebab apa tu ya? 

Maria Menado merupakan pelakon wanita pertama yang melakonkan watak Pontianak bagi ketiga-tiga filem tersebut. Menerusi tiga filem tersebut, beliau perlu melakonkan 3 watak sekaligus; sebagai wanita cantik, menjadi wanita hodoh dan menjelma menjadi Pontianak. Watak ikonik tersebut juga telah mencipta kemasyhuran buat Maria Menado sebagai salah seorang seniwati handalan. 

Beberapa tahun kemudian, industri perfileman melayu kemudian terus menghasilkan beberapa buah filem seram yang menjadikan Pontianak sebagai watak/subjek utama dan dilakonkan oleh beberapa orang pelakon-pelakon wanita termasuk yang malar segar di era terkini adalah lakonan Maya Karin.

Sumber: Facts.bn

Credit 

#FoIMPAK  

#FilemMelayu 

#FilemHilang?

Rabu, 12 Jun 2024

"Siapa Sebenarnya Apek Dalam Sergeant Hassan dan Ali Baba Bujang Lapok?"

 "Siapa Sebenarnya Apek Dalam Sergeant Hassan dan Ali Baba Bujang Lapok?"

"Itu Hassan ah, masuk hutan jadi Gorila."

Mesti ramai yang terkeliru lepas saya menulis berkenaan Alias Congo semalam. Tak dinafikan kita sering kali terkeliru apabila berbicara tentang dua watak Apek paling ikonik dalam sejarah sinema Melayu ni. 

Watak Ah Ling dalam Sergeant Hassan sebenarnya dilakonkan oleh seniman Leng Hussain yang berasal dari keluarga Cina Muslim dan dilahirkan di Singapura pada tahun 1924. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau, Singapura. Sejak kecil, beliau bergaul dengan anak-anak bangsawan, tetapi jiwa sanubarinya cenderung kepada lawak jenaka. 

Pada tahun 1946, beliau memenangi pertandingan lawak jenaka bersama Hassan Temberang. Selepas itu, Leng Hussain menyertai beberapa kumpulan bangsawan seperti Jenaka Melayu Opera, Seri Noran, dan Royal Opera. 

Pada tahun 1958, P. Ramlee mencadangkan Leng Hussain kepada Shaw Brothers untuk berlakon dalam filem "Sergeant Hassan". 

Dialog-dialog yang dibawa beliau juga amat menghiburkan, seperti "Aiya Pak Lebai ah. Ajis punya badan sama wa satu macam. Satu kali angkat senapang, lain kali senapang angkat dia... ooo"

Pada tahun 1960, Allahyarham P. Ramlee sekali lagi memberikan beliau watak Tukang Kasut dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok".

Walaupun wataknya kecil, P. Ramlee berjaya mengangkat Leng Hussain sebagai pelakon yang menonjol. Selain menjadi tukang kasut, Leng turut menyanyikan lagu “Apek & Marjina” yang menjadi popular. Filem ini ditayangkan pada awal tahun 1961.

Dialog terkenal beliau, "haiya minah ini macam kalo wa misti tuka wa punya nama ahmad aleng bin abdulola", mesti masih diingati ramai.

Semasa "Ali Baba Bujang Lapok" ditayangkan, P. Ramlee membuat filem "Seniman Bujang Lapok", di mana Leng Hussain diberi peranan sebagai Apek si pemborong botol dan surat khabar lama. Walaupun hanya muncul dalam satu babak, wataknya yang mencuit hati tetap diingati peminat filem Melayu lama.

Filem lain yang dibintangi beliau termasuklah dalam filem "Saudagar Minyak Urat", "Siti Zubaidah", "Gado Gado", "Hujan Darah" dan "Pak Pandir Modern", serta membuat penampilan dalam "Hujan Darah" arahan Salleh Ghani di Studio Merdeka. Leng Hussain meninggal di Singapura dan tahun kematiannya tidak diketahui.

Oleh: Azizul Farhan

Sumber 

Selasa, 23 April 2024

Kenangan:'Lambaian terakhir buat pesawat HOM-AW139'

 Lima kru Udara Skuadron 503 melambai tangan kepada  rakan setugas yang menaiki dua helikopter pasukan itu ketika berlepas dari Kota Kinabalu ke Pangkalan TLDM Lumut pada 19 April lalu.

Lima kru Udara Skuadron 503 melambai tangan kepada rakan setugas yang menaiki dua helikopter pasukan itu ketika berlepas dari Kota Kinabalu ke Pangkalan TLDM Lumut pada 19 April lalu.

KUALA LUMPUR: Lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak pada 19 April lalu, menjadi kenangan terakhir apabila sebuah daripada pesawat itu terhempas hari ini.

Berdasarkan perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu, pasukan itu menghantar dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak untuk menyertai latihan dan raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan awal bulan depan.

Pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.

Paling menyedihkan apabila satu gambar memaparkan lambaian lima sahabat mereka dengan kapsyen 'Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (admin) masih mampu bersangka baik' seakan-akan menggambarkan kejadian itu.

Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM dinaiki tujuh kru, manakala tiga lagi berada dalam Fennec.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu, pihak TLDM telah mengeluarkan senarai nama mangsa yang terkorban secara rasmi.

-BH Online 

Rabu, 27 Mac 2024

Kisah Atok:Kenangan dubur Iman dimasuki lintah...emak segalanya

 


Kita sambung kisah kita pergi sungai ye mak...., mak basuh kain, dubur Iman dimasuk lintah...bila mak tak boleh tarik keluar lintah tu, mak terus dukung Iman balik rumah mintak tolong orang kampung...Sian mak, terpekik terlolong sana sini panggil orang...Iman tak berapa ingatlah sape yg datang, lagi pun Iman tak kenal sangat...tapi masing2 cuba tolong...Ada yg masukkan air sabun, ada yang bubuh air abu dapur...teruk Iman, tak henti2 nangis. Pastu ada sorang bawak sepit janggut baru boleh keluar...tq you mak, you're always there when I need you...luv you mak😍😍😍.


Ha ada satu lagi kisah...Kita berdua jugak. Masa tu Iman dah bersar sikit dah 10 tahun. Mak ingat lagi kisah Iman pengsan kena sengat tebuan...Lucu tapi cemas kan mak.

Satu hari tu kita berdua pergi cari rebung kt tepi sungai seberang sawah...Iman seronok mana2 pergi mak mesti ajak Iman...adik beradik lain mak tak ajak...ye tak ye...Iman sorang je yg ada...adik Awo kecik lagi, B Ngah Dzulkifly pandai belajar kt Kolej MCKK...dia tu dari darjah 1 tak duduk dengan kita, asik sekolah K Lumpur kemudian MCKK. Bang Lang Baharuddin pun pandai dia sekolah FMC di Port Dickson, Akak Zubaidah jugak pandai dia sekolah Malay Girls College di Damansara...Iman sorang tak pandai kan mak...Iman sorang sekolah kampung....tapi Iman sekolah kampung Iman tak kisah, Iman lagi suka boleh duduk dengan mak, hari2 dapat peluk mak...Kan mak.

Mak nak tau....Iman sekolah kampung tapi Iman tetap berjaya dalam hidup tau...ingat tak, Iman darjah satu sekolah Bongek, hari2 bonceng motor abah jenis Triumph 500 tu...best mak. Lepas tu darjah Dua abah tukar jadi guru besar Sekolah Jimah Port Dickson...Kita semua pindah sana. Tempat tu paling tak best kan mak...dahlah jauh, tersorok duduk dalam hutan, jalan teruk kereta pun tak boleh masuk...lagi pulak takde kawan...Iman takde kawan, mak pun takde kawan....Sian mak duduk sorang2 je tiap hari. Nasib baik abah kerja Jimah satu tahun je, lepas tu kita balik duduk kampung, Iman Sekolah  Penajis.

Lepas darjah 4 Iman masuk sekolah Inggeris di URES...oh ye lupa nak cakap. Iman Masa sekolah Melayu Iman pandai, tiap kali periksa mesti dapat nombor 1, tak pernah dapat nombor 2. Tapi bila masuk sekolah Inggeris Iman kalah sikit dengan kawan...apa pun mesti top 5 jugaklah.

Masa mak meninggal tahun 1960 Iman sekolah Ures lah, Masa tu Iman 12 tahun. Kemudian abah tukarkan Iman pergi sekolah TBS Tampin...sebab abah kata Ures tu kurang baik, kebanyakan murid adalah Melayu...nanti Iman tak pandai cakap Inggeris. Tu sebab abah hantar Iman sekolah Tampin, murid sana ramai bangsa asing, nanti Iman pandai cakap Inggeris...

Betul mak...abah tu bijak, berpandangan jauh. Sebab Iman sekolah Tampin lah Iman lebih maju. Mak nak tau...Iman tamat sekolah, Iman melanjutkan pelajaran ke ITM, kemudian Iman masuk Polis jadi pegawai, pencen pun kira ok jugaklah, berpangkat jugaklah...terima kasih Iman ucap kepada mak kerana didik Iman dengan baik masa kecil hingga Iman menjadi seorang berjaya bila besar, dihormati, disegani, dan disukai oleh orang2 sekeliling Iman...ini semua berkat asuhan mak...tq sekali lagi...luv you mak...muuuuahh😍😍😍

Alfatihah buat emak ku sayang yang meninggal dunia pada 26 Jan 1960  pada usia 38 tahun.

Nukilan Zahriman Alias 

Isnin, 27 Disember 2021

Baik pulih rumah sejarah:Waris Datuk Maharajalela puas hati

 

KEADAAN rumah Datuk Maharajalela di Pasir Salak yang dalam proses baik pulih. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

PASIR SALAK: Waris kepada Datuk Maharajalela berpuas hati dengan kerja baik pulih yang dijalankan di rumah tokoh pejuang negara itu dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak di sini setelah sebelum ini daif akibat terbiar.

Tengku Mustaffa Tengku Mohd. Yunus, 61, berkata, beliau gembira kerana kerajaan menunaikan janji untuk membaik pulih rumah itu setelah lama tidak dijaga menyebabkan berlaku kerosakan pada bangunan rumah berusia lebih 100 tahun itu.

Menurutnya, setakat ini kerja baik pulih sudah mencapai 45 peratus, melibatkan baik pulih bahagian atap manakala bahagian dinding akan dipasang de­ngan dinding baharu.

“Saya berpuas hati dengan kerja baik pulih rumah ini yang telah dijalankan walaupun agak perlahan disebabkan Covid-19. Malah kawasan ini juga sudah ditempatkan pengawal keselamatan untuk menjaga dan memantau keadaan sekitarnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Orang Besar Jajahan (OBJ) Pasir Salak berkata, proses baik pulih masih mengekalkan binaan asal.

Katanya, ini jelas kelihatan menerusi ukiran kayu yang dipasang yang menyerlahkan bentuk asal rumah tokoh pejuang negara itu.

“Dalam perancangan awal, memang rumah ini akan dibina semula mengikut bentuk asal dan sekarang sedikit demi sedikit saya dapat melihat rumah ini sudah hampir kembali terdiri seperti sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja baik pulih rumah itu turut menggembirakan penduduk setempat yang tidak sabar untuk melihat rumah itu kembali dijaga de­ngan baik kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

“Penduduk gembira melihat usaha kerajaan membaik pulih rumah ini, mereka bertanya bila akan siap. Saya percaya apabila siap nanti, lebih ramai pelancong akan datang semula ke sini untuk melihat rumah tokoh pejuang negara ini selain wa­risan sejarah lain yang terdapat dalam Kompleks Sejarah Pasir Salak,” katanya.

-Utusanonline

Jumaat, 2 Julai 2021

Kenangan: Berat hati pulangkan ubat arwah suami

GAMBAR kenangan Noorazrina dengan arwah suami, Mohd Rizal dan tiga anak mereka. Gambar kanan, tangkap layar video Noorazrina yang mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik di TikTok.  FOTO Ihsan Noorazrina Arshad
GAMBAR kenangan Noorazrina dengan arwah suami, Mohd Rizal dan tiga anak mereka. Gambar kanan, tangkap layar video Noorazrina yang mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik di TikTok. FOTO Ihsan Noorazrina Arshad

Bangi: Bukan tidak reda dengan ketentuan Ilahi, namun mahu jadikan kenangan yang menyebabkan Noorazrina Arshad menyimpan bekalan ubat milik arwah suaminya, Mohd Rizal Samsudin yang meninggal dunia akibat Sindrom Koroner Akut pada 31 Mei lalu.

Bagaimanpun, wanita berusia 41 tahun itu terpaksa juga mengembalikan ubat berkenaan kepada Hospital Serdang, semalam.

Tidak mudah katanya, tetapi dia mengumpul kekuatan untuk melakukan demikian dan berkongsi video yang menunjukkan kotak dan plastik bekalan ubat itu untuk disimpan sebagai kenangan.

Perkongsian di aplikasi TikTok itu menyentuh hati netizen yang rata-ratanya sebak dan memberi kata semangat buatnya di ruangan komen.

Guru subjek Sains dan Sejarah itu berkata, dia sudah lama menerima pemergian suaminya walaupun hanya dapat bersama selama 19 tahun saja. "Perasaan sedih tetap ada terutama apabila melihat barangan peninggalannya termasuk bekalan ubat berkenaan.

"Ia kerana saya yang memberi dan menemani arwah makan ubat setiap hari jadi banyak kenangan dengannya.

"Selepas pemergiannya, saya tidak dapat lagi melakukan rutin itu dan semalam, saya ambil keputusan kemas dan kumpulkan semua ubat itu untuk diserahkan semula kepada hospital," katanya ketika dihubungi Harian Metro

Bercerita lanjut, Noorazrina berkata, suaminya mula mendapat rawatan dialisis buah pinggang sejak November 2019.

Katanya, disebabkan ada ketumbuhan, doktor mengambil keputusan membuang kedua-dua buah pinggang suaminya ketika pembedahan pada 23 Januari tahun lalu.

"Arwah suami saya selamat menjalani pembedahan tetapi terpaksa hidup tanpa kedua-dua buah pinggang selepas itu.

"Ramai tidak percaya arwah suami hidup tanpa buah pinggang namun dia mampu bertahan dengan izin Allah.

"Keadaannya stabil sehingga mengalami aneurisme yang menyebabkan pendarahan pada otak dan akhirnya meninggal dunia selepas tiga minggu dimasukkan ke wad Hospital Serdang," katanya.

Noorazrina terharu kerana ramai memberi kata semangat buatnya selepas video dimuat naiknya tular di laman sosial.

"Alhamdulillah, ramai beri kata semangat dan mahu saya kuat menghadapi ujian sebagai ibu tunggal.

"Saya hargai dan berharap video itu dapat perkongsian saya dapat memberi inspirasi kepada ibu tunggal mahupun di luar sana yang turut kehilangan suami atau insan tercinta," katanya.

-myMetro

Khamis, 1 Julai 2021

Anak Prempuan ‘Cikgu Murni’ Tampil Di Ruangan Komen, Dedah Gambar Trakhir Dan Lokasi Pusara Ibunya

 

Dalam artikel sebelum ini, penulis telah berkongsi kisah mengenai Murni Sarawak yang membawakan watak utama sebagai Cikgu Murni dalam filem Nasib Labu Labi.

Memandangkan filem itu diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh seniman Allahyrham Tan Sri P. RamIee maka secara tidak langsung nama Cikgu Murni menjadi bualan sehingga kini.

Apa yang menarik dalam perkongsian kisah Murni Sarawak sebelum ini, arwh yang juga merupakan kakak kepada Anita Sarawak itu telah hilang dari telah menghilangkan diri dari dunia seni apabila bercrai dengan suami pertamanya, Dollah Dagang.

Kemudian, Murni Sarawak dikatakan telah berkahwin dengan seorang pemuda Indonesia lalu mengambil keputusan untuk mengikut pulang ke kampung halaman suaminya.

Dikhabarkan Murni Sarawak telah menghmbuskan nfas terakhir di Jakarta pada 7 April tahun 2016 ketika berusia 70 tahun akibat pnyakit bar4h.

Berdasarkan semakan dan carian, tidak ada berita ditulis mengenai Murni Sarawak meninggI dnia dalam mana-mana portal media hiburan meskipun nama arwh cukup popular suatu ketika dahulu.

Apatah lagi ibunya iaitu Siput Sarawak dan datuknya Dollah Sarawak (jangan keliru dengan nama suami Murni Sarawak yang bernama Dollah Dagang) adalah seniwati dan seniman yang cukup disegani.

Anak al-Marhumah Murni Sarawak tampil komen

Justeru kisah berkenaan Murni Sarawak yang meninggI dnia di Jakarta turut menjadi tanda tanya terutama kepada peminat-peminat filem klasik tempatan.

Dalam satu vdeo yang dimuatnaik di Youtube bertajuk Murni Sarawak- Dalam Kenangan oleh saluran Kisah Sedih Youtube, rata-rata juga bertanya mengenai hayat terakhir ‘Cikgu Murni’ itu.

Mengejutkan apabila anak perempuan kepada arwh Murni Sarawak telah tampil menjawab di ruangan komen.

” Beliau lahir tanggal 24 Mac 1948, meninggI dnia tanggal 7 April 2016.. Saya rindukan kamu ibu…Alfatihah..”, tulis Julia Sartika.

Meskipun pendek sahaja komen beliau, namun ramai warganet lain mula bertanyakan satu persatu soalan kepada Julia mengenai ibunya yang cukup dikenali sewaktu berlaku filem Nasib Labu dan Labi itu.

Antara soalan ditanya adalah di mana pusara ibunya.

Jawab Julia, al-Marhumah ibunya Murni Sarawak telah dikebvmikan di Tanah Perkburan Menteng Pulo Jakarta, Indonesia.

” Masya-Allah arwh Cikgu Murni watak dalam filem Nasib Labu Labi ini ibu sis ke?” tanya seorang warganet.

” Ya betul..” balas Julia.

” Saya telah lawat Instagram kamu dan Alhamdulillah saya dah tengok wajah terbaru beliau. Cantik arwh seniwati Murni Sarawak walaupun sudah berusia..” tulis seorang lagi warganet.

Dan paling menyentuh perasaan apabila warganet bertanyakan hari-hari terakhir ibunya serta mahu melihat sekiranya Julia boleh berkongsi gambar ibunya ketika di lewat usianya.

Tidak keberatan dengan permintaan itu, Julia meminta warganet untuk melihat di Instagram beliau.

Bagi menghormati Julia dan keluarga Murni Sarawak, penulis hanya berkongsi sedikit sahaja gambar di sini dan anda boleh melihat gambar-gambar lain di Instagram Julia (julysartika_).

Gambar: perkongsian Julia di Instagram beliau (julysartika_)

Ternyata, Julia adalah benar-benar anak kepada Murni Sarawak berdasarkan gambar yang dikongsikan beliau.

Di dalam Intagram juga turut dikongsikan gambar Murni Sarawak dan suaminya yang berasal dari Jakarta, Indonesia itu yang tidak pernah dikongsikan oleh mana-mana pihak media.

Info menarik Murni Sarawak

Sekadar info, Murni Sarawak dilahirkan di Singapura pada tahun 1946 adalah anak sulung kepada Siput Sarawak bersama Biduan Ismail Kassim.

Ibu bapa Murni, Siput Sarawak dan Biduan Ismail Kassim berkahwin pada 1945. Jodoh mereka bagaimanapun tidak berkekalan apabila berpisah pada 1947.

Murni dan Anita Sarawak merupakan adik beradik kandung seibu dan berlainan bapa.

Ibunya, Siput Sarawak berkahwin buat kali kedua dengan pelakon S. Roomainoor pada 1948- 1956. Hasil perkongsian hidup, lahirlah Anita Sarawak pada tahun 1952.

Di Studio Shaw (Malay Film Production), selepas filem Norlelal (1962) Murni Sarawak membintangi filem Neracha (1962) bersama hero Jins Shamsudin arahan Diresh Ghosh.

Akhirnya P.RamIee telah mengangkat beliau apabila muncul sebagai watak paling diingati sehingga kini iaitu Cikgu Murni dalam filem Nasib Labu Labi (1963).

Murni Sarawak yang diambil berlakon dalam filem Nasib Labu Labi buat pertama kalinya oleh P. RamIee telah membawa peranannya sebagai Cikgu Murni tidak mngecewakan.

Pada keseluruhannya filem ini tidaklah seburuk “Labu Dan Labi” dan tetap menghibur dan menyeronokkan

Filem Nasib Lalu Labi merupakan filem  pertama dan terakhir Murni Sarawak berlakon dalam filem arahan P. RamIee .

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehah.  Alfatihah buat Siti Murni Ismail aka Murni Sarawak (1946-2016).

Sumber: Instagram julysartika_
Sumber: Kisah Sedih Youtube (Murni Sarawak- Dalam Kenangan)

Sumber: M.J

Ahad, 25 April 2021

SEJARAH:Cruise Muhibbah @ Feri Malaysia Perjalanan Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak Dalam Kenangan

 


Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia. 

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari. 

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain. 

Credit: datoensem.

Jumaat, 15 Januari 2021

Wali tersasul sebut nama kembar, pengantin perempuan panik ketika akad nikah


 Majlis pernikahan merupakan suatu hari yang paling istimewa dalam kehidupan pasangan suami isteri. Pastinya masing-masing mempunyai momen yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun efficiancee, dia telah memuat naik video semasa suaminya berdepan dengan wali bagi melafazkan akad nikah.

Panik betul sis

Apa yang mencuit hati adalah datuk kepada wanita tersebut dikenali sebagai Amira Farra telah menyebut nama adik kembarnya yang mempunyai nama hampir serupa iaitu Amira Sara.

Situasi lucu tersebut membuatkan Amira Farra secara spontan mengipas tangannya memberi isyarat kepada datuk yang dia tersalah menyebut nama pengantin perempuan.

Atuk keliru sebab adik duduk sebelah

Menurut Farra, walinya sudah berusia 84 tahun dan tersasul menyebut nama adik kembar, Amira Sara memandangkan gadis tersebut duduk bersebelahan dengannya.

Walau bagaimanapun, akad nikah diulang semula dan masing-masing hanya tergelak kecil dan kembali tenang meneruskan majlis tersebut.

Doakan atuk panjang umur tau

Wehhh! Cemas betul hahahaha

Perkongsian lucu tersebut telah tular dan mendapat perhatian warganet. Rata-rata menyatakan rasa terhibur dengan momen terbabit dan sempat mengucapkan tahniah kepada Farra dan pasangan kerana sudah bergelar suami isteri.

Berkipas tangan sis nak bagitahu salah

Tenang betul muka pengantin lelaki

Sumber: efficiancee

-ohmymedia.cc

Sabtu, 19 Disember 2020

Tun Rahah, wanita kental dalam kenangan


Tun-Rahah
Tun Rahah Mohammad Noah.

KUALA LUMPUR – Ketika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan kematian ibu tersayangnya, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dengan penuh emosi – ramai berkongsi kesedihannya.

Allahyarham berusia 87 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur di samping keluarga tercinta.

Apa sahaja maklumat yang dicari tentang Tun Rahah yang juga anak bongsu kepada Tan Sri Mohamed Noah dan isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, sudah pasti ia menceritakan betapa cekal dan kuatnya wanita itu.

Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor sejurus selepas tamat persekolahan  di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, Johor Bharu.

Pada 4 September 1952, beliau berkahwin dengan Tun Abdul Razak Hussien yang ketika itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Pada masa itu lagi Tun Rahah yang tidak begitu menonjol sudah bersedia menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya malah Tun Abdul Razak selalu menyifatkan isteri paling sempurna buatnya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima putera iaitu Datuk Seri Najib, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam, Datuk Seri Mohd Nazir dan Datuk Mohamed Nazim.

Walaupun begitu teringin untuk menimang anak perempuan namun rezekinya mengurniakan anak-anak lelaki dengan yang sulungnya, Najib menjadi Perdana Menteri keenam manakala anak bongsungnya menjadi, Nazir menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CIMB.

Sebagai seorang ibu, Tun Rahah menanggung sebahagian besar daripada tugas mengasuh dan mendidik putera-puteranya malah terpaksa memainkan peranan anak-anaknya yang masih menuntut di universiti.

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976, beliau memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak sehingga mereka berjaya dalam lapangan masing-masing namun semuanya ‘terubat’ apabila melihat anak-anaknya berjaya dan kemudian sempat melihat kejayaan cucu-cucunya.

Antara yang dipetik dalam laman sesawang Yayasan Tun Rahah menyebut beberapa perkara menarik termasuklah sebagai seorang isteri, Tun Rahah telah menyediakan rumahtangga yang sempurna untuk suaminya, seorang tokoh yang sentiasa bekerja kuat untuk negara, bangsa dan agama.

Kekentalan semangat beliau dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi menjadikan beliau seorang teman seperjuangan yang setia dan bertanggungjawab.

Sifatnya yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja adalah resepi utama yang menyebabkan beliau disenangi oleh masyarakat di kampung dan bandar.

Sikap sederhana itu amat bersesuaian dengan kehendak suaminya yang tidak mahu isterinya menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan dalam semua sekaligus membantu meningkatkan populariti Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin negara yang disegani.

Sebagai teman hidup Tun Rahah selalu mengiringi suaminya menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Allayarham juga dikatakan telah memainkan peranan yang aktif dalam setiap pilihan raya, berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita.

Tun Rahah telah membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara malah sentiasa mengingatkan kaum wanita melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan khususnya untuk wanita di samping memberi sumbangan dan khidmat bakti ke arah kemajuan negara.

Tun Rahah juga adalah penuang PERTIWI yang pertama iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).

Tun Rahah telah dianugerahkan pingat emas Tun Fatimah daripada NCWO pada tahun 1976.

Beliau menerima lantikan sebagai Canselor UNITAR dan telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia(UUM) sewaktu Majlis Konvokesyen Kali ke-22.

Pastinya walaupun jarang sekali tampil menonjol di mana-mana namun umum akan terus memperingati Tun Rahah sebagai seorang tokoh cukup disegani dan prihatin terhadap rakyat di negara ini.

Al-Fatihah.- MalaysiaGazette