"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kk Mart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kk Mart. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2024

DPM M’sia: Isu stoking ada kalimah Allah perlu jadi iktibar

 


KUALA LUMPUR: Semua pasar raya di Malaysia perlu mengambil iktibar kecuaian pasar raya KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah dan perkara itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata isu stoking dengan kalimah Allah itu terkelas dalam isu 3R iaitu melibatkan agama (religion), raja (royal) dan kaum (race).

“Walaupun pihak KK Mart memohon maaf, namun ia bukan isu ringan. Ini bukan hanya isu agama tapi satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan.

“Ada yang mengambil ringan dan kesempatan dan kita mesti menyelesaikan dengan segera agar tidak disalah tafsir. Kita tidak mahu isu ini ditunggangi oleh mereka yang berkepentingan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memberi amaran keras kepada KK Mart agar kejadian penjualan stoking yang tertera kalimah Allah tidak berulang.

Ketua Pengarah Jakim, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusof, berkata pihaknya telah memanggil Datuk Chai Kee Kan berhubung isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di rangkaian kedainya.

Katanya, syarikat itu memberi penjelasan mengenainya dan langkah untuk mengelakkan isu seumpama ini berulang.

“KK Supermart & Superstore Sdn Bhd juga bersetuju untuk mengkaji dan mengemas kini semula prosedur operasi standard syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kecekapan pihak berkuasa menjalankan siasatan termasuk menyerbu dan merampas stoking dengan cetakan kalimah Allah mendapat pujian Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan yang diambil berhubung isu itu.

“Syabas. MAINJ dan PDRM Kontinjen Johor sudah mengambil tindakan,” menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, memaklumkan bahawa tindakan tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan nama Allah, tambahan lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

“Saya akan memastikan segala kekuatan perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen dan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini dapat dikuatkuasakan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan yang sewajarnya,” katanya.

-BH Online Sg

Selasa, 19 Mac 2024

HINA AGAMA ISLAM:SERUAN JIHAD BOIKOT!!

 SERUAN JIHAD BOIKOT!!

KITA mungkin bukan bangsa yang pegang kuasa ekonomi dalam Malaysia !!!.

Tetapi kita merupakan satu-satunya BANGSA yang menjadi kuasa beli terbesar dalam negara.

Tiada istilah 'rasist' disini. 

Kita hormati semua bangsa dalam negara kita. Kita tidak diajar untuk bermusuhan oleh agama. Biar berbeza warna kulit, agama, mahupun kaum dan juga bahasa pertuturan.

Kita hormati semuanya. 

Kita bangsa yang lembut dalam tutur kata. Sentiasa bertolak ansur dalam pelbagai perkara.

Tetapi kita juga boleh berubah sekelip mata menjadi 'keras' seakan besi jika ada 'API' yang cuba membakar dalam diam.

Kita juga tidak rela kepentingan bangsa kita ditolak beransur-ansur secara dalam diam juga.

Diam kita DIAM-DIAM UBI. Dalam DIAM tetapi 'BERISI'.

Jangan sesekali ganggu akan 3 perkara yang kami jaga.

Jangan usik walau seinci akan segalanya tentang AGAMA kami. Jangan sesekali sentuh tentang hak dan juga kepentingan BANGSA kami. Dan last but not least ... Jangan sesekali pijak akan Maruah dan Harga diri NEGARA kami.

Kami sentiasa berpegang pada ayat ini ;

UNTUK KAMU AGAMA KAMU, UNTUK KAMI AGAMA KAMI !!!!

Tetapi kenapa kalian sentiasa menguji akan tahap kesabaran kami ???

Kami bukan bangsa penakut !!! Tetapi kalian patut bersyukur kerana kami merupakan satu-satunya  bangsa yang kuat daya kesabarannya.

Perkara ini dah lama berlaku dan sentiasa 'BERULANG'... 

HINA  Islam > minta MAAF.

HINA  Islam > minta MAAF.

HINA  Islam > minta MAAF.

Dan lagi ... dan lagi... dan lagi... 

Tetapi sampai bila ??? Bila agama kami akan dihormati sepertimana kami semua menghormati agama kalian ??

Aku tidak tujukan kata-kata ini kepada semua 'non -muslim' yang baik perilaku dan sentiasa beretika.

Tetapi kata-kata ini secara jelas aku HUNUSKAN pada kalian yang sentiasa lupa dengan apa yang terjadi pada STAR...KS dan juga M..D !!!

Kalian perlu tahu. Bangsa kami adalah Bangsa yang kuat apabila kami bangun untuk 'Bersatu MEMBOIKOT' anda.

Kami boleh naik kan anda. Dan tak mustahil kami juga boleh membuatkan anda jatuh terduduk dengan asbab penyatuan bangsa kami dan juga atas 'asbab' kalimah INSYA'ALLAH.

Apabila Kalimah ALLAH diinjakkan di kaki sebegini rupa, ini bukanlah masanya untuk kami bersabar lagi.

Dengan BISMILLAH ALLAHUAKBAR. 💪

Kami mulakan B•O•I•K•O•T dari hari ini. Terimalah dengan hati yang terbuka. 

#boikotprodukkkmart 

@pengikut @sorotan 

•Boikot KK Mart.

•Boikot Xin Jian Chang Sdn. Bhd. 

•Boikot Mirano Sock.

*Xin Jian Chang Sdn. Bhd. tu vendor yang membekalkan stokin berjenama Mirano Sock ni.

Jangan sesekali menguji kami !

~ #penaangkasa  ~✍️

Kredit: Hairie Aziz

1️⃣7️⃣-0️⃣3️⃣-2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣ | Day 6 Ramadhan

Sumber