"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Prof Sivamurugan Pandian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prof Sivamurugan Pandian. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2020

Tumbangnya MB Perak amaran daripada Umno, kata penganalisis

 

Penganalisis berkata, jatuhnya Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semalam mungkin merupakan cara Umno menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap PPBM.

PETALING JAYA: Tumbangnya Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak mungkin bermakna Umno memberi amaran kepada perdana menteri, kata seorang penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia mungkin merupakan cara Umno menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap PPBM dan parti itu tidak seharusnya memandang ringan perkembangan tersebut.

“Peringkat pertama Belanjawan 2021 mungkin telah diluluskan di Dewan Rakyat, tetapi Umno mungkin ada cara lain untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Umno masih boleh bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan perdana menteri melalui akuan bersumpah.
Awang Azman Pawi.
Langkah itu katanya, juga merupakan mesej kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

“Mereka mahu menegaskan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membenarkan usul percaya terhadap menteri besar, maka kenapa pula perkara sama tidak dibenarkan di Dewan Rakyat,” katanya.
Sivamurugan Pandian.
Sementara itu Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia juga berkata, PPBM perlu memperkuatkan hubungannya dengan Umno.

“Faizal mungkin kalah kerana perbalahan dalaman, bukannya disebabkan oleh pembangkang,” katanya, merujuk kepada Faizal yang tewas di DUN selepas 48 ahli dewan mengundi menolak usul undi percaya kepadanya semalam.

10 undi menyokong Faizal sementara satu undi rosak.

Usul itu dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru Abdul Manaf Hashim yang mewakili Umno.
Azmi Hassan.
Namun bekas pensyarah Azmi Hassan berkata, kemelut di Perak tidak mencerminkan rasa tidak puas hati Umno terhadap PPBM di peringkat nasional.

“Semasa 22 bulan pemerintahan di bawah Pakatan Harapan (PH) pun, menteri besar itu berdepan masalah dengan PH,” kata Azmi, selain menambah bahawa ini mungkin disebabkan stail kepimpinan Faizal tidak serasi dengan orang lain.

“Beliau mungkin dilihat cenderung mencetuskan pecah belah untuk kekal berkuasa dan keadaan itu tidak boleh diterima orang lain,” katanya.

Azmi menasihati Muhyiddin sebagai presiden PPBM supaya melantik pemimpin yang lebih baik untuk memperkuatkan partinya.-FMT

Rabu, 25 November 2020

Sejarah 1999 parlimen bubar selepas pembentangan bajet ketika pentadbiran Dr Mahathir mungkin berulang

 


Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian berkata sejarah ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada tahun 1999 boleh berulang kembali.

“Apa terjadi pada tahun 1999, di mana bajet dibentangkan pada 11 Nov pada tahun itu, perdana menteri pada ketika itu membuat pengumuman bahawa pembubaran parlimen bakal berlaku.

“Pertama kali dalam sejarah parlimen dibubarkan, termasuk bajet yang dibentangkan juga terpaksa dihentikan sehingga pengumuman keputusan pilihan raya (dan) bajet dibentang semula.

“Adakah bermaksud situasi ini boleh terjadi lagi? Ia boleh terjadi jika kerajaan masih tidak mempunyai sokongan dan berasa ini adalah keputusan terbaik dari Belanjawan dibentang tetapi tiada yang menyokong,” jelasnya dipetik portal Astro Awani.

Sivamurugan turut berpandangan bahawa Muhyiddin boleh menasihati Agong untuk membubarkan parlimen atau melantik perdana menteri baru untuk memastikan kerajaan berfungsi.

“Kedua, jika tiada sokongan, ia boleh dianggap oleh sesetengah pihak bahawa ini merupakan isu keyakinan kepimpinan dan mungkin perdana menteri boleh menasihati Agong untuk bubar parlimen atau lantik perdana menteri baru.

“Ini tidak bermaksud kerajaan tumbang, ia akan tetap berfungsi dan pada masa yang sama perdana menteri boleh menafikan bahawa jika tidak berjaya di parlimen, itu tidak bermaksud kerajaan tidak mempunyai keabsahan.

“Malah, darurat juga boleh dicadangkan, bermakna tanggungjawab untuk mendapatkan perhatian dan kelulusan belanjawan diberikan kepada Agong. Ada beberapa perkara boleh dilakukan,” tambahnya.

-mindarakyat