Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Pemain tengah Colombia, Jefferson Lerma (kiri) menanduk masuk gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Uruguay pada separuh akhir Copa America 2024 di Stadium Bank of America di Charlotte, North Carolina sebentar tadi. – Foto AFP
CHARLOTTE, Amerika Syarikat: Colombia melayakkan diri ke perlawanan akhir Copa America 2024 selepas menundukkan Uruguay 1-0 pada aksi separuh akhir di Charlotte, Amerika Syarikat sebentar tadi.
Colombia akan bertemu juara bertahan Argentina pada final awal pagi Isnin ini.
MESSI tekad terus cipta sejarah bersama Argentina.
Miami: Copa America memasuki saingan peringkat empat terakhir dan pasukan pilihan Argentina berharap dapat meraih gelaran ketiga kejohanan utama berturut-turut.
Juara dunia Argentina yang juga juara bertahan Copa membuka aksi separuh akhir dengan menentang Kanada di New Jersey pada Rabu ini.
Keesokannya di Charlotte menyaksikan Uruguay yang menyingkirkan Brazil menerusi penentuan penalti akan berdepan Colombia yang tidak tewas 27 perlawanan termasuk ketika membelasah Panama 5-0 di suku akhir.
Argentina dan Uruguay yang berkongsi 15 gelaran Copa America berharap dapat mengatasi catatan itu sekali gus muncul negara paling berjaya dalam sejarah kejohanan.
Colombia hanya meraih satu gelaran pada 2001 manakala Canada beraksi di kejohanan itu buat kali pertama.
Argentina memerlukan aksi hebat penjaga gol Emiliano Martinez ketika menewaskan Ecuador menerusi penentuan penalti di suku akhir dan skuad Lionel Scaloni muncul pasukan pilihan ketika menentang Canada.
Jurulatih Amerika Syarikat (AS), Jesse Marsch pula mencipta impak segera bersama Kanada selepas mengambil alih tugas pada pertengahan Mei dan pantas menerapkan corak serangan berintensiti tinggi untuk menekan lawan.
Hasilnya Kanada menang penentuan penalti ke atas Venezuela yang sebelum itu menang semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, mereka tahu Lionel Messi dan Argentina bukan sebarangan dan tampil berbeza berbanding Venezuela.
Kedua-dua pasukan bertemu pada aksi pertama peringkat kumpulan menyaksikan Argentina menang 2-0 tetapi ia tidak menjejaskan keyakinan dalam skuad Marsch.
"Kami akan melakukan apa sahaja," kata pemain sayap Bayern Munich Alphonso Davies.
"Beraksi di perlawanan ini, kami tahu apa perlu diharungi. Menang kami ke depan tapi jika kalah, kami pulang. Kami kini lebih 'lapar' daripada sebelum ini dan kami jangka pertarungan sengit dengan Argentina," katanya.
Pemain Uruguay, Manuel Ugarte meraikan penalti kemenangan pasukannya ketika menewaskan Brazil pada suku akhir Copa America 2024 di Stadium Allegiant di Las Vegas, Nevada sebentar tadi. – Foto AFP
LAS VEGAS, Amerika Syarikat: Uruguay mengatasi Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sebentar tadi selepas beraksi 10 pemain ketika seri 0-0 sekali gus layak ke separuh akhir Copa America 2024 bertemu Colombia.
Sergio Rochet menyelamatkan sepakan penalti pertama Brazil menerusi Eder Militao manakala tendangan rakan sepasukannya Douglas Luiz terkena palang untuk memberikan Uruguay kelebihan.
Sekalipun penjaga gol Alisson Becker menafikan Jose Maria Gimenez dan Gabriel Martinelli menyumbat gol untuk menghidupkan peluang Brazil, Manuel Ugarte meledak masuk penalti penentuan untuk menyaksikan kemaraan Uruguay.
Dengan Vinicius Junior digantung perlawanan buat Brazil dan menyaksikan perlawanan dari bangku penonton, pasukan kendalian Dorival Jr bergelut untuk mencipta peluang sekalipun mempunyai kelebihan seorang pemain pada lewat babak kedua apabila pemain Uruguay, Nahitan Nandez dibuang padang.
Dalam perlawanan tegang yang menyaksikan 41 kekasaran daripada kedua-dua pasukan, pemain kedua-dua pasukan terbabit dalam pertarungan fizikal di segenap penjuru padang.
Pertahanan Brazil, Eder Militao gagal menjaringkan gol melepasi penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet pada suku akhir Copa America 2024 di Stadium Allegiant di Las Vegas, Nevada sebentar tadi. – Foto AFP
Penyerang Brazil berusia 17 tahun, Endrick menjadi mangsa terjahan keras ketika Uruguay enggan memberikannya ruang untuk bergerak.
Pada satu ketika, Raphinha berang apabila Endrick dijatuhkan oleh Ronald Araujo ketika kapten Brazil itu bertindak balas dalam kemarahan dengan menolak ke belakang sebelum pengadil mencelah dan memberi amaran keras terhadap kedua-dua pemain, sekalipun menyimpan kad di dalam poketnya.
Namun aksi Araujo berakhir lebih awal apabila dia dikeluarkan kerana kecederaan selepas setengah jam dan perlawanan itu semakin mendebarkan beberapa ketika kemudian apabila Darwin Nunez terlepas peluang dari jarak dekat.
Dalam beberapa saat, Raphinha pula menyaksikan percubaannya susulan serangan balas pantas diselamatkan Rochet, peluang terbaik Brazil pada babak itu.
Dengan Uruguay gagal memecah kebuntuan, jurulatih Marcelo Bielsa melakukan tiga pertukaran pada minit ke-67 tetapi perancangannya terjejas apabila Nandez dilayangkan kad merah susulan semakan VAR berikutan terjahannya ke atas Rodrygo.
Bagaimanapun Brazil tidak mampu meledak jaringan berdepan 10 pemain Uruguay yang turun ke bawah, memilih untuk mencuba nasib mereka menerusi penentuan sepakan penalti dengan tiada masa tambahan pada Copa America kecuali final. – REUTERS
Pertahanan Brazil, Marquinhos bertembung dengan penyerang Uruguay, Darwin Nunez (kanan) pada suku akhir Copa America 2024 di Stadium Allegiant di Las Vegas, Nevada sebentar tadi. – Foto AFP