"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Dewan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dewan Rakyat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2025

Intipati Pembentangan Belanjawan2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat

 


Intipati Pembentangan #Belanjawan2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini:

📌KDNK Malaysia 2026 diunjur dalam julat membanggakan antara empat dan 4.5 peratus, berbanding empat hingga 4.8 peratus pada 2025 – PM

📌Kerajaan umum Belanjawan 2026 berjumlah RM419.2 bilion (RM421 bilion dalam Belanjawan 2025), terdiri daripada perbelanjaan mengurus RM338.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM81 bilion – PM 

📌Jumlah kutipan hasil dianggarkan lebih tinggi kepada RM343.1 bilion pada 2026 berbanding RM334.1 bilion pada 2025 – PM 

📌Belanjawan kali ini menandakan lembaran pertama RMK13, tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan, tetapi kompas sejarah untuk era mendatang. - PM

📌Defisit fiskal keseluruhan diunjur mengecil kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025 – PM

📌Belanjawan 2026 mengangkat tema 'Belanjawan Rakyat', menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI

📌Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal - PM

📌Belanjawan 2026: Di bawah MADANI, badan-badan penguatkuasa berjaya peroleh hasil rampasan, kutipan penalti hampir RM 15.5 billion. - PM

📌Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang – PM

📌Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik – PM 

📌Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut – PM 

📌Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion ringgit tahun lalu - PM 

📌Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025 – PM 

📌Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM 

📌Belanjawan 2026 peruntuk lebih RM700 juta, sedia latihan, perolehan aset, tingkat keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM, MyCC - PM

📌Belanjawan 2026: JKDM akan perkenal setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat, bendung pemalsuan, tangani ketirisan di pintu masuk negara - PM

 📌Kerajaan bercadang pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Jan, 2026 - PM 

📌Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026 – PM 

📌Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion pada 2025 berbanding unjuran RM334.1 billion tahun ini - PM

📌Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025 – PM 

📌Belanjawan 2026: Inisiatif MyDigital ID akan diperluas ke sektor kewangan, telekomunikasi, e-dagang, kesihatan - PM

📌DE untuk 2025 dianggarkan berkurangan sebanyak 4.8 peratus kepada RM80 bilion, terutamanya disebabkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah kepada sektor ekonomi – PM

📌Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion ringgit setahun – PM

📌Jumlah OE pada 2025 dianggarkan sebanyak RM332.1 bilion berbanding peruntukan asal RM335 bilion – PM

📌Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas – PM

📌Belanjawan 2026: RM76.6 juta disediakan, tingkat mutu prasarana UTC - PM

📌 Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai - PM 

📌Belanjawan 2026: Akta Perlindungan Pengguna akan dipinda, memasukkan elemen 'Lemon Law' bagi melindungi hak pengguna - PM

📌JKDM akan perkenal setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV

📌Belanjawan 2026: RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat - PM

📌Belanjawan 2026: Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. - PM

📌Khazanah, KWAP melabur RM550 juta dalam ekosistem semikonduktor dalam usaha meningkatkan usaha sama firma tempatan dan syarikat multinasional - PM

📌Kerajaan menyediakan RM180 juta Dana Pembangunan Industri NIMP bagi membiayai program pembangunan industri di bawah sektor berimpak tinggi - PM

📌Belanjawan 2026: Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar tarik 47 juta pelawat, jana pendapatan pelancongan RM329 billion.

📌Belanjawan 2026: Lebih RM700 juta disediakan untuk merancak sektor pelancongan

📌Agenda Reformasi berjaya menyelaras lebih 1,000 projek, paling utama dapat menjimatkan kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion dan antara sebab Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia

📌Mengikut NSS, BPMB menyediakan pinjaman RM500 juta bagi menyokong aktiviti nilai tambah tinggi oleh syarikat tempatan yang menyokong ekosistem E&E - PM

📌Belanjawan 2026: Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor, geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark akan dibangunkan

📌GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 bilion daripada RM25 bilion tahun ini - PM

📌Belanjawan 2026: Ubah suai, pembaharuan premis perniagaan oleh pengusaha projek pelancongan diberi potongan cukai sehingga RM500,000

📌Belanjawan 2026: Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 akan diberikan bagi perbelanjaan bayaran fi kemasukan pusat pelancongan tempatan, program kebudayaan

📌 iTEKAD dengan dana padanan RM35 juta akan diperluas - PM

📌Malaysia akan terus menerajui bidang AI serta menyubur aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta - PM

📌Belanjawan 2026: Pengecualian 100 peratus duti eksais, cukai jualan diteruskan bagi pembelian kereta Proton dan Perodua oleh pemandu teksi, kereta sewa persendirian

📌Kerajaan akan perkenal Status ASEAN Business Entity (ABE) yang diselaraskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - PM

📌Kerajaan bercadang perkenal potongan cukai tambahan 50 peratus diberikan kepada PMKS bagi perbelanjaan kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber - PM

📌Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal untuk Zon Kewangan Khas Forest City tempa kejayaan besar susulan enam Pejabat Keluarga diluluskan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) hampir RM400 juta dalam tempoh kurang setahun - PM

📌Belanjawan 2026: Sovereign AI Cloud akan dibina MCMC dengan pelaburan RM2 bilion

📌RM53 juta Geran Pecutan Digital Malaysia disediakan bagi mempercepat pertumbuhan, penerimagunaan teknologi seperti blockchain, AI dan perkomputeran kuantum - PM

📌Kerajaan bersetuju menyalurkan dana permulaan RM10 juta melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan - PM

📌Belanjawan 2026: RM15 juta disediakan untuk penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains, Science on Wheels 

📌Kerajaan setuju salur dana permulaan RM10 juta melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan -- PM

📌30 lagi Pejabat Keluarga telah nyatakan minat, Malaysia di landasan tepat untuk capai RM2 bilion AUM pada penghujung 2026 - PM

📌SJPP sedia menjamin sehingga 70 peratus pembiayaan syarikat pertengahan berorientasi eksport dengan nilai jaminan sehingga RM5 bilion - PM

📌Belanjawan 2026: Penandaan logo Buatan Malaysia, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia akan terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta.

📌Belanjawan 2026: RM50 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan Kerajaan tersedia untuk manfaat usahawan tempatan tahun hadapan

📌Mulai suku pertama 2026, Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan, akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan, diikuti sektor perkhidmatan pada suku kedua - PM

📌Geran Pembangunan Pasaran MATRADE menyediakan RM60 juta bagi memudah cara PMKS mengeksport produk ciptaan Malaysia ke pasaran sedia ada dan pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah - PM

📌EXIM Bank menyediakan pinjaman mudah untuk membantu syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global dengan dana RM500 juta - PM

📌Jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan bernilai RM50 bilion pada tahun hadapan berbanding RM40 bilion - PM

📌Institusi kewangan pembangunan (DFI) menyediakan pembiayaan dan geran hampir RM1 bilion untuk menyokong automasi proses dan pendigitalan operasi perniagaan - PM

📌Belanjawan 2026: RM2.62 bilion akan disediakan untuk pelbagai subsidi, bantuan kepada pesawah tahun hadapan

📌Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan di bawah BSN dan TEKUN - PM

📌Kerajaan mencadangkan nilai ambang gaji bagi kontrak penggajian yang dikecualikan daripada pengenaan duti setem dinaikkan daripada RM300 kepada RM3,000 sebulan mulai 1 Jan, 2026 - PM

📌RM40 juta disediakan bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi - PM

📌Belanjawan 2026: MINDEF akan terima peruntukan RM21.7 billion, KDN RM21.2 bilion

📌Ekuinas akan membangunkan syarikat pelaburannya sehingga dapat disenaraikan dan diambil alih oleh PNB susulan penyatuan Ekuinas dan PHB di bawah YPB - PM

📌Kerajaan menyediakan RM20 juta bagi menyokong syarikat mula niaga mengeluarkan produk mekanisasi dan automasi dengan kerjasama MPOB dan syarikat utama sawit - PM 

📌Belanjawan 2026: RM6 bilion diperuntuk bagi selenggara, beli aset pertahanan termasuk dua MRSS dan 10 kenderaan baharu MALBATT

📌KWAP menyediakan RM20 juta untuk program pembiayaan mikro bagi pesara, memperkasakn keusahawanan di peringkat komuniti - PM

📌Kerajaan peruntuk hampir RM120 juta bagi membela nasib pekebun kecil - PM

📌RM2.4 bilion khusus untuk kontraktor G1-G4 bumiputera - PM

📌Kerajaan sediakan RM50 juta untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara - PM 

📌Sempena Deepavali, bayaran STR Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion yang dijadualkan November ini, diawalkan, disalur mulai 18 Okt - PM

📌RM10 bilion dikhususkan untuk menyokong usahawan bumiputera daripada RM30 bilion jaminan kerajaan di bawah SJPP - PM

📌Belanjawan 2026: SARA RM100 kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas akan diberi sekali lagi pertengahan Februari tahun hadapan. - PM

📌NETR terus memacu pemain industri menerusi sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara berjumlah RM150 juta - PM

📌Belanjawan 2026: RM600 juta akan disediakan, perbanyak program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN tahun hadapan

📌GLIC, GLC sedang menggerakkan pelaburan bernilai RM16.5 bilion untuk 2026 - PM

📌Program Jaguh Serantau SME Bank sediakan pinjaman RM200 juta kepada PKS bumiputera untuk menembusi pasaran eksport - PM

📌Program Penskalaan Usahawan Bumiputera MARA menyediakan RM100 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat mula niaga dalam sektor strategik bernilai tinggi - PM

📌Cukai Karbon diperkenalkan mulai tahun hadapan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga - PM

📌PM Datuk Seri Anwar umum RM105 juta untuk VentureTECH tingkat pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor teknologi tinggi

📌Belanjawan 2026: Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 akan digubal, diluncur semasa 'New Frontiers on Care Conference' peringkat ASEAN, November ini.

📌CIDB menyediakan RM10 juta bagi meningkatkan daya saing usahawan bumiputera khususnya kontraktor muda industri pembinaan -- PM

📌Kerajaan meneruskan pemberian rebat bagi pembelian kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga dengan peruntukan RM20 juta - PM

📌Belanjawan 2026: RM46.5 bilion diperuntuk kepada Kementerian Kesihatan, meningkat berbanding RM45.3 bilion tahun ini.

📌Belanjawan 2026: Semua hospital, klinik Kerajaan akan diselenggara, baik pulih melibatkan peruntukan RM1.2 bilion.

📌Belanjawan 2026: Seramai 4,500 doktor kontrak diluluskan, akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

📌Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh permohonan pengecualian cukai pendapatan perusahaan sosial sehingga 2028 - PM

📌RM230 juta disediakan kepada AIM untuk terus menawarkan pembiayaan, menjadikan dana AIM yang tersedia berjumlah RM2.9 bilion - PM

📌Belanjawan 2026: Rokok naik 2 sen per batang, duti eksais ke atas produk rokok lain turut dinaikkan berkuat kuasa 1 Nov ini.

📌Belanjawan 2026: Mulai 2026, kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN, libatkan 5,800 pelajar IPTA dari keluarga miskin, dengan peruntukan RM120 juta

📌Belanjawan 2026: Kerajaan setuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua penerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah, menengah.

📌Kerajaan cadang kenakan duti setem pada kadar rata daripada empat kepada lapan peratus ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh individu bukan warganegara dan syarikat asing - PM

📌Kerajaan lanjut tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk "nicotine mist" dan "nicotine lozenges" sehingga 31 Dis, 2027 - PM

📌Kerajaan setuju kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 Nov, 2025 - PM

📌Kerajaan cadang pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000, dilanjutkan selama dua tahun sehingga 31 Dis, 2027 - PM

📌Belanjawan 2026: Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA akan dinaikkan sehingga RM1 juta ringgit, selaras pelarasan gaji, peningkatan harga pasaran hartanah

📌Kerajaan cadang perbelanjaan pengubahsuaian dan menukar bangunan komersial kepada tempat kediaman diberi potongan cukai khas 10 peratus daripada perbelanjaan yang layak, dengan potongan cukai terhad sehingga RM10 juta - PM

📌Belanjawan 2026: Semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.

📌Penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara, veteran berpencen dan tidak berpencen RM250,disalurkan awal Mac 2026. - PM

Selasa, 14 Februari 2023

Hutang negara turut disumbang ketirisan era BN, PN, kata Anwar

 Perdana menteri berkata ada kebenaran menyatakan bahawa kerajaan BN dulu ada ketirisan dan kes terlibat seperti 1MDB, tetapi dalam PN juga berlaku kerosakan.

Anwar Ibrahim menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) di Dewan Rakyat, yang bertanya sama ada penyumbang utama hutang negara adalah berkaitan pelbagai skandal kewangan berlaku zaman BN.

KUALA LUMPUR: Perdana menteri berkata peningkatan hutang negara sehingga mencecah hampir RM1.2 trilion turut disumbang akibat ketirisan pada zaman Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) pimpinan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

“Ada kebenaran menyatakan bahawa kerajaan BN dulu ada ketirisan dan kes terlibat seperti 1MDB, tetapi dalam PN juga berlaku kerosakan dan banyak juga seperti perbelanjaan jana wibawa, isu tebatan banjir.

“Beberapa ketirisan lain dalam siasatan, ada yang tanya kenapa belum siasat…itu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa, dan ada tindakan undang-undang, itu urusan peguam negara.

“Kalau sabar, dalam masa terdekat ada berita baik untuk rakyat,” kata Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang bertanya sama ada penyumbang utama hutang negara adalah berkaitan pelbagai skandal kewangan berlaku zaman BN.

Radzi turut bertanya apakah tindakan perdana menteri yang juga memegang jawatan menteri kewangan seperti era pentadbiran perdana menteri ke-6 akan mengulangi skandal sama.

Mengulas lanjut, Anwar mempertahankan tindakannya memegang jawatan menteri kewangan dan ia bukan suatu masalah.

Katanya, perkara itu akan menjadi masalah jika seseorang pemimpin menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.

“Soalnya sama ada kedudukan perdana menteri dan menteri kewangan itu menjadi masalah, dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak, itu bukan masalah, yang masalahnya adalah guna kedudukan rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak kalangan yang bersih sama ada belah sini, sana, jangan bimbang.

“Tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu yang harus merasa tertekan dan bimbang, tetapi saya bertekad apa pun telahan dibuat saya akan tekad. Kerajaan perpaduan, saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya.-FMT

Isnin, 19 Disember 2022

DAP nyanyuk lepas ‘kahwin’ dengan UMNO: Shahidan sindir ucapan Ngeh

 

Ahli Parlimen (Perikatan Nasional) Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

“DAP baru kahwin dengan UMNO… dia nyanyuk”.

Demikian sindir Ahli Parlimen (MP) Arau (Perikatan Nasional), Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mencelah kenyataan Ahli Parlimen (kerajaan – DAP) Beruas Ngeh Koo Ham,yang salah tajuk perbahasan di Dewan Rakyat hari ini (19 Disember 2022).

Kejadian berlaku ketika Ngeh bangun mencelah ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ketika itu sedang membahas usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

“Kita sedang berbahas tentang Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan. Perbelanjaan masuk akaun…,” kata Ngeh sebelum ditegur beberapa MP lain di pihak kerajaan dan pembangkang.

Ucapannya menggamatkan sidang Dewan Rakyat dengan beberapa MP pembangkang menasihatkan Ngeh supaya tidak tidur ketika perbahasan dibuat.

“Lain kali datang Parlimen jangan tidur… dia celaru tu… dia sedang merapu tu… dia merapu,” kata MP pembangkang, sementara Speaker Datuk Johari Abdul cuba mengawal keadaan dan meminta Ngeh supaya duduk.

Shahidan kemudian mencelah “DAP baru kahwin dengan UMNO dia nyanyuk”.

Dalam sesi perbahasan lain, Shahidan juga mengingatkan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli supaya tidak menghina bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Shahidan berkata Rafizi tidak sepatutnya mengungkit kerajaan Ismail Sabri kerana kini UMNO telah menjadi kawan kepada Pakatan Harapan dalam kerajaan.

“Dia (Ismail Sabri) jadi Perdana Menteri ketika itu… jangan hina dia… sekarang dia telah jadi kawan… jangan hina dia… tak baik buat macam tu… sekarang dah jadi kawan… DAP dengan UMNO sudah bercium,” kata Shahidan.

-AgendaDaily 

Selasa, 19 Julai 2022

'Kenapa bank-bank tidak hentikan transaksi scammer?' - Fahmi Fadzil

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempertikai tindakan bank-bank yang tidak menghentikan atau menyekat transaksi perbankan yang dilakukan penjenayah scammer.-wrlr

Isnin, 18 Julai 2022

Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar

 Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar

Isnaraissah mempersoalkan apakah RUU tersebut lebih penting daripada kedaulatan negara, sedangkan usul sama yang dibawa oleh beliau ditolak Dewan Rakyat sebanyak tiga kali. - Sumber foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Isu aset Petronas yang dirampas, dan tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah yang menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat menyaksikan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah diarah keluar dan tidak dibenarkan menyertai persidangan selama dua hari.
Ia selepas Isnaraissah tidak berpuas hati kerana Dewan Rakyat memberi ruang kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara 1994 bagi bacaan kali kedua.
Isnaraissah mempersoalkan apakah RUU tersebut lebih penting daripada kedaulatan negara sedangkan usul sama melibatkan kedaulatan negara yang dibawa oleh beliau ditolak Dewan Rakyat sebanyak tiga kali.
Sebaik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengarah Isnaraissah meninggalkan Dewan Rakyat, situasi tegang berlanjutan lebih setengah jam, dengan kebanyakan Ahli Parlimen di blok pembangkang bangkit menyuarakan bantahan.
Ahli Parlimen Sepanggar (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman antara yang mendesak agar Dewan Rakyat menarik semula keputusan berkenaan.
"... Ini soal kedaulatan negara, kalau minyak Sabah kamu mahu, tarik balik," jeritnya di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli tidak mengendahkan bantahan tersebut, sebaliknya terus membaca pindaan RUU Perhutanan Negara 1994.
Dewan Rakyat terus panas, Kota Belud minta tarikh baru bahas isu Sulu
Dalam masa yang sama, Isnaraissah tidak henti-henti mendesak agar Dewan Rakyat memutuskan satu tarikh bagi membahaskan usul yang dibawanya, sebelum Takiyuddin kedengaran berkata kepada Ahli Parlimen di blok pembangkang: "Diam kamu... sila duduk."
Mohd Rashid pula menambah mana-mana usul yang ditolak, Ahli Parlimen boleh mengemukakan rayuan kepada Speaker.
"... Mahu rayu apa? Kali ketiga ditolak, mahu rayu apa?," soal Isnaraissah.
" Sekarang ini aset Petronas kena rampas, kamu mahu tunggu apa, sampai Sabah hilang dari Malaysia, apa baru kamu mahu bertindak?," tambahnya lagi.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah.
-AstroAwani

Khamis, 26 November 2020

Belanjawan 2021 lulus dengan sokongan majoriti melalui undian suara tanpa undian belah bahagi

 


Menjadi tanya tanya kenapa majoriti Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum beriya-iya 'kondem' bajet 2021 tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi bagi menentukan sokongan pada Belanjawan 2021, yang petang tadi lulus dengan sokongan majoriti melalui undian suara.

Perhatian tertumpu kepada wakil-wakil rakyat PKR dan DAP yang tidak berdiri untuk menyokong cadangan rakan mereka, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), dari Amanah selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz selesai menggulung perbahasan.

Seorang Ahli Parlimen memaklumkan di Facebook hanya 11 wakil rakyat Amanah, Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), dan anaknya, Mukhriz (Bebas-Jerlun), menyokong cadangan supaya undian secara belah bahagi diadakan.

“Biar mati berdiri, dari hidup melutut,” tulis Mukhriz di Twitter selepas Belanjawan 2021 diluluskan.

Cubaan mendapatkan penjelasan daripada PKR dan DAP gagal kerana panggilan belum dijawab.

“Tak boleh harap,” tertera pada poster pelukis terkenal, Fahmi Reza yang dimuat naik di Twitter.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) di Twitter meminta semua bertenang, mengatakan Belanjawan 2021 belum lulus sepenuhnya.

Bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan bagaimanapun menjawab warganet tahu ia belum lulus sepenuhnya.

“Tetapi kenapa kamu tak boleh adakan undi secara belah bahagi? Sila jawab.”

Kelvin Yii (PH-Kuching) turut akur beliau tidak berdiri untuk menyokong undian belah bahagi.

“Saya sudah nyatakan bantahan saya menerusi undi suara. Bagaimanapun saya tidak berdiri semasa undian belah bahagi. Saya harus meminta maaf kerana saya bukan salah seorang yang berdiri.”

Perkembangan hari ini bermakna perbahasan Belanjawan 2021 diteruskan ke peringkat jawatankuasa. Pusingan undian seterusnya akan menyaksikan adakah Belanjawan 2021 diluluskan dengan sebarang pindaan atau tidak.

-mindarakyat

Selasa, 10 November 2020

Moratorium 2.0 Secara Automatik 6 Bulan

 


10 NOV: Kerajaan dicadangkan supaya melaksanakan moratorium pinjaman bank secara automatik selama enam bulan menerusi Belanjawan 2021 bagi membantu sebahagian besar rakyat Malaysia yang sudah jatuh miskin akibat penularan COVID-19 di negara ini.

Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau juga mencadangkan supaya pihak bank memberikan penangguhan secara automatik kepada individu yang mempunyai pinjaman RM500,000 dan ke bawah antara tiga hingga enam bulan jika COVID-19 belum pulih sehingga tahun depan.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu menjelaskan angka RM500,000 ke bawah itu boleh diubah oleh kerajaan dan Kementerian Kewangan bagi membolehkan lebih ramai peminjam mendapat manfaat daripada langkah itu.

AHMAD MASLAN
AHMAD MASLAN

“Saya juga mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya memendekkan tempoh pengeluarkan pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 12 bulan atau RM500 sebulan kepada empat bulan atau RM1500 sebulan, sekali gus menjadikan jumlah maksimum sebanyak RM6,000.

“Untuk jumlah caruman kurang RM10,000 dicadangkan supaya dibenarkan dalam peratusan tertentu misalnya 50 peratus maka masih ada sedikit baki dalam akaun untuk keguaan hari tua. Pengeluaran akaun satu berkenaan mestilah berdasarkan kehendak individu dan jika tidak mahu tidak mengapa,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga mencadangkan supaya kerajaan menjalankan pelbagai usaha bagi mengelak ketirisan cukai bagi mengimbangi defisit Belanjawan 2021 sebanyak RM85 bilion.

Berikutan itu kerajaan perlu menghalang pihak industri dan kilang menjual produk keluaran masing-masing kepada syarikat pemasaran milik mereka sendiri atau dipanggil ‘transfer pricing’ yang merugikan kadar kutipan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Saya juga berharap kastam akan berikan peralatan moden dan canggih untuk mengesan penipuan deklarasi membabitan berpuluh ribu kontena di pelabuhan utama di negara ini.

“Saya juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyebabkan ketirisan ekonomi dan perolehan serta menghentikan pendakwaan berunsur politik,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI


-pnbbcportal.com

Jumaat, 6 November 2020

Semua dibenar masuk Dewan Rakyat ikuti Belanjawan 2021 selepas desakan Anwar, BN

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat petang tadi membenarkan semua 222 ahli Parlimen masuk Dewan Rakyat untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2021, susulan desakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut mendapat sokongan wakil rakyat Umno.

Azhar Azizan Harun akur kepada permintaan Anwar itu, setelah dipersetujui oleh Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Noh Omar (BN-Kuala Selangor), yang menegaskan tidak salah membenarkan wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat selama 2 jam untuk mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.

Tegas Noh Omar, tindakan melarang wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat “bertentangan dengan prinsip demokrasi”.

Sebelum itu, Azhar berkata keputusan untuk hanya membenarkan 80 ahli Parlimen berada dalam Dewan Rakyat untuk pembentangan belanjawan itu sudah dipersetujui oleh ketua-ketua whip beberapa hari lalu.-FMT

Selasa, 25 Ogos 2020

Ada saya curi duit bapa awak, ahli Parlimen Baling tanya Rayer


KUALA LUMPUR: Hari terakhir perbahasan di Dewan Rakyat berhubung rang undang-undang Covid-19 menjadi tumpuan dengan perdebatan hangat antara wakil kerajaan dan pembangkang mengenai isu kontroversi lawatan seorang menteri ke Turki.

Ketegangan itu bermula sejak pagi tadi dengan pembangkang berulang kali meminta penjelasan berkenaan dwi-standard dalam hukuman antara rakyat dengan seorang menteri yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia berlanjutan sehingga ke sesi petang apabila Shahidan Kassim (BN-Arau) mengkritik kerajaan lepas kerana gagal “mengurus” industri minyak sawit pada masa itu.

Shahidan berkata, harga komoditi jatuh tahun lepas berbanding sekarang.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berdiri dengan berkata bahawa Shahidan mengelirukan Dewan kerana ramai menteri yang mengurus ekonomi negara duduk di sebelah kerajaan.

“Tanya Gombak (Mohamed Azmin Ali) yang terlibat dengan ekonomi negara,” katanya.

Ini menyaksikan Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mempertahankan pertumbuhan sektor minyak sawit di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Rayer memberitahu Azeez supaya tidak mencelah. “Kamu pencuri. Duduklah.”

Azeez menjawab: “Ada saya curi duit bapa awak? Kalau ada, awak cakap sekarang.”

Pembesar suara ditutup selepas itu bagi mententeramkan keadaan.

Ahli Parlimen seterusnya yang berbahas ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang bercakap mengenai dwi-standard yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Merujuk kepada orang awam yang didenda dan dipenjara kerana tidak memakai pelitup muka atau tidak menjalani perintah kuarantin wajib, beliau meminta penjelasan mengenai ketidakseragaman dalam pelaksanaan undang-undang terhadap VIP.

Dalam pada itu, ahli Parlimen lain menggesa speaker Azhar Harun supaya melarang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, yang tidak mematuhi peraturan kuarantin, daripada masuk Dewan sehingga kesnya selesai.

Rayer mengingatkan Azhar bahawa beliau baru-baru ini mengarahkan ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka menjalani saringan.

Katanya, Khairuddin secara jelas melanggar undang-undang Covid-19.

Azhar berkata, Khairuddin pergi ke Turki pada 3 Julai, iaitu sebelum pelantikannya (Azhar) sebagai speaker pada 13 Julai.

“Kedudukan saya adalah saya tak punyai kuasa untuk memerintah ahli Parlimen membuat itu dan ini. Saya tak buat petua sebab petua yang saya boleh buat hanya di bawah Peraturan Mesyuarat,” katanya.

Justeru katanya, beliau menasihati ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka untuk menjalani ujian virus, dan tidak membuat arahan.-FMT

Isnin, 24 Ogos 2020

Isu Mohd Khairuddin hangatkan Dewan Rakyat

Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tegang seketika apabila ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu 'double standard' ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tegang seketika apabila ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu 'double standard' ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.


Kekecohan bermula ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 sebelum beberapa ahli Parlimen bangkit mencelah.

Menurut Syed Saddiq, kompaun RM1,000 yang dikenakan ke atas Mohd Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus itu jelas tidak adil.


"Jelas di sini pelaksanaan undang-undang ada perbezaan, tolonglah jangan hendak mempertahankan benda yang salah.

"Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) pun tidak mahu pertahankan, ada banyak yang lain tidak pertahankan, ada sampai suruh letak jawatan. Ini boleh kata bawa RM82 bilion pelaburan kelapa sawit, jangan menipu kerana kalau kita menipu dalam bab ini rakyat di luar sana hilang hormat kepada Yang Berhormat," katanya.

Kenyataan Syed Saddiq itu merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mempertahankan Mohd Khairuddin ketika sesi perbahasan sesi pagi.

Keadaan bertambah kecoh apabila Abdul Azeez bangkit mencelah mempertahankan kenyataannya itu.

"Tidak ada menipu Yang Berhormat yer," katanya.

Selepas itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) turut bangkit mencelah bagi menyokong kenyataan Syed Saddiq.

Kekecohan berlanjutan beberapa minit sebelum Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun campur tangan bagi menghentikan pertikaman lidah itu.

"Maaf, maaf semua Yang Berhormat sebenarnya kita sedang membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020, jadi kita bahaskan dasar undang-undang ini.

"Pasal yang pergi Turki itu tidak ada kena mengena pun dengan dasar atau merit RUU ini, jadi marilah kita tumpukan kepada RUU ini," katanya.

-SH online

Rabu, 19 Ogos 2020

Pembangkang Membuat Kesilapan Besar Kerana Menolak Usul RUU Perbekalan Tambahan 2020 Yang Bertujuan Membantu Rakyat

 

Gempar di Dewan Rakyat semalam Isnin 17 Ogos 2020 apabila kesemua Ahli Parlimen Pembangkang Pakatan Harapan yang hadir undi menolak bantuan kebajikan kepada rakyat bagi menghadapi pandemik Covid-19.

Kegagalan Perikatan Nasional untuk mendapatkan sokongan majoriti 2/3 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat terhadap Rang Undang-Undang Penguntukan Semula Peruntukan Perbekalan 2020, telah menimbulkan ancaman serius dan semasa bukan sahaja terhadap kelangsungan jangka hayat Kerajaan Perikatan Nasional, malah impak yang lebih besar lagi ialah ke atas survivor kehidupan seharian rakyat Malaysia dan pelan pemulihan ekonomi negara yang terjejas teruk akibak pandemik Covid-19.

Apa itu RUU Perbekalan Tambahan 2020?

Perbekalan Tambahan 2020 adalah peruntukan tambahan yang telah diluluskan dalam Bajet 2020 yang difikirkan perlu, yang dimohon oleh Kerajaan Persekutuan bagi menampung perbelanjaan tambahan seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui kementerian yang memerlukan.

Mengapa perlu diminta bajet tambahan?

Bukan sahaja negara kita, malah seluruh dunia dilanda bencana wabak Covid-19 yang menyebabkan WHO mengisytiharkannya sebagai wabak pandemik.

Virus Covid-19 mula dikesan di Malaysia pada akhir tahun 2019, sekitar bulan November dan Disember 2019.

Ianya menjadi semakin serius ekoran sikap tidak ambil peduli Pakatan Harapan yang memandang remeh ancaman Covid-19, sehinggalah Kerajaan Pakatan Hafapan tumbang pada akhir Februari 2020, barulah langkah yang lebih tegas dan serius diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang.

Antaranya langkah yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional ialah menutup pintu masuk negara, menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akhirnya kini mula ditarik balik secara berperingkat.

Apa kesannya kalau RUU Perbekalan Tambahan 2020 tidak diluluskan?

Sepanjang tempoh pintu masuk dan keluar negara ditutup dan tempoh PKP, aktiviti ekonomi rakyat dan negara hampir lumpuh sepenuhnya.

Ramai yang hilang punca pendapatan, syarikat-syarikat khusus IKS banyak yang terpaksa gulung tikar dan ini menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan.

Sekarang negara berada di fasa pemulihan dan aktiviti ekonomi rakyat dan negara mula aktif kembali, tetapi rakyat dan syarikat-syarikat memerlukan bantuan kerajaan untuk terus bertahan setelah terjejas teruk sepanjang tempoh PKP.

Sebab itulah melalui kementerian tertentu, kerajaan perlukan tambahan dana untuk membantu rakyat.

Tetapi sikap ahli politik pembangkang, sama ada dari blok Pakatan Harapan yang diketuai oleh Anwar Ibrahin, mahu pun dari dari blok bebas yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir, amat mengecewakan dan sangat-sangat memalukan.

106 orang Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mengundi TIDAK BERSETUJU bagi meluluskan Rang Undang-Undang Penguntukan Semula Peruntukan Perbekalan 2020.

111 orang Ahli-ahli Parlimen dari UMNO, PAS, PPBM, GPS, MCA, Sabah telah menyokong Rang Undang Undang tersebut.

Ia bermakna Pakatan Harapan TIDAK SETUJU kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan sejumlah wang bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan gara-gara wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia juga bermakna cadangan dan gesaan Guan Eng, DAP atau Pakatan Harapan agar kerajaan memanjangkan tempoh moratorium bank hanyalah bersifat retorik semata-mata.

Terbukti, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak tumbang pada 24 Februari 2020 lalu, rakyat pasti akan menderita apabila pandemik Covid-19 melanda negara.

Jika selama 22 bulan mentadbir, mereka menggesa rakyat supaya mengikat perut dan usah harapkan bantuan kerajaan, pada kali ini mereka benar-benar mahu menyeksa rakyat demi untuk kepentingan politik mereka.



Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim pasti tahu kesannya kepada negara dan rakyat sekiranya RUU Perbekalan Tambahan 2020 tidak diluluskan.

Segala bantuan yang telah kerajaan umumkan tetapi masih belum diberikan kepada golongan sasaran, akan dibatalkan serta merta kerana kerajaan tidak mempunyai dana.

Siapa yang akan teruk terjejas?

Golongan B40, golongan M40, syarikat IKS dan tidak terkecuali syarikat besar!!!

Apa akan berlaku kepada rakyat dan negara ini nanti?

Negara akan berada dalam darurat ekonomi kerana syarikat-syarikat akan gulung tikar dan kadar pengangguran akan meningkat tinggi, kadar jenayah akan melambung tinggi kerana rakyat tidak mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga mereka.

Apakah ini yang Pakatan Harapan mahukan???

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, masih boleh berbangga dan MEMPOLITIKKAN ISU kerajaan mendapat majoriti tipis dalam undi belah bagi Usul Perbekalan Tambahan 2020!!!

Berpolitiklah secara matang dan jangan sekali-kali memperjudikan negara dan rakyat semata-mata demi kepentingan politik!!!

Sesungguhnya Pakatan Harapan dan blok Bebas yang diketuai oleh Dr Mahathir telah melakukan kesilapan yang cukup besar, merkalah ahli politik yang PALING BANGSAT dalam sejarah politik dunia!!!

Jika kita tak sedar lagi tak tahu lah.

#Sumber : http://theunspinners.blogspot.com    

MR : Kerana politik PH dan Pejuang sanggup buat apa sahaja termasuk membelakangi rakyat  

Jumaat, 7 Ogos 2020

1MDB: Zafrul dedah bekas AG, Tun M cakap tak serupa bikin


 KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada Goldman Sachs.

Menurut beliau, terdapat sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020 daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bank pelaburan antarabangsa itu bersetuju untuk menaikkan tawaran mereka kepada AS$1.75 bilion.

Jumlah itu menurut surat berkenaan adalah merangkumi cukai sebanyak AS$164 juta dan pulangan fi sebanyak AS$567 juta yang telah diterima oleh Goldman Sachs.

“Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak harus menerima penyelesaian luar mahkamah.

“Jadi untuk menjawab soalan YB Pontian (Datuk Ahmad Maslan), dalam tempoh yang sama, Tan Sri Tommy Thomas masih mencari jalan untuk melakukan penyelesaian luar mahkamah.

“Maka beliau tidak boleh meminta kita untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri mahu lakukan sebelum ini,” katanya semasa sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahmad Maslan (BN) mencelah dengan bertanya apakah bekas Peguam Negara dan bekas Perdana Menteri itu menipu selama ini.

Menurut Zafrul, rekod menunjukkan pada 13 Disember 2019, kerajaan telah menawarkan penyelesaian sebanyak AS$4 bilion kepada Goldman Sachs.

Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak dengan memberi tawaran semula sebanyak AS$1.5 bilion sahaja.

Untuk rekod, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkah Goldman Sachs dan kerajaan Malaysia telah mencapai penyelesaian berhubung hutang 1MDB sebanyak AS$3.9 bilion.

Penyelesaian tersebut merangkumi pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion oleh Goldman Sachs serta jaminan oleh bank pelaburan itu untuk memulangkan semula aset-aset yang mempunyai hubung kait dengan bon 1MDB bernilai RM1.4 bilion.- MalaysiaGazette