Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Datuk Ziela Jalil tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinannya dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar, 55.
Usia lanjut bukan penghalang, Ziela berkata, beliau bersikap terbuka dan menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah.
“Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana semua atas kehendak-Nya. InsyaAllah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Doakan yang baik-baik,” tuturnya.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila beliau dikatakan merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu daripada umum, bagaimanapun Ziela kini bersyukur rumah tangganya berada dalam keadaan harmoni.
Ia mula tular apabila salah seorang anak suaminya membuat hantaran di media sosial berkenaan Ziela adalah isteri kedua. Isu ini bagaimanapun akhirnya reda, apabila Ziela memberitahu tindakannya kerana mahu menjaga hati banyak pihak, selain menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya.
“Alhamdulillah selepas 11 tahun, Allah yang mengaturkan. Jadi saya yakin aturan Allah itu sesuatu yang sangat-sangat baik kerana dia lebih tahu. Dan syukur, yang penting adalah keluarga saya kerana anak-anak menerimanya dengan baik.
“Jadi, kita jalankan kehidupan dengan baik. InsyaAllah. Isu kecaman juga sudah tiada, berbanding ketika awal pengumuman dibuat. Allhamdulillah, tiada lagi komen-komen kurang baik,” katanya.
Ujar Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, meskipun ada yang masih meninggalkan komen kecaman, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan terhadapnya.
Datuk Ziela Jalil, Sebulan rahsia pernikahan.. Al-hamdulillah.
Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar mendirikan rumah tangga pada 17 Februari 2019 di sebuah masjid di ibu negara selepas enam tahun kenal.
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Belum pernah ada sepatah pun kenyataan keluar dari mulut Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar selepas berkahwin secara rahsia dengan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil seperti yang tersebar, baru-baru ini.
Sebaliknya, hanya Ziela sahaja yang tampil ke depan mengesahkan berita perkahwinan sejak dua tahun lalu, sekali gus berkongsi rahsia hidup bermadu.
Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Syed Osman bersedia ditemubual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinan yang mencetuskan kontroversi itu.
Mengulas persoalan mengapa merahsiakan perkahwinan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri dalam laman Twitter, Syed Osman berkata, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.
"Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah...
"Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.
"Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama," katanya ketika ditemubual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.
Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar, madu dan anak-anak tiri.
Dalam temubual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.
"Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.
"Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.
"Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik," ujar lelaki berusia 55 tahun itu.
Dalam temubual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.
Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.
Mengulas perkara itu, Syed Osman berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang tidak dirancang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.
"Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.
"Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.
"Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh," ungkapnya.
Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tidak mahu terlalu menghebohkan berita perkahwinan kerana mahu menjaga hati isteri pertama.
Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.
"Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.
"Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
"Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya," luah Syed Osman.
Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni.
"Saya tak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang seni. Cuma pesan saya, dia kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri, sama ada ketika berlakon atau berada dalam majlis," katanya.
Perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.
Awalnya, Datuk Ziela Jalil cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. - Foto Datuk Ziela Jalil
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.
Sebaliknya, kata Ziela, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak dan menanti masa yang sesuai untuk mendedahkan berkongsi berita itu kepada umum.
"Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.
"Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.
"Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum," katanya kepada BH Online.
Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekulasi dalam kalangan netizen.
Datuk Ziela Jalil memilih Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee sebagai suami dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari, tahun lalu. - Foto Datuk Ziela Jalil
Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.
"Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.
"Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.
"Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi," ujarnya.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.
"Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.
"Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.
"Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya," luah Ziela. (BH)