"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label prank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prank. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Jun 2021

[VIDEO] Prank ‘Campak’ Anak Tidur Di Dalam Kolam, Netizen Label Norreen Ibu Tak Bertanggungjawab

KEHIDUPAN tanpa gurau senda ibarat masakan tanpa garam. Tiada salahnya kita bergembira sekali-sekala agar dapat melupakan ‘kepahitan’ dialami.

Pun begitu, sentiasa berpada-pada ketika bergurau baik bersama pasangan, anak-anak, rakan mahupun orang sekeliling. Bimbang gurauan melebihi batas memberikan kemudaratan tidak dijangka.

Tambahan pula, pada zaman modenisasi ini sebahagian besar individu amat ‘bersahabat’ baik dengan media sosial sehingga sanggup mencipta prank demi content.

Inilah yang berlaku kepada pelakon Norreen Iman. Segelintir warga maya mendakwa semata-mata mengejar jumlah likes beliau sanggup mengenakan dua anaknya yang sedang tidur.

norreen iman
NORREEN (kiri) sedang popular menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa bersama pelakon utama Uqasha Senrose.

Semuanya berpunca selepas pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu memuat naik sebuah video beserta kapsyen ringkas menerusi laman sosial Facebook Norreenjelah.

“Bila PKP ni, macam-macam boleh jadi. Idea ini datang dari @razzirazak!.”

Video berdurasi satu minit itu memaparkan tindakan Norreen mengangkat anak lelaki dan perempuan yang sedang tidur di ruang tamu.

Pada mulanya, disangkakan kanak-kanak tersebut hendak dibawa ke bilik tidur, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Rupa-rupanya Norreen meletakkan mereka di dalam kolam renang jenis plastik yang berisi air di luar rumah disusuli dengan gelak tawa.

Lantas, anak-anaknya terus terjaga dan segera berdiri dek terkejut apabila air memasuki hidung.

norreen iman
TINDAKAN Norreen meletakkan anak yang sedang lena tidur di dalam kolam berisi air mengundang pelbagai respon netizen.

Tindakan tersebut nampaknya mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.

Mereka menyifatkan sebagai seorang ibu seharusnya melindungi anak-anak berbanding melakukan perkara seumpama itu.

norreen imanKomen-komen warga maya antaranya:
@Nur Azfahani Ahmad: “Apa la seorang mak buat anak macam ni. Gurau berpada-pada. Kalau setakat letak tempat lain di dapur ke boleh diterima.

“Ini dalam air kot! Bahaya..otak tengah slow down proses pernafasan anak tetiba air masuk boleh termasuk dalam injap terus mengepam masuk lung.”

@Azila Saga: “Apalah perasaan seorang ibu buat anak-anak macam tu? Kalau saya anak tengah tidur tak smpai hati nak kejut, apatah lagi nak masukkan dalam air.”

@Melissa Meng Isyagoprettyzanmi:” Ya ALLAH kenapa buat macam itu? Agak-agak la bergurau mak oi. Kesian anak tengah lena tido semangat entah terbang ke mana.”

@Shuaily Ahmad Eily: “Hilang semangat budak tengah tido. Tak elok buat macam tu dan satu lagi bahaya.”

@Beth Nang: “Luv u Norreen. Tapi bila tengok buat macam ni kat anak alamak tercalar hati aku. Kalau aku ini adalah benda yang aku takkan buat pada anak-anak walaupun dibayar jutaan ringgit… sorry!.”

@Rahimah Yunos: “Nak dapat banyak likes sanggup buat gitu.Bagi aku yang bergelar ibu tak kelakar langsung. Ya memang itu anak kau. Tapi nak bergurau berpada-pada. Nak glamor memang kena buat begini ke?

norreen iman
BAHAGIA. Norreen disamping suami dan dua permata hatinya.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 674,000 dan lebih 1,000 komen.

Sabar korang. Mungkin niat Norreen dan suami sekadar bergurau untuk menghiburkan hati anak-anak.

Maklumlah, dalam tempoh total lockdown kini kita disarankan kekal berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Facebook Norreenjelah dan Instagram @norreen143 

Oleh Wartawan SinarPlus 

Jumaat, 24 Julai 2020

Doktor muda cari jodoh untuk berpoligami

Ada kawan perempuan minta dicarikan jodoh,
Sedia untuk di poligami..

Ini biodatanya,

■ Nama : Nur Nurliana Latif
■ Anak bungsu dari tiga adik beradik
■ Daerah Asal : Kuala Nerus
■ Menetap : Kuala Terengganu
■ Pekerjaan : Doktor
■ Status : Gadis
■ Usia : 27 Tahun
■ Pendidikan : USM
■ Tinggi Dan BB : 171 & 57
■ Ciri Fizik : Kulit Putih Bersih, Hidung Mancung
■ Ahli Sunnah
■ Berhijab
■ Hafalan sudah 5 Juz
■ Hobi : Membaca dan mendengar kajian tentang agama
■ Sedia jd isteri kedua
■ Target Menikah : Secepat mungkin
■ Kriteria suami : Soleh, solat lima waktu berjemaah di masjid, sudah Bekerja, Gaji tidak begitu penting (nafkah dari gaji doktor insyaAllah mencukupi) yang penting berkomitmen mencari nafkah yg halal tidak malas-malasan, Amanah Sebagai Imam dalam keluarga, Bertanggungjawab, Membawa Semakin dekat ke surga Allah, yang pasti harus Penyayang..umur tidak lebih 45 tahun..

Cp: fb Dr. Nurliana Latif

Hanya untuk yang serius sahaja

Jika ada yang berminat
Silakan inbox.

_________________________

**Tulisan di atas hanya contoh penulisan biodata untuk web carian jodoh

** Amboi.... serius nya membaca sehingga habis