"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label PKPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKPD. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2021

Kumulatif kes baharu Covid-19 di Malaysia bakal lepasi 800,000 esok - DG Hisham

 

Data 6 Julai 2021

Kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan peningkatan tinggi dengan Selangor sahaja mencatatkan 3,260 kes, dan Kuala Lumpur (1,550 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 7,654 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif kepada 792,693 kes.

Berdasarkan kepada data dikeluarkan KKM hari ini serta trend penularan Covid-19, jumlah kumulatif kes di seluruh negara sejak virus itu dikesan di Malaysia bakal mencecah lebih 800,000 esok.

Sepuluh daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan turut mencatat kenaikan kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Semalam negara merekodkan 6,387 kes baharu dengan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri dan wilayah di Lembah Klang yang menjadi penyumbang terbesar keseluruhan kes.

Semalam, Selangor merekodkan 2,610 kes, Kuala Lumpur 819 kes, sementara Putrajaya sebanyak 25.

Data 5 Julai 2021


-Agenda Daily

Ahad, 4 Julai 2021

Covid19: PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

 

ROZITA merupakan salah seorang selebriti yang bersuara mengenai pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan lalu gagal.

Tidak terkecuali, selebriti versatil, Rozita Che Wan, 48, yang turut mengulas mengenai perkara sama selepas sekian lama berdiam diri.

Ujar pelakon yang dikenali sebagai Che Ta itu, dia benar-benar bingung dan kecewa dengan keputusan kerajaan yang seolah-olah baru hendak bertindak sedangkan rata-rata rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“PKPD ni untuk siapa sebenarnya? Untuk orang yang patuh SOP duduk di rumah atau kilang yang masih beroperasi (sepanjang PKP)?” soalnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Persoalan dilontarkan ibu kepada tiga cahaya mata itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengakui 80 peratus kluster kilang sebagai punca pe­ningkatan kes di Selangor.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen menyokong ke­nyataan yang dikeluarkan isteri pelakon Zain Saidin itu.

“Kami sokong Che Ta. Padahal kerajaan boleh sahaja tutup kilang buat sementara waktu. Ekonomi yang diutamakan bukan nyawa dan nasib rakyat.

“Sepatutnya dari awal lagi mereka (kerajaan) dah tutup kilang. Orang dah benak duduk terperap dalam rumah, kena kurung berbulan-bulan,” tulis seorang pengikutnya.

Selain Che Ta, beberapa selebriti lain turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dianggap ‘kurang bijak’ itu termasuk Nad Zainal, Sharifah Shahirah, Ashraf Muslim, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Rusly dan Azhan Rani.

Kelmarin, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor bagi tempoh dua ming­gu bermula sehingga 16 Julai ini.

Ia berikutan dua negeri tersebut merupakan penyumbang terbesar pertambahan kes harian dan menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Pelaksanaan PKPD itu bagaimanapun disifatkan melencong daripada realiti memandangkan pe­nyumbang kes Covid-19 dikatakan berpunca daripada kilang yang masih beroperasi.-K! ONLINE

Khamis, 1 Julai 2021

Lebih 30 mukim, 14 lokaliti di Selangor, KL kena PKPD

 FMT Reporters

-July 1, 2021 6:26 PM


PETALING JAYA: Kawalan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur diperketatkan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan trend jangkitan yang tinggi dengan semua daerah melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

Beliau berkata, purata kes harian di Selangor sahaja adalah antara 1,800 ke 1,900, manakala di Kuala Lumpur dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Dalam pada itu, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di Selangor dan Kuala Lumpur masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend menurun.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas, iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” katanya dalam kenyataan.

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di mukim berikut di Selangor:

Daerah Petaling
Mukim Petaling
Damansara
Sg Buloh
Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang

Daerah Sepang
Mukim Dengkil
Labu
Sepang

Daerah Gombak
Mukim Batu
Rawang
Setapak
Hulu Kelang
Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu

Daerah Klang
Mukim Kapar
Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim Ijok
Bestari Jaya
Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali

PKPD dilaksanakan di lokaliti Kuala Lumpur berikut:
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah

Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan kawalan diperketatkan di beberapa lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah.

Ismail berkata PKPD di semua kawasan berkenaan akan bermula 3 Julai hingga 16 Julai.

Perak
Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan asrama pekerja Latexx Village di Taiping, di mana 237 kes positif direkodkan selepas Kementerian Kesihatan melakukan 795 saringan.
Asrama pekerja Kilang Latexx 3 di Jalan IKA, Industri Kamunting Aman, Kamunting, di mana 213 kes positif direkodkan selepas KKM melakukan 561 saringan.

Melaka
Taman Mewah di Kelemak, Alor Gajah, di mana 55 kes positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Pahang
Mukim Kuala Kuantan 1 di Kuantan, di mana 369 kes positif direkodkan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Sabah
Kampung Mangga di Nasip Kita, Tawau, di mana sembilan kes direkodkan selepas 58 individu disaring
Kampung Kijang di Balung, Tawau, di mana 15 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, di mana 17 disahkan positif daripada 27 yang menjalani saringan.
Kampung Lingkodon di Kota Belud, di mana lapan individu disahkan positif daripada 28 yang menjalani saringan.
Kampung Pintas Kubu di Beaufort, di mana sembilan disahkan positif daripada 26 yang menjalani saringan.
Kampung Muhibbah di Putatan, di mana 12 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
Kampung Goshen di Kota Marudu, di mana 13 individu dikesan positif daripada 57 yang menjalani saringan.

Sementara itu, PKPD di sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau di Batang Igan, Mukah, Sarawak dilanjutkan sehingga 16 Julai susulan peningkatan kes Covid-19.


PKPD turut dilanjutkan di asrama pekerja warga asing dan kawasan kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd di Buloh Kasap, Segamat, Johor sehingga 16 Julai.

PKPD Taman Sri Purnama tamat

Sementara itu, PKPD di Taman Sri Purnama di Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan akan tamat bermula 11.59 malam esok.

Sepanjang pelaksanaan PKPD di situ, KKM melakukan 264 ujian saringan dan 27 daripadanya disahkan positif.

“KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” katanya.

-Wak Labu Farm

Rabu, 19 Mei 2021

Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19

 


Bachok: Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri dari kampung itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dipercayai untuk menyambut Aidilfitri, sehingga wabak Covid-19 merebak kepada tujuh individu lain.

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata, warga emas itu disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua.

"Sebaik mendapati warga emas itu tiada dalam kampung itu sedangkan namanya terdapat dalam senarai, kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.

"Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.

"Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19," katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan PKPD mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan.

GAMBAR hiasan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
GAMBAR hiasan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas itu, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.

Beliau berkata, pihaknya mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendapat tahu kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD selain mahu menyambut Aidilfitiri.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.-myMetro

Ahad, 2 Mei 2021

Covid19:Rakyat tidak marah pelaksanaan PKP, tapi sebab layanan tidak sama rata - Dr Zainal Ariffin

 Rakyat tidak marah pelaksanaan PKP, tapi sebab layanan tidak sama rata - Dr Zainal Ariffin

Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebarang sekatan pergerakan tetapi atas sebab layanan tidak sama rata, ujar Datuk Dr Zainal Ariffin Omar. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebarang sekatan pergerakan, ujar Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.
Namun, apa yang mebangkitkan kemarahan rakyat adalah, denda yang tidak masuk akal dan kelonggaran yang hanya diberikan kepada golongan-golongan tertentu.
“Sebenarnya kita lihat, rakyat ini bukan marah sangat kepada pelaksanaan PKP, PKPP, PKPB atau sebagainya
“Tetapi mereka marah kerana pelaksanaan yang tidak mengikut kepada garis panduan, misalnya (kelonggaran) yang dibenarkan untuk kumpulan-kumpulan tertentu.
“Kemudian ada layanan yang tidak masuk akal, denda daripada pihak berkuasa dan sebagainya. Jadi, kemarahan itu jadi berleluasa.
“Jadi pada masa ini, apa sahaja tindakan kerajaan itu dilihat sebagai satu tekanan kepada rakyat dan oleh kerana itu rakyat akan bounce back (melantun) seolah-olah untuk membalas balik,” jelas Dr Zainal ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mengikut perasaan dan rakyat kekal bersama dalam meneruskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Jadi, kita kembali mengajak rakyat untuk bersama-sama mematuhi SOP dan kita terpaksa melalui kawalan yang agak ketat semasa perayaan ini.
“Jika tidak, kita akan berakhir macam di India sana kerana mereka buka (membuka semua operasi), dan rakyat pun gembira untuk menjalankan kehidupan yang tidak sepatutnya (diamalkan ketika pandemik).
“Jadi, kita tidak mahu itu berlaku di negara kita, selepas daripada tempoh perayaan nanti,” nasihatnya lagi.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes COVID-19 tinggi bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu berikutan kes melebihi angka 3,000 bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan tidak menunjukkan penurunan.

Jumaat, 30 April 2021

Covid19:PKP 5 daerah di Kedah mulai esok

 Anggota polis memeriksa dokumen pemandu di sekatan jalan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto hiasan NSTP

Anggota polis memeriksa dokumen pemandu di sekatan jalan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.

Ini berikutan, dalam tempoh 14 hari hingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 709 kes aktif direkodkan di semua daerah berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, berkata penularan jangkitan membabitkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah itu berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei depan.

"Ia bertujuan menyekat penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat," katanya.-BH Online

Isnin, 19 Oktober 2020

PKPB Lembah Klang: Kerajaan kaji kemungkinan laksana PKPD, ketatkan SOP - Ismail Sabri

 PKPB Lembah Klang: Kerajaan kaji kemungkinan laksana PKPD, ketatkan SOP - Ismail Sabri

Lembah Klang dikenakan PKPB bermula 14 Oktober lalu. - Foto/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lembah Klang susulan peningkatan kes positif COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata pilihan lain adalah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan terbabit dalam usaha mengawal penularan virus itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan mengenainya bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kementerian berkaitan kerana tindakan seumpama itu memerlukan penilaian teliti di semua aspek.

"Kalau PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah. Makanan akan dihantar ke rumah, aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan.

"Memang mudah untuk kita kawal pergerakan tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Paling penting kita kena fikir mereka yang bergantung kepada mata pencarian harian.

"Kita akan adakan perbincangan dan buat keputusan dalam masa terdekat. Tetapi buat masa ini, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang," katanya dalam sidang media hariannya, hari ini.
Sebelum ini terdapat rungutan daripada beberapa pihak apabila PKPB yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 14 Oktober lalu dilihat longgar, antaranya apabila taman awam dan pusat gimnasium sudah dibenarkan beroperasi.
Ismail Sabri juga memaklumkan kerajaan bersama KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang dan mengeluarkan SOP berkaitan sambutan Deepavali tidak lama lagi.
-AstroAwani