"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Caprice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Caprice. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2022

“Walupun Free Hair Tak Bermakna I Jahat, Boleh Bertaubat Bila Tiba Masanya” – Isteri Caprice


 Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis mengambil pendekatan untuk tidak melenting dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Farra berkata dia tidak dapat memuaskan hati semua orang serta percaya segala kecaman netizen memberi manfaat kepadanya termasuk publisiti secara percuma.

“Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu.. kenapa Elis nak melenting kalau orang caci maki atau nak comment bukan2 sedangkan mereka sedang memberi benafit dekat i tanpa mereka sedar.

“Viral, buatkan i lagi tambah followers and lonjakkan sales i . Untung free marketing.
bukan i mintak, diaorang sendiri yang volunteer nak tolong,” tulisnya.

Kata Farra lagi, orang ramai tiada hak untuk menjatuhkan hukum kerana dosanya adalah urusannya dengan Tuhan dan akan bertaubat apabila tiba masanya nanti.

“Walupun i free hair.. tak bermakna i jahat .. I berdosa urusan i dengan Allah , i boleh mintak maaf & bertaubat bila tiba masanya..

“I dengan suami itu urusan antara kami , tak perlu nak tolong remind me “kesian suami tanggung dosa” helloo , he knows who’s he married with. Korang sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing2,” katanya.

Dalam pada itu, Farra menganggap individu mengecamnya sekadar mahu menumpang populariti atau mungkin sedang kesunyian sehingga berbuat demikian.

“For me, all those negative comments i anggap mungkin makcik or pakcik bawang need attention atau nak tumpang glamour kat comment, biarkan lah… kesian hidup sunyi sangat, takde benda best kan?

“Mungkin dengan fitnah/hina orang boleh buat dia rasa bahagia. I busy tak sempat nak baca semua, kalau terbaca pun buat tersenyum sorang-sorang,” katanya.

-rotikaya.com

Khamis, 22 Julai 2021

Mana pergi duit sumbangan RM20 juta kepada Gaza? Soal Ebit Lew


Ebit Lew ketika sidang media secara maya hari ini.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan di manakah duit sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM20 juta yang diberikan kepada rakyat Gaza menerusia Persatuan Cinta Gaza Malaysia. 

Ebit dalam siaran langsungnya hari ini meminta presiden persatuan itu, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk Gaza. 

Beliau menerusi laman Instagramnya berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana ia melibatkan jumlah sangat besar.

 “Dia ada minta sumbangan untuk Gaza. Tapi, saya ke Gaza guna duit saya sendiri dan tak pernah buka sebarang tabung Gaza. “Ada beberapa sahabat yang sangat rapat dan juga ada beberapa rakan di Facebook menyumbang tetapi mereka tak mahu nama mereka disebut. Mereka ikhlas membantu,” katanya.

 Ebit turut berkata, ramai yang telah memakinya dengan pelbagai panggilan hingga menggores hati isteri, anak-anak dan keluarganya.

“Saya tak kisah kalau saya seorang saja yang kena. Itu dah biasa, tetapi apabila sampai melibatkan isteri, anak-anak dan keluarga yang lain, saya jadi sedih. 

“Saya dah biasa dituduh dengan panggilan yang macam-macam… susah saya nak sebutkan, tapi saya sebutkan juga hari ini, antaranya babi, penunggang agama, dajjal, syaitan dan macam-macam lagi.

 “Bila keluarga tanya mengenai dakwaan ini dan mereka terpalit juga, sebab tu saya tampil hari ini,” katanya. Siaran langsung selama 1 jam 31 minit itu juga, Ebit menjawab dakwaan yang turut dilemparkan daripada penyanyi rap tempatan Caprice. 

“Saya tak pernah lagi buat ‘live’ sebut nama orang, tetapi apa yang telah mereka buat pada saya, agak melampau.

“Saya maafkan mereka cuma tuduhan itu tanpa asas atau bukti. Saya ada segala bukti dan sudahpun diserahkan kepada pihak sepatutnya. 

“Biasanya siapa yang dakwalah perlu bag bukti, tapi tak apalah,” katanya lagi. Jelasnya, Nadir perlu tampil menjawab persoalan ini kerana kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar. 

“Dia ada sebut dalam ‘live’ dia mengenai sumbangan RM500,000 yang dikatakan sedikit. Bagi saya tu dah cukup besar. 

“Saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit, ada bukti?,” katanya. 

Tidak hanya itu, Ebit turut menjawab dakwaan mengenai pembelian barang-barang bantuan di Kaherah sedangkan menurut Nadir Al Nuri ia boleh didadapati di dalam Gaza.

“Ada barang yang ada di Gaza tetapi mahal. Ada yang tak da dan perlu tunggu hingga enam bulan. Jadi, apabila kita dah berada di Kaherah, kita beli semua kelengkapan dan mengapa tidak menggunakan khidmat Nadir adalah kerana sebut harga yang diberikan Nadir adalah tinggi sekitar $40 dolar dan ada pihak lain yang menawarkan kepada kami hanya pada kos $20 dolar, kotak makanan yang sama dengan Nuri.

“Sebenarnya persoalan itu sepatutnya tak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir,” katanya. – MalaysiaGazette

KERJA AMAL EBIT LEW SEPATUTNYA DISOKONG, BUKAN DIBUBUH RACUN


 Pada mulanya saya agak malas untuk melibatkan diri menulis sebarang kata berkaitan isu yang muncul kebelakangan ini melibatkan pendakwah budiman, Ustaz Ebit Lew.

Bagi saya, sama ada apa yang dibangkitkan oleh Caprice atau Nadir Al Nuri tentang misi bantuan Ebit Lew ke Gaza, ia tidak lebih “gelagat budak-budak baru nak up” cuba menumpang publisiti daripada populariti pendakwah tersebut.

Isu-isu yang mereka bangkitkan terlalu remeh berbanding pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang sanggup Ebit Lew lakukan selama ini.

Begitu pun, dengan sampai beliau membuat laporan polis terhadap mereka yang dianggap memfitnahnya, luka hatinya ternampak begitu dalam rasa pedihnya.

Meski pertama kali memberi bantuan untuk Gaza, tetapi beliau telah banyak menabur bantuan di seluruh pelusuk negara sebelum ini sehingga peranannya kadangkala melebihi wakil rakyat atau menteri.

Barangkali boleh dibilang dengan jari mereka yang berkemampuan dan kaya, namun sanggup ke sana sini mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit mencari orang susah, lalu menghulur bantuan kepada mereka.

Kebanyakan yang kaya, sementara ramai yang suka hidup dengan kekayaan mereka, yang berhati mulia pula kebanyakannya lebih suka memilih jalan mudah dalam menderma iaitu hanya dengan memberi wang atau membelikan apa yang diperlukan.

Tetapi, Ebit Lew lebih daripada itu, beliau memberi wang untuk menolong orang susah hasil rezeki kekayaan daripada perniagaannya, sambil memberikan sama masa dan tenaga untuk pelbagai misi bantuan yang dilakukannya.

Tidak dinafikan mungkin ada penderma atau rakan-rakannya yang pemurah turut sama menghulur bantuan kepadanya, namun mereka melakukannya secara ikhlas tanpa perlukan publisiti atau mahu dikenali oleh sesiapa.

Maka dengan itu, asalkan bantuan yang dilakukannya ternampak sudah disampaikan, itu sebenarnya sudah memadai tanpa perlu ada pihak yang gila publisiti menuntut agar audit dilakukan pula.

Baik untuk Gaza atau segala bantuan yang dilakukannya selama ini, Ebit Lew tidak pernah menadah tin milo untuk meminta sumbangan daripada orangramai atau daripada syarikat korporat tertentu.

Jika tiada dana awam yang dikutip, sepertimana Pas yang mengutip berjuta-juta ringgit untuk Gaza baru-baru ini tapi sehingga ini senyap begitu saja, di mana perlunya audit dilakukan terhadapnya?

Kenapa tidak diminta audit dilakukan terhadap parti dan NGO yang banyak mengutip dana awam itu?

Selain itu, sekali baca apa yang Caprice dan Nadir bangkitkan juga dengan mudah terlihat adanya unsur-unsur dengki dan iri hati di dalamnya.

Soal agen yang digunakan untuk masuk ke Gaza, berapa bayarannya dan di mana barang keperluan untuk bantuan itu dibeli, itu bukanlah urusan pihak lain untuk campurtangan dan menentukannya.

Barang di rumah kita dan teksi apa yang perlu kita gunakan, kenapa orang lain yang sibuk-sibuk melihat tepi kain kita?

Soalnya juga, adakah mereka yang menceceh berkenaan Ebit Lew itu mampu memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit melebihi atau menyamai apa yang pendakwah itu lakukan?

Jika kita sendiri tidak mampu dan mempunyai keupayaan terhad, janganlah dengki atau iri hati.

Kerja-kerja amal Ebit Lew adalah misi kemanusiaan yang secara sukarela dilakukannya dengan hanya satu tujuan sebagaimana kerap disebutnya di mana-mana – semoga Allah sayang kita semua.

Maka, berhentilah mempertikai atau mencari pasal terhadap apa yang dilakukannya jika derma atau amal jariah kita sendiri sekadar menderma seminggu sekali saja di tabung masjid pada hari Jumaat atau pemergian kita sendiri ke Gaza melalui dana orangramai.

Kerja amal dan menolong orang susah yang dilakukan Ebit Lew kadangkala melebihi kemampuan wakil rakyat yang bergaji mewah dan berkereta Mercedes atau kebanyakan orang kaya yang kita sendiri kenali.

Jadi, kita patut bersyukur ada manusia seperti Ebit Lew di sekeliling kita.

Kerja-kerja amalnya perlu disokong sambil kita juga harus mendoakan kemurahan rezeki untuknya kekal berpanjangan agar misi bantuannya, di dalam negara, Gaza atau di mana saja, sentiasa berterusan.

Durjana sangatlah jika ada di kalangan kita yang sanggup meletak racun terhadap kerja amalnya, walhal kita sendiri, jangankan mahu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, menulis di FB dan mengangkat tangan berdoa untuk Gaza pun hanya sesekali dan sambil lewa saja. 


(ShahbudinHusin 22/07/2021)

Ahad, 18 Julai 2021

'Kita cuba bawa kasih sayang, tapi ada yang benci' - Ebit Lew

 Ebit Lew

Ebit Lew

Kuala Lumpur: "Saya sedih sebab sejak kebelakangan ini ramai yang cuba cari gaduh dengan sesiapa," luah Ustaz Ebit Lew.

Luahan itu dibuat Ebit susulan kontroversi antara dirinya dengan penyanyi rap Caprice yang mula tular sejak semalam.

Beliau berkata, apa yang dilakukan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan adalah demi Allah SWT semata-mata.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengambil endah kejian dan buruk sangka orang lain terhadap apa yang dilakukan.

Namun katanya, kejian itu kini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

"Walau kita cuba bawa kasih sayang dalam dunia tapi masih ada orang yang benci kita.

"Dulu saya jahat, bila kita cuba buat baik tapi ujian itu tidak henti-henti," katanya dalam video tular di laman media sosial.

Ebit berkata, semua rakyat adalah sebuah keluarga tanpa mengira agama dan bangsa yang perlu hidup bahagia.

Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan baru-baru ini.

Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi tarikan bahan kandungan di media sosial.

Pendedahan Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit yang memberikan pelbagai reaksi terhadap artis terbabit.

-myMetro

Sabtu, 17 Julai 2021

Beri Teguran Isu Bantuan Ust Ebit, Caprice Dakwa Disekat Di Instagram Ebit Lew, Ini Jawapan Capricee

 

PETALING JAYA-Rapper dan pengusaha Caprice mendedahkan bahawa dia disekat oleh mubaligh bebas Ustaz Ebit Lew di laman Instagramnya hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32 tahun, baru-baru ini mempersoalkan tingkah laku Ebit semasa misi kemanusiaan di ga z@, p@ lestin, melalui platform Instagram Stories.

“Anak miskin yang sama, menerima mainan yang sama, tetapi diminta untuk membuat kamera dua kali. Orang-orang di ga z@ mempersoalkan mengapa ia kelihatan seperti foto yang diambil sekali.

“Caprice selalu menjadi penyokong ustaz nombor satu. Setelah rakyat ga z@ bertanya kepada Caprice mengenai foto ini, isu mainan menimbulkan sensasi,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 catatan cerita Instagram petang ini.
Menurutnya, dia secara peribadi mengirim pesan panjang kepada Ebit, tetapi penyanyi itu mendakwa bahawa dia akhirnya disekat oleh laman Instagram Ebit.
Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada akaun Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.

“UEL (Ustaz Ebit Lew) baru saja kehilangan arwah ayah beliau. Awak boleh pula hendak cakap dan perli ustaz ketika ini,” komen @arsyadrosman.

“Kalau boleh, tengok dan baca kedua-dua belah pihak. Jangan sokong sesiapa lagi. Serius,” ujar @fdlismazairi.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan selepas penyanyi itu memberitahu bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.

Dalam pada itu, pengguna-pengguna media sosial turut mendakwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya melalui ruangan kapsyen dan komen.

Pengguna-pengguna media sosial turut membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Caprice berangkat ke ga z@, p@ lestin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, beliau dikatakan masih belum boleh memasuki ga z@ dan kini berada di Kaherah, Mesir.

-todaynewsmail.com

Isnin, 3 Mei 2021

Majlis berbuka langgar SOP: Caprice, Iman Troye, PU Hafiz akan ‘dipanggil’ polis

 

Antara gambar tular di media sosial menunjukkan sebuah majlis berbuka puasa dihadiri beberapa artis pada Khamis lalu yang didakwa melanggar SOP.

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil beberapa artis yang menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel sudah dipanggil memberi keterangan.

“Siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung (Khamis lalu) dengan kehadiran orang ramai.

“Penelitian ke atas gambar itu mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB, iaitu tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan.

Dalam gambar yang tular di media sosial itu, beberapa artis, antaranya penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz kelihatan di majlis berbuka puasa berkenaan.

Zainal berkata, semua artis yang hadir akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya selepas siasatan selesai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.-FMT