"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ingkar Arahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ingkar Arahan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 April 2021

Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin, 26 Positif Covid-19



KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun, Terengganu semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya membawa padah selepas 11 ahli keluarganya di samping 15 tetamu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penganjuran majlis itu dikenal pasti gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekali gus mewujudkan kluster baharu, Kluster Taman Rakyat.

Katanya, hasil pertemuan bagi mengirim duit kenduri di samping menyerahkan cenderahati perkahwinan menyebabkan wabak merebak dalam kalangan keluarga berkenaan di samping rakan karib.

“Kawannya pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah.

“Sebab itu kami selalu berpesan tangguh dahulu berkumpul beramai-ramai kerana kita tidak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja,” katanya dalam hantaran terbaharu dalam laman Facebook.

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April lalu adalah kluster komuniti melibatkan daerah Dungun dengan kes indeks iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

Nor Azimi turut melahirkan kebimbangan sekiranya tiada kepatuhan SOP di bazar Ramadan tidak mustahil kluster baharu boleh tercetus membabitkan lokasi itu.

Sehubungan itu, katanya penguatkuasan SOP Covid-19 tidak seharusnya diserahkan kepada pasukan penguat kuasa semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama melaksanakannya.

Berdasarkan infografik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 238 kes Covid-19 direkodkan di Terengganu setakat semalam.

Daripada jumlah itu, Besut mencatatkan sebanyak 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga)

Sumber: Utusan

Jumaat, 14 Ogos 2020

COVID19~'Makcik gelang pink' dihukum penjara sehari, denda RM8,000

Gambar seorang wanita menjamu selera di sebuah medan selera sambil memakai gelang pengesanan kuarantin COVID-19 yang tular di media sosial.
  
 IPOH: 'Wanita bergelang merah jambu' mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Terdahulu, media melaporkan gambar wanita terbabit tular di media sosial selepas dikatakan, sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera, dalam keadaan memakai gelang kuarantin COVID-19 sekali gus menimbulkan kegusaran serta kecaman warganet.

Khamis, 13 Ogos 2020

COVID19~Suami isteri tanggal gelang kuarantin untuk keluar beli-belah ditahan

Pasangan itu mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit. (Gambar KKM)

KUALA PERLIS: Sepasang suami isteri yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu (tag kuarantin Covid-19) dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan perintah kawalan pergerakan bersasar (Tempo) ditahan setelah gagal memberi alasan munasabah.

Ketua Polis Daerah Kangar Wari Kiew berkata, pasangan berusia 54 dan 65 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang ketika menaiki motosikal bersama untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Sanglang pada kira-kira 3.30 petang semalam.


“Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. Hasil soal siasat, mereka mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit dan bolos melalui jalan tikus menaiki motosikal untuk membeli barang,” katanya semalam.

Beliau berkata, kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya mereka dibebaskan dengan jaminan polis.(FMT)