"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sindiket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sindiket. Papar semua catatan

Isnin, 12 April 2021

Datuk dan datin antara diberkas terlibat sindiket dadah

BATU PAHAT- Tidak pernah serik.

Meskipun pernah dipenjara selama lima tahun kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk masih tetap dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpusat di Selangor itu terbongkar hasil daripada enam serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar Johor dan negeri itu.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikian/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, suspek bersama isterinya bergelar datin ditahan bersama tujuh individu lain berusia antara 22 hingga 59 tahun.

“Hasil serbuan berjaya merampas hampir 20 kilogram dadah jenis syabu, ketamin dan pil ekstasi bernilai RM868,000.

“Siasatan lanjut mendapati, kumpulan sindiket yang telah aktif sejak pertengahan September tahun lalu ini pernah ditahan di Taiwan pada 19 Mac lepas dengan tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

“Tangkapan tersebut membabitkan dadah jenis ketamin seberat 281 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM15 juta. Seramai tiga warga tempatan dan empat warganegara Indonesia ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, Johor.

Polis kini sedang giat mencari saki-baki ahli sindiket berkenaan, termasuk di beberapa daerah yang dipercayai mempunyai perantara.

Modus operandi suspek ialah menggunakan jalan laut untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah.

“Kita percaya kumpulan sindiket ini menjadikan perairan di sekitar pantai barat Johor termasuk di Batu Pahat sebagai lokasi transit untuk membawa keluar dadah berkenaan bagi pasaran ke negara Indonesia.

“Modus operandi sindiket adalah dengan membawa bekalan dadah menggunakan kereta mewah bagi elak daripada dicekup.

“Soal siasat mendapati, bekalan dadah baru-baru ini telah dibawa menggunakan kereta jenis Porsche dan mereka sebelum ini turut mengaku pernah membawa bekalan ke Kelantan menggunakan kereta Mustang,” katanya.

Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tindakan juga diambil mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) di mana JSJN telah berjaya menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM520,059 membabitkan empat buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai.- MalaysiaGazette

Ahad, 30 Ogos 2020

Peniaga berdekatan premis jadi tali barut sindiket pelacuran

PEMILIK premis perniagaan dipercayai menjadi tali barut sindiket pelacuran yang membocorkan maklumat serbuan pihak berkuasa selain menyediakan laluan tikus kepada pelacur melarikan diri.

Perbuatan segelintir pemilik premis itu dibongkar hasil Operasi Tebah dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang dan Chow Kit, hari ini.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, operasi dilakukan bagi membanteras kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian, penjualan minuman keras, perniagaan tanpa lesen, mengubahsuai premis tanpa kebenaran dan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menurutnya, operasi bersepadu bermula jam 2 petang itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, dalam serbuan itu, sebanyak tujuh premis dikenakan tindakan penutupan serta-merta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berniaga tanpa lesen sah DBKL.

"Anggota turut menyerbu premis disyaki menawarkan pelacuran tetapi ketika serbuan dilakukan tiada tangkapan dibuat.

"Kita percaya sindiket pelacuran mempunyai pelbagai kaedah seperti menggunakan 'runner' yang membocorkan maklumat serbuan, memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mempunyai pintu lain untuk melarikan diri.

"Kita kesan ada kedai runcit yang terletak di bahagian bawah menyediakan pintu keluar secara rahsia kepada mereka.

"Kedai runcit kemungkinan buat ubah suai struktur bangunan dan tindakan itu salah. Kalau betul ia berlaku DBKL akan minta pemilik premis betulkan semula," katanya dalam sidang media Operasi Tebah di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Santhara berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 78 barangan termasuk kondom, tilam dan bantal dirampas selain memecahkan 164 papan atau sekatan antara bilik.

Katanya, serbuan dibuat hasil risikan selama tiga minggu yang membolehkan kita mengesan lokasi panas kegiatan tidak bermoral itu.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan mahu 'memerdekakan' Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street daripada dibanjiri peniaga warga asing.

Katanya, pihaknya mendapat aduan golongan terbabit mengugut dan berkelakuan seperti samseng ketika menjalankan perniagaan.

"Justeru, saya minta masyarakat jangan beli barang daripada mereka (warga asing). Ada aduan kata apabila mereka tawar-menawar dan tak beli, mereka diugut oleh penjual yang berkelakuan seperti gengster.

"Kita mahu memerdekakan Jalan Petaling. Bandar kita, kalau penuh dengan peniaga warga asing apakah ertinya kemerdekaan kepada warga Kuala Lumpur," katanya.

Beliau mahu menjalankan tanggungjawab diberikan rakyat, tidak mahu tunduk kepada tekanan politik dan merayu kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.