"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Lim Kit Siang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lim Kit Siang. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2021

Kit Siang perlekeh ‘Kerajaan Allah’ bukti kebiadaban DAP terhadap Islam

Penasihat DAP Lim Kit Siang membuat kiriman di laman Facebooknya hari ini yang dikatakan mempersenda dan memperlekeh Allah SWT. Bagaimanapun 10 minit kemudian dia menurunkan kiriman itu.

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memuat naik tulisan dalam Facebook rasminya hari ini yang mempersendakan ‘Kerajaan Allah’ dengan sendiri menjelaskan betapa biadabnya kepemimpinan parti itu terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata tambah mengecewakan apabila tidak ada pemimpin Islam dalam DAP yang berani menegur Kit Siang tatkala Allah SWT dipersendakan dan diperlekeh.

Terdahulu bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu menulis:

“If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

Terjemahan:

Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.

 Kiriman Kit Siang itu mendapat lebih 182 perkongsian dan lebih 602 komen yang menyokong dan membantah kenyataannya. Tetapi kira-kira 10 minit kemudian Kit Siang telah memadam kiriman itu.

Difahamkan, istilah “Kerajaan Allah” yang disebut Kit Siang itu merujuk kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.

Menurut Ashraf Mustaqim, apa yang diperkatakan Presiden PAS itu bukannya merujuk bahawa ‘kerajaan ini’ (kerajaan Malaysia) adalah kerajaan Allah, melainkan Allah dan seluruh zat-Nya yang bersemayam di Arasy’ yang maha kuasa atas tiap sesuatu.

Sehubungan itu, Armada Bersatu mengecam sekeras-kerasnya pernyataan ‘falasi’ yang telah dimainkan ‘de facto’ DAP itu yang secara jelas telah menyelewengkan ‘tazkirah maya’ Presiden PAS, sekali gus secara terang-terangan mempersenda umat Islam.

Katanya, dalam tazkirah itu Hadi secara terang berbicara mengenai hakikat yang berbalik perihal keimanan atas keyakinan dan ketentuan bahawa hanya Allah SWT yang Maha Kuasa mampu menghilangkan penyakit serta mengabulkan segenap ikhtiar manusia.

“Ini berdasarkan pernyataan beliau sebagaimana dipetik:

‘Hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa. Adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut. Hanya mereka yang jahil agama sahaja mencari kelemahan dan kekurangan untuk diuar-uarkan, tanpa sama-sama tolong-menolong dalam menghadapi keadaan yang sangat mencabar seluruh dunia dan penduduknya.’

“Jelas pemahaman Kit Siang tersasar, tambah mengecewakan takkan tiada satu pun pemimpin yang ada keimanan kepada Allah SWT serta pada agama Islam dalam DAP, yang berani menegur Kit Siang saat Allah SWT yang maha kuasa dipersenda diperlekehkan?.

“Ini adalah bukti tak sudah betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanam kebencian dan bawa idealisme kebebasan pemikiran semata dari bersulam keimanan khususnya buat umat Islam dalam pada ummah terus maju dan berikhtiar bertepatan kemajuan Sains dan Teknologi,” tegas Ashraf

-Agenda Daily

Jumaat, 26 Mac 2021

Undi18: Pemuda PPBM kesal, Kit Siang desak pengerusi SPR letak jawatan

 

Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Undi18 perlu dilaksanakan seperti dirancang manakala Lim Kit Siang menyifatkan keputusan SPR itu satu bentuk pencabulan mandat Parlimen.

PETALING JAYA: Pemuda PPBM menyatakan kekesalan terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda pelaksanaan Undi18 dari Julai tahun ini sehingga selepas September tahun depan.

Ia kekal dengan pendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun tetap perlu dilaksanakan seperti dirancang, kata Ketua Pemuda PPBM Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Bagaimanapun, Pemuda PPBM memahami SPR perlu meneliti kaedah paling sesuai untuk memastikan kemasukan pengundi baru yang berumur 18 hingga 21 tahun dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Pemuda PPBM bersedia menghulurkan kerjasama kepada semua agensi kerajaan yang terbabit demi mempercepatkan proses itu.

Terdahulu, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Katanya, sekatan pergerakan akibat pandemik mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu.

Dewan Rakyat pada 2019 sudah meluluskan rang undang-undang bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun.

Wan Fayhsal berkata, usaha bersepadu semua pihak perlu disertai dengan iltizam politik supaya pelaksanaan aspirasi Undi18 menjadi kenyataan.

“Satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan Undi18 juga perlu segera dibentangkan kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang,” katanya.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendesak Abdul Ghani meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR untuk membuka ruang kepada seorang pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen berhubung isu Undi18.

“Pengumuman oleh SPR semalam, yang mengatakan rakyat Malaysia yang berusia antara 18 sehingga 21 tahun, mungkin tidak akan dapat turut serta mengundi dalam pilihan raya umum akan datang adalah satu bentuk pencabulan mandat Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyifatkan keputusan SPR untuk menunda pelaksanaan Undi18 kepada September tahun depan sebagai “satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali”.

-FMT

Rabu, 23 Disember 2020

DAP HANYA TAHU PERALAT ANAK MUDA

 


Oleh Lau Chin Kok

Sudah tiba masanya untuk meletakkan lebih ramai anak muda dalam kepimpinan pembangkang“, itu kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kata Kit Siang, Kabinet Muhyiddin tidak mempunyai suara untuk golongan millennial di Malaysia, tidak ada seorangpun Menteri yang berusia di bawah 40 tahun.

Terdapat empat orang Menteri dalam Kabinet Muhyiddin yang berumur di bawah 50 tahun, masing-masing berusia 43, 44, 46 dan 47 tahun — suatu perbandingan yang buruk dengan Kabinet Pakatan Harapan, yang bermula dengan menteri yang berusia 25 tahun, 35 tahun dan lima orang Menteri yang berumur di bawah 50 tahun, katanya.

Beginilah, sebenarnya anak muda yang ditarik menyertai DAP tidak lebih hanya dipergunakan oleh kedua-dua ‘saka’ anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam parti.

Jika betul apa yang diperkatakan oleh beliau, maka sepatutnya kedua-dua mereka patut terlebih dahulu menunjukkan contoh kepada anak muda dengan meletakkan jawatan dan tampuk kuasa diberikan kepada anak muda.

Yang lebih pelik, bukankah dahulu merekalah yang memilih seorang pemimpin yang paling uzur umurnya sebagai Perdana Menteri? Sepatutnya mereka perlu pilih individu yang lebih muda seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kenapa pula ketika itu pilih Tun Mahathir yang sudah lanjut usia?

Jawapannya ialah kerana mereka hanya mahu kuasa politik dan untuk itu mereka memerlukan sokongan orang Melayu, bukan kerana prinsip atau apa-apa alasan lainnya.

Begitu juga apabila DAP menguar-uarkan mereka pencetus kepada kepimpinan orang muda.

Mereka perlu sedar bahawa Barisan Nasional sudah lama meletakkan orang muda yang berkaliber dan berkarisma untuk menjadi pemimpin. Antaranya seperti YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Itu antara nama pemimpin muda daripada Barisan Nasional yang berkaliber dan mampu membawa perubahan dalam negara.

Barisan Nasional tidak seperti DAP yang mengisi kepimpinan mudanya dengan secara ‘tangkap muat’ untuk kepentingan politik mereka sahaja tanpa mengambil kira kemampuan memimpin, integriti dan mampu melaksanakan tugas membela rakyat.

Sebab itu tidak hairan jika ada pemimpin muda PH-DAP yang terlibat dalam isu moral yang memualkan tetapi tetap dipertahankan oleh pemimin DAP atas nama kebebasan.

Bagi DAP, isu moral tidak menjadi masalah kepada mereka. Adab dan nilai ketimuran bukan isu utama kepada mereka. Bahkan gaya hidup bebas menjadi agenda dalam menarik anak muda menyokong mereka.

Inilah yang perlu dilihat oleh rakyat, dalam mengejar kejayaan ekonomi, adat dan budaya ketimuran juga wajib kita pertahankan demi kelangsungan budaya masyarakat Malaysia terus dipertahankan.

Jika disorot kembali perjuangan PH-DAP, mereka hanya mempergunakan anak muda sebagai alat untuk terus berkuasa. Anak muda digunakan dalam demonstrasi BERSIH 1, BERSIH 2 dan BERSIH 3. Tetapi di mana pemimpin anak muda ini berakhir?

Yang kekal hingga kini hanya anak Presiden PKR iaitu Nurul Izzah, ke mana pergi yang lain? 

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2120889364713047/

-editormalaysia

Jumaat, 11 Disember 2020

Menteri Besar Kedah Ahli Politik Pemberani

 


Agak teruk juga nampaknya Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, dihadapkan dengan selaran dalam isu perobohan kuil di Kuala Kedah.

Paling saya bersimpati ialah bila Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Muhammad Sanusi harus diganti sebagai Menteri Besar Kedah kerana tidak layak dan tidak sesuai untuk memegang jawatan tinggi dalam masyarakat majmuk.

Simpati saya ini adalah kerana saya juga pernah menjadi mangsa modus operandi sama yang digunakan oleh Lim Kit Siang yang mempersoalkan kelayakan dan kesesuaian saya untuk menjadi pensyarah di universiti awam dalam masyarakat majmuk.

Modal holier-than-thou beginilah yang lazimnya beliau akan gunakan, bukan dengan menumpukan kepada hujah tetapi kepada menyerang batang tubuh individu.

Lim Kit Siang patut fokus kepada soalan beliau sama ada pimpinan PAS kini tidak lagi mampu untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, di antara perkara yang adil dan zalim.

Ini kerana kebenaran dan keadilan dalam isu perobohan kuil atau perobohan mana-mana rumah ibadat lain di mana-mana sahaja sebenarnya sangat mudah: Ia ialah isu undang-undang.

Isu ini telah pernah dinyatakan dengan jelas oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyebut begini:

(1) “Orang-orang yang membina dan memiliki kuil di atas tanah kerajaan secara haram adalah penceroboh. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang. Kerajaan berhak meroboh kuil itu bila-bila masa.”

(2) “Kerajaan perlu bertindak tegas: Semua rumah ibadat, tidak kira kuil, tokong, gurdwara, gereja, masjid dan surau atau apa juga, yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan atau tanpa mematuhi undang-undang hendaklah diroboh, tanpa diberi tanah gantian dan/atau pampasan.”

(3) “Sesiapa yang menyokong dan menggalakkan pelanggaran undang-undang dan mengapi-apikan semangat rasis pihak yang melanggar undang-undang sambil menuduh pihak yang hendak melaksanakan undang-undang dengan sah, rasis dan tidak adil, hendaklah dibawa ke muka pengadilan.”

Dan ayat-ayat inilah juga yang dinyatakan oleh YAB Muhammad Sanusi yang menyebut begini:

(1) “Isu perobohan struktur atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi.”

(2) “Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil hindu, tokong atau rumah ibadat. Ia berkuatkuasa ke atas semua struktur, binaan dan hadangan yang tidak diluluskan.”

(3) “Jika ada sesiapa dari kalangan pemimpin politik, kaum dan agama cuba mengapi-apikan permusuhan, menghalang undang-undang ditegakkan, menuduh dan memfitnah di luar kebenaran, memutar belit isu undang-undang dengan mengheret kepada isu kaum dan agama, mereka tidak patut dibiarkan berwewenang.”

Bukan tidak ada pun masjid dan surau yang dirobohkan kerana dibina di atas tanah kerajaan di negara ini tetapi ia tidak dijadikan isu perkauman, agama atau diskriminasi, jadi mengapa pula bila yang dirobohkan adalah rumah ibadat bukan Islam ia cuba dijadikan isu besar?

Walaupun YAB Muhammad Sanusi mungkin pernah tersasul di mana-mana sedikit sebanyak, beliau sebenarnya adalah ahli politik pemberani yang bukan sahaja perlu disokong malah perlu dijadikan ikutan dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira populariti.

Semoga lebih ramai klon ahli politik pemberani begini akan muncul di negara ini.

Kamarul Yusoff