![]() |
Suka-suka je hina doktor Malaysia. Dulu janji nak berbakti kepada tanah air tapi haprak.Sumber: Cinca |
Memaparkan catatan dengan label Dr Selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Selebriti. Papar semua catatan
Selasa, 15 Jun 2021
Doktor KKM jawab hinaan Dr Amalina terhadap amalan doktor di Malaysia
By Paklong Jun 15, 2021
Dr Amalina Che Bakri, Dr Aznil Hisham, Dr Selebriti, KKM, Kontroversi, Selebriti Media sosial No comments
Sebagai kakitangan warga KKM, saya mengesahkan bahawa amalan "siapa makan garam terlebih dahulu" bukanlah amalan yang dipraktiskan di Malaysia secara membuta tuli.
Tak kira di UK mahupun di Malaysia, terdapat beberapa peringkat seniority. Dan sudah pasti, pandangan dan pendapat mereka yg lebih senior dan berpengalaman diraikan. Ini norma dimana jua kita berada.
Dalam lapangan saya selaku pakar radiologi, kami sentiasa berdiskusi antara satu sama lain dalam apa jua kes yang sukar. Semua pandangan dari consultant, senior dan junior diambil kira.
Dan saya juga mengambil pandangan dari para junior saya. Dan tidak sedikit pun merasakan ianya perbuatan yang hina.
Ketua jabatan saya juga pernah beberapa kali meminta pandangan kami semua dan beliau juga menerima dan melaksanakan pandangan yang kami sarankan.
Ini membuktikan bahawa setiap keputusan kami adalah dari pandangan secara kolektif. Bukan ditentukan melalui siapa yang makan garam terlebih dahulu.
Dan ini adalah amalan yg norma di Malaysia. Bukan sebagaimana yang beliau dakwakan.
Walaubagaimana pun, saya menerima pandangan dan teguran Dr Amalina. Ini sekali lagi membuktikan bahawa saya selalu senior yang banyak makan garam dari Dr Amalina menerima kritikan dan pandangan Dr Amalina.
Satu lagi bukti keterbukaaan di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Dr Muhaya dikritik dengan hebat oleh para Dr celebriti yang tak cukup makan garam (jauh lebih junior) dari beliau. Dan Dr Muhaya tidak malu untuk memohon maaf jika kenyataan beliau menyebabkan para Dr celebriti terasa hati.
Bukankah ini menunjukkan amalan "siapa makan garam" di Malaysia bukanlah satu amalan biasa di Malaysia?
Bekas Atlet Gimnas Negara Dr Farrah Hani jika dibandingkan dengan Dr Amalina macam langit dengan bumi
By Paklong Jun 15, 2021
Ahli Sukan, Atlet Gimnastik, Dr Amalina Che Bakri, Dr Farrah Hani, Dr Selebriti, Kontroversi, Ulasan No comments
Kalau ada yang belum tahu, sebelum Farah Ann atau El Regina Tajuddin memukau peminat gimnastik, negara kita terlebih dahulu melahirkan sebutir permata bernama Farrah Hani Imran.
Farrah Hani merupakan pelapis kepada legasi Faiznur Miskin. Sukan SEA Manila 1991, beliau memberikan Malaysia emas individu dan juga emas berpasukan.
Bukan itu saja, beliau merupakan ahli gimnastik pertama dalam sejarah negara yang layak sertai kejohanan dunia pada 1993 di Sepanyol.
Yang sebenarnya saya bukan nak cerita tentang kehidupan atlet Farrah Hani, tetapi lebih kepada siapa beliau selepas menjadi atlet.
Kehidupan Dr. Farrah Hani selepas tidak lagi menjadi atlet
Untuk pengetahuan, seperti di pangkal namanya tertera Dr. Farrah Hani ialah pemegang ijazah kedoktoran perubatan dari medicine University antara yang terbaik di dunia, Royal College of Surgeons Ireland pada tahun 2002.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian MRCS Surgery di University yang sama sehingga tahun 2005.
Berjaya dapat degree doktor yang hebat dengan title atlet pingat emas, Farrah Hani tidak tinggal terus di United Kingdom (UK) sebaliknya beliau terus pulang ke Malaysia.
Mengenangkan bidang kedoktoran pembedahan plastik masih belum berkembang di Malaysia, bermula tahun 2006 beliau sambung pula pelajaran di USM dalam pengkhususan Plastic & Reconstructive Surgery.
Pada masa yang sama juga beliau telah pun bertugas sebagai doktor dan pensyarah di UKM bermula tahun 2006.
Kalau kita rujuk CV Farrah Hani ni, ada tercatat yang beliau menjadi rakyat Malaysia pertama dapat dua pengiktirafan penting dalam bidang perubatan iaitu Constable Fellowship Award, American plastic surgery association dan. Association of Graduates Medal by the Royal College of Surgeons in Ireland.
Apa jasa Dr. Farrah Hani di UKM?
Selain menjadi doktor dan pensyarah kanan perubatan, Farrah Hani turut memikul beberapa tanggungjawab penting di UKM:
- Head of Plastic and Reconstructive Surgery
- Head of Burns Unit
- Head of Wound Care Team
- Head of Surgical Module/ Surgical Co-ordinator
- Head of Surgical Module & Mentor
Dr. Farrah Hani juga baru dilantik ke jawatan Professor Madya.
Dalam segala kesibukan, beliau turut menyumbang semula kepada pasukan gimnastik negara. Sukan SEA 2017 beliau jadi pengurus pasukan gimnastic dan berjaya bawa pulang 8 pingat emas.
Dalam CV beliau juga ada remark tertulis “Team Manager, Malaysian Rhythmic Gymnastics National Team (Pro-Bono Voluntary Work)“.
Pro Bono ni mudah faham maksudnya percuma. Ya, beliau buat kerja percuma untuk negara.
Masuk tahun ini, sudah 15 tahun Farrah Hani memberi khidmat kepada UKM dan menurut CV beliau juga ada tertulis yang beliau dalam fasa akhir siapkan PhD dari University College, Dublin.
Ini contoh doktor cerdik pandai yang mencurahkan semula jasa kepada nusa bangsa.
Beliau tidak duduk kerja oversea kemudian tunjuk semua beliau pandai di media sosial. Beliau hebat. She serves her country well!
Saranan buat doktor-doktor Malaysia yang bekerja oversea
Doktor-doktor Malaysia yang kerja oversea boleh ambil Farrah Hani sebagai contoh. Tanpa alasan dan just do it.
Enam tahun lepas saya ada backup seorang doktor yang menetap di UK semasa beliau kena bash dengan netizen mengenai isu tudung. Saya tulis “duduk sahajalah UK tak payah balik”
Akan tetapi bila makin lama makin kerap komen Malaysia macam-macam jadi tak kena pula. Makin merepek.
Kalau nak duduk kerja oversea, pergi lah tetapi jangan rajin nak komen urusan rakyat di Malaysia. Itu tak kena, ini tak kena, itu tak betul ini pulak salah. No! You don’t do that.
Nak jadi hero komen macam-macam pasal politik ekonomi masyarakat, by all means balik Malaysia dan berjuang dengan kami di sini.
Tengok Dr. Farrah Hani, tidak pernah buat isu viral di Twitter dan Facebook dan jasa beliau pada anak bangsa tetap menyerlah.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Biarlah macam bodoh2 sikit baru perempuan cepat jodoh, kata Prof Muhaya
- Mungkin Prof Muhaya tersilap cakap tapi tak padan nak banding dengan Dr Amalina – Netizen
- Doktor KKM jawab hinaan Dr Amalina terhadap amalan doktor di Malaysia
- Bekas Atlet Gimnas Negara Dr Farrah Hani jika dibandingkan dengan Dr Amalina macam langit dengan bumi
Sumber: Cinca


















