"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label DSZH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSZH. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2024

Aku nak tanyalah, serendah itukah nilai UMNO dalam Kerajaan Madani?

 Aku nak tanyalah, serendah itukah nilai UMNO dalam Kerajaan Madani?

Presiden UMNO cuba redakan ketegangan UMNO dan DAP dalam isu pensijilan halal. 5 hari lepas, dia kata perang mulut YB Akmal dan YB Teresa Kok tamat. 

Tiba-tiba, 2 hari lepas, DAP Johor desak YB Akmal mohon maaf kepada YB Teresa Kok. Aik kata dah tamat?

Semalam, YB Teresa Kok kata dia tak akan kongsi pentas ceramah dengan YB Akmal. 

Maksudnya apa tuan-tuan. Kata-kata Presiden UMNO, ahli DAP diperingkat cawangan pun tak respek. 

“Lu sapa?” kata mereka.

DAP tahu, Menteri UMNO dalam Kabinet tak berani angkat kepala pun nak pertahan diri mereka. Apatah lagi nak pertahankan isu berkait orang Islam seperti sijil halal. 

Kesian gak tengok YB Dr Akmal. Bersungguh dia lawan YB Teresa Kok sampai kena saman kat mahkamah. Dia siap buat video cakap “bring it on”. 

Last-last Presiden parti dia macam suruh tarik handbrake bila dia kata isu ni dah “reda”. Sebab nak jaga hati DAP kot. 

Yelah, bising-bising, nanti DAP suruh PMX keluarkan UMNO dari kerajaan macamana? Tak bolehlah Presiden UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri. 

Sekarang aku nak tengok. YB Akmal nak ikut bos dia untuk tamatkan? atau nak terus desak dan pertahan cadangan pensijilan halal. 

Bukan apa, orang kata YB Akmal buat bising nak raih populariti. Bukan nak pertahan sangat cadangan pensijilan halal tu. 

Pemuda UMNO macamana? nak bersama YB Akmal atau nak ikut Presiden korang suruh “tamat”. Bersuaralah sikit, pertahan Ketua korang. 

Salam Hormat,

Nurul Islam Mohamed Yusoff




Sabtu, 27 Ogos 2022

Zahid nafi takut hukuman punca desakan PRU15

 AHMAD Zahid pada majlis Taklimat Khas UMNO. FOTO ihsan Datuk Abdul Rahman Dahlan

AHMAD Zahid pada majlis Taklimat Khas UMNO. FOTO ihsan Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan desakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera kerana beliau takut kepada hukuman bagi kes rasuah yang dihadapinya.

Ini kerana katanya, beliau masih percaya bahawa sistem perundangan tidak memihak kepada mana-mana individu.

"Buat ahli Umno dan sekalian pemerhati ingin saya tegaskan, sesiapa yang memomokkan bahawa saya takut atau gentar akan disabitkan kesalahan, saya yakin orang itulah sebenarnya yang takut dengan hamba Allah yang bernama Ahmad Zahid Hamidi dan dialah yang sebenarnya tidak yakin kepada diri sendiri dan takut dengan bayang-bayang.

Hakikatnya, saya membawa suara ahli Umno yang setia. Bukan suara sumbang yang ingin menguburkan Umno," katanya ketika berucap pada Taklimat Khas Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, desakan supaya PRU diadakan bukan kerana gilakan kuasa dan jawatan serta gopoh sebaliknya ia keputusan parti dan akar umbi.

Beliau berkata, parti konsisten menuntut PRU diadakan kerana menghormati mandat rakyat.

"Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan). Ini suara dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi, Perhimpunan Agung Umno dan Perhimpunan Agung Khas Umno.

"Realiti sebenar adalah fakta menunjukkan senario politik yang terumbang-ambing meletakkan ekonomi negara kini dalam keadaan kian meruncing. Kestabilan dan kebajikan yang dilaungkan umpama sebuah dongengan belaka. Hakikatnya, politik yang stabil tidak akan bergantung kepada beberapa helaian kertas perjanjian semata-mata," katanya.

Justeru, katanya, beliau akan tetap lawan dan terus berdiri mengetuai Umno walaupun diperangi dari segenap penjuru.

-myMetro 

Rabu, 14 April 2021

Amanat Ahmad Zahid Hamidi Bukan Ditulis Oleh Zahid Kata Zahid

 


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada menulis sebuah artikel kononnya beliau memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus berkuasa. ‘Amanat Ahmad Zahid Hamidi untuk semua ahli UMNO’ yang tersebar di media sosial bukan ditulis oleh Presiden UMNO tersebut.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, artikel panjang yang memuatkan tuduhan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia merancang untuk terus berkuasa bukan amanat daripada beliau. NewChic

“Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid meminta agar pihak terbabit memanfaatkan sepenuhnya kedatangan Ramadan untuk meningkatkan amal ibadah dan bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyarankan mereka yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripadanya agar memperolehinya daripada media sosial rasmi milik beliau di Facebook dan Telegram.

“Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan UMNO.

“Saya berharap pihak yang melakukan perkara ini menghentikan segera perbuatan politik jahat,” kata AHmad Zahid.

‘Amanat Ayahanda Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada semua ahli UMNO’ disebarkan dalam media sosial semalam.

Semakan mendapati amanat palsu itu turut dikongsi oleh individu yang menyokong kepimpinan UMNO.

Amanat palsu itu antara lain memuatkan tuduhan bahawa beberapa pemimpin Bersatu sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.

“Dengarlah baik baik apa yang hendak saya sampaikan dari Meja Presiden. Hakikatnya, tidak ada siapa diantara ahli Umno yang mengetahui apa yang akan dilakukan PPBM khususnya Tan Sri Mahiaddin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin untuk kekal berkuasa pada hari hari yang akan datang.

“Kesanggupan mereka melampaui batas, dalam merancang, demi mencemarkan imej saya dan Umno. Oleh itu, dengarlah dengan teliti amanat kata kata saya ini dan sampaikanlah ia kepada ahli ahli yang masih belum menerima amanat saya ini.

“Sesungguhnya, serangan politik 2021 Covid 2.0 pada parti UMNO dan diriku ini, memperlihatkan pengkhianatan ahli dan rakan seperjuangan, penyalahgunaan kuasa mahkamah, fitnah hasutan, rasuah politik (politik wang) dan pengunaan risikan (intipan) untuk kegunaan agenda politik tertentu,” antara yang ditulis dalam petikan awal amanat palsu berkenaan.- SM
-Anak Sungai Derhaka

Isnin, 12 April 2021

Rakaman audio: Apa kami syak selama ni terbukti benar - Mukhriz


Rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuktikan apa yang disyaki selama ini benar mengenai rundingan antara kedua-dua parti itu, kata Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir.

Menurut Mukhriz, pendedahan mengenai rakaman audio berkenaan merupakan sesuatu yang sangat mengecewakan Pejuang.

"Sebelum ini kami di pihak Pejuang dah berapa kali minta supaya didedahkan apa bentuk kerjasama sekiranya ada, antara Pakatan Harapan khususnya PKR dengan Umno khususnya kluster mahkamah.

"Dan kami tidak pernah mendapat jawapan, malah kalaupun ada jawapan seolah-olah berdolak-dalih, tak memberi jawapan yang tepat.

"Tetapi bila dah didedahkan rakaman ini, maka, apa yang kami syak sebelum ini nampaknya terbukti benar.

"Dan saya tak lihat bagaimana kami boleh memberi sebarang bentuk kerjasama kepada mana-mana pihak yang sanggup bekerjasama dengan kluster mahkamah yang selalu kita sebutkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air Negeri Kelantan di K Castle Kota Bharu, hari ini.

Kluster mahkamah merujuk kepada pemimpin Umno yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, termasuk presidennya Ahmad Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman audio melibatkan dua individu yang suaranya mirip Anwar dan Ahmad Zahid.

Suara berkenaan antara lain didengar bercakap mengenai Perhimpunan Agung Umno dan ucapan Zahid semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan kesahihan klip audio berkenaan.

Namun Anwar semalam mempersoalkan apakah dia melakukan sebarang jenayah sekiranya rakaman audio tersebut adalah tulen.

Mukhriz berkata, keyakinan tentang kesahihan audio itu diperkuatkan lagi apabila Anwar mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengiakan rakaman berkenaan.

“Semalam pula apabila saya mendengar kenyataan yang telah dibuat Anwar Ibrahim yang seolah-olah membayangkan bahawa 'kalau pun benar mereka cakap begitu apa salahnya'.

"Jadi kalau dah macam itu maksudnya betullah tu," kata anggota parlimen Jelurn itu.

Kata Mukhriz lagi, pihaknya sejak awal menunggu penafian daripada kedua-dua tokoh terbabit.

"Walaupun daripada firasat kami sebenarnya, kami rasakan bahawa memang dua tokoh itulah yang bercakap dalam rakaman itu.

“Sebab cara bercakap, kandungan cakap pun kita rasakan selaras dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Antara lain surat yang telah ditandatangani oleh Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong juga seiring dengan apa yang telah disebut dalam perbualan antara dua pihak itu,” katanya.

Pada 17 Okt tahun lalu, jurucakap Zahid menafikan surat yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan parti itu kepada Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Selain tandatangan Zahid, surat itu juga dikatakan ditandatangani bekas presiden Umno, Najib Razak.-mKini

Rabu, 7 April 2021

Saya bimbang perjanjian sulit Zahid-Anwar benar-benar wujud - Fuad Tukirin

 


SHAH ALAM - 
"Saya bimbang memang wujud satu perjanjian sulit, perancangan politik antara Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat) sekiranya perbualan (rakaman audio tular) benar-benar sahih."

Demikian luahan hati Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin susulan diminta mengulas mengenai satu rakaman video dan audio mirip suara Zahid Hamidi dan Anwar didedahkan di media sosial sejak malam Selasa.

Jelas beliau, sekiranya rakaman perbualan telefon itu benar-benar tulen, ia sangat menyedihkan kerana itu bukti jelas Ahmad Zahid seolah-olah telah menipu dan mengkhianati seluruh ahli UMNO.

"Jika isu itu benar, segala apa diperkatakan dan diputuskan sama ada dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu pun Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) adalah sandiwara semata-mata.

"Presiden akan dilihat sanggup menggadaikan UMNO semata-mata diri sendiri dengan semua ahli diperkudakan demi kepentingan beliau. Ini juga akan dianggap bukti jelas ada perjanjian sulit dimeterai beliau dengan Datuk Seri Anwar," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Rakaman video dan audio berdurasi 4 minit dan 17 saat yang menjadi tular itu dimulakan dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, dalam video itu turut kedengaran suara yang mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon.

Susulan itu, Ahmad Zahid menafikan adanya perbualan antara beliau dan Anwar sebagaimana terkandung dalam rakaman audio tular berkenaan.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa tiada sebarang perbualan beliau dengan ketua pembangkang itu selepas PAU lepas.

Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Dalam pada itu, Mohd Fuad menegaskan semua ahli UMNO perlu bertanggungjawab dalam memastikan sebarang bentuk politik kotor dan penuh muslihat dihentikan demi kelangsungan parti.

"Sekiranya rakaman audio perbualan telefon itu sahih, adakah Lembaga Disiplin dan MKT UMNO tutup mata dan tidak mengambil apa-apa tindakan semata-mata untuk menjaga nama baik institusi Presiden?

"Kalau ahli-ahli UMNO senang-senang digantung dan diambil tindakan disiplin sekiranya melakukan kesalahan, mengapa tidak Presiden (UMNO) sekiranya terbukti bersalah?" katanya.

-mindarakyat

Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Zahid tersebar


KUALA LUMPUR:
 Satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.

Suara itu mengatakan sudah 22 tahun dia tidak mengikuti perhimpunan tersebut secara dekat.

"Saya sudah 22 tahun baru saya 'follow' Perhimpunan Agung UMNO," kata suara mirip Anwar
Don’t worrythat is only tactical, OK,” balas suara mirip Zahid

No, no, okay, okay, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game.

"Tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata suara mirip Anwar itu kembali.

"You tahu siapa cikgu saya, kan? Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah," balas suara yang dikatakan mirip Zahid.

Sementara itu, suara mirip Ahmad Zahid berkata, apabila mandat diberikan kepada presiden, maka ia lebih mudah daripada usul.

Dalam perbualan itu, suara mirip Anwar turut menyatakan tentang harapan ada menteri letak jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.

"Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani, hanya yang Perak tu, apa namanya? Shamsul, kalau dia boleh (letak jawatan)" kata suara mirip Anwar.

Perbualan terakhir suara mirip Anwar memberitahu bahawa usaha mereka masih belum berakhir dan mengarahkan individu dipercaya Ahmad Zahid itu untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

"Cuma sekarang tak habis lagi tu.. kita ada sikit lagi.. kalau you dapat (tak jelas) maknanya you kena emergency MT tau, takut nanti you tak boleh jawab macam sekarang," katanya.

Di hujung perbualan, suara mirip Anwar itu dikatakan meminta agar diberitahu kepada isteri Zahid tentang rasa bangganya.

“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata individu itu menamatkan panggilan.

-mindarakyat