"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Titah Addendum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Titah Addendum. Papar semua catatan

Ahad, 12 Januari 2025

Titah Adendum Najib tetap sah tanpa perkenan Agong ke-17 - Mohamed Haniff Khatri

 Titah Adendum Najib tetap sah tanpa perkenan Agong ke-17 - Mohamed Haniff Khatri

Surat Titah Adendum yang dihantar Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bertarikh 29 Januari 2024, sah dan wajib dilaksanakan serta-merta, walaupun tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana dari segi perundangan, proses pengampunan yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah selesai apabila Titah Adendum diterima Peguam Negara.

Katanya, ini kerana mengikut Perkara 42 Fasal 4(a), Perlembagaan Persekutuan, proses pengampunan banduan di Wilayah Persekutuan yang dikendalikan oleh Agong tidak tertakluk dengan mana-mana nasihat atau mesyuarat yang dikendalikan Lembaga Pengampunan atau Peguam Negara.

"Masalah berkenaan berbeza jika dibandingkan dengan peruntukan di bawah Perkara 42 Fasal 4(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan banduan di negeri diterajui oleh Raja dan Sultan.

"Perkara 42 Fasal 4(b) secara khusus menjelaskan berkenaan Sultan atau Raja mestilah membuat keputusan pengampunan dengan mengambil kira nasihat Lembaga Pengampunan," katanya dalam satu hantaran video pada Sabtu.

Terdahulu, Anwar mengakui Peguam Negara memang ada menerima surat Titah Adendum berkenaan namun tidak dapat melaksanakan kerana pertukaran Yang di-Pertuan Agong daripada Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Ibrahim pada 31 Januari 2024.

Sehubungan itu, Mohamed Haniff Khatri mempersoalkan tujuan sebenarnya Peguam Negara ketika itu menyerahkan Titah Adendum Agong ke-16 kepada Agong ke-17 untuk dipertimbangkan semula.

"Apabila Peguam Negara menerima titah untuk dilaksanakan, maka ia wajib dilaksanakan dengan serta-merta iaitu pada 29 Januari 2024. Ini kerana tiada keperluan perundangan mahupun Perlembagaan Persekutuan untuk Peguam Negara menunggu sehingga Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan dan memulakan tempoh perkhidmatan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

"Oleh itu, apa yang saya lihat sekarang dengan pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa memang benar Peguam Negara telah menerima surat titah pada 29 Januari 2024 daripada Agong ke-16, maka kegagalan Kerajaan Madani melaksanakannya sehingga kini adalah satu kesalahan besar (penderhakaan)," katanya.

Berikutan itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Madani berdiam diri untuk sekian lama mengenai kewujudan Titah Adendum tersebut.

Sedangkan katanya, sebelum Najib mengemukakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terdapat surat-surat dikemukakan oleh pasukan peguamnya kepada pelbagai pihak bertanyakan perkara berkenaan seawal pada 1 April 2024.

"Mengapa Peguam Negara dan Kerajaan Madani tidak mengakui bahawa Titah Adendum sebenarnya memang wujud semasa semakan kehakiman difailkan pertama kali dan dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi?

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah membuat keputusan menolak permohonan Najib kerana tiada keterangan terus mengenai Titah Adendum tetapi hanya keterangan 'dengar cakap' atau 'hearsay'. Namun, Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Madani masih mendiamkan diri dan adakah itu adil?" soalnya. 

Source 

Jumaat, 10 Januari 2025

Titah Adendum yang sudah diterima mahkamah sebagai bukti kes.

 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍

Oleh:Lim Sian See 

Kita baca semula Titah Adendum yang sudah diterima mahkamah sebagai bukti kes.

Titah Adendum ini jelas kata:

1. Ianya bertarikh pada hari yang SAMA (29 Jan 2024) dengan mesyuarat Lembaga Pengampunan bermakna ianya berkuat kuasa ketika Sultan Pahang masih merupakan YDPA.

2. Ianya adalah perlegaan TAMBAHAN hasil dari mesyuarat Lembaga Pengampunan dan jelas adalah TITAH.

Tuanku tulis "menitahkan". Bukan cadang, bukan mohon tapi MENITAHKAN;

3. Ini juga bermakna bahawa keputusan Tuanku untuk menambah perlegaan adalah selepas mendengar nasihat Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat - bermakna ianya sudah memenuhi keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Perlembagaan Persekutuan kata YDPA perlu membuat keputusan setelah mendengar nasihat Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat.

5. Perlembagaan Persekutuan TIDAK kata Tuanku PERLU IKUT nasihat Lembaga Pengampunan sebab ini adalah kuasa perogatif dan budi bicara YDPA.

6. Perlembagaan Persekutuan TIDAK kata Tuanku perlu buat keputusan muktamad KETIKA mesyuarat berlangsung. Hanya kata perlu membuat keputusan selepas mendengar nasihat dalam mesyuarat dan ini pun sudah berlaku.

7, Titah dialamatkan secara sangat khusus dan jelas kepada bekas Peguam Negara.

Jika bahagian-bahagian kerajaan lain tidak menerima arahan berkenaan titah ini atau tidak menerima salinan titah ini maka ianya adalah sebab ianay disekat di Jabatan Peguam Negara.

Bagi menyelesaikan isu ini, individu yang paling perlu dipanggil adalah bekas Peguam Negara yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan sekarang.

Jadi, peguam Najib boleh panggil dia sebagai saksi untuk disoal siasat dalam perbicaraan mahkamah akan datang.

Masa itu, boleh lah tanya dia LIMA soalan mudah:

(a). Adakah titah wujud ke tidak?

(b). Jika titah tak wujud, kenapa Istana Pahang keluarkan kenyataan bahawa titah wujud dan sahih? Adakah Istana Pahang berbohong?

(c) Jika wujud, kenapa tak laksanakan dan kenapa tidak sampaikan kepada BHEUU dan Penjara?

(d). Adakah kamu pernah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan Titah ini?

(e). Adakah kamu buat keputusan untuk tidak laksanakan Titah secara peribadi, keputusan dibuat bersama Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri yang arahkan untuk sorok dan tidak laksana?

Saya percaya Hakim Mahkamah Persekutuan tidak akan berbohong dalam Mahkamah sekiranya dipanggil sebagai saksi. 

Kan?

NOTA: Peluang bagi mahkamah membenarkan peguam Najib subpoena hakim itu sebagai saksi adalah hampir pasti sebab nama dia dirujuk dengan sangat khusus dalam dokumen ini yang sudahpun diterima sebagai bukti oleh mahkamah rayuan.

Source 

Selasa, 10 Disember 2024

Parlimen PMQT: PMX Masih Gagal Jawab Kewujudan Titah Addendum

 PMX Masih Gagal Jawab Kewujudan Titah Addendum

Harini dalam sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister Question Time), YB Dato Seri Takiyuddin Hassan ada tanya pasal titah addendum. 

Soalan dia mudah je, kenapa masa mula-mula isu ni timbul, pihak Kerajaan menafikan kewujudan addendum ni. Susah sangat nak menyatakan dengan jelas, ada atau takde titah addendum ni. 

YB Pasir Mas pulak timbulkan apa yang berlaku dalam proses pengampunan PMX pun tak lalu proses yang sepatutnya. 

Tapi rakyat akur kepada titah YDPA ketika itu dan terima. Tetapi kenapa titah YDPA untuk tahanan rumah kepada DS Najib tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan?

PMX macam biasa, dia emosional dan terjerit-jerit. Dia jawab saya tidak boleh ulas sebab subjudis dan saya tak tahu. Apa punya Perdana Menteri kau boleh kata tak tahu. Ni kerajaan kau. 

Dia langsung tidak sentuh kenapa pihak kerajaan dan Menteri pada awalnya menafikan wujudnya titah addendum ini. Juga dia langsung tidak sebut, ADA atau TIADA. Sedangkan itu soalan paling penting rakyat nak tahu. 

Siap boleh sindir YB Pasir Mas suruh jumpa Sultan Kelantan kalau tak puas hati proses pengampunan dia. Apa punya hujah Perdana Menteri macam ni. Tak boleh nak jawab menyorok belakang bekas YDPA dan Sultan. 

Ahli Parlimen UMNO? macam biasalah. Senyap tak bersuara kecuali Ahli Parlimen Pekan. Sekali tengok, DS Najib macam bekas Presiden PAS pulak. 

Salam Hormat, 

Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff

Khamis, 10 Oktober 2024

Titah Addendum: Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Ahli UMNO

 Titah Addendum: Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Ahli UMNO

Pada 4 April 2024, apabila bocor terdapat titah addendum tahanan rumah untuk Dato Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Dato Seri Saifuddin Nasution orang pertama menafikan kewujudan titah tersebut. 

Pada 17 April 2024, Zahid “terpaksa” sign afidavit mengakui bahawa mengetahui kewujudan titah addendum tersebut selepas dimaklumkan oleh Menteri MITI Tengku Zafrul. 

Pada 19 April 2024, apabila ditanya wartawan, Anwar kata dia tak mahu campur tangan mengenai titah addendum. Itu kuasa YDPA dan Lembaga Pengampunan. 

Selepas dihentam teruk kerana kenyataan Anwar yang dilihat tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Kerajaan pelaksanaan titah addendum adalah dibawah tanggungjwab Anwar.

Pada 21 April 2024, Anwar keluarkan kenyataan titah addendum mesti diputus dalam mesyuarat lembaga pengampunan. Seolah-olah memberi indikasi titah addendum tersebut tidak sah.   

Kini tersebar kononnya dokumen rasmi titah addendum yang ditandatangani oleh SPB YDPA sebelum ini.

Maka timbul persoalan, siapa bertanggungjawab dan kenapa titah addendum ini dirahsiakan dan tidak dilaksanakan? 

Soalan ni perlu ditanya oleh ahli UMNO kepada pimpinan mereka.

Salam Hormat,

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Ps: Titah addendum ini telah tersebar luas di media sosial.