"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label UNDI18. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNDI18. Papar semua catatan

Jumaat, 2 April 2021

18 anak muda mahu saman kerajaan kerana tangguh Undi18

Malaysiakini

 Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka akan memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan terhadap hak pengundi.

Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta memohon mahkamah membatalkan penangguhan itu.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan akhbar dan sidang media mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Undi18 (Persatuan Pengundi Muda) berpendirian teguh bahawa anak muda yang berumur 18 ke 20 tahun berhak untuk mengundi,” menurut persatuan itu.

Remaja terlibat termasuk aktivis muda Nurul Rifayah, 18, Rifqi Faisal, 18 dan Elisa Shafiqah, 19 dan Lim Yue Kin, 18. 

-MalaysiaKini

Isnin, 29 Mac 2021

Undi18: Apakah Umno akan menelan umpan DAP? -Dr Kamarul Zaman.

 


TIDAK ramai yang tahu betapa Lim Kit Siang dengan bangganya menyebut beliau adalah Ahli Parlimen pertama yang menyuarakan di Parlimen, iaitu pada tahun 1971, usul supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan supaya pengundi didaftarkan secara automatik.

Dalam PRU14, kedua-dua perkara ini telah berjaya dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai Janji 17 yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran automatik’.

Pada 16 Julai 2019, Rang Undang-undang bernama Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengandungi kedua-dua perkara ini, selain penurunan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun, telah dibentangkan dan diluluskan dengan undian 211 Ahli Parlimen.

Kini, setelah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, mengumumkan bahawa jangkaan pelaksanaannya berubah kepada ‘selepas 1 September 2022’ ekoran pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR, DAP segera terloncat.

Pemimpin DAP pertama yang terloncat adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, sendiri yang mencabar Menteri-menteri Kabinet dari Umno meletakkan jawatan ekoran penangguhan Undi18 ini melalui tweetnyapada 26 Mac 2021 yang berbunyi: 

‘Geli betul tengok percubaan orang Umno nak Taichi isu Undi18 ini pada Menteri PAS sahaja. Umno dalam Kabinet ini apa? Tunggul kayu ke? Tak setuju Undi18 tangguh, resign la. Ini soal fundamental.’

Setelah cabaran ini tidak bersahut, DAP menggunakan pula pendekatan lain melalui gesaan Naib Pengerusinya, Teresa Kok, supaya Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul tergempar bagi memaksa Kerajaan Perikatan Nasional menarik balik penangguhan ini.

Desak Teresa Kok, pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno mesti memaksa penarikan balik penangguhan ini dengan memastikan usul tergempar itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung Umno bagi menunjukkan kekuatannya dalam kerajaan.

Tulis Teresa Kok: ‘I now urge Umno to ensure they pass the emergency motion on the delay in allowing the 18-year-olds to vote in the GE, at the Umno General Assembly this weekend. This will send a clear message that Umno means business. Umno leaders and Cabinet ministers must mandate and force a reversal at the General Assembly by getting this motion adopted. Indeed, it will serve as a seminal test for Umno on its level of influence, in the policy and decision making in the PN coalition government.’

Kita lihat sahaja apakah pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno akan menelan umpan yang dipasang oleh pemimpin-pemimpin DAP ini sekali gus menjadikan mereka sebagai burung kakak tua yang hanya menyuarakan kembali suara orang lain?

Pautan yang berkenaan: https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/posts/293917678769617

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/3/2021

Jumaat, 26 Mac 2021

"Kalau rakyat mentah akan memilih kerajaan mentah,” katanya Hj Hadi

 


KUALA TERENGGANU: Negara tidak perlu terpengaruh dengan Barat yang lebih mengutamakan soal kelayakan usia pengundi berbanding faktor kematangan dalam membuat pemilihan menentukan kerajaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, untuk itu penangguhan pendaftaran pemilih automatik dan undi 18 tahun (Undi18) selepas 1 September 2022 mampu memastikan kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) merupakan sebuah kerajaan yang matang.

Malah katanya, dalam Islam ada menyentuh mengenai tahun kematangan dan tempoh itu tidak semestinya ditetapkan pada usia tertentu, sebaliknya boleh berlaku sama ada pada usia 16, 18 atau 25 tahun.

“Ada juga orang yang berusia 40 tahun pun tidak matang lagi, malangnya kita berpandu kepada konsep demokrasi Barat, iaitu pada usia dan bukan kematangan.

“Pas bersetuju (dengan penangguhan) itu kerana yang penting kita mahu rakyat yang matang memilih kerajaan yang matang. Kalau rakyat mentah akan memilih kerajaan mentah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal badan itu.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim memberi gambaran kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuat kuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.-Utusan Online

Undi18: Pemuda PPBM kesal, Kit Siang desak pengerusi SPR letak jawatan

 

Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Undi18 perlu dilaksanakan seperti dirancang manakala Lim Kit Siang menyifatkan keputusan SPR itu satu bentuk pencabulan mandat Parlimen.

PETALING JAYA: Pemuda PPBM menyatakan kekesalan terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda pelaksanaan Undi18 dari Julai tahun ini sehingga selepas September tahun depan.

Ia kekal dengan pendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun tetap perlu dilaksanakan seperti dirancang, kata Ketua Pemuda PPBM Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Bagaimanapun, Pemuda PPBM memahami SPR perlu meneliti kaedah paling sesuai untuk memastikan kemasukan pengundi baru yang berumur 18 hingga 21 tahun dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Pemuda PPBM bersedia menghulurkan kerjasama kepada semua agensi kerajaan yang terbabit demi mempercepatkan proses itu.

Terdahulu, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Katanya, sekatan pergerakan akibat pandemik mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu.

Dewan Rakyat pada 2019 sudah meluluskan rang undang-undang bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun.

Wan Fayhsal berkata, usaha bersepadu semua pihak perlu disertai dengan iltizam politik supaya pelaksanaan aspirasi Undi18 menjadi kenyataan.

“Satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan Undi18 juga perlu segera dibentangkan kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang,” katanya.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendesak Abdul Ghani meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR untuk membuka ruang kepada seorang pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen berhubung isu Undi18.

“Pengumuman oleh SPR semalam, yang mengatakan rakyat Malaysia yang berusia antara 18 sehingga 21 tahun, mungkin tidak akan dapat turut serta mengundi dalam pilihan raya umum akan datang adalah satu bentuk pencabulan mandat Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyifatkan keputusan SPR untuk menunda pelaksanaan Undi18 kepada September tahun depan sebagai “satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali”.

-FMT