"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan

Selasa, 13 Julai 2021

Realiti kehidupan: Orang kaya angkat 'bendera putih' akibat pandemik Covid19

 


Kejadian yang berlaku pada petang Sabtu lepas amat menyayat hati buat saya dan keluarga.

Seorang lelaki Melayu datang dengan motorsikal, mengetuk tingkap kereta adik ipar saya, ketika dia keluar membeli belah di 𝙅𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙟𝙖 𝙐𝙙𝙖, 𝘽𝙪𝙩𝙩𝙚𝙧𝙬𝙤𝙧𝙩𝙝. Adik ipar saya terkejut, dan tidak berani turun kereta.

Lalu lelaki itu menyusun sepuluh jarinya, bertanya sama ada adik ipar saya boleh membeli sebungkus nasi untuk anak perempuannya. Rupa-rupanya, lelaki itu telah hilang kerja. Dia mempunyai dua orang anak perempuan di rumah, tetapi dia tidak mampu lagi untuk membelikan makanan bagi anak perempuannya. Dia mencuba nasib, dengan harapan terjumpa dengan insan yang murah hati untuk membelikan makanan bagi anak perempuannya.

Mungkin dia takut adik ipar saya meraguinya, lantas dia mengaku dirinya tinggal di kondominium dalam Kampung Benggali (jaraknya kira-kira sekilometer dari situ). “Kalau kamu tidak percaya, boleh ikut saya balik tengok anak perempuan saya”, tambahnya.

Adik ipar saya mahu menghulurkan wang kepada lelaki itu sebermulanya, untuk dia membeli makanan, namun ditolaknya. Oleh kerana tiada kedai makan yang halal di sekitar, adik ipar saya pun memandu menuju kedai serbaneka yang berhampiran. Orang pun lebih ramai di situ, maka lebih selamat saya, congak dalam hatinya. Dan lelaki itu mengekorinya dengan motorsikal.

Seterusnya, adik ipar saya membayarkan roti, mi segera dan biskut yang dibeli, lalu menghulurkan sedikit wang kepadanya, tetapi lelaki itu tetap menolak wang yang diberikan. Menurut lelaki itu, keretanya lebih elok berbanding kereta yang dipandu adik ipar saya (kereta nasional berusia 10 tahun). Dan lelaki itu menganggap hidup adik ipar saya mungkin tidak seberapa juga. Jadi, dia bertegas menolak niat baik adik ipar saya. Dia kata, keretanya sudah kehabisan minyak. Dan dia tidak mampu lagi untuk mengisi minyak. Maka dia menunggang motorsikal di sekitar untuk mencuba nasib, agar dipertemukan orang yang baik hati.

Berulang kali dia berucap terima kasih kepada adik ipar saya. Apabila adik ipar saya membalas, “Satu negara, satu darah, ” terus dia menangis. Adik ipar saya sempat mengambil sekotak pelitup muka dari kereta untuknya. Sekali lagi adik ipar saya mahu menghulurkan wang kepadanya. Dia bertegas untuk menolaknya, dan hanya menerima sekotak pelitup muka itu. Dia kata, makanan yang diberikan sudah cukup untuk makanan mereka buat beberapa hari. 

Dia bertanya sama ada adik ipar saya tinggal di kawasan berhampiran. Dia gagal menahan sebak, dalam tangisan dia berkata, “Saya tentu akan ingat nombor plat kereta kamu.”

Dari awal hingga ke akhirnya, dia hanya meminta agar adik ipar saya membelikan sebungkus nasi untuk anak perempuannya, tanpa menyebut dirinya. Malah dia tidak meminta juga untuk membelikan barangan. Dia berterus-terang, dirinya tinggal dalam kondominium, kereta milikannya lebih elok daripada kereta nasional adik ipar saya. Jadi, berkali-kali dia menolak bantuan dana.

[𝐅𝐚𝐤𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢]

Nampaknya lelaki ini tidak berniat mengambil kesempatan, atau mengemis simpati orang lain. Dia cuma seorang bapa yang terdesak dan menemui jalan buntu dalam kehidupannya. Bayangkan, betapa sukarnya untuk dia memberanikan diri, dan mengetuk tingkap kereta orang yang tidak dikenalinya? Betapa sukarnya untuk dia memberanikan diri, untuk meminta agar seorang yang tidak dikenalinya, membelikan sebungkus nasi untuk anak perempuannya?

Inilah fakir yang tersembunyi dari penglihatan kita. Andainya dia tidak memberanikan diri untuk meminta bantuan, sudah tentu tiada orang yang tahu bahawa dia telah menemui jalan buntu, dan berdepan dengan situasi kehabisan makanan. Mungkin ada yang berkata, “Kibarkan saja bendera putih!” Namun, untuk seseorang yang pernah jadi bos, atau seseorang yang hidupnya agak selesa seketika dahulu, mungkin tidak mudah untuk dirinya mengetepikan maruahnya. Mungkin dia khuatir, keluarganya dijadikan buah mulut ketika jiran membawang, seandainya mengibarkan bendera putih.

Ya, sememangnya penting untuk membantu mereka yang miskin, tetapi membantu mereka yang terdesak juga tidak kurang pentingnya. Hakikatnya, ramai wakil rakyat, jabatan kebajikan memiliki senarai keluarga yang miskin, maka keluarga miskin jarang diabaikan ketika sumber bantuan diagihkan. Namun, tidak mudah untuk kita mengesan “fakir tersembunyi” yang muncul lantaran impak pandemik. Jadi, sungguhpun mereka mungkin memandu kereta import untuk mengambil makanan dan barangan di food bank, belum tentu mereka adalah golongan yang mengambil kesempatan, boleh jadi mereka adalah “fakir tersembunyi” yang tidak kelihatan dari kaca mata kita.

Sewajarnya pada detik saat sedemikian, kita mencurahkan lebih keprihatinan dan mengambil berat jiran dan saudara mara kita. Mungkin sesetengah terdesak, sehingga menemui jalan buntu, tetapi keberatan untuk meminta bantuan daripada kawan, dan akhirnya memilih satu jalan yang menyedihkan buat keluarga dan sahabat mereka.

Adik ipar saya terlupa untuk mengambil nombor telefon dan mencatat nombor plat motorsikalnya. Pada minggu yang akan datang, adik ipar saya bersama ahli keluarga akan pergi menjenguk di situ, moga-moga bertemu lagi dengan lelaki itu. Kami berharap kami boleh melakukan sesuatu yang lebih daripada itu. Selain menyelesaikan masalah kehabisan makanan, mungkin lebih ideal jikalau dapat mencari pekerjaan untuknya.

P/S: Tidur tidak lena kerana asyik terkenang situasi lelaki ini. Entah berapa orang lagi di luar sana yang mengalami nasib seumpamanya. Maka saya bangun untuk menuliskan kisah ini, bagaimana kita boleh melakukan sesuatu yang lebih untuk membantu mereka.

Nukilan : Kit Yeng Leong  ( bit.ly/2UHpOHp ) 

Terjemahan : Lim Hong Siang ( bit.ly/3hzpMKn )

Sumber:Fb Penang Kini

Selasa, 29 Jun 2021

Realiti: Tahu bayi tertukar selepas 20 tahun

 BERNAMA

Adryani Iwani (kiri) bersama Adryana Iwani (tengah) dan Noratirah. Foto Bernama
Adryani Iwani (kiri) bersama Adryana Iwani (tengah) dan Noratirah. Foto Bernama

Kuala Lumpur: Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, 'kembarnya' Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Adryani Iwani berkata, kejadian itu mula terbongkar ketika dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.

"Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.

"Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun bagaikan sudah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan.

"Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian," katanya.

Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.

Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.

Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.

"Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami," katanya.

Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan 'bapa' Noratirah, Husin Omar.

"Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

"Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah," katanya.

Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.

"Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras," katanya.

Ayu Haryani berkata, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).

Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa kerana risau ia memberi kesan psikologi terutama kepada Adryana Iwani.

Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata, keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.

"Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui," katanya dan menambah mereka sekeluarga melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.

Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama 'ayahnya' di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu sudah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak Januari lalu.

-myMetro

Ahad, 13 Disember 2020

Video: Memang Real, KeIuarga Ini Diganggv Berulang Kali Dengan Ketukan Kuat pd Pintu, Siap Buat Live Lagi

 

JOHOR BAHRU – Mlsteri ketukan pintu turut merebak ke ne­geri ini apabila beberapa rumah penduduk di Kampung Melayu Majidee di sini menjadi sasaran beberapa hari lalu.

Seorang suri rumah, Surianida Darsuni, 40, berkata, pintu rumahnya diketuk pada antara pukul 1 hingga 3.30 pagi pada Khamis lalu.

Menurut Surianida, pada mulanya dia ingatkan pintu diketuk anak lelaki yang baru pulang.

Ini selepas keluar bersama rakan-rakannya.

“Saya biasa tidur lewat, malam kejadlan (Khamis) saya nak ma­suk bilik untuk tidur dalam pukul 1 pagi.

Bunyi ada macam orang ketuk pintu, saya ingatkan anak saya baru balik.

“Saya biarkan, pukul 1.30 pagi saya dengar lagi sekali orang ketuk.

Saya bingkas bangun je­nguk tak ada pula keli.bat orang, anak ke siapa, saya biarkan.

Memang Real, KeIuarga Ini Diganggv Berulang Kali Dengan Ketukan Kuat pd Pintu, Siap Buat Live Lagi

“Kali ketiga bunyi pula dalam 15 minit, saya dan suami bingkas bangun, dia (suami) tengok di depan tetapi bunyi ketukan didengar di belakang pula,”

Katanya ketika ditemui di Jalan Berkat, Kampung Melayu Majidee di sini semalam.

Surianida berkata, ber.ang dengan gangguan itu dia memberanlkan diri untuk bersuara mela.wan uslkan mlsteri ber­kenaan.

“Saya sudah tak tahan, saya cakap jangan kacav aku, kau sudah salah orang nak kacav.

Pergi kacav rumah orang lain, lepas itu dalam pukul 3.30 pagi terus se­nyap tak ada gang.guan dah.

“Halranlah juga, kalau sebab angin, pintu berbunyi seolah-olah diketuk, malam itu tidak pula hujan ke atau angin kencang,” ceritanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, kejadlan anehh itu dialaminya sebanyak lima kali.

Dan merupakan peristlwa pertama dialaminya sejak menghuni rumah di kampung berkenaan sejak 17 tahun lalu.

Lain pula yang berlaku pada individu yang dikenali menerusi saluran youtube beliau iaitu Mr Adem Official.

Menurut beliau, ketukan mlsteri terjadi ketika sedang buat rakaman untuk saluran beliau dan waktu itulah terjadinya kejadlan tersebut.

Live ini di buat ketika saya mendengar ketukan yang agak pelikk pada waktu itu.

Saya sedang membuat rakaman untuk c0ntent youtube saya.

Tapi utk beberapa kali phone saya menjadi sangat panas,dan beberapa kali matl.

Dan blink untuk 2 atau 3 kali,dan pada waktu itu la kejadlan gangvan ketukan bermula.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Allahuakbar…bnde2 mcmni standard le adam,kdg2 tu bkn yg dr sabak bernam turun ke jb,tp yg ade kt sekeliling tu sbnrnye…

Kne ingat,bnde2 ni tau perasaan kite,ape yg kite takuutkn jd die bole mnjelma sebijik mcm ape yg trbayang dlm kpale kite…

Ape2pn kuattkn semangat dam,Allah ade bersama kite.”

                

“Jangan beranl sangat bro. sepatutnya duduk je dalam rumah. kalau betul lah per0mpak.

Kau kol polis. jangan tunjuk her0 bro. kalau benda halus dan kau pun tak kuat. kenapa ambik risik0 pergi cabarr”

“Duduk je dalam rumah tu. kau bukak pintu manusia boleh la kau nampak. benda tu kau boleh nampak ke kalau dia masuk.

Serius mere.mang…sy tgok live adam dari awal sampai akhir.

Boleh bayangkan perasaan adam. macam x percaya, tp bila sendiri kena. Allahuakbar…glgil wehhh.”

Sila Tonton Video