Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Subvarian BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron. - Google
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai kemunculan tiga subvarian Omicron yang berpotensi menyebarkan virus Covid-19 dengan lebih pantas, demikian menurut kenyataan Pusat Genom Perubatan (CMG) Hospital Ramathibodi.
Menurut laporan akhbar Bangkok Post, subvarian BA.4, BA.5 dan BA.2.12.1 boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk berbanding strain asal Omicron.
CMG berkata, WHO dan ramai saintis di seluruh dunia telah memantau tiga sub-varian di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS) selama berminggu-minggu bagi mendapatkan kesimpulan tersebut.
Bulan lalu, saintis Afrika Selatan mengenal pasti subvarian BA.4 dan BA.5 di sana, dan eksperimen makmal menunjukkan strain berkenaan boleh menjangkiti semula mereka yang pernah dijangkiti Omicron asal.
Angka menunjukkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang dijangkiti oleh subvarian itu dan dimasukkan ke hospital di kedua-dua negara.
Bagaimanapun, tiada peningkatan kematian dicatatkan.
Selain itu, beberapa laporan lain turut mengatakan bahawa sub-varian itu mempunyai kapasiti untuk menembusi perlindungan imuniti yang diperoleh daripada suntikan vaksin. – Agensi
FATEEN Najehan bersama anak perempuannya dan menggunakan kaedah ‘Penjagaan Ibu Kangaroo’ (Kangaroo Mother Care/KMC).
Kuala Lumpur: Fateen Najehan Tuan Hussain menguntum senyuman, melihat anak perempuannya, Aisyah Humaira Mohd Afiq yang berumur setahun berlari sambil ketawa girang di taman.
Anak sulungnya itu yang dilahirkan pada 3 Januari 2020 adalah bayi pramatang, dilahirkan sebulan lebih awal (tidak cukup bulan) dan mempunyai berat badan hanya 1.4 kilogram.
Mempunyai bayi pramatang sememangnya pengalaman yang mencemaskan bagi kebanyakan pasangan termasuklah Fateen, 32, dan suaminya, Mohd Afiq Zulkifli, 33.
Ketika kandungannya masuk minggu ke-32, Fateen pergi ke Klinik Kesihatan Kampung Pandan untuk pemeriksaam rutin pranatal. Doktor yang membuat pemeriksaan itu memberitahu Fateen bahawa bayinya agak kecil daripada sepatutnya dan dalam masa yang sama, beliau didiagnos menghidap praeklampsia yang teruk.
Praeklampsia adalah komplikasi kehamilan yang mempunyai ciri-ciri tekanan darah tinggi dan tanda kerosakan yang teruk kepada sistem organ yang lain, kebanyakannya hati dan buah pinggang. Ia lazimnya berlaku selepas kehamilan 20 minggu bagi wanita yang sebelumnya mempunyai tekanan darah normal.
"Atas nasihat doktor, selepas pemeriksaan itu, saya dirujuk ke Hospital Ampang dan juga terpaksa menjalani pembedahan emergency caesarean, " ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi pengalamannya dengan Bernama.
Menurut Fateen, Aisyah lahir sebagai Baby Intrauterine Growth Restriction (IUGR) dan dengan beratnya hanya 1.4 kilogram terpaksa ditahan di Unit Penjagaan Intensif Bayi Yang Baru Dilahir (Nicu) selama sebulan kerana tidak cukup berat.
IUGR bermaksud apabila janin tidak membesar seperti yang dijangkakan untuk tahap kehamilan ibu.
Bagi Fateen dan suaminya Mohd Afiq Zulkifli, 33, pengalaman sebagai ibu bapa bayi pramatang sangat mencabar kerana tidak menjangka untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka sebulan lebih awal.
FATEEN Najehan dan Mohd Afiq bergambar bersama anak sulung mereka Aisyah Humaira, di NICU, tahun lepas.
Pasangan ini terpaksa berulang-alik dari rumah mereka di Wangsa Maju ke Nicu Hospital Ampang untuk dilatih menjaga bayi pramatang mereka menggunakan kaedah Penjagaan Ibu Kangaroo (Kangaroo Mother Care/KMC).
"Pada mulanya agak kelam-kabut sebab ia merupakan perkara baharu bagi kami namun dengan bantuan jururawat dan doktor, akhirnya saya dapat mengatasi fobia untuk memegang bayi saya sendiri di Nicu," kata Fateen.
"KMC sangat penting dalam memberi perkembangan positif untuk anak saya sama ada di Nicu ataupun selepas discaj dan pulang ke rumah.
"Namun, bukan semua ibu bapa preemie (bayi pramatangh) didedahkan dengan kaedah KMC. Ada hospital yang tidak dibenarkan ibu bapa berada di Nicu ketika musim pandemik dan mereka terpaksa berjauhan dengan bayi mereka dengan mengirim susu ibu menerusi kakitangan hospital," katanya.
Dr Hasmawati Hassan, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Sunway Medical Centre Velocity berkata, bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan lebih awal daripada tempoh kehamilan 37 minggu.
Menurut beliau, setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 15 juta bayi dilahirkan pramatang iaitu seorang dalam 10 bayi. Lebih daripada 60 peratus kelahiran pramatang berlaku di Afrika dan Asia Selatan.
"Di Malaysia, kira-kira 12.3 peratus kelahiran bayi adalah bayi pramatang iaitu sekitar 500,000 bayi pramatang setahun.
"Menurut Pendaftaran Neonatal Kebangsaan Malaysia, sebanyak 35,714 atau 10.8 peratus daripada 331,055 kelahiran bayi di 44 pusat kesihatan di Malaysia pada tahun 2019, melibatkan bayi pramatang. Daripada jumlah itu, sebanyak 73.2 peratus adalah antara 34 hingga 36 minggu," beliau memberitahu dalam temu ramah eksklusif.
Beliau menambah, kelahiran bayi pramatang yang kurang berat badan iaitu kurang daripada 2.5 kilogram menyumbang kepada 60 peratus hingga 80 peratus kematian neonatal.
DR Hasmawati.
"Bagaimanapun, keadaan ini boleh dicegah dengan menggunakan langkah intervensi seperti kawalan infeksi dengan mengamalkan langkah kebersihan yang betul, menyusu badan dan KMC antara ibu dan bayi.
"KMC menyediakan penjagaan perkembangan untuk bayi pramatang untuk selama enam bulan dan bayi yang dilahirkan cukup bulan selama tiba bulan. Amat penting untuk memenuhi keperluan bayi termasuk perlindungan daripada jangkitan, keselamatan dan kasih sayang,"katanya.
Dr. Hasmawati yang juga Naib Presiden Kangaroo Mother Care Advocate Malaysia (KAMY) berkata, KMC disyorkan untuk semua bayi sebaik sahaja dilahirkan bagi memastikan penjagaan yang sempurna dan apabila memindahkan bayi yang sakit selepas dilahirkan ke pusat kesihatan.
"Ini model penjagaan, iaitu alternatif kepada inkubator bagi bayi pramatang dan juga disyorkan oleh WHO di semua negara sebaik sahaja bayi pramatang distabilkan selepas dilahirkan," katanya.
Menurut beliau, bukti klinikal menunjukkan KMC berkesan dalam meningkatkan perkembangan saraf bayi yang baru dilahirkan, menstabilkan fungsi fisiologi, serta menurunkan tekanan yang dihadapi oleh para ibu selepas melahirkan bayi mereka.
"Ia memulakan proses jalinan hubungan antara ibu dan bayi, meningkatkan daya tidur serta perkembangan otak, serta berkesan untuk penyusuan badan.
"Penyusuan badan menggunakan kaedah KMC untuk bayi pramatang menyumbang kepada peningkatan sistem imun dalam kalangan bayi pramatang. Ini membantu mempercepatkan pertumbuhan bayi dan membolehkan bayi didiscaj dari Nicu," katanya.
PBB menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya. (Gambar AP)
ISTANBUL: Menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.
Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.
PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.
Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.
Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang terbunuh akibat 58 tsunami yang melanda dalam tempoh 100 tahun lepas.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi UNESCO (IOC) menjalankan kajian untuk menyelaraskan perkhidmatan amaran awal tsunami. Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan telah ditubuhkan untuk kawasan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Atlantik Utara-Timur, Mediterranean dan di kawasan laut yang lain.
Dengan itu, UNESCO mahu meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksana untuk meminimumkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.
IOC turut menganjurkan latihan komunikasi dan pemindahan penduduk di negara anggota, di bawah program kesedaran mengenai tsunami.-FMT
KEADAAN di sebuah tempat pembakaran mayat pesakit Covid-19. FOTO AFP
Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimbangan mengenai lonjakan kes baharu dan kematian akibat Covid-19 di India.
"Situasi ini amat menyayat hati," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada pemberita.
Kenyataannya susulan gelombang penularan Covid-19 di India menyebabkan kesesakan hospital, manakala krematorium di negara itu beroperasi pada kapasiti maksimum.
Lonjakan kes sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarga pesakit menggunakan media sosial kerana terpaksa meminta bantuan bekalan oksigen dan mengetahui lokasi di mana hospital yang masih mempunyai katil.
Situasi itu juga menyebabkan New Delhi kini melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown).
WHO berkata, pihaknya menggerakkan 2,600 pakar daripada pelbagai program termasuk polio dan tuberkulosis (batuk kering) untuk membantu pihak berkuasa kesihatan India.
India dengan populasi 1.3 bilion menjadi pusat penularan terbaru pandemik itu yang sudah menyebabkan lebih tiga juta kematian di seluruh dunia.
Susulan perkembangan membimbangkan ini, pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) menghantar bekalan bantuan ke negara berkenaan.-myMetro