Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Langkawi: Tiga ekor ikan paus sedang makan ditemukan sekumpulan individu yang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di sini, semalam.
Video berdurasi 1 minit dan 16 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu di muat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @madylangkawi sebelum tular.
Selain menerusi aplikasi TikTok, video itu kemudian dikongsi pengguna internet dalam pelbagai media sosial lain termasuk Facebook dan Twitter.
Sehingga jam 7.30 malam ini, video yang dimuat naik Mady dalam aplikasi TikTok itu ditonton lebih 257,000 dan mendapat 20,700 tanda suka.
Suara latar dalam video itu menyebut, "Alhamdulillah jumpa lagi hari ni, kerja survey paus Langkawi."
TANGKAP layar dari video tular memaparkan tiga paus sedang makan di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di Langkawi. FOTO TiKTok madylangkawi
Tinjauan di ruangan komen mendapati, Mady membalas pertanyaan netizen sambil memberitahu ikan paus yang dipaparkan dalam video itu sedang makan.
Beberapa pengguna Tiktok lain turut meluahkan rasa kagum dan teruja dengan penemuan ikan paus terbabit.
"Rezeki boss.. indahnya ciptaanNya," kata A'mmar Kibo.
"Wow...susah jumpa ni di perairan Malaysia," kata Syahmee Asmaa'.
"Wahhh.. Tak payah pergi oversea nak tengok paus... Dalam Malaysia pun ada rupanya.. Rezeki," kata Suriana Azri.
Sementara itu, Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad, ketika dihubungi mengakui ikan paus sering ditemui di perairan pulau ini.
"Memang ikan ini (paus) lalu di perairan Langkawi tapi ia bermusim," katanya.
Tangkap layar rakaman video tular sejak semalam menunjukkan pensyarah memarahi secara melampau pelajar dalam sesi pembelajaran secara dalam talian.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pensyarahnya yang mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap pelajar ketika sesi pembelajaran dalam talian, yang tular di media sosial sejak semalam.
Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Roziah Mohd Janor berkata UiTM bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik universiti itu sama ada dengan sengaja atau tidak.
“Kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.
“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dan-dana tertentu disediakan UiTM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roziah berkata, UiTM telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan bagi memperoleh kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar dan bantuan pusat zakat serta pihak alumni.
“Bagi pelajar yang berhadapan dengan masalah, hubungi pihak universiti untuk dapat khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran,” katanya.
Sementara itu, dalam video berdurasi 1.44 saat yang tular di media sosial sejak semalam, pensyarah terbabit didapati memarahi dan mengeluarkan kecaman melampau kepada seorang daripada pelajarnya.
“Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan orang B40”. Itu antara kata-kata yang terpacul dari mulut pensyarah terbabit yang menempelak seorang pelajarnya pada sesi pembelajaran dalam talian.
Situasi itu dikatakan berlaku apabila pensyarah tersebut berang setelah pelajar berkenaan tidak membuka kamera ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Bagaimanapun, tindakan pensyarah itu memarahi pelajar tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mengeluarkan kenyataan berupa hinaan kepada orang miskin.
Berikut transkrip interaksi antara pensyarah dan pelajar tersebut, seperti dilapor UtusanTV.
Pensyarah: Macam cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif?
Pelajar: 0.77
Pensyarah: Kau pakai apa? Kau pakai fon eh?
Pelajar: Ha ye Prof.
Pensyarah: Mana kau punya komputer?
Pelajar: Aaaa…Saya takde komputer Prof.
Pensyarah: Kau tinggal kat mana?
Pelajar: Seremban.
Pensyarah: Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?
Pensyarah: Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak yang ada gelang emas, pergi jual gelang emas beli komputer. Pasal itu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana engkau tidak ada komputer. Lepas ini aku akan ajar engkau Excel, pasal itu kau akan menjadi ‘drop out’ student. Semester Lima kau tak ada komputer. Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important is the computer is very very important for me. Hanya RM800 saja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan orang B40. arghhh.. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Okey kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku tak nak tengok lagi dah.
PETALING JAYA – Diselar biadab dan sesuka hati menilai kecenderungan seksual orang lain, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan ramai kononnya dia melabel penyanyi lelaki unggul tanah air, Anuar Zain sebagai seorang lelaki homo.seksual atau g4y.
Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, perkara tersebut terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menyaksikan siaran langsung (IG Live) yang ditularkan semula menerusi TikTok.
Dalam video bertajuk, Ada orang tanya: Dato cubalah ngorat Anuar Zain, Vida bertegas dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada pelantun lagu Sedetik lebih itu.
“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.
“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.
“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya kepada Kosmo! Online ringkas.
Namun begitu, usahawan berkenaan sekali lagi tampil meluruskan video yang tular itu dengan mengatakan yang dia tidak menyebut perkataan ‘gay’ tetapi ‘okey’ selepas diminta oleh netizen supaya mengorat penyanyi tersebut.
Video penjelasan tersebut telah dikongsikan semula oleh satu saluran YouTube dikenali sebagai pendakiSOLO. Dalam video itu, Vida bersungguh menafikan hal berkenaan dan langsung tidak menyebut perkataan ‘gay’.
Dah boleh stop kot buat kontroversi
Tak hanya itu, dia juga meminta orang ramai supaya tidak sesuka hati menuduh perkara sebegitu kepadanya kerana mana mungkin dia menghina di media sosial.
Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen Instagram Dato’ Seri Vida, ramai yang masih berang dengan video sebelum ini dan meminta usahawan itu memohon maaf kepada Anuar Zain diatas kata-kata yang mengundang salah faham ramai.
Pandang diri sendiri sebelum cakap orang lain
Pergi jela minta maaf
Terdahulu, dalam video yang dimuat naik menerusi TikTok, Vida dilihat kurang bersetuju dengan cadangan seorang lelaki yang menyuruhnya memikat hati Anuar Zain sebelum membuat andaian bahawa penyanyi berusia 52 tahun itu sebagai mengamalkan gaya hidup homoseksual atau gay.
“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay, gay, faham tak!” kata penyanyi lagu I Am Me itu dalam nada seperti berbisik.
Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain
Penyanyi terkenal Ziana Zain menempelak usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan itu mendakwa adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum.
Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu untuk dijadikan suami.
Vida dengan nada berbisik, berkata, “G*y.. g*y.. faham tak?”
Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.“Sangat biadapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.
Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa berang wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.
Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut.
“@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpekik terlolong.”
“@user4285909616231:Anuar Zain boleh saman ni.”
“@_WAN MAZ_:”Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak -Tok Guru Nik Aziz.”
@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh menghina dan memfitnah orang lain sesuka hati.”
“@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan…. Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”
“@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.” “@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”
“@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengumpat. Kalau tak betul fitnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.
RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular
Kuala Lumpur: Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis mengesan video berdurasi 49 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka.
"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'ubah hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.
"Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada lelaki terbabit kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Katanya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan.-myMetro
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun telah meninggalkan majlis Bersatu yang diadakan di sebuah dewan hotel yang dilihat dalam video viral menunjukkan sekumpulan orang menari, menurut seorang pegawai menteri itu.
Ketika dihubungi, pegawainya berkata Rina, yang juga ketua Wanita Bersatu, telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam video itu mula berjoget.
"Mungkin sebelum atau sesudah majlis itu. Tapi dia tidak ada ketika perkara itu terjadi.
"Dia tidak terlibat dalam apa jua keadaan pun," kata pembantu itu kepadaMalaysiakini.
Pembantu itu juga mengesahkan majlis tersebut diadakan pada bulan April di sebuah dewan ballroom hotel di Glenmarie, Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dipetik Bernama berkata siasatan dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima hari ini setelah video berhubung kejadian itu tular melalui media sosial.
“Pengadu mendakwa kumpulan individu tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di antara satu sama lain sehingga perkara itu tular menerusi media sosial.
“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharudin berkata jika sabit kesalahan, kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan ke atas individu manakala RM10,000 ke atas penganjur.
Beliau berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan "Fuhhhhh!"
Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 yang jelas ketika rata-rata rakyat Malaysia masih berada di rumah kerana penutupan.
Ramai yang menyorot latar belakang program di atas pentas yang memaparkan gambar Rina dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu.
Netizn juga menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.
Jumlah jangkitan baru Covid-19 hari ini meningkat kepada 17,045 paling tinggi sejak tiga hari berturut-turut tertinggi - menjadikan kes terkumpul melepasi sejuta jangkitan.
PETALING JAYA – Mungkin terlalu bijak dan terlampau celik undang-undang, seorang lelaki dengan biadap mempersoalkan tindakan anggota polis mengeluarkan kompaun ke atasnya.
Ini kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak.
Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini, lelaki tersebut dilihat seolah-olah cuba berdebat dengan anggota tersebut.
Ini dalam usaha membenarkan perbuatannya itu kepada polis ketika diminta untuk menyerahkan kad pengenalan kerana berdegil untuk tidak memakai pelitup muka.
Lelaki tersebut turut berkata di Denmark kajian telah menunjukkan pemakaian pelitup muka hanya menyusahkan dan membahayakan penggunanya.
Kredit Kosmo
Kata lelaki itu lagi, dia juga tidak akan menerima vksin kerana ada satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang menyatakan vksin C0vid 19 adalah berbahaya dan tidak selamat.
Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.
Malah, dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan C0vid 19.
“Saya tidak tahu di Denmark sebab saya tak pernah sampai ke sana.
Kalau nak ikut undang-undang sana pergi duduk di sana,” jelas salah seorang anggota polis tersebut.
Rata-rata orang ramai juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu hanya untuk melakukan pro vokasi terhadap tugas pihak berkuasa semata-mata.
“Ada lagi rupanya jenis manusia seperti ini. Cukup la kesian dekat polis yang menjalankan tugasan mereka, dah kamu yang salah mengaku saja.
Kalau cakap baik-baik mungkin polis nasihat sahaja,” kata Wan Aziz Ibrahim.
Susulan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan s.uspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.
Rakaman Video Polis Menahan Suspek ada di Bawah Sekali
Netizen perasan sesuatu yg mengejutkan
Awak rakyat je, kalau pak menteri xpelah x pakai mask
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman mempersoal tindakan pemimpin tertinggi parti itu yang tidak menzahirkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, perbuatan sedemikian seolah-olah pucuk pimpinan parti itu tidak bersetuju dengan pelantikan itu.
"Tiada siapa (MT Umno) ucap tahniah pada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kita tak ucap terima dan tahniah.
"Tengok dalam kumpulan ketua bahagian (Umno), berapa ramai ketua bahagian ucap tahniah, tahniah, tahniah.
"Adakah kita abaikan, mengabaikan sambutan daripada ketua bahagian, saya nak tanya awak tak setuju, tapi di bahagian sana-sana, di luar saja bahagian ucap tahniah.
"Bermakna apa, mereka gembira, kita tak gembira. kalau kita kata kekuatan Umno terletak pada ketua bahagian, baca ini dulu," katanya dalam satu rakaman suara yang tular.
'Entah-entah sekarang kerajaan Ismail Sabri'
Audio yang turut dikongsikan Menteri Wilayah Annuar Musa di Facebooknya itu dikatakan berlangsung ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada malam 7 Julai lalu.
Terdahulu pada sebelah petang 7 Julai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melantik Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri.
Menteri Luar Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai menteri kanan yang baru dan akan mengambil alih tugas kluster keselamatan yang dikendalikan Ismail sebelum ini.
Selepas pengumuman itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini telah membuat ketetapan menolak tawaran bagi jawatan itu.
“Majlis Kerja Tertinggi Umno telah putuskan untuk tidak terima jawatan TPM jauh sekali untuk melobi,” katanya di Facebook pada 7 Julai.
Bagaimanapun bekas perdana menteri, Najib Razak dalam satu hantaran di Facebooknya pula mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Ismail Sabri.
Dalam pada itu, Tajuddin ketika mesyuarat majlis tertinggi itu mengingatkan pemimpin Umno bahawa parti itu kemungkinan kerajaan sekarang boleh menjadi kerajaan Ismail Sabri.
"Kerajaan sekarang bukan kerajaan Muhyiddin, entah-entah kerajaan Ismail Sabri.
"Kerajaan Ismail Sabri 'look' biar dia buat kerja, 'we deliver' saya ingat Muhyiddin pun akan memberikan tugas lebih banyak kepada Ismail Sabri.
"Dan ini masa Ismail Sabri nak tunjukkan Umno ini yang menguasai kerajaan, yang membela rakyat, yang membela parti," katanya lagi.
JELAS kelihatan cahaya berwarna hijau di muka Schmeichel ketika sepakan penalti diambil Kane. FOTO Agensi
London: Kasper Schmeichel berjaya menyelamatkan sepakan penalti Harry Kane walaupun terdapat penyokong 'bodoh' menyuluh laser ke muka penjaga gol Denmark itu.
Menerusi ulang tayang jaringan yang terhasil daripada tindakan susulan Kane selepas sepakannya berjaya diselamatkan, jelas sekali kelihatan cahaya berwarna hijau diarahkan ke mata Schmeichel.
Bagaimanapun, Schmeichel tenang dan tidak mempedulikan tindakan berkenaan dan masih mampu menampan sepakan Kane, sebelum penyerang England itu melakukan tindakan susulan yang menghasilkan jaringan buat tuan rumah.
Suasana di Wembley sangat luar biasa namun tidak ada siapa yang mahu melihat insiden sedemikian dilakukan oleh penyokong.
Mereka sepatutnya tidak boleh melakukan tindakan sedemikian untuk mengganggu fokus pemain di atas padang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA
Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes Covid-19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat, apabila wanita itu mendakwa penularan wabak di Selangor berpunca daripada tindakan pengusaha kilang berkenaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam menguruskan pekerjanya.
Beliau berkata video berdurasi tiga minit empat saat yang tular di aplikasi Tik Tok itu memaparkan dakwaan wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.
“(Wanita itu) mendakwa peningkatan kes wabak itu disebabkan tindakan pengusaha kilang sarung tangan yang memindahkan pekerjanya yang positif daripada asrama pekerja di Petaling Jaya ke dua hotel di Klang bagi membolehkan mereka hadir bekerja dalam tempoh PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya wanita itu juga mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang sarung tangan itu hingga menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way di daerah Petaling Jaya dikenakan tindakan PKPD, namun kilang itu masih beroperasi sepenuhnya.
Mohamad Fakhrudin berkata selain itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara turut membuka kertas siasatan terhadap pengusaha kilang itu di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit kepada nyawa.
Jelasnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
“Siasatan terhadap individu di dalam video yang tular itu pula (dilakukan) di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan satu kenyataan yang mendatangkan khianat awam menyebabkan ketakutan kepada orang awam,” katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dan prihatin sebelum menyebarkan apa-apa maklumat dan berhubung dengan pihak berwajib sekiranya mempunyai maklumat, dan bukannya menyebarkan melalui media sosial.
RAKAMAN video yang mengajak orang ramai berkumpul di beberapa lokasi Rabu ini. FOTO tular
Kuala Lumpur: Polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan tular video mengajak orang ramai berkumpul di beberapa lokasi Rabu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, polis mengesan sebuah video berdurasi dua minit 40 saat yang disebarkan melalui media sosial, mengajak orang ramai untuk berkumpul di beberapa lokasi pada jam 12 tengah hari Rabu ini.
Menurutnya, polis ingin mengingatkan masyarakat bahawa SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pergerakan dan penganjuran aktiviti sosial masih berkuat kuasa.
"Justeru, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), ke atas mana-mana pihak yang dikesan melanggar SOP MKN dengan menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Orang ramai dinasihati untuk tidak menyebarkan apa jua bahan yang boleh mengajak orang ramai melanggar SOP MKN, yang mana boleh mengakibatkan penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainal berkata, polis juga meminta orang ramai terus mematuhi SOP dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk melandaikan keluk penularan wabak Covid-19.-myMetro
KEHIDUPAN tanpa gurau senda ibarat masakan tanpa garam. Tiada salahnya kita bergembira sekali-sekala agar dapat melupakan ‘kepahitan’ dialami.
Pun begitu, sentiasa berpada-pada ketika bergurau baik bersama pasangan, anak-anak, rakan mahupun orang sekeliling. Bimbang gurauan melebihi batas memberikan kemudaratan tidak dijangka.
Tambahan pula, pada zaman modenisasi ini sebahagian besar individu amat ‘bersahabat’ baik dengan media sosial sehingga sanggup mencipta prank demi content.
Inilah yang berlaku kepada pelakon Norreen Iman. Segelintir warga maya mendakwa semata-mata mengejar jumlah likes beliau sanggup mengenakan dua anaknya yang sedang tidur.
NORREEN (kiri) sedang popular menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa bersama pelakon utama Uqasha Senrose.
Semuanya berpunca selepas pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu memuat naik sebuah video beserta kapsyen ringkas menerusi laman sosial Facebook Norreenjelah.
“Bila PKP ni, macam-macam boleh jadi. Idea ini datang dari @razzirazak!.”
Video berdurasi satu minit itu memaparkan tindakan Norreen mengangkat anak lelaki dan perempuan yang sedang tidur di ruang tamu.
Pada mulanya, disangkakan kanak-kanak tersebut hendak dibawa ke bilik tidur, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Rupa-rupanya Norreen meletakkan mereka di dalam kolam renang jenis plastik yang berisi air di luar rumah disusuli dengan gelak tawa.
Lantas, anak-anaknya terus terjaga dan segera berdiri dek terkejut apabila air memasuki hidung.
TINDAKAN Norreen meletakkan anak yang sedang lena tidur di dalam kolam berisi air mengundang pelbagai respon netizen.
Tindakan tersebut nampaknya mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.
Mereka menyifatkan sebagai seorang ibu seharusnya melindungi anak-anak berbanding melakukan perkara seumpama itu.
Komen-komen warga maya antaranya: @Nur Azfahani Ahmad: “Apa la seorang mak buat anak macam ni. Gurau berpada-pada. Kalau setakat letak tempat lain di dapur ke boleh diterima.
“Ini dalam air kot! Bahaya..otak tengah slow down proses pernafasan anak tetiba air masuk boleh termasuk dalam injap terus mengepam masuk lung.”
@Azila Saga: “Apalah perasaan seorang ibu buat anak-anak macam tu? Kalau saya anak tengah tidur tak smpai hati nak kejut, apatah lagi nak masukkan dalam air.”
@Melissa Meng Isyagoprettyzanmi:” Ya ALLAH kenapa buat macam itu? Agak-agak la bergurau mak oi. Kesian anak tengah lena tido semangat entah terbang ke mana.”
@Shuaily Ahmad Eily: “Hilang semangat budak tengah tido. Tak elok buat macam tu dan satu lagi bahaya.”
@Beth Nang: “Luv u Norreen. Tapi bila tengok buat macam ni kat anak alamak tercalar hati aku. Kalau aku ini adalah benda yang aku takkan buat pada anak-anak walaupun dibayar jutaan ringgit… sorry!.”
@Rahimah Yunos: “Nak dapat banyak likes sanggup buat gitu.Bagi aku yang bergelar ibu tak kelakar langsung. Ya memang itu anak kau. Tapi nak bergurau berpada-pada. Nak glamor memang kena buat begini ke?
BAHAGIA. Norreen disamping suami dan dua permata hatinya.
Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 674,000 dan lebih 1,000 komen.
Sabar korang. Mungkin niat Norreen dan suami sekadar bergurau untuk menghiburkan hati anak-anak.
Maklumlah, dalam tempoh total lockdown kini kita disarankan kekal berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19.
Sumber: Facebook Norreenjelah dan Instagram @norreen143
UMNO Seremban minta Lembaga Disiplin ambil tindakan isu video lucah
SEREMBAN: "Saya sudah hantar laporan mengenai perkara itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan lanjut.
"Terpulang kepada pihak terbabit membuat penilaian," kata Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarof.
Beliau mengulas mengenai penyebaran satu video berunsur lucah yang tular dipercayai membabitkan seorang pemimpin UMNO di Negeri Sembilan, sejak Jumaat lalu.
Mazalan berkata, pihaknya juga sudah memanjangkan perkara itu kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan sewajarnya sebaik mendapat tahu mengenai penyebaran video terbabit.
"Penyebaran video berunsur lucah itu dikesan sejak Jumaat lalu dan setakat ini ia disebarkan secara meluas.
"Berdasarkan apa yang disaksikan dalam video itu ia sangat mengaibkan dan sudah pasti boleh menjatuhkan reputasi serta nama baik UMNO. Adalah tidak sesuai perkara atau isu tidak baik sebegini timbul ketika usaha sedang dibuat bagi memperkukuhkan parti," katanya ketika dihubungi malam ini.
Mazalan berkata, sehingga kini pihaknya tidak mendapat sebarang penjelasan berhubung video itu daripada pemimpin yang dikesan dalam video berkenaan.
Katanya, segala perhubungan dengan pemimpin itu juga terputus apabila panggilan telefon tidak berjawab, manakala Facebook juga dipadam.
"Semua kumpulan aplikasi WhatsApp beliau keluar, jadi kami tidak tahu apa situasi sebenar, jika kes itu tidak benar beliau perlu tampil beri penjelasan.
"Jika perkara itu benar, beliau perlu bertanggungjawab dalam menjaga dan mempertahankan nama baik UMNO iaitu dengan meletakkan jawatan.
"Setakat ini, kami tidak membuat laporan polis kerana mahu menyerahkan kes ini kepada MKT dan Lembaga Disiplin UMNO untuk penilaian dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, pihaknya menyerahkan kepada MKT UMNO untuk menjalankan siasatan.
"Pemuda UMNO tetap dengan prinsip, benar tetap benar, salah tetap salah. Semoga perkara yang berlaku ini menjadi iktibar untuk kita semua," katanya.