"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Boy Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Boy Iman. Papar semua catatan

Rabu, 10 Februari 2021

Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman dibatalkan

 

Farid Kamil serta Boy Iman masing-masing ditarik balik gelaran Datuk berkuat kuasa 1 Feb lalu.

KUANTAN: Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit, Farid Kamil serta Boy Iman antara yang ditarik balik dan dibatalkan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Sallehuddin yang juga pendaftar darjah kebesaran negeri berkata perintah tersebut dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Feb lalu.

Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A. Rahman merupakan penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sebelum ini.

Tiada alasan penarikan gelaran itu diberikan, namun difahamkan semua individu terlibat pernah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti jenayah, menipu dan rasuah.

Berikutan dengan itu, Farid dan Boy Iman tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-undang Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada 18 Ogos 2019, Kerajaan negeri Pahang mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri, yang antara lain menyatakan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.-FMT