"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Hutang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hutang. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2023

Hutang negara turut disumbang ketirisan era BN, PN, kata Anwar

 Perdana menteri berkata ada kebenaran menyatakan bahawa kerajaan BN dulu ada ketirisan dan kes terlibat seperti 1MDB, tetapi dalam PN juga berlaku kerosakan.

Anwar Ibrahim menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) di Dewan Rakyat, yang bertanya sama ada penyumbang utama hutang negara adalah berkaitan pelbagai skandal kewangan berlaku zaman BN.

KUALA LUMPUR: Perdana menteri berkata peningkatan hutang negara sehingga mencecah hampir RM1.2 trilion turut disumbang akibat ketirisan pada zaman Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) pimpinan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

“Ada kebenaran menyatakan bahawa kerajaan BN dulu ada ketirisan dan kes terlibat seperti 1MDB, tetapi dalam PN juga berlaku kerosakan dan banyak juga seperti perbelanjaan jana wibawa, isu tebatan banjir.

“Beberapa ketirisan lain dalam siasatan, ada yang tanya kenapa belum siasat…itu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa, dan ada tindakan undang-undang, itu urusan peguam negara.

“Kalau sabar, dalam masa terdekat ada berita baik untuk rakyat,” kata Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang bertanya sama ada penyumbang utama hutang negara adalah berkaitan pelbagai skandal kewangan berlaku zaman BN.

Radzi turut bertanya apakah tindakan perdana menteri yang juga memegang jawatan menteri kewangan seperti era pentadbiran perdana menteri ke-6 akan mengulangi skandal sama.

Mengulas lanjut, Anwar mempertahankan tindakannya memegang jawatan menteri kewangan dan ia bukan suatu masalah.

Katanya, perkara itu akan menjadi masalah jika seseorang pemimpin menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.

“Soalnya sama ada kedudukan perdana menteri dan menteri kewangan itu menjadi masalah, dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak, itu bukan masalah, yang masalahnya adalah guna kedudukan rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak kalangan yang bersih sama ada belah sini, sana, jangan bimbang.

“Tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu yang harus merasa tertekan dan bimbang, tetapi saya bertekad apa pun telahan dibuat saya akan tekad. Kerajaan perpaduan, saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya.-FMT

Khamis, 19 November 2020

Mahkamah arah Nizar Najib bayar tunggakan cukai RM13 juta

ANAK kedua Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diarah menjelaskan hutang cukai berjumlah RM13.16 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) oleh Mahakamah Shah Alam lapor The Edge.

Cukai itu tertunggak sejak tahun 2011. Nizar Najib, 42 telah membawa perkara itu ke mahkamah kerana mahu LHDN mengetepikan arahan itu dengan alasan bahawa bar masa telah luput.

Nizar Najib

Dalam kes saman sivil, suatu tuntutan mempunyai bar masa dan perlu difailkan dalam masa enam hingga tujuh tahun selepas kejadian.

Portal perniagaan itu memetik penghakiman bertulis oleh pesuruhjaya kehakiman Julie Lack Abdullah yang bertarikh 25 September, mengatakan bahawa tuntutan lembaga itu tiada bar masa.

Tambahnya, seseorang yang mempunyai tunggakan hutang mesti membayar terlebih dahulu sebelum merayu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Nizar pada 27 Oktober lalu dilaporkan membuat rayuan terhadap penghakiman mahkamah persekutuan.

Seorang lagi saudaranya, Mohamad Nazifuddin turut diarahkan bayar tunggakan cukai kepada LHDN sebanyak RM37.6 juta.


-milosuam.net


ps:Cukai pun dah berjuta..agaknya pendapatan berapa banyak ya?Pandai dia cari income..

Rabu, 9 September 2020

Rina Harun, Sarl Novosion bincang selesai kes tuntutan saman hutang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. ARKIB NSTP.

KUALA LUMPUR: Kes saman penghutang penghakiman difailkan sebuah syarikat produksi berpusat di Paris yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun membayar sejumlah wang akan diselesaikan secepat mungkin, menurut peguam yang mewakili Rina.

Peguam Hussin Mohd Razak memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes saman penghutang penghakiman itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan status perbincangan penyelesaian itu.

Katanya mahkamah juga memerintahkan Rina untuk hadir pada tarikh berkenaan berikutan anak guamnya itu tidak dapat hadir di mahkamah hari ini kerana ada hal kecemasan.

Hussin berkata anak guamnya yang mencadangkan kepada syarikat Sarl Novovision untuk menyelesaikan kes saman itu.

"Beliau (Rina) akan berbincang mengenai jumlah yang boleh dipersetujui oleh syarikat itu. Anak guam saya juga menyerahkan beberapa keping cek kepada syarikat itu hari ini berhubung perbincangan penyelesaian itu," katanya.

Peguam Mark Ho yang mewakili Sarl Novovision berkata, Rina sudah mencadangkan perjanjian penyelesaian dengan anak guamnya, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan terma penyelesaian.

"Hari ini pihak berkenaan (menteri) sudah menyerahkan cek sebagai pembayaran ansuran," katanya yang enggan menyatakan jumlahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Rina Harun bakal hadapi Saman muflis

Mengikut laporan portal, Rina juga salah seorang pengarah syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd, membeli beberapa rancangan komedi dan dokumentari daripada syarikat pengeluaran Sarl Novovision antara 2011 dan 2013.

Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan ditutup masing-masing antara Disember 2013 dan Ogos 2015.

Rina dan satu pihak lagi pada bulan Mei 2014 telah mengadakan perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision bahawa mereka akan menanggung semua tanggungjawab syarikat. – BERNAMA

-BH ONLINE