"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Catatan Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Kehidupan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2024

'Tangis, tawa di banglo Kak Pah' - Catatan Wartawan

 Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Julai 4, 2024 @ 6:22pm

Warisan peninggalan Allahyarham Sharifah Aini hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

Warisan peninggalan Allahyarham Sharifah Aini hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

KUALA LUMPUR: Sebaik membaca kisah banglo indah di Lorong Utara, Petaling Jaya, Selangor milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dirobohkan, hati saya terasa sebak dan hilang kata-kata.

Masih terbayang mahligai bak istana tersergam indah yang sentiasa terbuka pintu menerima kunjungan tetamu setiap masa.

Banglo mewah yang didiami selama 20 tahun itu menjalani fasa ubah suai 100 peratus pada pertengahan 2000 dan Allahyarham Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan 'mahligai kayangan' mengikut cita rasanya.

Daripada konsep, mencari material hingga proses pengubahsuaian, semuanya ilham Kak Pah.

Namun, hari ini segalanya tinggal kenangan. Banglo dua tingkat itu hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial.

Sukar percaya, namun itulah hakikatnya. Warisan peninggalan Kak Pah hilang pada pandangan mata sebulan sebelum sedekad tarikh pemergiannya ke alam abadi.

Benarlah pepatah Melayu, 'rumahku syurgaku' dan hasil titik peluh selama 40 tahun bergelumang sebagai anak seni, Kak Pah mampu mewujudkan 'syurga idaman' buatnya dan keluarga ketika itu.

Mengajak keluarga dan teman baik ke rumah dengan menjamu tetamu bukan perkara luar biasa. Daripada menu makan malam, pencuci mulut hingga buah-buahan, semuanya serba lengkap dan penuh meja. Itulah sifatnya yang tak mampu dilupakan.

Bagi penulis, banglo dua tingkat yang memiliki 14 bilik itu bukan asing lagi. Sejak mula memegang pena dan membuat sorotan mengenai kisah suka duka Kak Pah pada pertengahan 1990-an, banglo itulah menjadi saksi pertemuan, suka duka dan tangis ketawa.

Banglo mewah berkonsep Mediterranean, Inggeris dan Perancis itu begitu bernilai buat penyanyi lagu Bunga Tanjung dan Seri Dewi Malam berkenaan.

BH pernah membuat sorotan eksklusif mengenai banglo yang menelan belanja RM10 juta itu. Puas memujuk, merayu dan akhirnya, lebih setahun menunggu Kak Pah akur dengan permintaan penulis untuk membuat sesi fotografi khas di kediaman baharunya pada 2008.

Jujurnya, penulis terkedu kali pertama menjejakkan kaki ke banglo yang tak ubah seperti 'mahligai kayangan' itu.

Kediaman dilengkapi ciri kawalan keselamatan serba canggih adalah ilham Kak Pah yang memang meminati dan mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman. Cita rasa Kak Pah bertaraf 'hotel tujuh bintang'.

Bukan hanya memiliki dua ruang tamu dihiasi indah dengan pelbagai jenis sofa mewah dan klasik, malah kediaman itu turut dilengkapi surau yang boleh memuatkan 75 tetamu.

Surau di tingkat dua membuatkan kediamannya sentiasa ceria dan tidak sunyi menerima kunjungan keluarga dan rakan untuk majlis agama.

Banglo dua tingkat hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Banglo dua tingkat hanya kelihatan timbunan runtuhan apabila diratakan pemilik baharu yang merancang membangunkan projek pembangunan komersial. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Menjadi kemestian buatnya, setiap malam Khamis, majlis Asma Al'husna diadakan di surau berkenaan.

Banglo itu juga dilengkapi bilik khas untuk pakaian, kasut, aksesori, spa, facial, salun dan dapur kecil bagi memudahkan urusannya setiap hari. Malah, setiap bilik mempunyai identiti dan konsep tersendiri.

Bilik bacaan di tingkat satu menjadi ruang melepak. Bilik itu penuh dengan ribuan kaset, cakera padat dan buku yang tersusun rapi. Ruangan itu juga menjadi tempatnya bekerja.

Mengenali Kak Pah, kebersihan menjadi keutamaannya, malah penulis terpaku melihat bilik air di biliknya dilengkapi 'bath tub' dan lampu `chandelier' umpama berada dalam bilik tidur.

Menjadi antara rakan yang bertuah, penulis masih tidak dapat melupakan kesempatan baring atas katil antiknya yang agak tinggi. Kami berbual hingga awal pagi hingga hampir terlena dibuatnya.

Meninjau bilik anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, dalam hati terdetik, bertuahnya menjadi anak Biduanita Negara ini. Biliknya berkonsep moden, namun paling buat penulis terkejut, setiap baju tergantung dalam almari disusun mengikut warna. Semuanya diletakkan dalam plastik disebabkan Aliff masih menyambung pengajian di Madinah ketika itu.

Apapun, penulis masih terkenang bagaimana sukarnya Kak Pah mahu merealisasikan impian, membina syurga idamannya ini.

Bayangkan, daripada sekecil benda hinggalah material besar, semuanya Kak Pah pilih sendiri. Kak Pah pernah bercerita, dia sanggup menaiki teksi dengan memakai baju kelawar untuk menyembunyikan identitinya ketika membeli material yang sesuai untuk kediamannya itu.

Cepatnya masa berlalu, diam tak diam, esok genap 10 tahun pemilik suara buluh perindu itu kembali ke rahmatullah.

Tanggal 5 Julai 2014 pastinya tidak pernah luput daripada ingatan setiap tahun. Detik itulah industri seni berdepan dengan kehilangan sebutir permata yang disanjung tinggi.

Allahyarham Kak Pah menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di sisi Aliff, ahli keluarga dan kenalan baik di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara, pada pagi Sabtu, iaitu pada hari ketujuh Ramadan 1435 Hijrah.

Keadaan penyanyi malar zaman bersuara lunak merdu itu kritikal selepas berdepan tiga penyakit iaitu radang paru-paru, jangkitan kuman dalam paru-paru dan virus H1N1, sebelum koma selama lima hari dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.26 pagi.

Masih terngiang kelunakan dan kemanjaan suaranya membisik `I Love U' ketika pertemuan akhir, dua minggu sebelum Kak Pah menghembuskan nafas terakhir.

Terbayang wajahnya duduk atas kerusi roda dan bernafas menerusi bantuan oksigen. Wajahnya berbeza dan kelihatan agak 'sembab'. Kami menangis dan berpelukan lama! Dalam hati terdetik, Kak Pah tidak pernah sakit seteruk ini.

Sudah tentu sikap suka bergurau, celoteh, rajuk dan ketawa manjanya dirindui. Al-Fatihah untuk Biduanita Negara kesayangan ramai.

-BH Online 

Ahad, 31 Mac 2024

Azmeer Yusof kongsi tentang ‘ pembulian ‘ dalam bolasepak yang beliau kena sebelum menjadi ‘ senior ‘.

 Meh saya share sikit tentang ‘ pembulian ‘ dalam bolasepak yang saya kena sebelum saya jadi ‘ senior ‘.

Pembulian pertama : Kononnya saya dipulau oleh pemain-pemain sedia ada dalam team. Bila dipulau ni makan kt RnR, tempat latihan, main bola, faham-fahamlah. Memang sendiri-sendiri punya. Tapi saya tak peduli semua tu.. Saya layankan je.. Dipendekkan cerita, semua yang pulau saya tu semua kena buang. Atas alasan apa saya taknak beritahu sebab agak sensitif untuk diceritakan, tapi semualah kena buang.

Pembulian kedua : Berlaku di Airport luar Negara. Pemain-pemain senior waktu tu ambil tiket flight saya, keronyokkan dan campak tiket saya tu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana. Dorang siap gelak-gelak lagi waktu tu. At the end ada seorang pemain ni bocor rahsia beritahu ada dalam tong sampah. Tapi saya kena selongkar tong sampah tu cari tiket saya. Sedih beb waktu ni. Waktu saya cari tiket tu jugalah panggilan terakhir untuk masuk ke dalam. Mujurlah Allah jumpakan juga tiket saya tu. 

Pembulian ketiga : Bersaksikan Airport KLIA, saya dipaksa untuk angkat semua beg-beg pemain masuk ke dalam. Yes, kitman ada. Kitman pun buat sebab tu memang kerja dia. Tapi saya diberi arahan khusus dari seorang pemain senior untuk angkat semua beg-beg pemain tu. Sedangkan waktu tu ada juga pemain junior. Waktu angkat beg-beg tu, pemain lain sedap-sedap berjalan p makan sambil tunggu untuk naik flight. Huh.. Mental beb time ni. 

Pembulian keempat : Basuh-membasuh kasut dan baju-baju senior. Kemudian sidai. Kemudian angkat. Kemudian lipat. Kemudian bagi pada senior semula. Haha.. 

Pembulian kelima : Sewaktu balik dari latihan, ada pemain yang tua saya setahun je. Tapi bajet-bajet senior dalam pasukan. Tahu berlaku apa? Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Check punya check, pemain tu tutup saluran minyak ke karberator saya. Saya dah lah tak pandai bab motor. Tengah2 check tu saya terpegang batang ekzos. Pehhhh melecur beb tangan saya. Waktu melecur tu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini. Sebab masa saya nak pergi mandi, saya nampak dia menunduk ke arah karberator. Haaa dari situ lah Allah bantu saya, ilhamkan saya untuk buka semula saluran minyak tu. Barulah boleh start semula. Tapi masa perjalanan balik tu berkaca wo mata saya. Saya duk tanya dalam diri saya. Apalah salah saya waktu tu sampai diperlakukan camtu. Mungkin saya baik sangat kot.. Sebab kalau nak jadi pemain bolasepak tak boleh baik sangat. Ni nanti next-next saya cerita kenapa. 

Banyak lagi pembulian yang kena sebenarnya.. Tak larat nak taip dah 😅

APA-APA PUN SAYA BERSYUKUR ‘ DIBULI ‘ SEDEMIKIAN. SEDIKIT SEBANYAK ALLAH KUATKAN MENTAL SAYA UNTUK MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG PASTI AKAN LEBIH MENCABAR. DAN SAYA TERUS PERCAYA SEHINGGA SEKARANG KERANA BULIAN TERSEBUT, SAYA TAHU PERASAAN ORANG YANG DIBULI. DALAM JIWA, DALAM HIDUP PENUH DENGAN DENDAM KEPADA SI PEMBULI. SEBAB ITU JUGA WALAUPUN SAYA DAH JADI SENIOR, SAYA TAKKAN BUAT PERKARA-PERKARA YANG AKAN MENYAKITKAN HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN. 

Ops, tolong betulkan ya. Pembulian bukan satu bentuk pembelajaran. Tolong ubah persepsi tu. Saya tak terbelajar satu apa pun dari yang saya kena. 

Apa? Nak cakap mental saya tak kuat? Kuat tak kuat Alhamdulillah Allah izinkan saya berada dalam arena bolasepak sejak 2006 sehingga sekarang. Kadang-kadang yang kuat mental tu Allah tak izinkan pun untuk lama-lama bergelar pemain bolasepak. Ha….

Tapi Alhamdulillah saya tengok sekarang ni dah tak banyak kes-kes macam zaman dulu. Dah takda dah gap antara junior dan senior. 

Ingat tau.. Gurauan dan pembulian dua perkara yang berbeza. 

*** Korang tengok eh komen-komen yang akan masuk kat ruangan komen saya ni nanti. Sure ada manusia yang akan trigger dengan ‘ pembulian ‘ yang saya beritahu ni. Relax lah trigger man.. Saya just share pengalaman saya.. Xyah nak trigger sangat ok. Chill chill je baca. Peace no War ✌️

WOI AZMEER ! ORANG LAIN KENA LAGI TERUK, AKU PUN KENA LAGI TERUK !! 

AHHH ITU CERITA KORANG. AKU CERITA APA YANG AKU KENA. 

Penutup : Di atas yang berlaku semua dengan izin Allah. Saya sangat percaya perkara ni. Saya maafkan anda semua.. Asbab pembulian anda, saya anggap saya berjaya dalam bolasepak 😊

Sumber:FB Azmeer Yusof